Ahad, 30 Jun 2019

Pemikiran Perdana Menteri Melayu dengan Melayu sama sahaja.


Menteri Sumber Manusia membuat satu kenyataan. Kenyataannya mudah ia itu mencadangkan membawa masuk perkerja dari Afrika, mungkin khusus untuk tugasan 3D - 'Dirty, Difficult and Dangerous'.
Belum apa-apa lagi. Semua orang menjerit dan terpekik saperti terkena sampukkan dari Menteri Kula itu. Menentangnya dengan berbagai hujjah.
Bila banyak sangat yang memberi pandangan dan ulasan termasuk Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan bahawa belum diputuskan oleh Kabinet. Maka kabinet itu betulah dikatakan kitchen cabinet atau kabinet dapur. Perkara remeh ini nak bawa ke kabinet.
Menteri Kula belum habis bercakap lagi, dia hanya sebut Afrika. Afrika bukan sebuah nama negara, Afrika sebuah benua, didalamnya banyak negeri dan negara. Maka bila di serang kerana disebut Afrika, bererti masa mereka sekolah dahulu masa mata pelajaran Ilmu Alam atau kemudian geografi. Mereka semua tidur atau tidak masuk klas, masa mata pelajaran itu di ajar.
Tanya dengan Menteri Kula tu. Pekerja dari negara mana mahu dibawa masuk ke Malaysia berkerja?. Jika pekerja dari Afrika asal Negro saperti Nigeria, Zimbabwe, Repulik Congo dan lain negara non muslim di Afrika, wajarnya kita tolak.
Tetapi jika pekerja berasal dari Mesir, Sudan, Libya, Tunisia atau negara majoriti Islam di Afrika, apa jadi masalahnya Malaysia sebagai negara Islam menerima mereka berkerja?. Kita menerima Pakistan dan Bangladesh kerana mereka beragama Islam.
Sebilangan perlarian orang Islam Afrika masuk ke negara EU, telah berkerja dalam sektor 3D. Kesimpulannya soal pekerja dari Afrika, jika dari negara-negara Islam. Sepatutnya disokong.. kerana dengan sendirinya dapat kita membezakan yang mana satu Negro Afrika, India dari tanah besar India. Cina dari tanah besar Cina yang sekarang dominasi dalam tugasan pekerja 3D.
Sang Kelembai
Bandar Sri Permaisuri
Jun 30, 2019

Ahad, 23 Jun 2019

Pakaian Tradisi Kerabat Raja.


Masa saya budak, memang saya rakyat Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan. Kemudian rakyat Raja sudah dihapuskan sebalik menjadi warganegara Malaysia. Bila seorang Raja berkata pakaian itu pakaian tradisi Kesultannya. Rakyat biasa sudah tidak ada kaitan.
Siapa pun boleh pakai. Macam dahulu, penduduk sekitar Seri Menanti, N Sembilan dilarang pakai warna kuning. Itu hanya untuk mereka yang bergelar Raja dan kerabatnya. Tetapi sekarang, siapa ambil peduli. pakailah warna kuning itu atau warna apa pun tiada undang-undang yang melarang.
Apa pun soal disiplin atau peraturan yang dipakai oleh Rakyat biasa atau bahasa istananya 'orang kebanyakan' yang serupa dengan Raja, tradisi atau tidak, hanya boleh dikenakan dikalangan mereka yang berkerja dengan Istana dan kaum kerabatnya.
Kepada saya YB Menteri Sallehuddin Ayub boleh pakai apa sahaja baju, walau serupa dengan Rajanya. Beliau hanya melanggar arahan surat pekeliling, jika berpakaikan serupa yang di pakai oleh Raja jika masuk ke Istana mengadap Raja.
Jika begitu, Majlis Raja-Raja boleh menulis kepada pemimpin PAS dan sayap pemudanya. Sehari dua ini tular akan gambar pemimpin PAS berpakaian saperti Raja. Sebab mereka berpakaian tengkolok atau destar dan juga ada memanggil setanjak. Kerana itu pakaian Raja, bukan pakaian orang kebanyakan. Kecuali orang bergelar bertugas di Istana atau dengan Raja.
Orang kebanyakan dalam adat istiadat Melayu boleh memakai tengkolok jika di anugerah oleh Raja. Ini tradisi Raja Melayu. sekarang sudah bertukar dengan anugerah Datuk dan sebagainya. Pakaian tradisi Melayu bagi orang kebanyakan hanya sekadar lilitan kepala atau semacam semutar yang dipakai oleh orang Kelantan.
Maka jangan megah sangat dengan tradisi. Raja sendiri banyak yang telah melanggar adat budaya dalam memperbudayakan tradisi Kesultanan Melayu. Raja dan kerabat Raja juga perlu muhasabah diri mereka. Jangan asyik rakyat sahaja yang salah.
Sang Kelembai
Bandar Sri Permaisuri
Jun 23, 2019.

