Khamis, 13 Jun 2019

Rakaman itu tulenlah...


1. PM Dr Mahathir Mohamad berkata video yang terakam aksi selingkuh dua lelaki dan salah seorang darinya 'rupa saperti saya, tetapi bukan saya' ahli jemaah Menterinya. Ini bererti beliau sudah menonton video itu, kerana kerana permulaan dalam kenyataannya pada hari isnin, beliau tidak melihatnya.
2. Isu tulen atau tidak, tidak perlu dibawa ke makmal forensik untuk memastikan. Pengeluaran filem berbentuk grafik dan teknoloji hanya boleh diperbuat oleh studio filem yang besar setaraf studio di Hollywood yang punya ratusan pekerja mahir. Tidak boleh dilakukan oleh studio yang hanya satu bilik kecil di backyard belakang lorong. Malah filem aksi lucah berbentuk karton pun bukan mudah diperbuat. Dan belum terdapat lagi filem animasi yang dapat menerbitkan pelakonnya sama dengan orang pelakon yang sama. Ada masanya mereka menggunakan stuntman. Jika dah boleh buat filem fake. Stuntman tidak berguna lagi.
3. Filem selingkuh itu, mudah sahaja untuk dilihat ketulenannya. Dalam video berwarna itu walau pun tidak sebaik Eastmancolor, ia itu filem warnawarni dizaman saya, rakaman itu filem berwarna.
4. Dalam aksi diranjang katil (khabarnya di sebuah hotel di Sandakan, Sabah) Masa berlaku perselingkuhan dua lelaki itu, mereka dalam keadaan menonton siaran television. Mengikut CSI-Crime Scene Investigation kalangan media sosial. Siaran TV yang didengar itu adalah satu program macam 'bual bicara' di Bernama yang dahulu di hostkan oleh Dell Maamordari channel BBC. Topik yang dibincangkan hal politik.
5. Memang terdapat tidak boleh dielakkan jika kita menonton apa sahaja media yang berbentuk Tv LCD-Liquid-crystal-display televisions, akan berlaku pantolan cahaya itu kepada penonton dan apa sahaja pertukaran scene atau adigan dari sudut camera rakaman akan terkesan kepada yang menonton.
6. Dalam isu video dua lelaki ni. Jelas pantolan cahaya dari television mengena ruang bilik tempat berselingkuh mereka. Itu sebab video sekejap gelap, terang dan samar. Kemungkinan bilik tersebut tidak diterangkan oleh kesemua lampu. Mencukupi camera tersembunyi itu menerima cahaya menima. Dan rakaman itu telah diproses diterangkan. Itu sebab video rakaman tidak begitu jelas dan tepat wajah mereka yang beraksi.
7. Jika video fake atau palsu atau diperbuat secara teknoloji komputer. Sudah pasti yang menerbitkannya, sangat berhati-hati dalam soal 'prop dan continuity' Malah pantolan cahaya dari siaran Television juga diambl kira.
8. Kesimpulannya menolak mentah-mentah video atau rakaman itu sebagai fake atau palsu, mungkin hanya kata-kata mereka yang buta ilmu photografi sama ada still kamera dan video camera. Aksi kedua mereka itu kemungkinan dirakamkan melalui mini camera bluetooth yang banyak terjual di Lazada, Alibaba dan sebagai secara online. Perakamnya sudah pasti berdekatan dengan bilik itu, mungkin sebelah menyebelah bilik. Kerana camera itu dialihkan ke monitor komputer dan kemudian dirakamkan
9. Kesimpulannya video yang berdurasi 1 minit 35 saat itu.. dimana suntingan melalui durasi yang sama hingga menjadikan tiga empat siri, bolehlah disimpulkan dilakukan oleh lebih dari seorang. Siapa mereka? Itulah biarlah diberi tanggung jawab kepada Polis untuk menyiasat.
10. Apa pun video ini akan tidak di uji ketulennya oleh pihak berkuasa. Kerana tidak memerlukan satu kajian forensik, mencukupi menonton video itu.. focus melihat kepada pengambarannya (bukan aksinya) berlaku banyak kali pantolan cahaya berubah mengikut dialog orang yang bercakap lebih seorang di program BBC itu.
11. Jika disahkan tulen oleh pihak berkuasa. Seorang dari lelaki yang berselingkuh dan membuat kenyataan 'sayalah diranjang itu' Dia tidak berbohong.
Bandar Sri Permaisuri.
Jun 13, 2019.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.