Ahad, 15 Mei 2022

UMNO akan di tolak rakyat jika pemimpin terlalu lama pegang jawatan.


UMNO akan terus lemah dan akan terpinggir dalam arus politik Malaysia di masa depan jika hari ini MKT UMNO meneruskan juga pindaan Perlembagaan UMNO, di mana pemilihan akan belaku setiap lima tahun atau setiap enam bulan salepas Pilihanraya.


2. UMNO menjadi kuat masa lalunya kerana sistem. Pemilihan setiap tahun secara bergilir. Persidangan UMNO Cawangan di dahulukan setiap dua tahun sekali, 

3. Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian  setiap tiga tahun dan tidak tahun yang sama pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi yang selalu diadakan ke tahun ketiga salepas Mesyuarat UMNO Cawangan, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dan kemudian Perhimpunan Agung UMNO.


4. Itulah cara pemikir UMNO dahulu hendak menguatkan Parti UMNO sebelum keseluruhan struktur Perlembagaan UMNO di berubah sebaik sahaja UMNO 1946 di batalkan pendaftarannya  dan UMNO (Baru) di tubuhkan pada tahun 1988.

5. UMNO mesti melihat kesan pindaan Perlembagaan ini. Jangka 5 tahun memegang jawatan adalah terlalu lama.

6. Pemimpin yang tidak berguna tidak boleh ditukarkan.. kemungkinan akan kekal terus menjadi wakil rakyat.

UMNO mesti kembali ke habitat yang asal. Pemilihan pemimpin dalam UMNO adalah melahirkan muka baru bagi memimpin UMNO. - zmy







Jumaat, 25 September 2020

KENAPA PAS NAK CAMPUR URUSAN UMNO?


Takiyuddin Hassan minta penjelasan dari UMNO. Kenapa berlaku perubahan sokongan Ahli-Ahli Parlimen  UMNO terhadap Muhyiddin Yasin?

2. Sebelum dijawab soalan. Takiyuddin Hassan perlu disekolahkan semula untuk  memahami  prinsip penyatuan  antara UMNO dan PAS   sehingga   terbentuknya Piagam Muafakat Nasional yang di sebut dalam kenyaatan yang memberi makna UMNO melanggar piagam yang dimenterai pada September 14, 2019.

3. Muafakat Nasional terbentuk dari gesaan rakyat, ahli kedua parti di peringkat akar umbi supaya perselisihan politik UMNO dan PAS dihentikan. Akibat perpecahan itu telah menyebabkan kuasa Melayu yang didominan oleh UMNO kehilangan Kerajaan.

4. Berbeza dengan Perikatan Nasional, perikatan itu terbentuk kerana UMNO dan PAS menolak Dr Mahathir Mohamad yang dilihat memanjakan DAP. Kebetulan Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan. UMNO dan PAS secara berasingan melalui Ahli Parlimen memberikan sokongan kepada Muhyiddin Yasin menjadi Perdana Menteri. 

5. Tidak  ada perbincangan di akar umbi UMNO dan PAS dalam Muafakat Nasional meminta persetujuan untuk menyokong Muhyiddin Yasin  menjadi Perdana Menteri. Semuanya urusan Ahli Parlimen keduan parti. Ahli Parti di akar umbi tidak masuk campur.

6. UMNO memang mahu mendapat faedah didalam penyertaan memberikan sokongan kepada Muhyiddin Yasin.  Faedahnya bukan kepada Ahli Parlimen tetapi kepada rakyat dan ahli-ahli Parti yang mendukungnya.

7. UMNO bukan PAS. PAS boleh  merasa puas hati dengan jawatan Menteri.  Tidak saperti bersalah bila satu parti berprinsip memperjuangan Islam tetapi orang lain jadi Menteri Agama. Dimana tidak mungkin merealsasikan  perjuangan Islam tanpa kuasa.

8. Adakah diberi tanggungjawab jaga air, jaga industri utama, jaga undang-undang boleh menegakkan Islam?

9. UMNO tidak ada masalah, jaga Pertahanan, jaga Sumber Asli, jaga Wilayah Persekutuan, jaga Perpaduan. jaga Pengajian Tinggi. Maka apa masalah UMNO yang tidak puas hati?

10. Tetapi perbuatan Mahyuddin Yasin tidak jujur, tiada keikhlasan, bila semua pengkhianat UMNO yang melompat  ke PPBM@Bersatu. diberikan kedudukan jawatan  Menteri penting. Ini hanya untuk  melaksanakan dendamnya kepada UMNO. Lagi lama UMNO berPerdana Menterikan Mahyuddin Yasin. UMNO akan hancur dari dalam.
11. Maka tindakan Ahli Parlimen UMNO yang tidak terikat dengan Perikatan Nasional yang berani menyokong Anwar Ibrahim adalah tepat. Penyokongan itu hanya sebagai pertunjuk UMNO tidak lagi dengan Kerajaan Muhyiddin Yasin. 
Dan adalah tidak tepat mengatakan UMNO memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri dan DAP berkuasa semula. Sebalik sebagai tekanan membolehkan Parlimen di bubarkan dan UMNO kembali berjuang melawan semua kecuali PAS.
Sang Kelembai.
September 25, 2020
Kuala Lumpur.















Anwar Ibrahim bukan mahu jadi PM?..

Seorang bernama Anwar Ibrahim bekas Tim Perdana Menteri, seorang ahli politik berterusan sejak tahun 1981 dan juga seorang pensyarah jemputan beberapa Universiti terkemuka di United State, tak kan sebodoh itu bila buat kenyataan bahawa dia ada sokongan majoriti.

2. Apa dia majoriti?. Ada kelebihan. Maknanya Anwar Ibrahim ada kelebihan dari sokongan.  Tidak semesti sokongan itu membawa kepada bahawa dia akan di lantik kejawatan Perdana Menteri, walhal seorang Perdana Menteri masih ada saperti yang dikatakan oleh Muhyiddin Yasin di Sabah bahawa 'saya Perdana Menteri Malaysia'.

3. Bagaimana Anwar Ibrahim boleh jadi Perdana Menteri? Tuanku Agung tidak mempunyai bidang kuasa memecat Perdana Menteri tanpa perakuan dari Parlimen. Itu bentuk Raja Perlembagaan dalam amalan demokrasi Malaysia. Kuasa Raja tidak semuanya mutlak, ada fasalnya yang perlu dipatuhi mengikut Perlembagaan Persekutuan.

4. Maksud Anwar Ibrahim cukup jelas. Telah memaklumkan bahawa Kerajaan BN/Perikatan Nasional telah kekurangan kerusi di Parlimen. Dari segi Demokrasinya bahawa Kerajaan Mahyuddin Yasin telah kehilangan majoriti.  Maka terserah kepada Mahyuddin Yasin untuk menghadapinya. 

5. Kebiasaan bagi negara yang menghadapi masalah yang sama bila di umumkan oleh Ketua Pembangkang bahawa Pembangkang mempunyai kerusi yang lebih daripada Kerajaan berikut tindakan berapa orang penyokong Kerajaan 'menyeberang' ke pembangkang. Perdana Menteri yang sedia ada akan memanggil sidang Parlimen menentukan adakah tuduhan Ketua Pembangkang itu betul. 

6. Negara yang menghadapi keadaan politik dari sokongan Kerajaan berpindah kepada Pembangkang selalu berlaku dalam keadaan Kerajaan itu di istilahkan sebagai Kerajaan Campuran  dan tidak ada parti politik yang dominan dalam campuran itu. 

7. Kerajaan demikian daripada pandangan ilmuan politik adalah kerajaan yang lemah dan tidak stabil.

9. Berbalik kepada isu Anwar Ibrahim dalam kenyataannya. Kena di fahamkan bahawa tidak ada sepatah pun Anwar Ibrahim berkata dia akan mengadap Tuanku Agung dengan tujuan dia dilantik ke jawatan Perdana Menteri.

10. Apa sebenarnya ialah hendak menunjukkan bukti akan kenyataan dia ada asas dan kebenarannya.  Mungkin beliau mahu menjadi orang yang beradab dan menghurmati institusi Melayu Beraja. Mengadap Tuanku Agung sebagai sifat Ketua Negara tidak menjadi salah bagi seorang Ketua Pembangkang Parlimen.

