Selasa, 6 Oktober 2015

Harta dan wang punca segalanya, bukan perjuangan


Satu perkara yang orang UMNO pun tidak tahu.. bahawa zaman si Mantan PM Dr Mahathir Mohemad yang juga Presiden UMNO membantu banyak syarikat bukan Melayu dalam bisnes yang besar saperti Berjaya, YTL, Maxis, Syed Mokhtar, Syed Azman dll, dalam masa yang sama mereka itu walau pun ada setengahnya bukan Melayu adalah proxy UMNO.. kerana ada kepentingan UMNO dalam sahamnya..nilai bukan sediikit RM Billion harganya.. Masa si Mantan berhenti jadi PM satelah 22 tahun menjadi Perdana Menteri dia menyerahkan secara tunai RM1.4 Billion kepada Tun Abdullah Hj Ahmad.. Bila Tun Abdullah Hj Ahmad berhenti, kewangan UMNO sangat merosot.. kerana sudah di gunakan masa Pru 2004 dan 2008..
Maka si Mantan mengharap sangat supaya PM Najib Razak dan juga Presiden UMNO yang baru.. untuk berjumpa dengannya bagi menandatangan tangan pertukaran saham..kepada UMNO. atau meminta wang yang tersimpan dalam proxy yang dia fikir dia seorang sahaja yang ketahui.. tetapi berapa proxy itu telah memecahkan rahasia akan surat amanah itu kepada PM Najib Razak..
Masalah baru datang.. Si Mantan Dr Mahathir Mohamad mahu pula sebahagian saham2 dalam syarikat di mana ada proxy UMNO di tukarkan namanya sebahagian kepada nama anak beranaknya nya kerana ada setengahnya kepentingannya sendiri, saperti yang dia telah lakukan beberapa saham milik bertukar ke anak beranaknya. Itu sebab anaknya boleh kayaraya sekelip mata.
Masalahnya PM Najib Razak yang juga Menteri Kewangan tidak bersetuju perkara itu.. Maka di situlah bermula perang Dr Mahathir Mohemad dan PM Najib Razak.. Si Mantan mahu dia saperti keluarga Rockefeller di Amerika.. siapa pun menjadi Presiden Republican dia lah yang sebenar Presiden kerana dia yang membiayai kempen pilihanraya Republican. Begitu juga di Malaysia. siapa yang menjadi Perdana Menteri.. dialah yang sebenarnya menjadi Perdana Menteri.. wahyu dan restu mesti datang darinya.
Maka jika Umi Hafelda boleh meminta PM Najib bersumpah laknat, kenapa dia tak minta si Mantan Dr Mahathir Mohemad bersumpah laknat bahawa tuduhan diatas tidak betul.. dia tidak pernah memindahkan harta-harta UMNO kepada anak beranaknya.

Sang Kelembai: Itulah kisah yang sebenarnya.
Bandar Sri Permaisuri,
Oktober 6,2015.