Khamis, 28 Januari 2010

Jangan guna bangsa untuk tutup kelemahan

PAGI tadi secara tidak sengaja, saya telah mengirim posting dalam Facebook yang ada kaitan musuh antara anak Adam khasnya orang-orang Islam, antara lain ialah tentang soal iri hati dan dengki khianat.

Pada jam 10.00 pagi hari ini 28hb Januari 2010 saya telah terima pesanan dari telefon saya supaya membaca satu blog yang beralamat www.sembiraku.blogspot.com. Setelah membaca apa yang ditulis dalam blog itu, saya berandaian ianya sama dengan perangai orang yang dikeluarkan namanya dalam rakan Facebook saya dan dtulis oleh orang sama, yang beragenda.

Apa yang saya ingin katakan adalah tetap sama iaitu cara argumentasi ke atas sesuatu isu. Penulis (sebenarnya orang yang sama tetapi menyamai dalam blog ini) ialah dimana bermulanya isu dan topik yang menjadi isu kepada segala punca.

Puncanya bermula ialah soal posting saya tentang Hari Republik India yang jatuh pada 26hb Januari 1946 dimana Kerajaaan India merayakan secara besar-besaran setiap tahun walau pun India merdeka pada 15hb Ogos 1947. Malah Malaysia sendiri mempunyai sejarah yang sama telah berlaku pada 1hb Febuaari 1948 bila Persekutuan Tanah Melayu di wujudkan.

Dan saya memperkatakan, kenapa di Malaysia hari yang begitu sejarah tidak dipedulikan orang?Maka penulis yang merasakan dirinya hebat ini telah membuat komen yang lebih kurang berbunyi..bahawa 16hb September 1963 lebih penting dan besar dari tarikh itu.

Saya berpendapat bahawa tidaklah sesuatu yang relaven untuk membincangkan tarikh 16hb September 1963 dengan posting saya yang berkaitan dengan soal 1hb Febuari 1948.
Sebaliknya beliau menerangkan apa perbezaaannya sedangkan beliau tidak mengetahui apa hubung kait dan persamaan tarikh 26hb Januari 1946 di India dengan 1hb Febuari 1948.

Sebagai seseorang yang berkelulusan Universiti dan juga kununnya penulis tersohor di Sabah, saya memperkatakan bahawa dia seorang yang tidak mengetahui sejarah kerana 16hb September 1963 hanya sekadar peristiwa gabungan tiga negeri ke Persekutuan Malaysia.

Sebaliknya peristiwa 1hb Febuari 1948 ialah pengabungan negeri-negeri Melayu termasuk negeri-negeri selat dengan satu Perlembagaan seperti yang berlaku di India pada 26hb Januari 1946, di mana negeri-negeri India bergabung dengan satu nama yang dinamakan Republik India dalam satu perlembagaan bagi seluruh negeri yang bergabung.

Jika dibandingkan dengan hari pernubuhan Malaysia, ianya bukan satu gabungan dalam bentuk kesemua Perlembagaan Malaysia itu dipinda dan dibuat baru, sebaliknya beberapa pindaan hanya dari segi kesesuaian tentang kepentingan gabungan itu bagi negeri Sabah dan Sarawak termasuklah Singapura itu.

Di India, bila mereka menubuhkan Republik India mereka tidak membuat perjanjian dengan British tetapi Persekutuan Tanah Melayu sebelum kemerdekaan, di siapkan satu Perlembagaan dimana ianya mengandungi satu perjanjian dan kemudian menjadi asas Perlembagaan Persektuan Tanah Melayu pada tahun 1957.

Tetapi didalam jawapan penulis ini, jelaslah menunjukan bahawa dia tidak berapa cerdik bila hujah disangkal kononnya disebabkan Negeri Sabah dan Serawak mempunyai 57 kerusi barulah UMNO menerima 16hb September 1963 sebagai hari yang diraikan.

Saya tidak bercadang untuk menulis apa-apa jawapannya tetapi si penulis tidak sama sekali menyangkal dua perkara yang dia komen iaitu mengatakan saya hanya sekolah sampai tingkatan 3 dan kemudian mengaitkan saya dengan PM Najib.Ini jelas terkeluar daripada isu yang sepatutnya dibincang ataupun dipertahankan.


Disebabkan saya malas dan tidak suka bergaduh satelah beberapa komen yang saya nampak keluar daripada topik yang dibincangkan dan ini bukan pertama kali si penulis memberi komen luar topic. Maka untuk menjalinkan persahabatan seterusnya saya mengeluarkan dia sebagai rakan Facebook untuk sementara waktu.

Memang saya akui bahawa saya ada menggunakan perkataan ‘Bodoh’ dalam satu komen balasannya. Itu ditulis bukan ditujukan kepada kesemua orang-orang Bajau (tidak berniat sama sekali) atau pun masyarakat Bajau sebaliknya kepada diri atau tubuh badan penulis itu secara peribadi dan tidak ada kena mengena dengan bangsa Bajau secara keseluruhannya.

Penulis cuba mengheret saya dalam isu ini bagi menutup segala kelemahan dia dan mahu masyarakat Bajau menilai saya sebagai orang yang kurang ajar terhadap kelompak Bajau secara total.

Pengalihan isu ini saya sifatkan sebagai satu niat jahat dari penulis yang saya maksudkan supaya masyarakat Bajau membenci saya sedangkan jelas penulis yang saya maksudkan itu mempunyai niat lain, menghina saya dan menjebakkan saya dalam perbalahan kaum yang tidak pernah pun saya maksudkan seperti apa yang penulis itu maksudkan kepada orang-orang Bajau yang lain. Saya ramai kawan dari keturunan ini dan mereka lebih cerdik daripada penulis ini.