Sabtu, 22 Jun 2019

PAS dan UMNO mesti ada garis perjuangan strategi.


Sempena muktamar PAS dan kemudian UMNO. Kedua pihak yang telah membuat pendirian kesatuan bangsa dan bukan sekadar perpaduan ummah dalam keperluan menterjermahkan dari kata-kata ke perbuatan memerlukan satu blue print yang difahami oleh ahli kedua pihak dan rakyat.
Garis besar perjuangan Islam mestilah melalui strategi vertical dan horizontal. Garis Islam sangat jelas. Melalui perjuangan amal-amal salih diatas jalan-jalan yang telah ditentukan melalui keredaan Allah.
Strategi vertical mungkin tidak ada masalah kepada ahli-ahli PAS dan orang islam yang lain, jika mengamalkan pembangunan jiwa atau pembinaan keperibadian Islam. Tetapi kerana UMNO perjuangannya yang bermula dengan kemerdekaan dan pembangunan negara, menjadikan sikap diri ahlinya saperti mengamalkan sekularisma. Maka kebanyakan ahli UMNO tidak membangunkan jiwa sesaorang muslim tetapi banyak kepada Melayunya.. satu sikap kebangsaan yang perlu juga diperjuangkan dan dipertahankan. Maka pembentukan jiwa Islam mesti bersama antara UMNO dan PAS yang dikenali dengan nama ‘hablum-minallah’.
Kemudian baru ke strategi horizontal. Sasaran anggota masyarakat yang membuat pilihan waktu pilihanraya. Disini horizontal bertindak membangunkan masyarakat dalam kehidupan bersama. Hubungan manusia dalam hubungan sosial ekonomi dan politik. Garis ekonomi mestilah dijelaskan.. komsep ekonomi yang lahir dari otak manusia mesti diubah kepada wahyu Allah, al-quran, hadis dan sunnah. Dan ini namanya ‘hablum-minannas’.
Strategi menggunakan hablum minallah dan hablum minannas perlu di mulakan sekarang dalam Perjuangan UMNO/PAS dalam kesatuan bangsa dan agama untuk negara tercinta Malaysia.
Persoalannya sudah bersedia ahli-ahli UMNO menerima strategi vertical bernama hablum-minallah dalam pembangunan jiwa mereka? Bolehkah dimulakan dengan keperibadian pembinaan jiwa takwa. Hanya ketakwaan sesorang kepada Allah akan menentukan kualiti perjuangan dalam bentuk strategi horizontal dalam menghadapi masyarakat pengundi yang bersifat komplek.
Ahli PAS dan UMNO perlu memperbaiki syahadatain.. sebagai ikrar seorang Islam dengan mengesakan Allah dengan tidak berjuang kerana orang, tokoh dan pimpinan pujaan. Syadatain ada ikrar berpegang tegug kepada al-Quran, Hadis dan Sunnah Rasullah s.a.w.
Sang Kelembai
Bandar Sri Permaisuri.
Jun 22, 2019.

