Bila orang bukan Melayu generasi baru, bercakap soal Islam dan mereka berpegang kepada Perlembagaan Malaysia 1957 yang meletakan Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan, mereka berfikir bahawa meletakan Islam sebagai agama rasmi itu antara sosial kontrak yang datuk nenek moyang mereka tandatangan untuk persetujuan orang-orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Malaysia yang merdeka.
Jika itu fikiran mereka, mereka memang seorang yang tidak faham sejarah Malaysia. Soal agama bukanlah perkara baru yang dibincangkan dalam Perlembagaan itu sebaliknya dari sedutan beberapa isi Perlembagaan Negeri Melayu Beraja khasnya Johor yang sudah perlembagaan lebih awal dari tarikh kemerdekaan.
Negeri Johor dengan Perlembagaannya atau Undang-undang tubuh telah meletakan bagaimana agama Islam ditadbirkan di Johor semenjak dia di pakai ditahun 1895. Dan terlebih awalnya lagi sebelum wujudnya beberapa Kerajaan Melayu Beraja di Semenanjung Tanah Melayu, Sultan Muzaafar Shah yang memerintah Melaka telah mengistiharkan pada tahun 1449. Agama rasmi bagi Negeri Melaka ialah Islam.
Maka disini, Islam di Malaysia telah menjadi satu agama yang telah turun temurun lebih dari 600 tahun berada di Tanah Melayu, satelah tumbangnya Kerajaan Majapahit yang berteraskan agama Hindu dan Melaka menjadi empayar perdagangan yang mustahak disebelah timor sebelum kedatangan penjajah barat khasnya British yang memajukan Singapura.
Orang bukan Islam di Malaysia perlu menyedari bahawa adakah tindakan mereka lebih baik dari penjajah atau tidak dari cara berfikir dalam soal menyentuh agama Islam di Malaysia.
Antara hujah yang dikemukakan oleh setengah orang, kenapa Indonesia membenarkan Gereja di Indonesia boleh menggunakan perkataan ALLAH yang mana jumlah orang Islam hampir 230 Juta nyawa dan mereka tidak mempersoalkannya dan tidak kurang pula Indonesia melahirkan beberapa ahli atau ulamak agama yang tersohur?.
Jika itu alasan mereka, jelaslah mereka buta sejarah.
sejarah semua sepakat mengatakan bahawa kedatangan Pertugis disebelah timor bukanlah bertujuan pada asal untuk menjajah dan membesarkan wilayahnya sebaliknya bertujuan untuk meneruskan perjuangan menyibarkan agama kristian salepas hancurlah beberpa empayar Islam saperti di Andalusia.
Serangan Pertugis ke atas Melaka kerana mengetahui Melaka adalah pusat perdagangan dan terdapat dalam masa yang sama mubaligh-mubaligh Islam terus berdakwah menyibarkan agama Islam, sebabnya salepas Pertugis berkuasa ke atas Melaka, beberapa mubaligh Kristian datang ke Melaka dan antaranya ialah St Francis Xevier.
Persoalannya berjayakah Pertugis dan Francis Xevier menyibarkan dakwah kristian di Melaka?, selain dari membina Gereja untuk kepentingan askar dan orang Pertugis atau pedagang yang berada di Melaka. Sebalik Francis Xevier hanya berjaya di kepulauan Celebes terutama di Maluku dan Ambon yang sekarang dibawah Republik Indonesia.
Tetapi apa yang berlaku di Maluku dan Ambon hari ini? Perang antara agama masih berjalan dan memakan korban nyawa yang bukan sedikit jumlahnya antara dua pihak Islam dan Kristian.
Apa yang patut diperbuat pihak Gereja yang bermatian berjuang untuk menggunakan perkataan ALLAH memikirkan soal sejarah yang perlu di pelajari sebelum mereka bertindak salepas 50tahun Malaysia merdeka.