Baik, saya sekadar bertanya..apa pula hubungan saya dengan PM Najib sehingga penulis begitu sekali beriya-iya mengaitkan saya dengan PM kita ini? Apa niat penulis ini? Saya masih mencari jawapan..tak palah..tak perlu saya fikirkan sangat

Apakah pula perbezaannya dengan penulis ini yang mengatakan “Orang Malaya’ bodoh. Apakah maksudnya menggunakan perkataan Malaya Bodoh. Tetapi tidaklah menjadi isu kepada saya atau cuba melaungkan isu itu kerana memanglah banyak orang Malaya yang bodoh khasnya budak-budak yang belum masuk sekolah. InsyaAllah mereka akan pandai setelah bersekolah nanti.

Apakah pula muslihat penulis ini mengirimkan beberapa pesanan kepada semua Menteri-menteri supaya menbaca blog yang dibuatnya sendiri? Tidak lain dan tidak bukan adalah bertujuan untuk menjejaskan nama baik saya yang kebetulan akan bertugas membantu parti ke arah 1Malaysia.

Sebagai seorang tua, selalu melaungkan kata-kata bahawa saya sudah berumah 37 tahun dalam politik, adalah menjadi kebiasaan setiap orang mempunyai sikap iri hari dan dengki khianat,kepada dia tidak pula sebalik merasa cemburu kerana kenapa dia tidak?

Maksud kenapa dia tidak?. Iaitu kenapa dia tidak dapat dan dilantik ke jawatan itu dan kenapa si pulan dan si pulan ini boleh dilantik. Itu sebabnya dia bermatian mencerca hubungan saya dengan PM Najib.

Akhirnya, biarlah apa yang dia nak kata terhadap saya. Memang sudah menjadi simpulan bahasa bahawa musuh sebenarnya datang dari kawan-kawan dan sahabat-sahabat sekeliling kita.

Saya tidak pernah sama sekali merujuk perkataan “Bodoh” kepada orang Bajau atau Masyarakat Bajau di Sabah dalam komen di Facebook, sebilangan besar mereka adalah kawan-kawan saya puluhan tahun malah antara mereka ada berjasa dalam hidup saya secara peribadi. Si penulis yang jelas menunjukan kebodohannya, jangan membawa isu lain untuk menutup kebodohan diri sendiri. Itu nasihat saya

Bagaimana pun saya tidak meminta maaf atas perkataan kepada orang Bajau kerana ianya sama sekali tidak dituju kepada seluruh orang Bajau, begitu jika si penulis mengatakan orang Malaya Bodoh, tidak menyebabkan saya hendak menyebarkan kepada orang Malaya bahawa orang Bajau mengatakan orang Melaya Bodoh.. sebenarnya jika saya lakukan itu, saya telah buat kerja-kerja bodoh. Apakah beberapa posting soal orang Melayu dalam blognya tidak menghina orang Melayu?Yang jelasnya blognya sentiasa memperkecilkan dan menghina maruah Melayu.

Sang Kelambai: Nasihat Almarhum King Ghaz kepada saya dalam tahun 70an. “Jika kamu diam, kamu hanya bodoh, tetapi bila kamu bercakap, sahlah kamu bodoh....

Isnin, 25 Januari 2010

King Ghaz yang di pinggirkan

Berita pulang menemui tuhannya Tun Dr Mohd Ghazali Shafie atau lebih dikenali dengan nama King Ghaz di zaman puncak selaku Menteri Dalam Negeri, mengurangkan lagi seorang lagi putera bangsa pasca kemerdekaan tanah air yang boleh menceritakan denyut nadi perjuangan kemerdekaan.

Saya merasa bertuah, bukan sahaja dapat berkerja dengannya walau pun hanya sekadar budak pejabat semasa allahyarham menjadi Menteri Penerangan dan kemudian bila saya terlibat dalam UMNO menjadi rakan didalam perjuangan UMNO. Dari seorang boss kepada seorang pemimpin yang sangat saya hurmati sehingga bertukar saperti sebagai adik dengan seorang abang yang banyak dan suka memberikan saya perangsang kedalam politik. Saperti Allahyarham Mohamad Rahmat, King Ghaz adalah juga guru politik saya.

King Ghaz adalah sebutan orang terhadapnya tetapi dikalangan masyarakat politik hanya memanggil beliau sebagai Tan Sri sahaja. Bagaimana pun beliau lebih akrab dipanggil abang dikalangan kawan-kawannya yang lebih muda, ini disebabkan beliau sendiri akan membahasakan diri beliau ‘abang’ jika bercakap dengan orang yang lebih muda darinya.


Semasa di New Delhi minggu lepas, bersama seorang pegawai kedutaan tanpa di tanya saya memberi tahunya bahawa sebelum seorang duta di lantik di India, Tan Sri Ghazali Shafie orang yang pertama menjadi Setiausaha Pertama dan bertindak sebagai Duta. Dan mengikut kisah pegawai itu, bahawa dahulunya kawasan kedutaan yang diberikan oleh kerajaan India terlalu luas tetapi kerana kesilapan dan terlepas pandang beberapa tanah yang tidak di failkan oleh kedutaan telah di ambil semula oleh Kerajaan India.


King Ghaz hanya dikenali nilainya oleh Tun Razak Hussein bukan kerana dia orang Pahang dan kawan semasa kecilnya. Tetapi memang dia ada kebolehan dalam apa sahaja tugas yang diberikan kepadanya. Malangnya King Ghaz kerana Tun Razak Hussein meninggal dunia dan Tun Hussein Onn meletekan jawatan. masa depan politik tidak secerah mana. Akhirnya di pinggirkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sehinggalah saat kematiannya.