11. Jika sudah dimaklumkan dan diberi tahu kepada Tuanku Agung. Terserah kepada Tuanku Agung bertindak mengikut Perlembagaan Persekutuan atas bidang kuasanya. Sudah pasti akan memanggil mengadap Perdana Menteri Muhyiddin Yasin dan menjelaskan apa bahan serahkan Anwar Ibrahim kepadanya.

12. Perdana Menteri hanya ada dua pilihan sahaja. Memanggil Parlimen untuk membincangkan soal hilang majoriti dan membawa usul percaya kepadanya. Dan kedua, dia meletakan jawatan untuk memberi laluan kepada Tuanku Agung melantik seorang Perdana Menteri atas bidang kuasa  Tuanku selaras perkara Perlembagaan Persekutuan tanpa memerlukan pendekatan saperti bulan Febuari 2020.

13. Maka kesimpulannya, dimana niat Anwar Ibrahim hendak mengadap Tuanku Agung supaya beliau dilantik sebagai Perdana Menteri? Selain daripada memaklumkan kebenaran kenyataannya. 

Kerana Tuanku Agung masih lagi mempunyai bidang kuasa menggunakan hak 'pada hemat' Tuanku Agung yang tertulis dalam Perlembagaan Persekutuan untuk Tuanku  melantik sesaorang menjadi Perdana Menteri. Dan keputusan itu tidak boleh dipertikaikan di Mahkamah kecuali Parlimen.

SangKelembai
September 25. 2020
Kuala Lumpur



Isnin, 21 September 2020

Politik Sabah tidak pernah berubah.

Selama lapan hari berada di Kota Kinabalu dan sekitarnya meninjau dan berjumpa semua pihak yang bertanding mewakili parti yang bertanding, inilah pandangan saya.

2. Politik Sabah masih mengamalkan demokrasi sistem demokrasi memilih orang dan Parti Politik melihat para pengundi saperti tinggal didalam gua. 

3. Beberapa  ceramah, berkisar orang itu, yang berkuasa memburukan yang lama.  Mereka berkuasa di Kerajaan Persekutuan juga ikut rentak yang sama memburukkan orang berkuasa di negeri. Mereka tidak diajar atau didik  menggunakan demokrasi memilih wakil rakyat yang ditunjuk oleh Parti sebagai satu pasukan pembangunan negeri.


4. Apa faedah untuk rakyat mendengar semua ceramah ini.  Calon yang bertanding mewakili kawasan mereka. Adakah mereka tahu akan apa yang berlaku dalam kawasan pilihanraya, masalah dan masa depan kawasan yang bakal dia mahu di panggil wakil rakyat?.

5. Adakah dia sedar apa yang menjadi masalah rakyat? Soal perumahan usang, isi rumah yang masih belum berkemampuan hidup sejahtera kerana tidak  adapencarian ekonomi setempat. Anak muda yang tidak dirancang masa depan.  Kerajinan tangan (kraftangan) yang tidak di pasarkan dan menjadi bahan ekonomi keluarga, adakah kah akan di ambil perhatian? Bila berkuasa sebagai wakil rakyat.

6. Jika kita perhatikan calon-calon dan tukang kempen yang berceramah.. ada atau tidak dia bangkitkan isu ini? Purata tidak ada.  Bagaimana dia menjadi seorang calon, semasa berkempen isu tempatan dalam kawasan pilihanraya dia bertanding, dia pun tidak tahu.

7. Mereka masih bercakap dengan perkara yang tidak kenyangkan perut rakyat. Apa rakyat peduli, jika kamu berkata pilih parti ini, maknanya anda sokong saya jadi Perdana Menteri.Kenyangkah perut rakyat di pendalaman Sabah yang mengundi kasi menang parti Perdana Menteri? Apa dia dapat.

8. Ini persoalan demokrasi. Demokrasi rakyat memilih, salepas dipilih, rakyat tidak ada hak bertanya lagi untuk mengetahui janji janji masa berkempen. Selalunya di lupakan, dan bertambah parah jika orangnya sudah  berganti. Adakah kena bertanya dengan partinya.

9. Kesimpulan mana calon yang bertanding, walau pun dia bukan wakil rakyat yang dulu. Tetapi parti yang sama. Pengundi perlu menolaknya. Kerana Parti itu telah gagal dan tidak menepati janji.

10. Berubahlah  pengundi di Sabah. Pada 25hb sebelum tidur, dan kemudian biarkan anak dan keluarga kamu tidur dulu.  Kamu renong sedalamnya akan mereka yang tidur itu. Adakah tempat tidurnya sudah berubah dari beralas lantai dan tilam nipis, berubah ke katil  dan tilam yang baik.  Adakah bilik tidurnya berhawa dingin atau sekurangnya ada kipas.

11. Jika anak-anak yang tidur tidak berbaju.. tengok perutnya. nampak tidak tulang belulangnya. Setebal mana kulit yang menutup badannya.. gemok, kurus dan nampak sihat dan sebagainya.

12 Mana yang belum berkahwin. Tengok kehidupan kita sejak lima tahun yang lalu, berubahkah kita. Atau kita berubah atas sebab usaha kita, bukan kerana kerajaan. Maka buat keputusan mengikut selera kita.

Saya mengharapkan berubah para pengundi Sabah. Sejak dahulu hanya kerana kesedapan sekejap. Dapat duit, orang datang dan jamuan sana sini.  Lepas 26hb September.. akan akan ditinggalkan. Dan anda akan meneruskan kehidupan seterus untuk lima tahun yang kedepan.

SANG KELEMBAI
Sept 21, 2020


Isnin, 13 Julai 2020

Ahli Parlimen UMNO/BN. Kamu bebas membuat keputusan nak undi sokong atau tidak.