Rabu, 19 Jun 2019

Antara Bill Clinton dan Azmin Ali.


Monica Lewinsky berskandal dengan Bill Clinton, dan Clinton tidak nafikan. Rakyat Amerika agak pelik sedikit, Rakyatnya bebas melakukan seks bebas tetapi bukan Presidenya.
Tetapi di Malaysia Rakyatnya dilarang melakukan seks bebas termasuk luar tabi,i tetapi pemimpin politik boleh melakukan, barang siapa cuba mendedahkan akan dikira membuat fitnah dan mengaibkan. Dan berbuih orang parti politik yang terlibat menafikan.
Skandal seks Bill Clinton dengan Monica Lewinsky tersibar juga hasil daripada
pendedahan dan pengakuan perlakunya sendiri.

Pertanyaan Rakyat Amerika kepada Konggres bukan perbuatan seks itu tetapi ialah adakah MonicA Lewinsky mangsa salahguna kuasa Bil Clinton? sehingga berlaku skandal kebetulan Monica Lewinsky bertugas sebagai salah seorang Pembantu di White House.
Maka dalam isu video seks SusK seorang Tim Menteri dengan seorang Menteri ( berdasarkan kenyataan Haziq Aziz) Penyiasatan mesti juga tertumpu kepada ada atau tidak salah guna kuasa oleh Menteri.
Inilah mungkin yang dimaksudkan oleh Haziq Aziz, supaya SPRM menyiasatnya. Menyalah gunakan kuasa antara tertulis dalam satu kesalahan Akta SPRM.
Bill Clinton meneruskan tugas Presiden, bila Konggres mengambil keputusan bahawa Presiden tidak menyalahguna kusa dalam hubungan seks. Maka Bill Clinton bebas, kerana hubungan atau perbuatan seks suka sama suka.
Sang Kelembai.
Subang Jaya/USJ 2
Jun 19, 2019

Khamis, 13 Jun 2019

Rakaman itu tulenlah...