Jika di lihat urutan anugerah Tun yang diberikan kepadanya, beliau adalah yang terakhir dalam senarai sewajar diberikan anugerah yang tertinggi itu lebih awal dari semua orang yang pernah berkhidmat dalam pasca kemerdekaan dan Malaysia, beliau menerima anugerah Tun pada tahun 2005, itu pun dizaman Abdulah Hj Ahmad Perdana Menterinya malah pegawai bawahannya yang bernama Hanif Omar menerima gelaran Tun pada tahun 1993 dan juga Khalil Yaakob pada tahun 2004.


Walau pun Dr Mahathir Mohamad di anggap sebagai negarawan tetapi dia tidak terlepas dari perangai berbalas dendam pada siapa yang di tandannya sebagai musuhnya dan tidak persefahaman dengan fikirannya. Itu satu perangai yang kurang baik Dr Mahathir Mohamad yang di sanjung setengah orang tetapi tidak mengetahui sebalik nilai buruknya.


Kesalahan tidaklah besar sangat tetapi jika mengikut kata King Ghaz bahawa dia mempunyai cukup alasan untuk menangkap Sidek Ghause yang masa itu Setiausaha Politik kepada Dr Mahathir Mohamed di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Tujuan murni demi keselamatan Negara dan Dr Mahathir Mohamad sendiri tetapi disalah tafsirkan oleh Dr Mahathir Mohamad yang kebetulan akan memegang jawatan Perdana Menteri satelah Dato Hussein Onn meletakan jawatan.

Akhirnya King Ghaz dikeluarkan dari Kementerian Dalam Negeri dan pindah ke Kementerian Luar dan dibesarakan pada tahun 1985. Dan semenjak bersara beliau tidak pernah diberi peluang apa-apa jawatan yang sesuai dari segi pengalaman dan kepakaran malah Dr Mahathir Mohamad mengambil tindakan memperlinya bila melantik Musa Hitam sebagai wakil khas Malaysia di Pertubohan Bangsa-bangsa Bersatu.


Sumbangan King Ghaz terlalu besar didalam pembentukan negera ini. Pengalaman mentadbir dalam masa krisis bukan semua orang menikmatinya, dia bukan Dr Mahathir Mohemad yang membuat krisis untuk tujuan mencari krisis baru bagi melupakan krisis lama. Krisis dizaman King Ghaz adalah krisis diluar jangkaan, zaman konfrontasi, peristiwa 13Mei, kebangkitan PKM, Komunis dalam UMNO dan lain-lain lagi.

King Ghaz akan tetap dikenang sebagai putera bangsa yang berjasa besar. Beliau meletakan namanya sebagai seorang negarawan bukan kerana dia seorang Menteri tetapi seorang rakyat biasa. Dari perkara kecil hanya menukar nama “Majulah sukan kerana sukan” kepada “Majulah sukan untuk negara” adalah ciptaanya yang dilupakan dan tidak digunakan lagi. Hinggalah perkara besar saperti Rukun Negara dan Rukun Tetangga.


Waktu rakyat belum menemui dan mengenal apa itu internet dan rakyat memerlukan penerangan atau informasi, beliaulah yang mengadakan Biro Penerangan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan. Malah didalam Pasukan Polis bukan sedikit jasanya mengembangkan logistik Polis, dari kereta peronda jenis Alfa sampailah wujudnya unit udara, itu dizamannya permodenan polis bermula.

Betapa pun dia dilupakan dan dipinggirkan oleh Dr Mahathir Mohamad dalam masa dia sehat tetapi secara senyap, banyak juga negara lain menggunakan kepakaran dalam bidangnya. Malah satu perkara yang agaknya tidak banyak diketahui orang bahawa saya pernah bertanya dengannya. Abang tak tulis buku memoir fasal abang? Jawabpan kepada saya terlalu mudah. “Ada zaharin tetapi tak boleh diterbitkan waktu abang hidup kerana nanti orang yang berkenaan akan menjawab dan akhirnya kita bermusuhan. Biarlah buku itu terbit satelah abang meninggal dunia, dan jika dia menjawab, abang tak kisah kerana abang sudah mati”.


Sikit sebanyak saya tahu.. apa yang dia tulis kerana dia pernah bercerita beberapa hal kepada saya. Dia tidak saperti Tok Mat terpaksa memuntahkan perasaan kerana tidak tahan disebabkan masalahan dalam UMNO dan apa yang Dr Mahathir Mohamad lakukan kepadanya tetapi King Ghaz dia adalah seorang yang berlatarkan diplomat.. seorang diplomat yang baik. tidak akan memulakan perang.

Sang Kelembai: Abang (itu panggilan saya kepadanya) bersemadi rohmu di alam baqa sehingga di bangunkan semula. Tugas untuk rakyat dan negera telah abang lakukan, semoga dia menjadi pahala yang dikirakan Allah dalam kebajikan kepada negara ini.. Al-fatiha.

Ahad, 17 Januari 2010

UMNO dan Kucingnya

Umno satu parti politik Melayu. Umno sangat terkenal dengan sejarah perjuangannya. Dari “hidup melayu” bertukar ke “merdeka’ dari “Malayan Union” sampai ke “Malaysia”,UMNO sudah menabur baktinya. Orang Melayu yang menjadi ahli atau pun tidak, amat mengetahui apa yang UMNO lakukan kepada bangsanya.

Peranan UMNO bukan sahaja di kendalikan oleh pemimpin di Majlis Tertinggi tetapi oleh sayapnya yang bernama kaum ibu UMNO kemudian bertukar menjadi Wanita Umno dan Pergerakan Pemuda UMNOnya.

Kedua sayap ini melibatkan diri mencorakan hala tuju dan menjadi badan pengawas kepada kepimpinan UMNO. Pandangan dan kritikan kedua sayap ini tidak pernah dipandang sepi oleh pemimpin UMNO dizaman pimpinan Dato Onn, Tunku Abd Rahman, Tun Abd Razak, Datuk Hussein Onn dan Dato Seri Dr Mahathir Mohamed setakat di era Wanita UMNO di ketuai oleh Rafidah Aziz dan Pemuda UMNO di era Anwar Ibrahim dan Najib Tun Razak.