Hari ini Parlimen bersidang penuh. Hari ini juga beberapa ahi Parlimen dari UMNO/BN akan bertukar tempat duduk 22 bulan di sebelah kanan sebagai Pembangkang. Pagi ini sebelah kiri sebagai sebahagian Pemerintah@Kerajaan.
2. Kena difahamkan sekali lagi. Kerajaan Perikatan Nasional bukan satu Kerajaaan gabungan berbagai Parti dalam bentuk saperti Barisan Nasional, yang berdaftar secara sah dan ada stuktur organisasi. Ada Pengerusinya, ada Setiausaha Agung dan sebagainya.
3. Penyertaaan UMNO/BN tidak pernah di putuskan dalam mesyuarat tertinggi UMNO. Tidak ada pelawaan rasmi Parti yang mahu menubuhkan Kerajaan menjemput UMNO. Penubuhan Kerajaan yang hanya di buat dalam majis makan-makan meraikan perletakan Jawatan Dr Mahathir Mohamad secara mengejut sebagai Perdana Menteri dan di terima oleh Tuanku Yang Di Pertuan Agung.
4. Secara rasmi Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan dan percakapan mengatakan bahawa penubuhan Kerajaan baru salepas perletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad dengan menamakan Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri atas budibicara Ahli Perlimen UMNO/BN memberikan sokongan tidak ada kaitan dengan keputusan kehendak UMNO.
5. Langkah Ahli Parlimen UMNO/BN mengambil langkah secara berjemaaah menandatangan SD@surat akuan bersumpah dan bersetuju menunjukkan Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri kepada Tuanku Yang Di Pertuan Agung, adalah langkah yang di sokong oleh ahli UMNO kerana keperluan keputusan politik masa itu.
6. Keperluan politik masa itu. Memintas secara cepat Parti Pakatan Harapan menamakan semula Dr Mahathir Mohamad mendapat sokongan dinamakan semula sebagai Perdana Menteri. Kerana perletakan jawatan beliau masa itu untuk menguji kekuatan dan sokongan dari Partinya sendiri dan gabungan parti dalam Pakatan Harapan.
7. Sokongan Ahli Parlimen UMNO/BN itu selaras dengan kehendak Ahli-ahli UMNO. Mereka tidak membantah atas sebab tiga tujuan yang memang itu perjuangan Ahli UMNO. 1. UMNO/BN menolak Dr Mahathir Mohamad berkuasa semula. Jika dia berkuasa semula salepas perletakan jawatannya, kuasanya akan melebihi dari kekejaman Firaun Ramses ke 2 yang mati di tengah Laut Merah yang mengejar Nabi Musa untuk dibunuh.
8. No 2. UMNO menyedari bahawa Dr Mahathir Mohamad tidak lebih dari 'barua' kepada Parti DAP. Dasar-dasar Malaysia Malaysian walau pun sesuai dari segi kontek membentuk Malaysia yang bersatu. Tetapi dasar itu mengancam kepetingan Melayu kata puak-puak nasionalis Melayu.
9. Sikap DAP yang bertindak macam keretapi laju merealisasikan Malaysia Malaysian itu tidak di senang oleh satengan pihak. Maka berlaku pro dan kontra. Dan dasar Malaysia Malaysian ada juga orang Melayu yang menyokong termasuk yang berpendidikan, malah ikut sama menjadi ahli DAP.
10. Dan isu nombor 3 sokongan Ahli Parlimen UMNO ialah lanjutan perjuangan UMNO lebih 22 tahun menolak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Walau pun dari segi apa akan berlaku bila Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, beliau mungkin tidak seburuk dan sezalim Dr Mahathir Mohamad menekan UMNO. Tetapi UMNO tetap konsistens menolaknya kerana menyokong Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, DAP akan masih berperanan dan akan melaksanakan dasar Malaysia Malaysian.
11. Berbalik kepada usul memberhentikan Speaker Dewan Rakyat Mohamad Arif Md Yusuf kerana hendak mengantikan seorang Peguam yang juga ahli Parti PPBM. Sejarah Parlimen akan bertulis bahawa sekian lama Parlimen digunakan sebagai tunggak Demokrasi. Pertama kali Parlimen punya speaker yang tidak ada apa apa pengalaman yang dibanggakan.
12. 63 Tahun sistem berparlimen di Malaysia. Speaker Dewan Rakyat mempunyai Speaker yang penuh Intrigreti dari segi pelibatan dalam politik sebelum menduduk kerusi Speaker. Bermula dari Mohamad Noh Omar hingga Mohamad Ariff Md Yusuf, boleh dikatakan semua Speaker itu pernah menjadi Ahli Parlimen.
13. Calon Speaker yang Muhyiddin Yasin namakan ini telah melakukan perbuatan saperti anti Islam dengan beberapa tersenarai yang tidak selaras dan bertengan dengan Islam. Muhyiddin Yasin anak ulama. Setiap hari media kerajaan menyiarkan doanya. Tetapi apa sikapnya kepada calon Speaker ini?..
14. 1. Memberikan sokongan dan mempertahankan Pesta Arak Oktoberfest. 2. Memberikan sokongan trangender yang mana dalam Islam jelas sikap seorang Muslim terhadap trangender. 3. Memberi sokongan moral kepada G25 yang selalu mengkritik soal kepentingan Melayu. Dan group secular Sistem In Islam. Mempertikaikan Enakmen Jenayah Syariah. Dan beberapa tulisan soal Islam yang boleh dipertikaikan.
15. Dalam isu perlantikan Speaker ini, kita kena Melahat sikap Ahli Parlimen PAS. Adakah mereka akan menyokong seorang yang mempersendakan Perjuangan PAS? Jika mereka menyokong, ini memberi ruang kepada musuh-musuh PAS untuk mendedahkan kepada umum bila Pak Lebai ini dapat jawatan..segala al-quran dan kitab akan di simpan dalam almari, akan dibuka dan dibaca bila nanti tidak berkuasa dan tidak ada jawatan.
16. Kepada Ahli Parlimen UMNO. Hari ini, hari bodoh mereka. Sama sapert PAS, digula-gulakan dengan jawatan,terlupa semuanya. PPBM hanya tujuh Ahli Parlimen asal dari 13. Satu kalah di Tanjong Piai. 5 di pecat, tinggal 7. 1 Jadi Perdana Menteri. 2 Jadi Menteri 2 jadi Tim Menteri dan 2 Backbencer.
17. UMNO/BN yang punya kerusi teramai hanya sebagai Tim Speaker. Presiden UMNO jadi bisu dalam isu ini, mungkin masalah kes mahkamah dia memperlihatkan pekak dan bisunya, tidak berkata apa2. Jika Muhyiddin Yasin jujur sepatutnya Speaker mesti dari UMNO.
18. Kesimpulanya jika Ahli Parlimen UMNO/BN tidak mahu menyokong sebaliknya menolak pencalonan Muhyiddin Yasin dan usul ini gagal. Dia 'hero UMNO' dan itulah dia yang patut ahli UMNO namakan sebagai Presiden UMNO.
19. Perlu di ingat oleh Ahli Parlimen UMNO/BN, anda tidak boleh diambil tindakan kerajaan tidak mematuhi keputusan Ketua Whip. Kerana Kerajaan ini anda yang menubuhkannya bukan Parti UMNO/BN. Tepuk dada, tanyalah selera.
Sang Kelembai.
Kuala Lumpur.
Julai 11, 2020

Isnin, 10 Februari 2020

Pemahaman Perlembagaan UMNO dan kuasa Majlis Kerja Tertinggi UMNO dalam isu pemecatan keahlian UMNO..

Majlis Kerja Tertinggi UMNO menggunakan kuasa tanpa ada Fasal dalam Perlembagaan UMNO kuasa memecat keahlian Ahli UMNO tanpa melalui proses Lembaga Disiplin. Dimana kuasa memecat keahlian dalam bidang kuasa Ahli Lembaga Disiplin UMNO.
2. Kebanyakan pemimpin UMNO tidak tahu bahawa Perlembagaan UMNO juga ada fasal fasal saperti mana Perlembagaan Negara ia itu pengasingan kuasa. Yang terdiri dari Legislatif, Eksekutif dan Judisiari.
3. Perlembagaan UMNO juga meletakkan Legislatif di tangan Pengerusi Tetap Perhimpunan Agung UMNO.Eksekutif di tanggungjawab Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Judisiari di Lembaga Disiplin.
4. Dalam Perlembagaan UMNO fasal 10-Tanggungjawab Majlis Tertinggi tidak ada satu ayat pun ada menyebut kuasa MKT memecat keahlian UMNO. Melainkan satelah dirujuk kepada Lembaga Disiplin yang telah memutuskan seorang ahli UMNO itu dihukum dengan dipecat keahliannya, digantung atau di beri amaran.
5. Banyak ahli UMNO tersalah tafsir bidang kuasa Fasal 10.6 yang ada menyebut menggantung atau melucutkan keahlian sesaorang ahli UMNO.
6. Fasal 10.6 berkaitan dengan Fasal 5.7 yang memberi keputusan muktamad taraf pendaftaran keahlian seorang ahli yang tidak diambil tindakan disiplin saperti bertanding pilihanraya, menyertai parti lain atau ahli tidak aktif dan ahli meninggal dunia.
7. Fasal 10.9 bidang kuasa MKT melucutkan jawatan saorang ahli dalam Badan Perhubungan, UMNO Bahagian dan Cawangan jika seorang ahli itu melanggar Akta Pertubuhan, tidak siuman dan hukuman Mahkamah denda 2 ribu dan penjara tidak kurang satu tahun.
8. Kesimpulannya tidak ada satu peruntukan Fasal 10 dalam fasal tanggungjawab Majlis Kerja Tertinggi yang ada kuasa memecat keahlian dan melucutkan jawatan sesaorang ahli tanpa dirujuk kepada Lembaga Disiplin.
9. Jika digunakan Fasal 10.15 MKT boleh membuat keputusan parti bagi kesempurnaan perjalanan parti dalam keputusan memecat keahlian seorang ahli UMNO tidak terpakai.
10. Sebagai seorang yang memahami Perlembagaan UMNO, keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO saya kira sebagai ultra vires atau melampau kuasa Majlis Kerja Tinggi, dimana keputusan itu tidak bersandarkan kepada sebarang fasal dibawah Fasal 10, Majlis Kerja Tertinggi ada kuasa memecat keahlian UMNO tanpa melalui proses Fasal 20-Disiplin.
11. Majlis Kerja Tertinggi mesti memahami Asas dan Tujuan UMNO yang tertulis dibawah Fasal 3 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Malaysia yang terkandung Hak Asasi Rakyat Malaysia.
12. Agak pelik jika UMNO sendiri tidak mematuhi hak yang di jamin oleh Perlembagaan dalam pertubuhannya sendiri.
13. Apa yang dilihat orang anak muda dan orang diluar UMNO. Bahawa Majlis Kerja Tertinggi UMNO.. dia bertindak sebagai Pendakwa Raya. Juga bertindak sebagai Hakim. Dan menjatuhkan hukuman tanpa yang dijatuhkan hukuman tidak tahu apa tuduhan. Tidak hadir perbicaraan dan tidak pula disebut ada hak merayu.
14. Keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO sama saperti zaman Presiden Soekarno yang membungkam musuh politiknya melalui MAHMILUB@mahkamah militer luar biasa di mana menghukum orang yang kena tuduh tidak hadir dalam perbicaraan.
15.Apa pun MKT mesti berfikir waras dan melihat keputusan itu melalui komsep ROI@return of investment. Dimana untung dan rugi pemecatan Lokman Noor Adam.
16. Semoga tulisan 'menyekolahkan' Majlis Kerja Tertinggi akan membuka tempurung yang menutup kepala mereka untuk berfikir.
Di Tulis oleh Zaharin Mohd Yasin@Sang Kelembai.
Feb 10,2020

