Jumaat, 25 September 2020

KENAPA PAS NAK CAMPUR URUSAN UMNO?


Takiyuddin Hassan minta penjelasan dari UMNO. Kenapa berlaku perubahan sokongan Ahli-Ahli Parlimen  UMNO terhadap Muhyiddin Yasin?

2. Sebelum dijawab soalan. Takiyuddin Hassan perlu disekolahkan semula untuk  memahami  prinsip penyatuan  antara UMNO dan PAS   sehingga   terbentuknya Piagam Muafakat Nasional yang di sebut dalam kenyaatan yang memberi makna UMNO melanggar piagam yang dimenterai pada September 14, 2019.

3. Muafakat Nasional terbentuk dari gesaan rakyat, ahli kedua parti di peringkat akar umbi supaya perselisihan politik UMNO dan PAS dihentikan. Akibat perpecahan itu telah menyebabkan kuasa Melayu yang didominan oleh UMNO kehilangan Kerajaan.

4. Berbeza dengan Perikatan Nasional, perikatan itu terbentuk kerana UMNO dan PAS menolak Dr Mahathir Mohamad yang dilihat memanjakan DAP. Kebetulan Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan. UMNO dan PAS secara berasingan melalui Ahli Parlimen memberikan sokongan kepada Muhyiddin Yasin menjadi Perdana Menteri. 

5. Tidak  ada perbincangan di akar umbi UMNO dan PAS dalam Muafakat Nasional meminta persetujuan untuk menyokong Muhyiddin Yasin  menjadi Perdana Menteri. Semuanya urusan Ahli Parlimen keduan parti. Ahli Parti di akar umbi tidak masuk campur.

6. UMNO memang mahu mendapat faedah didalam penyertaan memberikan sokongan kepada Muhyiddin Yasin.  Faedahnya bukan kepada Ahli Parlimen tetapi kepada rakyat dan ahli-ahli Parti yang mendukungnya.

7. UMNO bukan PAS. PAS boleh  merasa puas hati dengan jawatan Menteri.  Tidak saperti bersalah bila satu parti berprinsip memperjuangan Islam tetapi orang lain jadi Menteri Agama. Dimana tidak mungkin merealsasikan  perjuangan Islam tanpa kuasa.

8. Adakah diberi tanggungjawab jaga air, jaga industri utama, jaga undang-undang boleh menegakkan Islam?

9. UMNO tidak ada masalah, jaga Pertahanan, jaga Sumber Asli, jaga Wilayah Persekutuan, jaga Perpaduan. jaga Pengajian Tinggi. Maka apa masalah UMNO yang tidak puas hati?

10. Tetapi perbuatan Mahyuddin Yasin tidak jujur, tiada keikhlasan, bila semua pengkhianat UMNO yang melompat  ke PPBM@Bersatu. diberikan kedudukan jawatan  Menteri penting. Ini hanya untuk  melaksanakan dendamnya kepada UMNO. Lagi lama UMNO berPerdana Menterikan Mahyuddin Yasin. UMNO akan hancur dari dalam.
11. Maka tindakan Ahli Parlimen UMNO yang tidak terikat dengan Perikatan Nasional yang berani menyokong Anwar Ibrahim adalah tepat. Penyokongan itu hanya sebagai pertunjuk UMNO tidak lagi dengan Kerajaan Muhyiddin Yasin. 
Dan adalah tidak tepat mengatakan UMNO memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri dan DAP berkuasa semula. Sebalik sebagai tekanan membolehkan Parlimen di bubarkan dan UMNO kembali berjuang melawan semua kecuali PAS.
Sang Kelembai.
September 25, 2020
Kuala Lumpur.















Anwar Ibrahim bukan mahu jadi PM?..

Seorang bernama Anwar Ibrahim bekas Tim Perdana Menteri, seorang ahli politik berterusan sejak tahun 1981 dan juga seorang pensyarah jemputan beberapa Universiti terkemuka di United State, tak kan sebodoh itu bila buat kenyataan bahawa dia ada sokongan majoriti.