Hari ini bagaimana?. Di era UMNO dibawah pimpinan dahulunya Abdullah Hj Ahmad dan hari ini Dato Sri Mohd Najib Tun Abd Razak?


Mereka yang mengamati perjuangan Pemuda UMNO, sama ada menjadi saksi mata dan pelaku sudah pasti akan merasai kelainan yang amat sangat perbezaan dizaman mereka berada. Jika tidak keterlaluan era hari inilah nampaknya UMNO ke zaman gelap bila Pemuda UMNO langsung tidak berfungsi sebagai satu sayap didalam UMNO, malah saperti menjadi kucing parsi.. sedap mata memandang tetapi tidak ada pulangan.


Dimana silapnya? Agaknya samalah saperti simpulan bahasa yang terdapat dalam khazanah China yang berbunyi lebih kurang “shu shi yang mao” atau terjemahan bebasnya “tuan shu memelihara kucing”.

Apa yang diceritakan dalam khazanah China amat sesuai dibaca oleh orang-orang UMNO khasnya Ahli-ahli Pemuda UMNO Malaysia, cerita tidak terlalu panjang tetapi sangat menepati apa yang berlaku kepada Pemuda UMNO hari ini.

Bila Tuan Shu mendapati rumahnya dan gudang simpanan dagangannya dijadikan sarang tikus. Dia berusaha memusnahkan tikus tetapi gagal, akhirnya dia mengambil keputusan untuk memelihara kucing dengan harapan kuching itu akan memakan tikus.

Tekaan Tuan Shu betul, tikus dapat dihapuskan tetapi masalahnya ialah kucing yang dipelihara bukan berjumlah satu ekor pada asalnya, kerana dia jadikan hobi dan menyimpan koleksi kuching, jumlahnya sudah menjadi ratusan.
Kucing yang dipeliharanya adalah jenis yang tangkas dan tidak memberi ampun kepada tikus yang ditangkapnya tetapi satelah tikus sampai ketahap tidak berbenih lagi, maka makanan kuching tersebut perlu di ubah dengan membeli makanan daging.

Maka berubahlah kehidupan kucing peliharaan Tuan Shu, setiap kali lapar cukuplah dengan mengiau-ngiau. Maka makanan enak yang diberikankan itu menjadi kucing-kucing itu makan tidor sahaja dan jika lapar sekali lagi ngiai-ngiau dan seterusnya begitulah setiap hari.

Penghujungnya ialah anak cucu kucing pun jadi berlainan dari induk dan datuknya. Kucing yang diberikan bakat semula jadi menangkap tikus, hilang bakatnya kerana makanannya sudah disediakan dan lazat pula.

Dikisahkan pada satu hari , ada seorang keluarga Tuan Shu yang juga rumah kedatangan tikus. Maka tanpa berfikir panjang Tuan Shu memberikan dua tiga ekor anak kucing untuk dipelihara oleh keluarga Tan Shu dengan harapan supaya tikus dirumahnya boleh dihapuskan oleh kucing yang pernah berjasa keatas rumah dan gudangnya.

Apa yang terjadi kemudian, memang luar dugaaan. Satelah dipelihara dan kucing itu membesar, anak-anak kucing tersebut bukan menangkap tikus sebaliknya kucing itu merasa aneh ketika melihat tikus, dan bahkan merasa takut.

Kesudahan dari kisah Tuan Shu ialah bahawa keluarga yang diberikan kucing menanggung beban kerana kucing itu kena dilayan dengan makanan daging yang pernah diberikan oleh Tuan Shu.


Bagaimana dengan Pemuda UMNO hari ini? Adakah tidak persamaan dengan cerita kucing dan tikus itu?

Terserahlah kepada anda pembaca mentafsirkannya, saya boleh mengulas panjang tetapi saya biarkan anda menilai dan mentafsirkannya.

SangKelembai: Mendapat pendidikan politik dari “Singa UMNO” bukan sahaja ngaumnya kuat, cakarnya nya pun berbisa. Nasehat yang masih dipegang ialah”jangan menerkam orang dari belakang tetapi terkam dari depan” itu baru hero.

