Ahad, 30 Ogos 2015

Kemuncak Low Yat, Demontrasi Bersih 4.0


Demontrasi Bersih atau Unjukrasa Illegal yang di adakan dua hari pada 29hb dan 30hb Ogos di Kuala Lumpur bukan satu usaha yang dirancang lama.. Dia di rancang salepas anak muda yang tidak terlibat dalam politik menggegarkan Negara dalam peristiwa rusuhan Low Yat dalam bulan ramadhan. Sehingga menyebabkan ada yang tercedera.
Dalam kes Low Yat dimana anak muda Melayu telah membangkitkan isu akan perihal anak Melayu yang selalu di tipu oleh peniaga Cina yang menjual alat komunikasi saperti computer dan talifon. Tindakan anak muda melayu yang berani di kawasan Bukit Bintang yang dikenali kawan kongsi gelap Cina yang sangat berkuasa adalah satu manifestasi spontan kemarahan Melayu dan pembelaan kepada anak Melayu yang di pukul beramai-ramai oleh peniaga Cina di kawasan itu.
Antara kempen yang di lakukan oleh tindakan spontan itu ialah memulaukan Low Yat.. Dan tindakan itu memberi kesan.. Rata-rata anak Melayu yang pembelinya dari orang muda yang tidak berpolitik dan kalangan pelajar dan kelas menengah Melayu, menyahut seruan itu.. Mereka mencari pilihan kedai lain.. Dan berakhir dengan Low Yat sepi dan jualan berkurangan.
Berbagai usaha dilakukan oleh pihak berkepentingan khas MCA dan juga peniaga Cina di Low Yat untuk meyakinkan pembeli Melayu yang 80% pembeli di Low Yat telah gagal untuk mengubat hati orang Melayu.. Orang-orang Cina lagi bertambah marah.. bila kes itu di bawa ke Mahkamah termasuk budak pencuri itu yang di jamin untuk perbicaraan dan tiga orang lelaki Cina yang memukul budak Melayu telah di hukum dengan denda atau penjara jika tidak membayar denda.
Maka apa kaitannya dengan Demontrasi Bersih 4.0?. Kena juga di tanya kenapa sejak dua minggu kesemua surat kabar dan RBA@Red Bean Army dalam media sosial setiap hari memberi promosi isu demontrasi Bersih? Adakah kes IMDB yang dikatakan berhutang RM42Billion yang sukar membayarnya ada kaitan dengan wang rakyat? Bukankah pinjaman itu dari Bank Komersial dan bukan wang Kerajaan.
Dan kedua akan isu sumbangan derma kepada Tabung Politik yang masuk kedalam akaun peribadi PM Najib.. adakah duit Kerajaan dan hak Kerajaan. Maka kenapa ada sebab mereka persoalkan.
Kedua isu itu sudah di jawab. Kenapa perlu ada demontrasi lagi. Dan nampaknya demontrasi bersih kali ini tidak ada tujuan. Menggunakan slogan Najib Undur bukan misi yang utama. Tak kan pemimpin besar DAP dan PKR tidak tahu bahawa sistem pemerintahan Malaysia adalah pilihanraya.. Bagaimana sebuah Negara dan Parti Politik yang didalam Perlembagaan masing-masing menyatakan hendak berjuang melalui lunas demokrasi tetapi dengan tiba-tiba menggunakan jalan raya sebagai Parlimen memaksa seorang Perdana Menteri yang punya sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat@Parlimen.