Ahad, 9 Februari 2020

Bola yang kempis, jangan ditendang.


Dalam tahun 1987, 33 tahun yang lalu Musa Hitam berkata di Dewan Merdeka, PWTC bahawa ‘bola yang kempis, jangan ditendang’. Ungkapan kata memberi makna, bahawa seorang yang kalah atau jatuh, tak perlu di sepak lagi.
2.Begitulah akan kisah Lokman Noor Adam, akan perihal dipecat menjadi ahli UMNO menyebabkan semua jawatan dan tugasnya dalam UMNO tidak berfungsi lagi. Tetapi serangan kepada dia satelah tidak ada kaitan dengan UMNO berterusan, saperti beliau menjadi musuh UMNO.
3.Inilah yang saya selalu sebut, Itulah UMNO!…
4.Perlembagaan UMNO hanya dibaca dipermukaan dan yang mana berkepentingan sahaja. Jelas dalam Perlembagaan UMNO diberikan hak tertentu kepada ahlinya, termasuk bercakap dan memberi pendapat.
5.Memang diperakui bahawa sebarang kebebasan itu boleh dilakukan termasuk bercakap dan menulis tetapi tidak salepas di cakap dan ditulis.
6.Hak sebagai manusia dan diakui secara sejagat, manusia itu punya maruah diri. Maruah diri manusia diberikan kepadanya jika dituduh atau mahu dihukum.. hak membela diri diberikan kepadanya bagi menyangkal atau menafikan tuduhan itu.. jika di nafikan hak yang patut dipunyainya. Sikap itu samalah mentaliti orang barbarian yang tidak bertamadun.
7.Saya dalam usia 25 tahun menjadi Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setapak. Jawatan itu memerlukan saya memahami sepenuhnya Perlembagaan UMNO. Walaupun Perlembagaan UMNO sudah dipinda beberapa kali.. asasnya tetap sama.
8.Dalam Perlembagaan UMNO hanya terdapat perkataan dibawah fasal 20.10 yang jelas menyatakan ‘(d) Di pecat daripada Parti satelah disahkan oleh Majlis Kerja Tertinggi’.
9.Persoalan Perlembagaan UMNO ialah adakah bidang kuasa Majlis Kerja Tertinggi boleh membuat keputusan pecat keahlian tanpa terlebih dahulu yang berkenan diberi tunjuk sebab dan hak membela diri atas tuduhan yang dikenakan oleh Lembaga Disiplin UMNO kepadanya?.
10.Jika isu pemecatan Anwar Ibrahim dijadikan precedent pemecatan Lokman Noor Adam, ini memberi erti yang membuat andaian ini adalah spesis orang lupa, kerana pemecatan Anwar Ibrahim satelah diberikan peluang dirinya sendiri membela diri atas pertuduhan salah laku moral.
11.Jika Lokman Noor Adam tidak hadir, keputusan boleh dibuat jika pertuduhan kepadanya sudah dihantar dan dia tidak menjawab surat pertuduhan. Jika beliau tidak hadir dalam Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan tidak tertulis dalam agenda mesyuarat kes Lokman Noor Adam dirujuk kepada Lembaga Disiplin UMNO untuk tindakan seterusnya.
12.Apa pun isu pemecatan Lokman Noor Adam menjadi pemerhatian anak muda yang tidak berpolitik dan baru berjinak dalam hal politik akan kisah dua parti UMNO dan PKR memenangi isu pemimpin Parti melawan Towkey atau Presiden.
Menendang atau menyepak bola yang kempis hanya dilakukan oleh mereka yang tidak pernah bermain dipadang yang rata atau padang bola yang sebenarnya.
Di Tulis oleh Zaharin Mohd Yasin
@Sang Kelembai.
Feb 9,2020.


Jumaat, 7 Februari 2020

Keputusan MT berpihak kepada Lokman Nur Adam.


Petang ini, demi maruah UMNO, akan berkeputusan UMNO akan tidak menjadikan kenyataan yang pipih datang melayang yang bulat datang bergolek kepada Dr Mahathir Mohamad.
2. Walau pun diketahui umum perundingan semua pihak yang terlibat berlaku dalam seminggu dua yang lalu melalui wakil parti yang berkenaan.
3. Keputusan menolak cadangan itu mungkin UMNO tidak mampu lakukan secara konsensus bila usul sama ada percaya atau tidak kepada Dr Mahathir Mohamad boleh dilakukan.
4. Jika mempersetuju atau tidak usul menyokong Dr Mahathkr Mohamad sebagai Perdana Menteri, tidak ada menunjukkan keuntongan laba jangka panjang, sebaliknya kerugian berpanjangan kepada UMNO.
5. Dr Mahathir Mohamad yang melihat polemik politik kununnya akan wujud Pakatan Nasional dimana UMNO dan PAS membentuk kerajaan baru dengan ketiadaan DAP dan PKR saperti rezeki datang melayang dalan keadaan imej dan pengaruh beliau sedang menurun di mata rakyat.
6. Jika berlaku sokongan UMNO kepada Dr Mahathir Mohamad. UMNO akan bermusuh dan kekal terus melawan DAP dan PKR. Dan Dr Mahathir Mohamad dapat menyelamatkan dari mati lemas yang berasal empangan yang dibina bersama DAP dan PKR dahulu dirobohkan oleh UMNO dan PAS.
7. Lokman Nur Adam tidak hadir sebab berada di luar negeri. Tanggungjawab beliau selaku Majlis Tertinggi sudah dilakukan lebih awal dan mendapat kecaman dari UMNO sendiri. Keputusan tanpa kehadirannya adalah satu kemenangannya kepadanya. Beliau telah memintas gagasan ini lebih awal.
8. Lokman Nur Adam bukan ahli MKT yang pertama memperkatakan soal kehendak dan keputusan Presiden UMNO.
9. Sejarah UMNO ramai ahli MKT yang bertentangan pendapat dengan Presiden UMNO. Dari Panglima Bukit Gantang, Jaafar Albar, Aziz Ishak, Sulaiman Palestine, Musa Hitam, Abd Manan Othman.Tengku Razaleigh Hamzah, adalah sederet nama yang pernah berlawanan dengan kehendak Presiden UMNO.
10. Tetapi tidak pernah berlaku ahli-ahli UMNO mencemuhkan mereka. Sebaliknya mereka kemudiannya dikatakan betul tindakan mereka menyerang Presiden UMNO.
11. Maka tanpa kehadiran Lokman Nur Adam, MKT akan menolak untuk bersama dengan Dr Mahathir Mohamad dalam penubuhan Kerajaan Baru dengan agenda terselindung bagi menghalang Anwar Ibrahim mengambil tugas Perdana Menteri salepas Dr Mahathir Mohamad, adalah kemenangan Ahli UMNO yang menolak UMNO melibatkan diri dalan kemelut di Parti Pakatan Harapan.
UMNO hanya boleh menghulurkan tangan dengan Dr Mahathir Mohamad, jika dia sendiri PPBM keluar dari Pakatan Harapan dan membawa sekutunya PAN, Warisan untuk bersama UMNO dan PAS termasuk GPS di Serawak membentuk Kerajaan Baru dan beliau boleh kekal menjadi Perdana Menteri selagi dia mahu.
Ditulis oleh: Zaharin Mohd Yasin@Sang Kelembai.
Feb 7, 202O


Khamis, 6 Februari 2020

Kenapa UMNO nak jadi penyibuk dalam urusan Anwar Ibrahim PMke8.