Jumaat, 8 Januari 2010

Perang Salib Gaya Baru

Bila orang bukan Melayu generasi baru, bercakap soal Islam dan mereka berpegang kepada Perlembagaan Malaysia 1957 yang meletakan Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan, mereka berfikir bahawa meletakan Islam sebagai agama rasmi itu antara sosial kontrak yang datuk nenek moyang mereka tandatangan untuk persetujuan orang-orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Malaysia yang merdeka.
Jika itu fikiran mereka, mereka memang seorang yang tidak faham sejarah Malaysia. Soal agama bukanlah perkara baru yang dibincangkan dalam Perlembagaan itu sebaliknya dari sedutan beberapa isi Perlembagaan Negeri Melayu Beraja khasnya Johor yang sudah perlembagaan lebih awal dari tarikh kemerdekaan.
Negeri Johor dengan Perlembagaannya atau Undang-undang tubuh telah meletakan bagaimana agama Islam ditadbirkan di Johor semenjak dia di pakai ditahun 1895. Dan terlebih awalnya lagi sebelum wujudnya beberapa Kerajaan Melayu Beraja di Semenanjung Tanah Melayu, Sultan Muzaafar Shah yang memerintah Melaka telah mengistiharkan pada tahun 1449. Agama rasmi bagi Negeri Melaka ialah Islam.
Maka disini, Islam di Malaysia telah menjadi satu agama yang telah turun temurun lebih dari 600 tahun berada di Tanah Melayu, satelah tumbangnya Kerajaan Majapahit yang berteraskan agama Hindu dan Melaka menjadi empayar perdagangan yang mustahak disebelah timor sebelum kedatangan penjajah barat khasnya British yang memajukan Singapura.
Orang bukan Islam di Malaysia perlu menyedari bahawa adakah tindakan mereka lebih baik dari penjajah atau tidak dari cara berfikir dalam soal menyentuh agama Islam di Malaysia.
Antara hujah yang dikemukakan oleh setengah orang, kenapa Indonesia membenarkan Gereja di Indonesia boleh menggunakan perkataan ALLAH yang mana jumlah orang Islam hampir 230 Juta nyawa dan mereka tidak mempersoalkannya dan tidak kurang pula Indonesia melahirkan beberapa ahli atau ulamak agama yang tersohur?.
Jika itu alasan mereka, jelaslah mereka buta sejarah.
sejarah semua sepakat mengatakan bahawa kedatangan Pertugis disebelah timor bukanlah bertujuan pada asal untuk menjajah dan membesarkan wilayahnya sebaliknya bertujuan untuk meneruskan perjuangan menyibarkan agama kristian salepas hancurlah beberpa empayar Islam saperti di Andalusia.
Serangan Pertugis ke atas Melaka kerana mengetahui Melaka adalah pusat perdagangan dan terdapat dalam masa yang sama mubaligh-mubaligh Islam terus berdakwah menyibarkan agama Islam, sebabnya salepas Pertugis berkuasa ke atas Melaka, beberapa mubaligh Kristian datang ke Melaka dan antaranya ialah St Francis Xevier.
Persoalannya berjayakah Pertugis dan Francis Xevier menyibarkan dakwah kristian di Melaka?, selain dari membina Gereja untuk kepentingan askar dan orang Pertugis atau pedagang yang berada di Melaka. Sebalik Francis Xevier hanya berjaya di kepulauan Celebes terutama di Maluku dan Ambon yang sekarang dibawah Republik Indonesia.
Tetapi apa yang berlaku di Maluku dan Ambon hari ini? Perang antara agama masih berjalan dan memakan korban nyawa yang bukan sedikit jumlahnya antara dua pihak Islam dan Kristian.
Apa yang patut diperbuat pihak Gereja yang bermatian berjuang untuk menggunakan perkataan ALLAH memikirkan soal sejarah yang perlu di pelajari sebelum mereka bertindak salepas 50tahun Malaysia merdeka.
Indonesia bukan saperti Malaysia yang dijajah oleh Pertugis, Belanda dan British. Indonesia hanya dijajah oleh Belanda beratus tahun salepas di jajah sebentar oleh British.
Bila Pertugis dan Belanda menjajah Malaysia (Semenanjung Tanah Melayu) dan sebelum itu oleh Siam yang berugama Buddha. Mereka semua gagal untuk membawa agama mereka untuk dianuti oleh penduduk tempatan. Tetapi bila Belanda menjajah Indonesia, mereka membawa agama Kristian sekali dan memaksa rakyatnya memasuki agama itu.
Malaysia, bila tiba giliran British pula, dia telah mengambil pendekatan dengan tidak campur tangan dalam soal agama Islam, puncanya ketua kerajaan negeri-negeri yang dia bersahabat di kuasai oleh Raja atau Sultan yang beragama Islam.
Walau pun Malaysia di kuasai oleh British dan penjajah barat hampir 500 tahun, namun agama Islam tidak pernah tercemar oleh kuasa-kuasa penjajah, malah tidak ada seorang pun yang dikira Kristian berasal dari kumpulan orang Melayu yang bermastutin turun-temurun di Tanah Melayu, yang terdapat Kristian Melayu sekarang khasnya di Pulau Pinang sebilangan besar dari dari Sumatera dan berketurunan Batak yang juga dipanggil Melayu.
Sewajarnya soal pengguna perkataan ALLAH tidak dipertimbangan kerana alasan hak sama rata atau apa yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia 1957 dalam soal kebebasan beragama.

Apa yang mesti difahami oleh pihak Gereja dan penganut Kristian bahawa agama Islam adalah satu perkara yang tidak boleh di ubah dalam soal hak kuasa mutlak Yang di Pertuan Agung dan Raja-Raja Melayu.
Perkara soal kebesaran dan kedaulatan Raja-Raja Melayu masih terjamin termasuk sebagai Ketua Agama Islam. Janganlah memaksa Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu menggunakan kuasa yang ada bagi memperlihatkan bahawa Kebawah Duli Raja-Raja Melayu mempunyai kuasa yang mencukupi untuk campurtangan bagi menyeleasaikan isu itu.
Penganut agama Kristian khasnya yang berpindidikan tinggi janganlah menganggap bahawa ahli akedemik Islam melupakan apa yang berlaku dalam Perang Salib satu ribu tahun dulu di Jurusalem.
Orang Islam menyedari dari kisah sejarah bagaimananya Perang Salib bermula dan berlaku hanya kerana semboyan yang dibangkitkan oleh Paderi Roman Katolik bernama Paus Urbanus 11 “Deus lo volt” atau “Begitulah kehendak Tuhan”
Jika Perang Salib masa itu memenangkan puak kristian kerana kelemahan Byzantium dan perpecahan umat islam sendiri. Jangan pula mengambil kesempatan dengan kelemahan UMNO dan juga perpecahan umat Islam dimana PKR-Parti Keadilan Rakyat yang terdapat orang Islam yang menyokung penggunaan ALLAH dan PAS-Parti Islam SeMalaysia tidak mahu menunjukan sikap kerana takut kehilangan sokungan, puak-puak Gereja dan Kristian mengambil peluang yang terbuka luas ini.
Berdasarkan ucapan Nik Aziz Nik Mat, musyidul PAS dengan serangan kepada institusi beraja di Kelantan, maka akan berlakulah lagi Perang Salib gaya baru. Kerana Perang Salib dizaman Sallehuddin Ayubi, antara niat Perang Salib untuk menentukan bahawa sistem khalifah dan beraja di hapuskan.
SANGKELEMBAI: Perang Salib pertama berjaya kerana disertai berbagai serangan, antara serangan politik yang bertujuan memecahkan wilayah kesatuan Islam. Hari ini seakan Perang Salib dapat memecahkan fikiran yang satu orang-orang Islam yang dipelupori oleh PKR dan PAS.