Hakikat sebenrnya bukan itu semua.. Tujuan sebenar menyerang balas balik apa yang di lakukan oleh anak Melayu yang menyerang Low Yat yang kemudian memalukan orang-orang Cina khasnya Cina Dapig.. Bukit Bintang adalah kubu kuat DAP dan orang Cina anti Kerajaan sejak sebelum merdeka hingga ke hari ini. Mereka masih tebal dengan chauvinist kecinaannya.
Tujuan Bersih ialah menunjukan kekuatan orang-orang Cina anti Kerajaan Barisan Nasional dan orang-orang Melayu yang menyokong UMNO. Dengan berlindung atas demontrasi dan kebebasan Perhimpunan Aman mereka menggunakan demontrasi ini untuk menunjukan solidoriti kaum Cina yang anti Nasional. Mereka cuba memberi reaksi kepada perbuatan orang-orang Melayu dalam peristiwa Low Yat..
Mereka menggunakan menghina Melayu dengan menyerang dan menyebut nama PM Najib dan minta berundur. Supaya tidak dilihat sebagai menyerang Melayu kerana terdapat juga orang Melayu yang bersekutu dengan Cina Dapig. Itu sebab ada dikalanga mereka membawa penyapu, yang sama pertunjuknya dengan orang-orang Cina Dapig dimasa Mei 13,69 membawa penyapu seluruh Kuala Lumpur termasuk ke kawasan perumahan Melayu di Kampong Bharu dan untuk beberapa ketika berhenti di Rumah Selangor, kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda, dan di minta keluar rumah itu kerana mereka telah berjaya bukan memerintah di Selangor tetapi telah tidak menyebabkan Perikatan tidak cukup kerusi kerana sama banyak dengan kerusi DAP dan Gerakan. Melayu hendak di sapunya.
Kesimpulan demontrasi Bersih lebih dari isu-isu yang di tunjukan, yang tersirat ialah memberi isyarat atau pertunjuk kepada orang-orang Melayu bahawa kekuatan pengundi Cina khasnya Cina-cina Dapig tidak pernah pudar bagi melaksanakan Malaysia Malaysian yang mula diperkenalkan 50 tahun yang lalu.
Dan penganjur BERSIH agak tersentak dengan kekurang orang-orang Melayu yang turun kelapangan kawasan demontrasi kerana mereka tidak pernah membaca dan menganalisa akan sikap orang melayu yang masih konsovertif dalam budayanya. Kecuali orang-orang Melayu yang berada di zaman kontemporari yang di bina dan di asuh dengan kebencian kepada UMNO dan Barisan Nasiona atas sebab-sebab tertentu.
Maka dalam sudut pandang yang lain Demontrasi Bersih yang melibatkan 100ribu orang Cina yang orang Melayu dikira dalam purata 7% sahaja telah memberikan keuntongan kesedaran kepada orang-orang Melayu.. Dan dengan mengadakan demontrasi pada menjelang meraikan Hari Kebangsaan@Merdeka sebenar bertujuan mereka tidak menerima UMNO sebagai pejuang Kemerdekaan. Kerana mereka berpendapat bahawa Komunislah yang berjuang untuk kemerdekaan Malaya.
Maka insaflah orang-orang Melayu, kamu sedang berada di ambang kemusnahan dan menjadi pengemis dalam negeri kamu, jika kamu tidak menyedari muslihat demontrasi Bersih kemarin dan hari ini dan juga masa depan.
Sang Kelembai: Bersatu Melayu jika kamu berdarah Melayu..pandang kedepan bukan berpolitik pagi ini untuk pagi ini..petang untuk petang ini.. Berpolitik hari ini untuk 100 tahun yang akan datang.