Kenapa UMNO nak jadi penyibuk dalam urusan Anwar Ibrahim PMke8.
Berapa orang pemimpin besar dan kecil dalam UMNO menulis isu terbaharu dalam UMNO ia itu memberikan sokongan kepada Dr Mahathir Mohamad atas alasan DAP dan Anwar Ibrahim.
2. Dua tulisan telah dikesan. Seorang yang berada dalam Majlis Tertinggi UMNO bernama Razlan Rafie dan diluar bernama Mohd Khir Toyo.
3. Seorang menulis mempertahankan Presiden UMNO dan mengatakan Lokman Nur Adam sebagai biadap dan tidak berhati perut. Tetapi dalam masa yang sama memperakui ada pelawaan dari siapa tidak pula disebutkan, sudah pasti dari Dr Mahathir Mohamad.
4. Dan memperakui juga akan keengganan Dr Mahathir Mohamad menyerah kuasa kepada Anwar Ibrahim yang kununnya didokong kuat oleh DAP.
5. Agak berbelit juga akan tulisan ahli MT lantikan ini.Memperakui Dr Mahathir Mohamad gagal menjaga kepentingan Melayu. Saperti Soal agama, soal kualiti hidup para petani, nelayan dan perternak..
6. Jika sudah tahu Dr Mahathir Mohamad dan Kerajaan PH gagal? Kenapa perlu UMNO menubuhkan Kerajaan bersama seorang yang gagal? Juga gagal menjaga kepentingan melayu.
7. Ini bukan soal pintu depan atau pintu belakang atau ada pintu baru tetapi sebenar Dr Mahathir Mohamad membuat pintu dalam rumah yang tidak pernah berpintu. Walau pintu akan dibuat.. untuk UMNO masuk. Tetapi pemilik dan kelengkapan rumah masih sama.
8. UMNO hendak dijemput masuk hanya kerana akan rumah itu bertukar tangan. Dan pemilik itu mahu tinggal selamanya. Walau pun perjanjian mendiami dalam rumah hanya dua tahun. Dia cuba menghalang ketua kongsi yang baru menjadi tuan rumah.

9. Dia hendak menendang dua rakan kongsi untuk jalan keluar. Apa kena mengena dengan UMNO? Mohamad Khir Toyo pula bimbang jika UMNO tidak bersama dalam rumah itu, UMNO tidak lagi menjadi Ketua Pembangkang dalam Parlimen.
10. Anih sungguh pemikiran bekas banduan ini. Dia merasakan jika pemimpin UMNO melompat ke Pakatan ciptaan Dr Mahathir Mohmad, UMNO akan berkubur dalam GE15, kerana salah seorang bekas ahli UMNO dilantik menjadi Menteri, dan orang UMNO yang mengikut Ahli Parlimen itu dilantik ke jawatan berbagai saperti Ketua Kampong, ahli Majlis Daerah. UMNO akan tutup kedai.. katanya dalam percakapan talipon saya dan dia malam tadi.

11. Penulisan kedua orang ini. nampaknya dari sudut pandang mereka ialah meremehan semangat juang ahli-ahli UMNO di akar umbi.UMNO tidak boleh digunakan untuk nafsu serakah Dr Mahathir Mohamad. Jika PAS mahu membaling pelampong penyelamat kepada Dr Mahathir Mohamad dalam hampir lemas dalam timbul tenggalamnya. PAS boleh teruskan, jangan babitkan UMNO.
12. Suka dijelaskan kami ahli UMNO yang tidak punya
banglo mewah harga jutaan ringgit, pernah dapat konsesi pasir di Wilayah Persekutuan untuk dijadikan emas, menolak tulisan kedua mereka ini.

13. Soal Anwar Ibrahim hendak dihalang jadi PM ke8, bukan urusan kami. Begitu juga soal DAP berkuasa penuh di Kementerian Kewangan juga bukan urusan kami di akar umbi. Itu mesti diambil penuh tanggungjawab oleh Dr Mahathir dengan cara desakan UMNO meminta
beliau meletakan jawatan dan bukan bergabung dengannya untuk mencuci segala busuk yang dibuat.

UMNO bukan penyapu membersihkan kekotoran yang dibuat sendiri oleh Dr Mahathir Mohamad..
Di tulis oleh:
Zaharin Mohd Yasin@
Sang Kelembai
Feb 6, 2020.

Khamis, 14 November 2019

Politik Mahathir di Hujung Benua.


1.Ucapan Mahathir Mohamad waktu berkempen di P165 Tanjong Piai pada rabu Nov 13, 2019 di simpulkannya lebih kurang dia memperakui walau pun Najib Razak dituduh merompak, mencuri, penyamun dan juga penyangak tetapi Tanjong Piai dan negeri Johor dibawah Kerajaan BN maju dan makmur. Pemimpin yang dituduh perompak dan menyamun itu tidak menyebabkan rakyat menderita dengan kemiskinan, tidak ada peluang pekerjaan dan hanya makan sekali sehari.
2. Maka yang keluar dari majlis ceramah Perdana pun bertanya sama sendiri.
3. Sekarang bukan zaman Kerajaan BN yang merompak dan menyamun. Tetapi kenapa kehidupan rakyat khasnya diluar bandar terus menjunam. Harga komuniti hanya penghasilan 1000 RM sebulan berdasarkan cakap calon PPBM jika punya ladang sawit 5 hektar.
4. Maka pada pemerhatian orang atas pagar.. kepala mereka yang dah mula pening.. cakap PM ke 4 dan ke 7 ini diposisi mana?.. Apa maksud dan tujuan memuji pembangunan dan kemajuan Johor secara terbuka dihadapan pengundi P65 Tanjong Piai?
5, Jika dalam masa 18 bulan, Johor yang dahulu ramai rakyat miskin mundur dalam pembangunan infrastuktur dan sebagainya. Kini berubah maju kerana ditadbir oleh Kerajaan PH. Sudah pasti PBB@United Nation akan hantar negara miskin belajar dengan Kerajaan PH.
6. Sebenarnya Mahathir Mohamad dan sekutu sudah tidak ada modal untuk meracun dan membuat fitnah. Keputusan Mahkamah kepada Najib Razak mengunci mulut dia untuk bercakap macam filem 'cheap matinee' di zaman 60an dan 70an.. Filem movie ulangan dengan harga murah.
7. Keputusan P165 Tanjong Piai yang terletak dihujung benua Asia sama saperti telor yang terletak di hujung tanduk masa depan politik Dr Mahathir Mohamad . Jika calon PH kalah.. Dr Mahathir Mohamad perlu mengemaskan meja di Putrajaya.
8. Permintaan beliau mengosong mejanya bukan sahaja tuntutan Parti PKR yang Presidennya bakal PM ke 8 tetapi seluruh rakyat Malaysi. Maka itulah sebenarnya tuntutan rakyat bahawa penghabiskan penggal ialah Parti Pakatan Harapan tetapi bukan kepada Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
9. Salepas Novermber 16, jika Parti PPBM@Parti Bunga Raya kalah.. Bukan sahaja PKR memulakan satu slogan 'NOT OVERSTAY' Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya.. Tetapi rakyat Malaysia juga perlu menyokong tanpa kira Parti Politik
10. Soal overstay ini telah dibincangkan di Istana negara sehari sebelum mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri. Saksi hidup masih banyak yang masih hidup. Itulah sebenarnya tuntutan para penyokong PKR..
11. Dr Mahathir Mohamad..jangan buat lupa.. Jangan sampai saksi yang ada dalam bilik itu bercakap soal dua tahun itu. Setakat kini hanya cakap mulut ke mulut dari Istana Raja sampai ke warung kopi.
12. Maka para ahli dan penyokong PH bukan parti PPBM, keluar lah mengundi calon BN.. Itu sahaja yang membolehkan anda memberikan kad kuning sebelum kad merah kepada Dr Mahathir Mohamd.. supaya jangan Overstay di Putrajaya pada 9hb Mei 2020.
Sang Kelambai.
November 14, 2019.
Bandar Sri Permaisuri.