2. Apa dia majoriti?. Ada kelebihan. Maknanya Anwar Ibrahim ada kelebihan dari sokongan.  Tidak semesti sokongan itu membawa kepada bahawa dia akan di lantik kejawatan Perdana Menteri, walhal seorang Perdana Menteri masih ada saperti yang dikatakan oleh Muhyiddin Yasin di Sabah bahawa 'saya Perdana Menteri Malaysia'.

3. Bagaimana Anwar Ibrahim boleh jadi Perdana Menteri? Tuanku Agung tidak mempunyai bidang kuasa memecat Perdana Menteri tanpa perakuan dari Parlimen. Itu bentuk Raja Perlembagaan dalam amalan demokrasi Malaysia. Kuasa Raja tidak semuanya mutlak, ada fasalnya yang perlu dipatuhi mengikut Perlembagaan Persekutuan.

4. Maksud Anwar Ibrahim cukup jelas. Telah memaklumkan bahawa Kerajaan BN/Perikatan Nasional telah kekurangan kerusi di Parlimen. Dari segi Demokrasinya bahawa Kerajaan Mahyuddin Yasin telah kehilangan majoriti.  Maka terserah kepada Mahyuddin Yasin untuk menghadapinya. 

5. Kebiasaan bagi negara yang menghadapi masalah yang sama bila di umumkan oleh Ketua Pembangkang bahawa Pembangkang mempunyai kerusi yang lebih daripada Kerajaan berikut tindakan berapa orang penyokong Kerajaan 'menyeberang' ke pembangkang. Perdana Menteri yang sedia ada akan memanggil sidang Parlimen menentukan adakah tuduhan Ketua Pembangkang itu betul. 

6. Negara yang menghadapi keadaan politik dari sokongan Kerajaan berpindah kepada Pembangkang selalu berlaku dalam keadaan Kerajaan itu di istilahkan sebagai Kerajaan Campuran  dan tidak ada parti politik yang dominan dalam campuran itu. 

7. Kerajaan demikian daripada pandangan ilmuan politik adalah kerajaan yang lemah dan tidak stabil.

9. Berbalik kepada isu Anwar Ibrahim dalam kenyataannya. Kena di fahamkan bahawa tidak ada sepatah pun Anwar Ibrahim berkata dia akan mengadap Tuanku Agung dengan tujuan dia dilantik ke jawatan Perdana Menteri.

10. Apa sebenarnya ialah hendak menunjukkan bukti akan kenyataan dia ada asas dan kebenarannya.  Mungkin beliau mahu menjadi orang yang beradab dan menghurmati institusi Melayu Beraja. Mengadap Tuanku Agung sebagai sifat Ketua Negara tidak menjadi salah bagi seorang Ketua Pembangkang Parlimen.

11. Jika sudah dimaklumkan dan diberi tahu kepada Tuanku Agung. Terserah kepada Tuanku Agung bertindak mengikut Perlembagaan Persekutuan atas bidang kuasanya. Sudah pasti akan memanggil mengadap Perdana Menteri Muhyiddin Yasin dan menjelaskan apa bahan serahkan Anwar Ibrahim kepadanya.

12. Perdana Menteri hanya ada dua pilihan sahaja. Memanggil Parlimen untuk membincangkan soal hilang majoriti dan membawa usul percaya kepadanya. Dan kedua, dia meletakan jawatan untuk memberi laluan kepada Tuanku Agung melantik seorang Perdana Menteri atas bidang kuasa  Tuanku selaras perkara Perlembagaan Persekutuan tanpa memerlukan pendekatan saperti bulan Febuari 2020.

13. Maka kesimpulannya, dimana niat Anwar Ibrahim hendak mengadap Tuanku Agung supaya beliau dilantik sebagai Perdana Menteri? Selain daripada memaklumkan kebenaran kenyataannya. 

Kerana Tuanku Agung masih lagi mempunyai bidang kuasa menggunakan hak 'pada hemat' Tuanku Agung yang tertulis dalam Perlembagaan Persekutuan untuk Tuanku  melantik sesaorang menjadi Perdana Menteri. Dan keputusan itu tidak boleh dipertikaikan di Mahkamah kecuali Parlimen.