Jumaat, 28 Ogos 2015

Vincent Tan dan Melayu 'Bangsat' dari sudut pandang UKAS


Masa saya berkuasa untuk menandatangan pinjaman TEKUN, ramai rakyat dan peniaga minta sokongan. Semuanya saya sokong selepas saya menemuduga mudah, bagaimana pun saya memberi tahu kepada pegawai TEKUN, surat sokongan saya bukan mutlak kelulusan dari UMNO sebaliknya TEKUN kena memutuskan secara adil dan profesional, jika ada di tolak berikan 'sebabnya'. Biasanya saya terima jawapan TEKUN kenapa di tolak permohonan sokongan saya.
Begitu juga sepatutnya berlaku dalam agensi Kerajaan khasnya UKAS@unit kerjasama awam dan swasta, walau pun ada seseorang penender masuk tender kerajaan dan ada hubungan rapat dengan Perdana Menteri meminta surat sokongan Perdana Menteri, apa ayat sekali di tulis dalam minit itu, sepatutnya UKAS bertindak Profesional dan ketelusan.
Dalam kes tender Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.. Vincent Tan dari Berjaya Group minta sokongan PM Najib dan PM Najib membuat surat dan minit sokongan.. Dan itu perkara biasa seorang Perdana Menteri memberikan sokongan atau minit kepada Menterinya, Jabatan dan Agensi Kerajaan.. Tidak menjadi salah.
Yang menjadi salah ialah bila minit Perdana Menteri digunakan sebagai alasan itu memberi tender itu walau pun tidak mengikut prosedur tender.. Saperti yang berlaku dengan Berjaya Group. Tidak hadir dalam taklimat Tender yang di berikan oleh UKAS tetapi boleh masuk Tender dan berdasarkan surat dan minit Perdana Menteri, syarikat Vincent Tan dari Berjaya Group di tawarkan tender itu dengan harga yang tinggi dari syarikat bumiputra. Maka keputusan itu menjadikan UKAS yang rata-rata pegawainya orang Melayu tidak peka dan prihatin kepada kepentingan syarikat-syarikat bumiputra.. Saya rasa jika di tawarkan kepada Vincent Tan atas sebab harganya murah dari syarikat bumiputra. Saya angkat tangan dan bersetuju. Di sini masalahnya.. Bila prosedur di langgar.. Harga tinggi dan bukan syarikat bumiputra. maka rakyat bertanya.kelebihan harga tinggi yang melepasi RM100 juta dari yang terendah.. Siapa makan?.
Saya tidak menyalah UKAS sahaja tetapi KSN@Ketua Setiausaha Negara perlu disalahkan. kenapa berlakunya dua kastam.. Kastam pertama di EPU dan kastam di UKAS. Sepatutnya sebagai KSN yang beliau pernah menjadi Ketua Pengarah mesti memahami apa fungsinya UKAS, meletakan Ketua Pengarah yang tepat dan terlatih.
Sekarang rakyat memerhatikan apa keputusan UKAS dan Kerjaaan pembinaan Terminal Bas Pantai Timur dan Utara.. Adakah syarikat yang sama membina TBS?
Akhirnya... kerajaan mesti memberhentikan sistem syarikat 'DUTA' saperti GAMUDA dan MMC.. Semua projek diberikan kepadanya dan syarikat itu untong diatas angin kerana syarikat itu macam bertindak saperti DUTA@ambassador kepada MRT yang dikendalikan oleh Syarikat milik kerajaan Pasarana Sendrian Berhad yang terletak di bawah Kementerian Kewangan di Perbadanan.
Sang Kelembai: Perkataan bangsat terletak kepada pengguna ayat .. Orang Kedah sudah biasa bangsat di negara orang ia itu satu yg positif untuk berpindah atau berhijrah. Orang Negeri Sembilan.. Panggilan bangsat kepada kawan-kawan yang rapat tanda rapat bersahabat.. Jika orang Pahang gunakan perkataan 'bangsat' memberi makna menghina dan merendahkan seseorang atau satu kumpulan orang. maka siapakah yang mem'bangsat'kan orang Melayu sehingga Melayu di anggap tidak boleh dan tidak cekap mengendalikan dan melaksanakan projek.