1. PM Dr Mahathir Mohamad berkata video yang terakam aksi selingkuh dua lelaki dan salah seorang darinya 'rupa saperti saya, tetapi bukan saya' ahli jemaah Menterinya. Ini bererti beliau sudah menonton video itu, kerana kerana permulaan dalam kenyataannya pada hari isnin, beliau tidak melihatnya.
2. Isu tulen atau tidak, tidak perlu dibawa ke makmal forensik untuk memastikan. Pengeluaran filem berbentuk grafik dan teknoloji hanya boleh diperbuat oleh studio filem yang besar setaraf studio di Hollywood yang punya ratusan pekerja mahir. Tidak boleh dilakukan oleh studio yang hanya satu bilik kecil di backyard belakang lorong. Malah filem aksi lucah berbentuk karton pun bukan mudah diperbuat. Dan belum terdapat lagi filem animasi yang dapat menerbitkan pelakonnya sama dengan orang pelakon yang sama. Ada masanya mereka menggunakan stuntman. Jika dah boleh buat filem fake. Stuntman tidak berguna lagi.
3. Filem selingkuh itu, mudah sahaja untuk dilihat ketulenannya. Dalam video berwarna itu walau pun tidak sebaik Eastmancolor, ia itu filem warnawarni dizaman saya, rakaman itu filem berwarna.
4. Dalam aksi diranjang katil (khabarnya di sebuah hotel di Sandakan, Sabah) Masa berlaku perselingkuhan dua lelaki itu, mereka dalam keadaan menonton siaran television. Mengikut CSI-Crime Scene Investigation kalangan media sosial. Siaran TV yang didengar itu adalah satu program macam 'bual bicara' di Bernama yang dahulu di hostkan oleh Dell Maamordari channel BBC. Topik yang dibincangkan hal politik.
5. Memang terdapat tidak boleh dielakkan jika kita menonton apa sahaja media yang berbentuk Tv LCD-Liquid-crystal-display televisions, akan berlaku pantolan cahaya itu kepada penonton dan apa sahaja pertukaran scene atau adigan dari sudut camera rakaman akan terkesan kepada yang menonton.
6. Dalam isu video dua lelaki ni. Jelas pantolan cahaya dari television mengena ruang bilik tempat berselingkuh mereka. Itu sebab video sekejap gelap, terang dan samar. Kemungkinan bilik tersebut tidak diterangkan oleh kesemua lampu. Mencukupi camera tersembunyi itu menerima cahaya menima. Dan rakaman itu telah diproses diterangkan. Itu sebab video rakaman tidak begitu jelas dan tepat wajah mereka yang beraksi.
7. Jika video fake atau palsu atau diperbuat secara teknoloji komputer. Sudah pasti yang menerbitkannya, sangat berhati-hati dalam soal 'prop dan continuity' Malah pantolan cahaya dari siaran Television juga diambl kira.
8. Kesimpulannya menolak mentah-mentah video atau rakaman itu sebagai fake atau palsu, mungkin hanya kata-kata mereka yang buta ilmu photografi sama ada still kamera dan video camera. Aksi kedua mereka itu kemungkinan dirakamkan melalui mini camera bluetooth yang banyak terjual di Lazada, Alibaba dan sebagai secara online. Perakamnya sudah pasti berdekatan dengan bilik itu, mungkin sebelah menyebelah bilik. Kerana camera itu dialihkan ke monitor komputer dan kemudian dirakamkan
9. Kesimpulannya video yang berdurasi 1 minit 35 saat itu.. dimana suntingan melalui durasi yang sama hingga menjadikan tiga empat siri, bolehlah disimpulkan dilakukan oleh lebih dari seorang. Siapa mereka? Itulah biarlah diberi tanggung jawab kepada Polis untuk menyiasat.
10. Apa pun video ini akan tidak di uji ketulennya oleh pihak berkuasa. Kerana tidak memerlukan satu kajian forensik, mencukupi menonton video itu.. focus melihat kepada pengambarannya (bukan aksinya) berlaku banyak kali pantolan cahaya berubah mengikut dialog orang yang bercakap lebih seorang di program BBC itu.
11. Jika disahkan tulen oleh pihak berkuasa. Seorang dari lelaki yang berselingkuh dan membuat kenyataan 'sayalah diranjang itu' Dia tidak berbohong.
Bandar Sri Permaisuri.
Jun 13, 2019.

Rabu, 12 Jun 2019

Perlu atau tidak Dr Mahathir Mohamed meletakkan jawatan mengambil tanggungjawab dalam isu skandal Menteri dalam kabinetnya seorang pengamal gay dan LGBT.