Sabtu, 2 Januari 2010

Seribu Kenangan Dengan Tok Mat

Tok Mat@Mohamad Bin Rahmat telah meninggal dunia. Satu lagi putra bangsa yang berjasa dalam pasca kemerdekaan meninggalkan kita, membawa bersama khazanah sejarah yang dilalui sebagai saksi mata dan pelakunya.

Bagaimana pun beliau berkesempatan menulis sebuah buku ‘Akhirnya sebuah impian’ yang tulisannya terlalu mudah tetapi dapat menceritakan apa yang berlaku dari disudut hatinya yang akan menjadi kenangan-kenangan kepada pewaris bangsa.

Tok Mat kepada saya bukan sahaja seorang kawan yang rapat tetapi juga sebagai sebagai bapa yang memimpin anaknya. Saya merasa bangga sekurangnya masa 37tahun saya berrumah dalam politik, setengah darinya saya berguru dengan beliau dalam ilmuan politik dan komunikasi.

Saya mengenal Tok Mat bila saya berkerja di Filem Negara Malaysia di Jalan Utara, Petaling Jaya di tahun 1968, walau pun beliau sudah berhenti kerja di Filem Negara dan memegang jawatan sebagai Setiausaha Politik kepada Tan Sri Sardon Jubir, beliau selalu datang ke pejabat Filem Negara dan berbual di kantin, disitu saya berkenalan dengannya.

Kebetulan saya terlibat dalam Gerakan Belia 4B Malaysia di Selangor dan beliau salah seorang pemimpin belia 4B. Perhubongan kami terus bertambah rapat sehinggalah beliau dilantik menjadi Setiausaha Parlimen dan Timbalan Menteri.

Pada tahun 1973 saya sudah menduduki jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bangsar dan dipilih menyertai kursus di Pekan, Pahang secara kebetulan bersama dengan Tok Mat dalam kumpulan yang membuat kerja dermabakti.

Dari situlah saya dan dia berhubong, berbincang dan sebagainya tetapi dalam banyak soal politik saya dan dia selalu tidak sehaluan. Ini termasuk dalam isu Datuk Suhaimi Kamaruddin dalam soal Bangi Oh Bangi ia itu skandal kayu balak ditapak Universiti Kebangsaan sekarang.

Beliau meminta saya menyokungnya untuk menyingkirkan Haji Suhaimi bagi melawan jawatan Ketua sebaliknya saya hanya bersetuju beliau bertanding melawan jawatan Naik Ketua. Walau pun penat, akhirnya beliau bersetuju hanya bertanding jawatan tersebut.

Sehingga beliau menjadi Menteri Penerangan ditahun 1978 dan terlibat dalam kes Datuk Harun Idris, saya dan dia tetap berkawan walau pun beliau berpihak kepada tindakan Datuk Hussein Onn semasa itu sebagai Presiden dan Perdana Menteri memecat Datuk Harun Idris dari UMNO dan sebaliknya saya bermatian menyokung Datuk Harun Idris.
Sama ada dia menjadi Menteri atau tidak, dia tetap macam itu. Tok Mat hanya salepas dilantik jadi Menteri kali kedua baru tidak memakai bodyguard Polis, malah dia salah seorang Menteri yang saya pernah tengok sendiri selalu memandu kereta kepejabat di Angkasapuri.

Satu kelebihan Tok Mat dia pandai menghargai kawan-kawannya. Cara penghargaan bermacam-macam, ada yang diberi wang, ada yang diberi jawatan dan dalam menghargai saya sebagai kawannya ialah pada satu hari diawal tahun 90an. Beliau telah memanggil saya kepejabatnya di Bangunan UMNO dan meminta saya mengisi borang pingat Persekutuan untuk diberikan Ahli Mangku Negara.

Saya menolak pemberian itu sebaliknya saya mencadangkan pingat itu diberikan kepada Tengku Adnan Mansor yang juga majikan saya, dimana saya berkerja dengannya masa itu. Beliau bersetuju tetapi Tengku Adnan tidak mahu pula menerimanya kerana beliau akan di anugerah DIMP Sultan Pahang, sebaliknya jika KMN-Kastria Mangku Negara beliau bersetuju menerimanya kerana beliau masa itu Bendahari Pemuda UMNO.

Bila saya berjumpa semula dengan Tok Mat dan menyerahkan borang yang ditanda di petak KMN, dia memarahi saya kerana menanda petak KMN, salepas saya memberi hujah, maka dia bersetuju. Dan jika KMN di barisan pingat-pingat yang ada pada nama Tengku Adnan Bin Tengku Mansor yang 20tahun kemudian mengambil tempat Tok Mat sebagai Setiausaha Agong, begitulah bermulanya.
Saya hanya mempunya dua peristiwa besar dari seribu peristiwa yang akan menjadi ingatan dalam perhubungan dengan Tok Mat.

Pertama ialah pada tahun 1993 dimasa Anwar Ibrahim bercadang hendak melawan Ghafar Baba(allahyarham) dan kempen hendak bermula. Kerana Tok Mat amat tahu bahawa saya tidak akan menyokung Anwar Ibrahim jika ada pertandingan. Walau pun saya tiada apa-apa jawatan tetapi beliau juga tahu saya mempunyai pengetahuan dalam bidang yang lain itu bagaimana mengadakan propaganda hendak menjatuhkan sesaorang, saperti mana yang saya lakukan di Sabah dalam zaman menjatuhkan kerajaan Berjaya ditangan PBS-Parti Bersatu Sabah.