Isnin, 17 Ogos 2015

BILA KITA TIDAK BERSYUKUR



Rakyat hendak semuanya.. hendak sekolah baru dibina.. hari ini dia beranak enam tahun akan datang Kerajaan kena merancang sekolah anaknya.. Kereta jem dan sesak di bandar dan jalan antara bandar, kerajaan kena merancang buat jejambat dan membesarkan jalan.. Rakyat hari ini kena kencing manis, sakit jantung, kanser.. kerajaan kena merancang buat hospital.. makna apa yang berlaku hari ini.. Kerajaan kena merancang untuk masa depan sekurang 10 tahun akan datang.. Mana nak cari duit?..
Hasil minyak sudah berkurangan dan harga sudah turun, walau pun kos carigali dua kali lipat dari dulu.. Harga komuniti.. dahulu orang pakai getah.. kerana getah mahal. mereka buat getah tiruan.. Harga kelapa sawit..dulu Malaysia pengeluar utamanya.. sekarang ada negara lain yang lebih besar ladangnya... Pendapatan negara kecil perbelanjaan besar.. Terutama membayar gaji dan pencen penjawat awam.. Tak wujudkan peluang pekerjaan dalam sektor awam.. orang Melayu tak berkerja. Maka mana nak cari hasil.. Cukai pendapatan, cukai kepala dan cukai yang lain2 termasuk cukai road tax dan sebagainya hanya cukup belanja mengurus sahaja..
Maka Kerajaan belajar dengan negara lain.. kenakan GST.. dahulu sebelum cukai ini banyak yang menipu.. belum lagi penguatkuasa yang mengutip cukai yang salahguna kuasa dan rasuah.. sekarang dengan GST mereka tak boleh menipu. Maka apa masalahnya kerajaan melaksanakan cukai GST.. bukankah manafaatnya kamu yang dapat... Maka kata John F Kennedy ada kebenarannya.. Jangan kamu tanya.. apa negara bagi kepada kamu, kamu tanya apa yang kamu bagi kepada negara.
Pekerja asing.. samada dari Indonesia.. di kampong halamannya di Jawa dan Sumatera.. tersergam banglo mereka yang asal wang dari Malaysia... Di Bangladesh.. beribu malah dah berjuta rakyat Bangladesh keluar dari kemiskinan kerana suami, anak dan adik beradik berkerja di Malaysia.. Di Nepal juga begitu.. Dan sekarang secara tidak langsung Malaysia telah membantu negara yang dahulu miskin dengan kemahiran.
Tetapi bagaimana di Malaysia? tolak bukan Melayu.. yang Melayu hendak berkerja di sektor binaan.. dianggap tidak sesuai kerana kena berpanas dan hujan. Bekerja di Kilang.. konunnya tidak menjanjikan masa depan.. Kerja dalam sektor perkhidmatan kerja pelayan tating dan menating memalukan.. rendah sangat kerja itu.. Maka semua kerja di bolot orang pekerja import.. Malah menjadi guard atau jaga pun akan menurunkan darjat.. Tanpa mereka sedar gaji2 mereka 40% di hantar kenegeri asal mereka bagi membantu keluarga mereka.
Ada atau tidak di suatu masa .. orang Melayu akan berfikir generasi anak cucu mereka juga akan mencari kerja di rantau orang... Saya tidak terperanjat 30 tahun yang akan datang dan atau lebih cepat dari itu..Orang Malaysia pula kena berkerja di luar negeri dan tak mungkin bekerja di Bangladesh, Cambodia dan Vietnam.
Negara-negara pengilang dari Amerika, Jepun. negara Kesatuan Eropa sekarang telah mula memindahkan kilang2 mereka di China.. South Amerika ke negara saperti Bangladesh, Cambodia dan Vietnam. Dan budaya yang di bawa oleh pengilang ini telah pernah di lalui oleh Malaysia.. Kita memperkenalkan FTZ@Free Trade Zone dengan berapa pengecualian cukai.. akhirnya cukup tempoh diberikan mereka menutup kilang dan memindahkan ke negara lain dan satelah habis tempoh ke negeri itu.. dia datang semula ke Malaysia dengan nama yang lain tapi barang yang sama dikilangkan..
Maka mereka yang tak berfikir dalam soal GST.. kena berfikir lagi termasuklah kena bekerja kuat dan tingkat kemahiran.. Jika tidak Malaysia akan melalui panorama rakyat di bandar besar saperti Jakarta, Bangkok dan Manila..
Sang Kelembai: Jauh perjalanan luas pandangan.. Perjalanan timur dan barat, utara dan selatan sekian lama.. mengajar aku banyak bersyukur.
Bandar Sri Permaisuri
Ogos 17,2015.