Ahad, 13 Oktober 2019

Bila sekular dan fundamentalis bergabung.


1.Pagi ini akan termetri satu piagam dua kabilah orang Melayu.. Sejak tahun 1952 hingga 1972 bertentangan satu sama lain. Kemudian berdamai 1974 hingga 1978 dan berperang sejak tahun itu hingga tamat hari ini.

2. Tetapi entah apa sebabnya, kemungkinan pemimpinnya masa itu seorang pendidikan barat, secara perlahan Kabilah pada asal ini tidak sekular sebaliknya nasionalis tetapi berubah menjadi sekular. Bagaimana pun perkara agama dititikan berat juga.. Menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan. Pekara Islam di angkat menjadi perjuangan tetapi dari segi undang-undang dan akta mengikut kehendak tuntutan al-quran tidak di tiadakan maka kabilah itu dikatakan sekular yang mengasingkan agama Islam dan urusan dunia.

3. Satu kabilah lagi. Diwujudkan kerana penentangan cara Malaya mahu merdeka. Tidak benar saperti yang dikatakan oleh kabilah sekular bahawa kabilah itu wujud kerana patah hati dan kalah bertanding jawatan dalam Ketua Kabilah sekular.

4. Perjalanan sejarah. Pengasas Kabilah fundamentalis ini berasal dari Biro Agama kabilah sekular yang ditubuhkan pada tahun. 1946. Pandangan kabilah ini.. Kita tuntut Kemerdekaan untuk Malaya dengan meletakan Islam sebagai teras perjuang termasuk undang-undang dan urus tadbir sebuah negara Merdeka dengan semuanya mengikut kehendak Islam.

5. Bagaimana pun Ketua Kabilah mahu Kabilah Sekular membuka kemasukan ahli orang bukan Islam. Dan ahli Kabilah yang berfahaman fundamentalis menolaknya. Walau pun Ketua kabilah itu meletakan jawatan dan jawatan Ketua menjadi kosong. Maka ada pertandingan mengisi jawatan.

6. Ketua Kabilah 'out going' didalam senyap menamakan seorang anak bangsawan dari keturunan raja untuk mengantikan tempatnya. Kabilah fundamentalis berpendapat ini akan memberikan kesan kepada orang Melayu dan Islam. Bagaimana berapa tahun dahulu, kerabat mereka jugalah yang bersungguh hendak menyerahkan Malaya kepada pentadbiran Britsih. Hari ini mahu memimpin Kabilah sekular pula.

7. Disinilah pertentangan dua puak dalam Kabilah sekular. Satu puak nasionalis Melayu tanpa agama sebagai teras perjuangan dan satu lagi puak Melayu dengan Islamnya sekali sebagai teras perjuangan.

8. Maka satelah kalah.. puak2 sekular ini bimbang dengan senarai kepemimpinan baru dalam Kabilah sekular sebilangan besar berpendidikan barat dan pendukung feodal dan akan berkerja dengan kaum bukan penduduk asal, Islam akan terancam. Mereka pun menubuhkan sebuah parti yang berasaskan Islam.

9. Penubuhan Parti itu berasal dari pandangan jauh mereka yang fundamentalis, kemungkinan cara fikir itu jika tidak ada bangkangan apa dibuat kepada Parti Sekular.. Masa depan orang Melayu/Islam tidak terbela.

10. Kesimpulannya apa yang dikatakan oleh Parti Fundamentalis 65 tahun dahulu menjadi kenyataan.. Memberi kerakyatan kepada bangsa asing. Dia akan menikam kita semula. Jika puak fundamentalis menguasai kabilah sekular ini dan dijadikan fundamentalis. Kemungkinan situasi politik Malaya sekarang berlainan .

11. Kemungkin cantuman antara sekular dan fundamentalis hari ini. Aturan Allah yang mengatakan pembelaan Islam dari Timur. Mungkin Malaysia dan Indonesia akan membentuk kekuatan Islam yang kuat saperti tertulis dari hadis.. akan hadir penyelamat islam dari Timor. Insyaallah.

Bandar Sri Permaisuri
September 14. 2019

Selasa, 10 September 2019

Apa itu kemiskinan?.

1. Anwar Ibrahim bersuara soal kemiskinan yang kian melanda Malaysia. Hasil berbagai dasar yang diperbuat oleh Dr Mahathir Mohamad tidak dapat dipetik buahnya salepas 15 tahun persaraan yang selalu dibanggakan oleh pengikut taksub kerana pernah menyandang 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

2. Kemiskinan dari semakan dan kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu keatas Malaysia sudah dikira berat. Kerajaan PH sepatutnya memperakui akan kemiskinan yang berterusan rakyat Malaysia, tetapi disanggah oleh Dr Mahathir Mohamad kerana jika dia bersetuju dengan kajian kemiskinan itu, maknanya dasarnya selama 22 tahun adalah dasar yang gagal.

3. Apa itu kemiskinan dari pandangan Dr Mahathir Mohamad dan PM menanti Anwar Ibrahim? Biar saya jelaskan apa itu kemiskinan dalam masyarakat yang tertindas.
4. Kemiskinan itu sangat mudah difahamkan. Jika sesaorang itu tidak ada kemampuan bagi memenuhi keperluan hidupnya. Soal pertama ialah untuk makan, Jika selalu kita semua makan tiga kali sehari. Sesaorang yang tidak mampu makan hanya dua kali sehari atau sekali. Orang ini sudah dikira orang miskin. Jangan pula samakan dengan orang yang boleh makan tiga kali sehari tetapi makan hanya dua kali sehari kerana hendak menjaga badan atau ikut program 'diet' walau pun dia mampu makan tiga kali sehari. Sebaliknya orang miskin juga teringin dan hendak makan tiga kali sehari tetapi tidak mampu.
5. Kata pakar kemiskinan, orang tidak mampu biasanya disebabkan oleh bermacam-macam penyebab. Di antaranya ialah faktor alam dan faktor bukan alam, atau gabungan keduanya. Faktor alam menjelaskan, orang tidak mampu kerana alam atau tempat tinggalnya. Dimana sekitarnya tidak dapat diolah menjadi makanan.
6. Itu sebab kerosakan alam atau eko sistem kawasan setempat memberi kesan bertambahnya orang miskin. Laut dan Sungai tidak lagi menyediakan ikan untuk dimakan kerana perbuatan tangan manusia. Tanah tidak lagi menyediakan lahan yang subur kerana perubahan cuaca untuk dijadikan sawah, saliran air kering kontang. Hutan yang menjadi alternatif untuk mencari sumber makanan sudah bertukar menjadi ladang. Maka tidak ada lagi pucuk dan ulaman dan binatang buruan.
7. Jika faktor alam berkaitan dengan mudahnya mendapat sumber makanan, sekarang sudah tidak ada. Faktor bukan kerana alam pula ialah berkaitan dengan kemampuan membeli bahan makanan. Pada setiap orang yang semua bahan makanannya disediakan oleh orang lain (bukan faktor alam) untuk mendapatkan makanan perlu ada wang. Maka harus membayar untuk membeli bahan makanan. Bahan makanan itu perlu dimodalkan oleh pengilang atau pembuat. Itu sebab harga berbeza setiap bahan makanan.
8. Jika penyebab pertama berkaitan dengan kemampuan alam mengekalkan pengeluaran makan semula jadi saperti ikan dilaut dan sungai. Bercucuk tanam di tanah subur. Penyebab kedua ialah berkaitan dengan wang yang ada. Wang tidak jatuh dari langit, tidak pula saperti daun-daun yang mudah dipetik dari pokok. Wang hanya diperolehi bila seseorng berkerja atau berusaha saperti berniaga. Wang adalah alat tukar. Maka untuk mendapatkan wang seseorang kena menukarkan kebolehan dirinya dengan orang lain. Saperti berkerja sebagai tukang rumah.. maka dia mendapat upah atau gaji.. maknanya dia menukar keahlian bertukang menjadi wang. Ringkasnya jika anda berkerja, memberikan tenaga, fikiran dan waktu yang anda miliki kepada pejabat dan perusahaan tempat anda berkerja. Semua itu akan dibayar yang telah menggunakan tenaga anda.
9.Dan selain bekerja makan gaji, cara lain mencari wang ialah membuat perniagaan. Menjual apa sahaja yang diperlukan oleh manusia lain.
10. Maka, kemiskinan dapat difahamkan sebagai ketidakmampuan dalam memenuhi keperluan dasar berupa makanan dan minum. Dan tentulah ukuran yang dibuat oleh PBB kemiskinan di Malaysia sebagai ramainya kurangnya pendapatan untuk memenuhi keperluan hidup yang pokok. Dan kemiskinan itu disebut 'kemiskinan mutlak' atau bahasa di Malaysia kemiskinan tegar.
10, Di Malaysia soal kemiskinan adalah disebabkan orang boleh miskin kerana tidak memiliki akses pada sumber pendapatan. Saperti mendapat kontrak kecil agak sukar jika tidak ada cable dan terlibat dalam parti politik. Kemiskinan yang merata ini dipanggil 'kemiskinan relatif'. Kemiskinan relatif merupakan suatu kategori perbandingan yang menunjuk pada ketidak merataan yang selalu ada dalam keterkaitan peluang ekonomi tetapi juga tidak kemerataan kesempatan dan peluang di segala bidang kehidupan.
Sang Kelambai
Bandar Sri Permaisuri
September 10, 2019.