Saya dipanggil ke pejabatnya di Pejabat UMNO, sebaik sahaja saya masuk saya telah ternampak sebuah beg macam briefcase di atas meja sofa. Belum sempat saya berkata apa-apa. Tok Mat terus bercakap dengan nada keras. “zaharin dalam beg tu ada duit sebanyak 100 ribu.. kamu ambil.. kamu uruskan passport dan kamu belajar di Indonesia nanti akan uruskan universiti mana kamu belajar dan passport kamu aku pegang”

Saya pun bertanya. Fasal apa, Saya nak ke Indonesia?, ayat jawabpan Tok Mat ialah “jangan kamu kacau anwar nak lawan encik ghafar”. Saya terpegun. Saya menjawab. “Tok Mat. Dulu masa pilihanraya Sabah. Tok tak bagi saya pergi tolong PBS, tok tak bagi saya satu sen pun, saya ikut. Bukan saya takut dengan Megat Junid yang ugut saya, jika saya ke Sabah saya di tangkap” jadi kau tak nak duit ni? Soalan Tok Mat kepada saya. “Saya tak hendak, saya nak sokung Ghafar’, jawab saya.

Akhirnya dalam pertengkaran itu.. sebelum saya meningalkan pejabatnya saya minta kat dia 100 ringgit, walau pun marah. Dia tetap bagi dari dompetnya. Dan saya terus menyokung Encik Ghafar Baba, walau pun dia akhirnya meletakan jawatan dalam kerajaan dan parti.

Peristiwa Kedua: Banyak orang yang tidak tahu, bahawa soal prinsip adalah soal prinsip bukan soal berkawan. Isu inilah yang menyebabkan saya tidak bertegur sapa dengannya hampir setahun. Ia itu saya sendiri membuat aduan BPR akan kes rasuah di Kementerian Penerangan yang melibatkan Tok Mat.

Isu itu ialah saya diberi maklumat akan beberpa penyelewengan filem iklan di Tv. Dimana terdapat hanya satu syarikat iklan yang monopoli siaran iklan rokok. Jika pembuat syarikat iklan lain membuat iklan oleh syarkat pembuat rokok, iklan tidak disiarkan.

Saya tidak berniat aduan itu dibuat bagi merosakan nama baik Tok Mat tetapi saya amat marah bila Tok Mat tidak mahu bertindak dengan Ketua Setiausaha yang banyak terlibat dengan kes rasuah bukan sahaja filem iklan tetapi juga pembekal filem. Bagaimana pun saya di fahamkan bahawa hasil siasatan sedikit sebanyak melibatkan Tok Mat.

Akhirnya disuatu hari beliau meminta seorang kawan membawa berjumpa dengannya. Saya bersedia berjumpa. Dalam perjumpaan itu beliau meminta saya membantu jika boleh menarik balik laporan BPR itu kerana dengan itu siasatan kes itu boleh ditutup.

Tok Mat seorang kawan saya.. dia antara orang yang saya hurmati, saya merasa sedih bila dia bercakap berkali-kali, “maafkan aku zaharin” kerana dia bukan sehaja kerana lebih tua dari saya tetapi saya juga tidak nafikan bahawa dia banyak membantu kewangan saya.

Walau pun saya sedia berkorban kerana dia dalam isu melawan Dr Mahathir Mohamed dan sanggup di pecat dalam UMNO, kerana takut kedudukannya terjejas, wal hal bukan kesalahan saya masa itu, jika dibaca surat-surat saya sebenarnya saya telah meramalkan bahawa Anwar Ibrahim akan melawan Dr Mahathir Mohemad pada tahun 1995 lagi, yang kenyataannya berlaku pada tahun 1998.

Akhirnya saya bersetuju menarik balik laporan itu dan setahun kemudian beliau digugurkan menjadi Menteri.

Sebagai kata akhir kepada mu Allah sampaikan kataku ini kepadanya “maafkan saya Tok Mat, saya mohon pemberian, makan minum di halalkan, saya juga memaafkan Tok Mat dunia dan akhirat”. Selamat Jalan Tok Mat.. bersemadilah dengan tenang, saya akan tetap ingat pesan2 Tok Mat dalam soal ‘Melayu’-Alfatiha
Sang Kelambai: Tok Mat tetap tidak ada duanya dalam hidupku dan UMNO terlalu sukar mencari gantinya-Al Fatihah.

Jumaat, 1 Januari 2010

Hadiah Tahun Baru 2010

Tahun baru 2010, rakyat Malaysia dihadiahkan dua perkara besar. Satu yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi dan satu lagi diberikan oleh Pegawai Tinggi Kerajaan yang mewakili Pemerintah@Kerajaan.
Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohunan sebuah Gereja Katolik yang menerbitkan buletin mingguannya Herald menggunakan perkataan Allah, dimana pendapat Mahkamah Tinggi bahawa setiap individu mempunyai hak berpelembagaan untuk menggunakan perkataan Allah.
Alasan hakim bicara terlalu mudah ia itu walau pun Perlembagaan Persekutuan 1957 telah meletakan agama Islam selaku agama rasmi, tidak bererti dia memberi kuasa Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia menghalang Gereja Katolik dari menggunakan perkataan Allah.
Satu perkara yang perlu di ambil perhatian ialah sandaran pembela ia itu Menteri Dalam Negeri mengatakan bahawa jika dibenarkan perkataan Allah yang menimbulkan kekeliruan dan salah faham dikalangan umat Islam serta menggugat ketenteraman negera tidak dibuktikan bagaimana penggunaan itu boleh menganggi ketenteram awam.
Sebagai orang yang boleh berfikir dan seorang Islam yang baik walau pun sikit mengetahui soal perkataan Allah didalam Islam. Kelulusan membenarkan perkataan Allah kepada Kristian Katolik yang berpegang kepada kitab Injil yang asal, tidak ada sebab orang-orang Islam melarangnya kerana didalam Islam, orang yang menganut agama Islam dengan perinsip lima rukunnya juga kita diminta percaya dengan kitab Injil.
Ini memberi pengertian jika Gereja Katolik yang berpegang kepada Injil yang asal dan bukannya Injil buatan manusia yang ditambah tokok atau Kristian, bolehlah mereka menggunakan perkataan Allah.