Rabu, 5 Ogos 2015

Siapa yang menderma siapa yang terima.



Betapa pun saya bukan pembesar UMNO tetapi saya berkawan dengan pembesar UMNO.. ada masanya saya berbual panjang.. ada masanya hanya mendengar sahaja.. Soal syarikat korporat besar menderma parti pembangkang sejak BN di kalahkan pada tahun 2008 dengan kekurangan 2/3 majoriti dalam Dewan Rakyat bukan rahasia lagi.. 

Malah pada PrU 2008 yang banyak menyumbangkan dana ke parti pembangkang ialah bekas Bendahari UMNO yang meramalkan lebih awal BN akan kalah lima negeri. Malah syarikat kumpulan Syed Mokhtar yang menjadi Proxy Tun Dr Mahathir Mohamad bukan sedikit memberikan sumbangan kepada PAS Kedah.. khabarnya dalam RM50juta.. sebelum Allahyarham Tan Sri Azizan bekas MB Kedah sakit dan meninggal dunia. dia pernah menceritakan penerimaan wang dari Syed Mokhtar ini kepada pembesar UMNO.. 

Jika Vincent Tan memberikan sumbangan tidak menghairankan.. begitu juga Genting Berhad kepada parti pembangkang... Maka tulisan si pulan ini perlu di jawab oleh si Mantan.. cuba nafikan atau saman...


Assalamualaikum Tun Mahathir,
1. Saya menulis dengan rasa berat hati setelah membaca tulisan Tun bertajuk “Akaun Peribadi” yang antara lain mempersoalkan kewujudan akaun peribadi Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak untuk dana politik dan pilihan raya.
2. Apabila Mohd Najib mengambil alih pentadbiran, semua orang tahu bahawa beliau mengambil alih ketika parti sangat lemah manakala kekuatan musuh bertambah berpuluh kali ganda berbanding 2008 dan juga 1999. Pembangkang ketika itu mempunyai kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan.
3. Selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pelan peralihan kuasa pada Julai 2008, Mohd Najib sedar bebanan besar menanti dirinya. 5 negeri milik pakatan rakyat, 3 daripadanya merupakan negeri kaya dan punya kerusi Parlimen yang besar. Langkah permulaan Mohd Najib ialah membantu pembentukan kerajaan BN di Perak.
4. Mohd Najib dan Tun Mahathir sendiri sedar pilihan raya 2013 bukan lagi perang antara “David versus Goliath”. Sebaliknya ia merupakan “ibu segala peperangan” dalam konteks pilihan raya Malaysia. Mohd Najib tidak lagi boleh bergantung kepada sumbangan dana politik kroni-kroni perniagaan yang berifat telunjuk lurus kelingking berkait. Ini semua Tun tahu dan faham.
5. Justeru saya kini tertanya-tanya Tun menulis untuk apa? Mahu menjatuhkan Mohd Najib dan UMNO, membersihkan parti dan kerajaan atau kerana dendam tertentu? Saya percaya ramai juga tertanya-tanya soalan ini.