Isnin, 9 September 2019

Catatan Perjuangan Aku..


1.Aku menyertai Pemuda UMNO dari usia 18 (1970) tahun dan tamat dalam usia 43 (1995) tahun. Dalam masa 23 tahun, Jawatan dalam Pemuda UMNO tidaklah Exco Pemuda.. tetapi menduduk beberapa jawatankuasa Biro Pemuda UMNO Malaysia. 
2. Sumbangan aku terbesar ialah menyiapkan kertas kerja untuk mengharamkan orang Islam masuk Kasino di Genting, Pahang.Di bawa oleh Biro Buruh dan Undang-undang dan Biro Agama dan Kebajikan Pemuda UMNO pada tahun 1984, bersesuaian dengan usul Mesyuarat Pemuda UMNO Malaysia mengharamkan semua bentuk perjudian. Dan keputusan Kerajaaan bersetuju Loteri Kebajikan dimansuhkan. 
3. Sebelum itu di tahun 1978 menyelesaikan isu pemogokan Cabin Creww di Malaysia Airline dan operasi ni dikenali Operasi Jayapuri. Kerana bilik gerakan di Hotel Jayapuri (sekarang Hilton Hotel Petaling Jaya.. Satelah dapat berunding dengan wakil pekerja. Tindakan seterusnya di lakukan oleh Cawangan Khas PDRM.
4. Semasa krisis Sabah tahun 1985/1986. ketegangan agama berlaku di Sabah. Gerakan pemisah agak tinggi. Penyerahan Labuan menjadi Wilayah Persekutuan satu isu panas. . Saya memainkan peranan dengan Joseph Pairin Kitingan menubuhkan Parti Bersatu Sabah. Dan membuat ikatan perjanjian dengan USNO menghadapi PrN tahun 1985. Dan Berjaya dapat ditumbangkan.
5. Berunding dengan pemimpin Pertubuhan Pembebasan Bersatu Patani atau PULO untuk diberikan perlindungan di Malaysia. ditahun 1987/88 Kerana Kerajaan Thailand tidak senang dengan tindakan Malaysia melindungi pejuang PULO. Dan mendesak suspek pemimpin PULO ditangkap dan diserahkan kepada Thailnad. Satelah dapat dibawa ke meja perundingan pihak berkepenti ngan tugas seterusnya diambil alih oleh Cawangan Khas, saya yang merintis jalan supaya mereka tidak bimbang dengan perjumpaan itu.. Perundingan timbal balas itu, yang mungkin menyebabkan Kerajaan Thailand mempengaruhi PKM membuat perjanjian damai 1989.
6. Jadi aku sembang hebat dalam perjuangan aku.. Aku ada bukti. Banyak saksi masih hidup. Fail aku di Cawangan Khas, Bukit Aman, aku rasa sudah masuk jilid ke 7. Jika setakat berkokok tidak ada apa sumbangan jangan lah terasa hebat. Hanya setakat jadi guard untuk pemimpin. Aku jadi guard untuk UMNO, Bangsa Melayu dan Islam.
Bandar Sri Permaisuri
September 9, 2019

Ahad, 8 September 2019

Bila Anwar Ibrahim menyerang Dr Mahathir Mohamad. Kedua mereka saperti tidak bersalah


1. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah menyediakan laporan bukan sahaja dari datanya tetapi wakilnya melihat sendiri suasana kemiskinan itu di Malaysia.
2. Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri menolak laporan itu. Sepatutnya sebagai seorang Perdana Menteri dalam Kerajaaan Pakatan Harapan beliau sewajar 'membenarkan' kenyataaan PBB itu. Kerana UMNO itu beliau yang mengetuai untuk ditumbangkan sebagai Kerajaan selama 64 tahun, Dua tahun sebelum merdeka dan 62 tahun salepasnya.
3. Sebab beliau menolak laporan itu? Kerana beliau tahu bahawa jeritan dan pekikan sebagai Perdana Menteri 22 tahun semasa dalam UMNO dan bersara pada tahun 2003, hasil dasar-dasar yang dilakukan termasuk dasar 'Pandang Ke Timur' membuahkan hasil kemiskinan yang berterusan di Malaysia, kerana kesemua orang tahu.. bahawa setiap dasar akan dinikmati hasil satu generasi mudah.. ia itu 20 tahun.
4. Bagi memberi ulasan itu termasuk bakal Perdana Menteri menanti Anwar Ibrahim telah mengatakan saperti di petik dalam portal berita Malaysiakini, 'Bimbang dengan laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) mengenai kadar kemiskinan negara baru-baru ini, Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengkaji semula dasar-dasar ekonomi yang gagal terhadap negara'.
5. Tanpa Anwar Ibrahim sedari.. bahawa dia juga berada dalam membuat polisi ekonomi yang salah kerana beliau dalam masa yang sama Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri (1981-1998) selama 19 tahun. Maka kita perlu bertanya dengan Perdana Menteri menanti ini.. Apa dia buat selaku Menteri dan kemudian Timbalan Perdana Menteri dalam masa yang sama Menteri Kewangan?.
6. Bila Anwar Ibrahim memberikan kenyataan bahawa yang menyebabkan kemiskinan di Malaysia kerana dasar-dasar ekonomi, tanpa beliau sedar semua dasar-dasar yang membuah hasilkan bertambah kemiskinan di Malaysia telah diperbuat 100% oleh mereka berdua.
7. Dasar Ekonomi Malaysia tidak boleh disalahkan atas Dasar Ekonomi Baru. DEB jelas hala tuju dasar ekonominya, ia itu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat Malaysia.
8. Membasmi kemiskinan memperbanyak peluang perkerjaan didalam bandar dan juga di kampong dan desa. DEB mencadangkan kilang juga perlu didirikan diluar bandar. Pertunjuk aktiviti ekonomi berdasarkan kaum dikurangkan.. Melayu dengan pertanian sekali kecil, menjadi penjawat awam atau makan gaji, Orang Cina dengan ekonomi dan perniagaannya dan Orang India dengan imej tenaga buruh dan pekerja estate.
9. Mengeluarkan ketiga imej aktiviti ekonomi tiga bangsa ini, bukan mudah. DEB yang tamat pada tahun 1990 diganti dengan DEPAN -Dasar Ekonomi Panjang sehingga tahun 2020 dengan tidak melupakan asas DEB.
10. Kesimpulannya kedua mereka sama Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim mestilah mengambil tanggungjawab akan kegagalan mereka melaksanakan misi DEB dan DEPAN. Jangan persalahkan dasar, yang salah orang yang melaksanakan orang. Antara sebab tidak berjaya membasmi kemiskinan dan menyusun masyarakat, disamping ideologi ekonomi kapitalis menjadi tunjang dasar Ekonomi di Malaysia, dasar itu akan memperkembangkan antara Pemimpin dan pelaksana dasar@polisi amalan KKN-Korupsi, Kroni dan Nepostima.
Sang Kelembai.
Bandar Sri Permaisuri.
September 8, 2019

zmy.