SangKelembai
September 25. 2020
Kuala Lumpur



Isnin, 21 September 2020

Politik Sabah tidak pernah berubah.

Selama lapan hari berada di Kota Kinabalu dan sekitarnya meninjau dan berjumpa semua pihak yang bertanding mewakili parti yang bertanding, inilah pandangan saya.

2. Politik Sabah masih mengamalkan demokrasi sistem demokrasi memilih orang dan Parti Politik melihat para pengundi saperti tinggal didalam gua. 

3. Beberapa  ceramah, berkisar orang itu, yang berkuasa memburukan yang lama.  Mereka berkuasa di Kerajaan Persekutuan juga ikut rentak yang sama memburukkan orang berkuasa di negeri. Mereka tidak diajar atau didik  menggunakan demokrasi memilih wakil rakyat yang ditunjuk oleh Parti sebagai satu pasukan pembangunan negeri.


4. Apa faedah untuk rakyat mendengar semua ceramah ini.  Calon yang bertanding mewakili kawasan mereka. Adakah mereka tahu akan apa yang berlaku dalam kawasan pilihanraya, masalah dan masa depan kawasan yang bakal dia mahu di panggil wakil rakyat?.

5. Adakah dia sedar apa yang menjadi masalah rakyat? Soal perumahan usang, isi rumah yang masih belum berkemampuan hidup sejahtera kerana tidak  adapencarian ekonomi setempat. Anak muda yang tidak dirancang masa depan.  Kerajinan tangan (kraftangan) yang tidak di pasarkan dan menjadi bahan ekonomi keluarga, adakah kah akan di ambil perhatian? Bila berkuasa sebagai wakil rakyat.

6. Jika kita perhatikan calon-calon dan tukang kempen yang berceramah.. ada atau tidak dia bangkitkan isu ini? Purata tidak ada.  Bagaimana dia menjadi seorang calon, semasa berkempen isu tempatan dalam kawasan pilihanraya dia bertanding, dia pun tidak tahu.

7. Mereka masih bercakap dengan perkara yang tidak kenyangkan perut rakyat. Apa rakyat peduli, jika kamu berkata pilih parti ini, maknanya anda sokong saya jadi Perdana Menteri.Kenyangkah perut rakyat di pendalaman Sabah yang mengundi kasi menang parti Perdana Menteri? Apa dia dapat.

8. Ini persoalan demokrasi. Demokrasi rakyat memilih, salepas dipilih, rakyat tidak ada hak bertanya lagi untuk mengetahui janji janji masa berkempen. Selalunya di lupakan, dan bertambah parah jika orangnya sudah  berganti. Adakah kena bertanya dengan partinya.

9. Kesimpulan mana calon yang bertanding, walau pun dia bukan wakil rakyat yang dulu. Tetapi parti yang sama. Pengundi perlu menolaknya. Kerana Parti itu telah gagal dan tidak menepati janji.

10. Berubahlah  pengundi di Sabah. Pada 25hb sebelum tidur, dan kemudian biarkan anak dan keluarga kamu tidur dulu.  Kamu renong sedalamnya akan mereka yang tidur itu. Adakah tempat tidurnya sudah berubah dari beralas lantai dan tilam nipis, berubah ke katil  dan tilam yang baik.  Adakah bilik tidurnya berhawa dingin atau sekurangnya ada kipas.

11. Jika anak-anak yang tidur tidak berbaju.. tengok perutnya. nampak tidak tulang belulangnya. Setebal mana kulit yang menutup badannya.. gemok, kurus dan nampak sihat dan sebagainya.

12 Mana yang belum berkahwin. Tengok kehidupan kita sejak lima tahun yang lalu, berubahkah kita. Atau kita berubah atas sebab usaha kita, bukan kerana kerajaan. Maka buat keputusan mengikut selera kita.

Saya mengharapkan berubah para pengundi Sabah. Sejak dahulu hanya kerana kesedapan sekejap. Dapat duit, orang datang dan jamuan sana sini.  Lepas 26hb September.. akan akan ditinggalkan. Dan anda akan meneruskan kehidupan seterus untuk lima tahun yang kedepan.

SANG KELEMBAI
Sept 21, 2020