3. Tun sendiri menulis, “Di waktu saya letak jawatan sebagai Presiden UMNO, saya telah arah wang tunai dalam bank dan saham-saham serta surat milik hartanah diserah kepada Dato Abdullah Badawi. Pegawai yang menyerah ialah Nor Mohamad Yacob dan Noordin Bachik. Jumlah wang tunai yang diserah melebihi 200 juta Ringgit. Jumlah nilai saham dan hartanah melebihi 1.2 billion Ringgit.”
4. Pada 1998 ketika mahu menjatuhkan Pak Lah, Tun juga menulis telah menyerahkan sebanyak RM 1.4 bilion dalam bentuk tunai, aset dan saham yang dibawah “jagaan” Tun semasa menjadi Presiden UMNO melalui seorang pegawai dan seorang Menteri.
5. Kenapa semua ini tidak dimasukkan ke dalam akaun UMNO? Kenapa akaun “trustee”? Tun sendiri tahu jawapan dan masalahnya. Tun beranggapan hanya Tun seorang sahaja amanah, orang lain penipu walau hakikatnya pada zaman Tunlah harta UMNO berpuluh bilion lesap begitu sahaja.
6. Saya kecewa Tun sanggup menyerang Mohd Najib yang berbelanja berhabis-habisan untuk kemenangan Barisan Nasional tetapi memejamkan mata tindakan kroni-kroni Tun menyumbang kepada parti lawan dalam pilihan raya 2013.
7. Tun siasat atau beritahu kita, betul atau tidak Tan Sri Vincent Tan, ahli perniagaan kesayangan Tun yang menganjurkan parti hari jadi Tun ala James Bond baru-baru ini, telah menyumbang hampir RM 400 juta kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya 2013? Vincent Tan, orang yang mendapat pelbagai kemudahan dan keistimewaan semasa pentadbiran Barisan Nasional di bawah Tun, dikatakan menyumbang hampir RM 1 bilion kepada parti musuh sejak 2008.
8. Tun juga tentu tahu berapa ratus juta YTL, Syed Mokhtar dan beberapa tokoh perniagaan lain menyumbang kepada dana politik Pakatan Rakyat dalam satu pilihan raya yang paling sengit dalam sejarah negara.
9. Malangnya, Tun memilih menyerang Mohd Najib yang membantu Tun menang dalam pemilihan UMNO 1987 dan yang berusaha mempertahankan Barisan Nasional dan UMNO, parti yang Tun perkudakan selama lebih 22 tahun.
10. Tun sedikit pun tidak menghargai usaha Mohd Najib mempertahankan pentadbiran negara ini sungguhpun ia secara langsung menyelamatkan legasi Tun dan Perdana Menteri-Perdana menteri sebelum ini.
11. Apa yang Tun lakukan sejak beberapa bulan ini sungguh menyedihkan. Tun bukan sahaja tidak lagi dapat berkelakuan sebagai negarawan, malah tidak lagi boleh menjadi seorang sahabat pun. Jauh lebih menyayatkan hati, Tun tidak lagi boleh menjadi ahli parti yang baik seperti mana Tun minta kami semua buat ketika Tun Perdana Menteri.
12. Masa untuk muhasabah diri. Selamat hari raya, maaf zahir batin Tun.
Amin Yatim
Petaling Jaya
5 Ogos 2015.