Isnin, 26 Ogos 2019

Tulisan Jawi, Gerakan Min Yuen, Kebangkitan Komunis dan Sumpah Melayu


1. Melayu ini mudah lupa. Soalan tulisan jawi ini memang ditentang oleh DAP sebelum mereka menjadi Pemerintah. Bagaimana Theresa Kok menentang tanda jalan di Kuala Lumpur yang ditulis tulisan Jawi.. Hari ini dengan tiba-tiba DAP menjadi Hero. masalah tulisan Jawi diumumkan oleh Tim Menteri Pendidikan dari DAP. Apa muslihat mereka?
2. Isu sebenarnya mereka mahu ramai lagi keldai Melayu masuk DAP.. DAP sudah berubah. bertambah banyak keldai Melayu tidak tahu sejarah. Bukan sahaja sejarah dia tidak tahu. Perkara berlaku hari ini pun dia tidak ambil kisah.
3. Dua tokoh DAP secara tidak sedar mengaku datuknya pernah menjadi sebahagian askar MPAJA masa zaman Jepun. Kamudian menjadi Bintang Tiga dalam Perang 14 hari salepas Perang ditahun 1945. Usaha mereka nak tubuhkan Republik Komunis Malaya.
4. Jika terjadi ditubuhkan Republik Komunis Malaya oleh PKM mereka akan bertindak sama dengan Parti Komunis Indonesia menyerang Istana dan menghapuskan sistem beraja di berapa wilayah di Indonesia termasuk di kawasan Sumatera Timur. Sejarah mencatatkan bahawa kesemua Raja Pemerintah Wilayah dan keluarga dibunuh. Istana mereka di bakar. Ini berlaku pada tahun 1946 masa yang sama orang Melayu berkumpul menubuhkan UMNO.
5. Nasib baik.. ada kebangkitan orang Melayu khasnya orang Melayu Banjar di Sungai Manik.. Melayu Jawa di Senggarang Batu Pahat, Melayu Minangkabau di Padang Lebar dan Batu Kikir. bangkit menentang kekejaman Bintang Tiga yang terdiri dari baki saki baki MPAJA yang hanya bersenjatakan Kris dan Parang sahaja.
6. Masalah tulisan anti Jawi adalah sebahagian propaganda saperti gerakan bawah tanah kelompok Komunis yang dinamakan 'Min Yuen'. Gerakan bawah tanah Komunis masih lagi berterusan. Tengok cara kenyataan pemimpin DAP yang Pro Komunis bertindak dan bercakap semacam gerakan Min Yuen. Dan Gerakan utama Min Yuen hari ini untuk mendapat sokongan Orang Melayu. Sudah nampak mereka saperti berjaya.
7. Jika pada tahun 1952. PKM dapat membunuh Henry Gurney, Pada tahun 2018 mereka dapat menjatuhkan UMNO. Dan adalah menjadi kebiasaan bahawa Komunis akan meletak boneka untuk penyamaran atau kamuflase perjuangan mereka. Dan kini ramai orang Melayu dijadikan boneka oleh DAP tanpa mereka sedar, walau mereka seorang Perdana Menteri atau Menteri Besar.
8. Hari ini demokrasi adalah pelindung mereka. Perjuangan mereka menjadi halal. Mereka sudah berkuasa, kewangan bukan lagi masalah. Maka terserah kepada institusi Melayu untuk membuat penyedaran kepada orang Melayu.. Apa pun perpaduan ummah tidak akan dapat membawa kejayaan, jika orang Melayu tidak menyedari sejarah masa lalunya dan memandang masa depannya.
9. Satu arah tuju dalam satu dokumen haluan perjuangan mesti disediakan. Jika saya panitia untuk Piagam Perpaduan UMMAH. Akan saya celahkan satu pengistiharan SUMPAH MELAYU pada 16hb September 2019 yang akan kekal abdi sepanjang zaman saperti SUMPAH PEMUDA di Indonesia, walau pun sudah berlalu 90 tahun tetapi generasi Pemuda Indonesia sampai kini masih memegang sumpah itu.
10. Orang Melayu mesti di ingatkan dalam peribahasa Melayu ada menyebut 'Jika kepalanya ular, takkan ekornya belut'.
Sang Kelembai
Bandar Sri Permaisuri
August 25, 2019

Boikot produk syarikat Cina. Jangan lupa boikot juga kedai orang Islam.


1. Ketegangan kaum menjadi-jadi sekarang. Dalam kumpulan whatsap banyak tulisan meminta orang Melayu memboikot barang-barang keluaran syarikat yang dikendalikan oleh orang Cina.
2. Masalah yang berlaku sekarang ialah isu politik.. kenapa sampai menjalar ke soal boikot barang barang syarikat Cina. Saya hanya bersetuju syarikat yang tidak patuh syariah dalam pengeluaran barang-barang berasaskan makanan. Tidak kira siapa yang buat. Barang-barang itu patut tidak dibeli kerana masuk kedalam badan menjadi darah daging dan bukan kerana disebab barangan keluaran syarikat Cina.
3. Sebilangan besar kedai makan segera, di miliki oleh orang Cina. Ada nama besar dalam kedai makan yang memang namanya pun Madam Kwan, tentu pemiliknya orang Cina.. adakah kita hendak memboikot kedai ini?
4. Saya selalu ke kedai Madam Kwan di Pavillion kerana sambal petainya. Selalu terserampak dengan pemiliknya Madam Kwan seorang perempuan tua status nenek atau opah. Orang berbudi bahasa, malah ada masa menjalankan tugas sebagai pelayan menerima tempahan pelanggan.
5. Adakah kita memboikot kedai ini kerana perbuatan beberapa pemimpin politik dari kalangan orang Cina. Apa yang dilakukan oleh Madam Kwan kepada orang Melayu? Dia seorang usahawan. Dan tidak terlibat dalam politik praktis.
6. Saperti mana saya katakan beberapa kedai makan yang kita ketahui pemilik bukan Melayu, banyak memberi peluang pekerjaan kepada anak Melayu sebab jarang terdapat anak muda perempuan atau lelaki Cina yang berkerja di kedai makan milik orang Cina.
7. Kepada saya focus kepada mana-mana syarikat kedai makan yang jelas mememang wajar di boikot, saperti satu kedai makan 'bandar lama' Sudahlah pemilik mengaku datuknya seorang komunis, 90% pekerja bukan Islam dari myanmar dan nepal. Kedai-kedai makan macam ini perlu di boikot. Walau pun tanda halalnya ada.. tetapi pembuat makanan dikedainya bukan Islam.
8. Begitu juga produk makanan.. siasat dahulu kilangnya. Jika kilang tidak ada orang Melayu/Islam bekerja. Itu kita boikot, sama saperti masa dulu melambak kueh pau bernama identiti melayu, pemiliknya Cina dan tidak ada pekerja Melayu/Islam di kilang. Itu kita jangan beli.
9. Dan juga jangan lupa kedai-kedai mamak yang mengajikan pekerja India. Semua makanan dalam kedai itu tidak ada seorang Melayu pun yang membuatnya semuanya perkerja India. Di Bandar Sri Permaisuri ada dua tiga kedai mamak. Kita ambil tangkap muat.. Itu kedai Islam.. tidak perlu persijilan halal tetapi apa faedah kepada orang Melayu/Islam yang menambah kekayaan mereka. Itu juga perlu di boikot.
10. Dalam orang Melayu menghadapi masalah serangan dari orang bukan Melayu termasuk dari orang India..komuniti mamak langsung tidak bercakap apa-apa dalam isu pembelajaran tulisan jawi. Maknanya komuniti mamak ini.. Agamanya Islam tetapi bangsnya masih India.
11. Kesimpulannya waraslah kita membuat keputusan produk apa yang kita perlu boikot dan bukan semua di tangkap muat dan sebakulkan.
Sang Kelembai
Bandar Sri Permaisuri
August 26, 2019.