1. Cuba anda baca kronologi bagaimana saya menulis isu senggama seorang gay dengan seorang Jemaah Menteri Kabinet Dr Mahathir Mohamad. Saya mulakan dengan mendahului mencari subjek pasangan yang 'man in action' dalam video 1 minit 35 saat itu.
2. Dalam berapa minit sahaja. saya telah menerima maklumat lengkap. Dan dengan berani saya menaikan photonya. Kemungkinan saya akan hadapi kes saman peribadi semuanya ada. Akhirnya terjawab. Suspek sendiri mengaku akan melakukan perkara senggama gay itu. Tidak ada ikhtiar saya membantu kawan saya itu yang juga seorang Menteri. Jika beliau difitnah.
3. Tetapi keadaan bersedih apa yang berlaku. Saya ketawa juga membaca jawapan siasatan yang menamakan pasukan cybernya RF8 yang memberikan tindak balas konunnya itu adalah video edit.
4.Sebagai seorang yang pernah dikhususkan dalam soal penyelidikan keselamatan diluar negara, saya hanya tergelak membaca jawapan mengatakan itu fitnah. Kerana perancangan pengeluaran video ada pengarahnya dan penulis skripnya. jika dikatakan edit, ada kemungkinan tetapi suara bagaimana pula? dan juga screen shot whatsap?.
5.Apa pun medus operandinya sama dengan pendedahan video Presiden PKR dengan seorang pelacur dahulu.. Teknoloji tinggi yang dipasang berdampingan dengan Television. Maknanya ada dua perkara kemungkinan berlaku.. Satu dipasang oleh suspek sendiri yang juga pelaku video itu, atau satu 'operasi burung dalam sangkar'. Lain daripada itu tidak ada.
6. Sekarang siapa yang terpalit 'malunya bossku' Bila satu dunia mengetahui bahawa Dr Mahathir Mohemad seorang penyokong gay dengan memberikan tempat kepada seorang yang mengamalkan budaya sex songsang. yang mana anak adalah seorang pejuang LGBT.
7. Dr Mahathir Mohamad kena memikirkan sama ada perlu meletakkan jawatan Perdana Menteri sebagai seorang yang bertanggungjawab atau membubarkan Parlimen secepat mungkin. Itu sahaja pilihan yang ada.
8. Maka terjawablah apa yang dikatakan oleh Fadhil Noor.. Dr Mahathir Mohamad akan menyaksikan kerosakan yang dilakukannya.
9. Peristiwa berlaku pada Mei 11, 2019. Hari itu bulan ramadhan dan juga ulang tahun UMNO. Dan video itu tersibar juga pada 11 haribulan, cukup sebulan dari tarikh berlakunya bukan sahaja sejarah hitam kepada seorang Menteri tetapi kepada Malaysia..
10. Untuk kedua kalinya Malaysia dengan Perdana Menteri yang sama menghadapi Jemaah Menterinya seorang gay dan mengamalkan sex songsang. Kini adakah beliau akan melakukan perkara yang sama? Memecat Menterinya atau beliau memecat dirinya sendiri.
11. Sama-sama kita melihat perkembangannya.
Bandar Sri Permaisuri.
Jun 12, 2019

Sabtu, 8 Jun 2019

Pelantikan Latheefa Koya


Isu perlantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM terletak dimana?
Nama dia ker?
Kerana pernah menjadi Ahli Parti ker?
Kerana mempertahankan LGBT ker?
Kerana dia Peguam di kamar Peguam Daim & Gamany
Kerana tidak dibincangkan dengan Kabinet ker?
Kerana Presiden NGO pertama dilantik Ketua Pesuruhjaya ker?
Kerana Menghabiskan misi mantan KP yang cabut lari ker?
Kerana Hendak memperalatkan SPRM kepentingan politik ker?
Kerana akan hanya mendengar arahan PM ker?

Banyak kerananya jika hendak ditulis. Tetapi isunya yang sebenar ialah janji manifesto atau kontrak politik yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan masa menjual produk partinya untuk di sokong.
Maka serangan bukan kepada Latheefa Koya. Dia hanya dilantik. Propaganda untuk mengarahkan parti sendiri mengkritik keputusan Parti sendiri sudah ketinggalan zaman.
Semua kritikan dari parti gabungan Pakatan Harapan ialah satu sandiwara. Satu lakunan yang ditulis oleh penulis skrip. Pelakun tunggalnya ialah Dr Mahathir Mohemad. Dia melakun satu lakunan pentas setaraf yang pernah dipentaskan oleh William Shakespeare.. Jika baca drama yang ditulis oleh William Shakespeare, kita akan memahami lakunanan ini.
Maka hendak menunjukan ada keterbukaan, maka datanglah berduyun-duyun rakan sewaktu mempertikaikan. Anihnya ramai yang percaya kritikan dari ahli Parti Pakatan Harapan itu ikhlas dan mengikut inspirasi rakyat terbanyak.
Sebenarnya anda sedang ditipu dalam lakunan pentas itu. Tak payahlah dikritik atau pertikaikan perlantikan itu.. Bukankah anda sudah dapat melihat wajah-wajah sebenarnya pelakunnya? Itulah wajah sebenarnya.
Bandar Sri Permaisuri.
Jun 8, 2019.