Isnin, 3 Ogos 2015

Bila Menteri tak tahu tugasnya..

Pagi ini saya hendak sekolahkan Menteri dan Timbalan Menteri UMNO, Ikutan dari ucapan PM Najib, yang beliau merombak kabinet bukan mahu para Menteri jadi pak turut atau 'yes man' kepadanya, dan juga minta Menteri jangan 'No Sir' pula.
Seorang Menteri dari UMNO kena memahami polisi tugas seorang Menteri ialah dia perlu melaksanakan semua dasar-dasar yang dipersetujui oleh Parti UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO.. dasar-dasar itu selalunya di panggil 'Usul' kebiasaanya melalui tiga asas penting perjuangan UMNO.. pertama Agamanya Islam, kedua ialah Ekonomi bangsanya dan ketiga Pelajaran atau pendidikan. Bagaimana pun terdapat juga usul-usul selain daripada tiga perkara itu.. saperti soal keselamatan.
Sejak merdeka dan juga wujudnya UMNO sudah beratus jika tidak beribu usul-usul di bawa oleh UMNO melalui UMNO Cawangan, Bahagian dan juga Perhimpunan Agung UMNO.. Persoalan berapa banyak usul itu sudah menjadi dasar dan polisi Kerajaan? jawabnya tidak ada data yang jelas usul-usul itu menjadi kenyataan atas dasar parti menguasai kerajaan.
Saya masih teringat dan usul Pemuda di zaman Anwar Ibrahim yang mendesak Kerajaan supaya mengharamkan semua bentuk perjudian di tahun 1984.. sudah melepasi usia 31 tahun..Usul itu tidak pernah menjadi kenyataan sebaliknya perjudian di 'halalkan' dengan perlesenan baru terus bertambah.
Maka seorang ahli UMNO yang menduduki kedua Dewan.. Dewan Rakyat dan Dewan Negara kata Perlembagaan Persekutuan boleh di lantik menjadi Menteri dan Timbalan Menteri dan dahulunya ada jawatan Setiausaha Parlimen oleh Perdana Menteri dengan perkenan YDP Agong. Malah jika tidak menjadi ahli UMNO boleh dilantik sebarang jawatan sebagai anggota pentadbiran awam, saperti Musa Mohamad yang pernah di lantik menjadi Menteri di era Dr Mahathir Mohamed sebagai Menteri Pelajaran tanpa seorang ahli UMNO.
Apakah tugas seorang Menteri?. Tugas seorang Menteri ditentukan oleh Perdana Menteri salepas di lantik menjadi Menteri.. Masa dia dipersetujui oleh YDP Agong.. hanya namanya sahaja dimasukan tanpa tugas. Salepas perkenan YDP Agong, sekali lagi dihantar senarai nama dengan tugasnya berdasarkan kehendak Akta Tugas Menteri 1969.. barulah terlaksana kehendak Perlembagaan Persekutuan yang mana YDP Agong mewakilkan kuasanya kepada Menteri dan Menteri hendak bertindak dengan memberi nasihat dan juga laporan kepada YDP Agong, samada di minta olehnya atau memohun persetujuan Tuanku.
Seorang Menteri disamping melaksanakan dasar-dasar partinya kerana sistem pemerintahan Malaysia melalui demokrasi berparlimen. Dimana orang persaorangan yang bertanding atas simbol parti yang dia menjadi ahlinya berhak bergabung sehingga menjadi majoriti didalam Parlimen bagi membentuk kerajaan.. Seorang ahli Parlimen di Dewan Rakyat..kedudukannya didalam Dewan Rakyat bukan atas partinya tetapi atas namanya dirinya, Parti itu adalah terkemudian, kerana dia bertanding atas namanya dahulu kemudian parti politiknya adalah lambang bagi memangkah atau mengundinya.
Itu sebab di Malaysia.. seorang ahli Dewan Rakyat yang berhenti atau meninggal dunia tidak boleh di ganti oleh partinya.. sebaliknya kena diserahkan semula kepada pengundi didalam kawasan yang diwakilinya. Maka perlu ada pilihanraya kecil bawah 36 bulan dan selebih dari itu terserah kepada Speaker Dewan Rakyat memutuskan.
Bila seorang Menteri masuk kepejabatnya yang portfolio telah ditentukan.. JIka bernama Kementerian.. dia akan di bantu oleh seorang Ketua Setiausaha yang bertindak sebagai CEO.. dan juga Ketua Pengawal Kewangan dalam Kementeriannya. Mengikut prosedur Ketua Setiausaha adalah penasihat kepada Menteri kepada sistem perlaksanaan dasar2 yang hendak di buat oleh Menteri tetapi tidak boleh mengambil peranan aktif dalam perkara-perkara pentadbiran dan juga soal kewangan.