Tetapi yang menjadi isu ialah boleh perkataan itu tidak digunakan bagi tujuan lain saperti penerbitan berkala Gereja Katolik, Mungkin beberapa Gereja Kristian yang tidak katolik lain akan menggunakannya, apakah perbezaan tulisan Allah dalam rumi dengan tulisan jawi jika digunakan di Gereja atau menjadi barang cenderamata tetapi mempunyai lambang salib?
Maka disinilah pihak Mahkamah Tinggi jangan melihat kegagalan membuktikan bahawa ancaman keselamatan dalam negeri tidak berasas bagi menolak tidak boleh digunakan perkataan Allah kepada Gereja Katolik oleh Menteri Dalam Negeri. Latar belakang budaya dan politik di Malaysia terlalu cepat berkembang dan dalam masa yang sama pergerakan fundamentalisme Islam melalui parti politik dan pertubohan Islam terus dengan perjuangannya.
Sekiranya nanti penyalahgunaan perkataan Allah menjadi berluasa dan memberikan kebangkitan kemarahan orang-orang Islam di Malaysia dan menyebabkan ketegangan antara kaum berpunca dari agama, masa itu adakah kita mempersalahkan Mahkamah Tinggi?
Kedua hadiah tahun baru yang diberikan oleh Pemerintah@Kerajaan ialah kenaikan harga gula. Gula samalah dengan bahan makanan yang lain saperti tepong, beras dan lainnya.
Persoalannya ialah dalam masa perutusan tahun baru yang di buat oleh PM Najib Tun Razak beliau begitu yakin membuat perubahan ekonomi ditahun ini tetapi didalam masa yang sama senario ekonomi tidak mengizinkan kerajaaan menanggung subsidi.
Menjadi pelik ialah kenapa kenaikan harga gula dibuat sempena tahun baru. Dalam keadaan kesemua rakyat sedang mengkempiskan perut untuk membiayai anak-anak yang mula masuk bersekolah. Bukankah ini menjadikan kemarahan kepada rakyat khasnya parti-parti pembangkang yang menggunakan perkataan BN dengan tafsiran ‘barang naik’.
Jika Kementerian yang bertanggung jawab soal logistik makanan ini mempunyai banyak fakta soal kenaikan harga gula, sewajarnya mereka sudah boleh menyusun satu strategi kempen bagi rakyat menerima kenaikan harga gula semenjak dua bulan lalu.
Pada 31hb Dis 2009 di Media Tv masih lagi menyiarkan berita kekurangan gula di Langkawi dan alasan yang diberi oleh penguatkuasa kerana gula telah digunakan secara berlebihan kerana adanya terlalu banyak majlis khenduri kahwin di Langkawi. Maka bertanyalah kita adakah majlis kahwin di Langkawi, semua yang datang ke walimatul urus, makan nasi berlauk gula?
Apa yang sepatutnya dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri ialah untuk tempoh dua bulan yang lalu kempen penjimatan penggunaan gula dengan dimasukan kenaikan harga gula yang kemungkinan akan berlaku ditahun depan dan harga gula tidak akan terelak untuk dinaikan. Maknanya pemerintah@Kerajaan berterus terang bahawa kerajaan akan menaikan harga gula.
Walau pun nanti ada jawabpan jika di umumkan kenaikan harga gula maka akan ada pula menyimpan stok atau menyuruknya. Syarikat yang menyimpan atau menyuruk gula sebenarnya bukan kedai kecil dan kedai yang berada diluar bandar kerana menyurukan benda itu tidak banyak memberi keuntungan. Sebaliknya syarikat besarlah yang menyuruknya.
Oleh itu pantau syarkat pembahagi yang ada potensi menyuruk untuk mendapat keuntungan besar. Seperkara lagi yang tidak difikirkan oleh kerajaan ialah soal jumlah subsidi yang di warwarkan. Sebenarnya jika kerajaan akan belanja RM1Billion subsidi bukan bererti kerajaan memberi wang kepada syarikat pengimport gula jumlah yang sama sebaliknya pemerintah@Kerajaan kehilangan hasil jumlah yang sebegitu.
Disinilah rakyat diminta memahami bahawa penggunaan gula yang banyak, maka kerajaan akan kehilangan hasil yang banyak kerana memberi sunsidi atau kehilangan cukai.
Bagaimana pun kenaikan harga gula ditahun baru ini menunjukan bahawa Malaysia masih lagi ke bawah ekonominya sebaliknya hanya sekadar di ‘gongkan’ ada dengar bunyi tetapi tidak nampak. Ini dibuktikan harga gula di Malaysia dikatakan masih rendah dibandingkan dengan negara lain khasnya Singapura. Jika di Singapura harganya dlm SD1.45 satu kilo tetapi pendapatan rakyat yang kerja cuci longkang dan jalan dalam purata SD2.000(dua ribu) bererti gajinya hampir RM4.300 dan jika dibandingkan dengan jawatannya yang sama di Malaysia dalam RM1.500 atau lebih bawah lagi, maknanya boleh kah anda hidup dengan pendapatan SD750.00 di Singapura?
Cukup-cukuplah membuat perbandingan nak membodohkan rakyat.
Sang Kelembai: Pening kepala bila mengingatkan idea UMNO nak buat program ‘UMNO juara Rakyat’ Nak jadi juara rakyat apa? Menahan kenaikan gula pun tak boleh di juarakan? Ini yang lain.