Indonesia bukan saperti Malaysia yang dijajah oleh Pertugis, Belanda dan British. Indonesia hanya dijajah oleh Belanda beratus tahun salepas di jajah sebentar oleh British.
Bila Pertugis dan Belanda menjajah Malaysia (Semenanjung Tanah Melayu) dan sebelum itu oleh Siam yang berugama Buddha. Mereka semua gagal untuk membawa agama mereka untuk dianuti oleh penduduk tempatan. Tetapi bila Belanda menjajah Indonesia, mereka membawa agama Kristian sekali dan memaksa rakyatnya memasuki agama itu.
Malaysia, bila tiba giliran British pula, dia telah mengambil pendekatan dengan tidak campur tangan dalam soal agama Islam, puncanya ketua kerajaan negeri-negeri yang dia bersahabat di kuasai oleh Raja atau Sultan yang beragama Islam.
Walau pun Malaysia di kuasai oleh British dan penjajah barat hampir 500 tahun, namun agama Islam tidak pernah tercemar oleh kuasa-kuasa penjajah, malah tidak ada seorang pun yang dikira Kristian berasal dari kumpulan orang Melayu yang bermastutin turun-temurun di Tanah Melayu, yang terdapat Kristian Melayu sekarang khasnya di Pulau Pinang sebilangan besar dari dari Sumatera dan berketurunan Batak yang juga dipanggil Melayu.
Sewajarnya soal pengguna perkataan ALLAH tidak dipertimbangan kerana alasan hak sama rata atau apa yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia 1957 dalam soal kebebasan beragama.
Apa yang mesti difahami oleh pihak Gereja dan penganut Kristian bahawa agama Islam adalah satu perkara yang tidak boleh di ubah dalam soal hak kuasa mutlak Yang di Pertuan Agung dan Raja-Raja Melayu.
Perkara soal kebesaran dan kedaulatan Raja-Raja Melayu masih terjamin termasuk sebagai Ketua Agama Islam. Janganlah memaksa Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu menggunakan kuasa yang ada bagi memperlihatkan bahawa Kebawah Duli Raja-Raja Melayu mempunyai kuasa yang mencukupi untuk campurtangan bagi menyeleasaikan isu itu.
Penganut agama Kristian khasnya yang berpindidikan tinggi janganlah menganggap bahawa ahli akedemik Islam melupakan apa yang berlaku dalam Perang Salib satu ribu tahun dulu di Jurusalem.
Orang Islam menyedari dari kisah sejarah bagaimananya Perang Salib bermula dan berlaku hanya kerana semboyan yang dibangkitkan oleh Paderi Roman Katolik bernama Paus Urbanus 11 “Deus lo volt” atau “Begitulah kehendak Tuhan”
Jika Perang Salib masa itu memenangkan puak kristian kerana kelemahan Byzantium dan perpecahan umat islam sendiri. Jangan pula mengambil kesempatan dengan kelemahan UMNO dan juga perpecahan umat Islam dimana PKR-Parti Keadilan Rakyat yang terdapat orang Islam yang menyokung penggunaan ALLAH dan PAS-Parti Islam SeMalaysia tidak mahu menunjukan sikap kerana takut kehilangan sokungan, puak-puak Gereja dan Kristian mengambil peluang yang terbuka luas ini.
Berdasarkan ucapan Nik Aziz Nik Mat, musyidul PAS dengan serangan kepada institusi beraja di Kelantan, maka akan berlakulah lagi Perang Salib gaya baru. Kerana Perang Salib dizaman Sallehuddin Ayubi, antara niat Perang Salib untuk menentukan bahawa sistem khalifah dan beraja di hapuskan.
SANGKELEMBAI: Perang Salib pertama berjaya kerana disertai berbagai serangan, antara serangan politik yang bertujuan memecahkan wilayah kesatuan Islam. Hari ini seakan Perang Salib dapat memecahkan fikiran yang satu orang-orang Islam yang dipelupori oleh PKR dan PAS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.