Selaku Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Setiausaha adalah pegawai yang dipanggil untuk memberi nasihat kepada Menteri dan seorang Ketua Setiausaha sudah dikira menyelesaikan tugasnya dalam memberi nasihat samaada secara lisan dan bertulis.. Bagaimana pun Menteri boleh menolak nasihat Ketua Setiausaha itu selagi tidak bercanggah dengan undang-undang dan peraturan.. Jika sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang, Ketua Setiausaha boleh mendiamkan keputusan itu dengan tidak mengambil sebarang tindakan.. dan kebiasaannya seorang Ketua Setiausaha akan melaporkan kepada atasannya bernama Ketua Setiausaha Negara.. yang punya kuasa dan ases memberi nasihat atau melaporkan kepada Perdana Menteri akan sebarang tindakan Menteri dalam Kementeriannya dikira salahlaku dan bertentangan dengan amalan pentadbiran dan undang-undang.
Dalam amalan melaksanakan dasar yang dipersetujui Perhimpunan Agung partinya yang di kenali 'dasar parti menguasai kerajaan'. Seorang Menteri sama ada akan merujuk kepada Perdana Menteri atau Mesyuarat peringkat tinggi partinya. Jika sudah dilalui proses itu.. barulah Menteri mengarahkan satu kertas Kabinet di perbuat untuk di bincangkan dalam mesyuarat mingguan Kabinet..samada di tolak dan diterima secara konsensus ia itu 'sebulat suara'. Jika terdapat di kalangan Menteri Kabinet tidak bersetuju.. kertas Kabinet itu di kira telah tidak di persetujui oleh Kabinet untuk menjadi dasar.
Bagaimana pun mana-mana isu yang menyentuh dasar-dasar dan tugas yang di Pertuan Agong saperti hak-hak bumiputra di bawah fasal 153 Perlembagaan Persekutuan hendaklah Perdana Menteri merujuk kepada YDP Agong samada dibawa masuk dalam sidang Kabinet atau salepas persetujuan Kabinet untuk perkenan Yang Di Pertuan Agong. Jika ada keperluan persetujuan Majlis Raja-raja, persetujuan Majlis Raja-Raja adalah di perlukan.
Walau pun tidak tertulis didalam peraturan mana-mana pekeliling atau Akta.. Tugas seorang Timbalan Menteri ialajh membantu seorang Menteri..kebiasaanya seorang Menteri yang baik dan berkerja secara teamwork akan memberikan seorang Timbalan Menteri tugas khusus.. dan dia mempunyai kuasa yang di wakilkan saperti seorang Menteri berdasarkan tidak bercanggah dengan Akta yang dibawah kawalan Kementeriannya.
Seorang Timbaan Menteri yang berMenterikan bukan sama partinya dengannya.. selain membantu tugas Menteri.. Dia juga perlu memantau dan memberikan pandangan kepada Menteri..jika perbuatan Menteri itu tidak selaras dengan dasar-dasar partinya. Tugasnya ialah memberikan input kepada partinya dan tindakan ini bukan bererti dia melanggar Akta Rahasia Rasmi kerana perkara itu akan di bawa oleh pemimpin partinya yang juga seorang Menteri dalam sidang kabinet untuk di bahaskan samada bersetuju atau tidak.
Kesimpulannya seorang Menteri dan Timbalan Menteri yang di kenali sebagai seorang 'anggota pentadbiran awam'.. Dia mempunyai kuasa tertinggi dalam membuat 'keputusan'. Jika sorang Menteri berkata dia tidak ada 'kuasa' dalam Kementeriannya.. maka dia perlu masuk sekolah 'Bagaimana Menjadi Menteri' Kepada saya seorang Menteri yang berkata dia tidak punya kuasa..adalah seorang Menteri yang tidak tahu tugasnya atau seorang Menteri yang suka berbohung kepada rakyatnya. Dan Menteri saperti ini masih ada dalam Kebinet 1Malaysia pimpinan PM Najib.
Sang Kelembai: Saya jarang nak pergi jumpa Menteri di pejabatnya.. sebabnya tapisan nak berjumpa dia terlalu banyak.. Mula2 guard.. guard talipon PAR di pejabat Menteri.. PAR tanya Pegawai Khas.. Pegawai Khas tanya Setpol jika dia orang politik.. Setpol kena tanya S.u.S.. S.u.S kena tanya S.U.K... S.u.K kena tanya P.A. Menteri.. P.A. kena tanya Menteri.. itu sahaja sudah memakan masa 1 jam. Baiklah kita berkawan sahaja.. Macam saya nak jumpa YB Dseri Shafie Afdal.. sebelum raya lagi, dah cakap bukan minta duit raya atau minta projek..lepas raya ingatkan lagi.. Lepas kena pecat tak payah lah jumpa lagi.
Bandar Sri Permaisuri,
Ogos 3,2015