Khamis, 30 Mei 2019

Bagaimana Pegawai TLDM itu menipu dengan menggunakan jawatannya.


Kemarin dapat berjumpa dengan Menteri Pertahanan dan Pegawai TLDM bagi menyelesaikan masalah lebih kurang 19 orang pedagang Melayu yang ditawarkan membekal talipon bimbit Sumsung A-9 yang kerugiaan tunai berjumlah RM3.4 juta.
Pegawai yang berpangkat Lt Comander sama jawatan dengan Major dalam Tentera Darat ini bertugas di Bahagian Komunikasi IT di TLDM Kementerian Pertahanan dan akan bersara kerana tempoh jawatannya tamat pada Jun 5, 2019.
Beliau telah mengeluarkan surat-surat tawaran membekalkan talipon dengan beberapa orang yang berurus dengannya. Sekurang setiap orang membekal talipon sekurang 80 yunit. Kesemua urusan di pejabatnya di tingkat 17, Kementerian Pertahanan di Jalan Padang Tembak. Dan juga melibatkan pegawai atasan dan juga staf di unit itu.
Kesemua surat-surat itu telah disahkan palsu dan termasuk chek pembayaran yang sebenarnya adalah satu akaun nama syarikat yang didaftarkan atas unit tempat dia bertugas.
Sebenarnya isu penipuan ini adalah satu scandal di TLDM, dan sangat memalukan. Menunjukan kelemahan intrigriti dan kawalan keselamatan di TLDM. Ini bukan satu perkara kecil. Satu yang serius dan memalukan keseluruhan TLDM.
Cara menipunya senang. Keluarkan surat tawaran dan kemudian arahkan pembekal membekal talipon di tempat yang ditunjuknya. Tidak boleh dibeli ditempat lain. Pembekal bayar sahaja syarikat itu tanpa menanda tangan ini inbois.
Apa dia buat dengan talipon itu? di jual semula secara online melalui Lazada, Mudahmy dan online milik dia sendiri. Apa dia buat dengan duit itu? Disini jika mengikut kata pegawai penyiasat TLDM, pegawai main forex. Ini bererti ada kerugian sedikit tetapi wang masih ada.
Sebenarnya itu tidak tepat hasil siasatan TLDM.. Kemungkinan pegawai ini terlibat dengan judi online dan perjudian yang lain.
Apa pun dalam perbincangan itu, nampaknya Panglima TLDM saperti lepas tangan. Tindakan dalaman tidak akan memberi apa hukuman kepada pegawai itu kerana salepas Jun 5, 2019 beliau sudah tidak terikat lagi dengan Akta Majlis Angkatan Tentera. Kementerian Pertahanan tidak boleh berbuat apa-apa lagi.
Isunya sekarang ialah kenapa Kementerian Pertahanan khasnya TLDM tidak membuat aduan Polis diatas pemalsuan surat-surat logo TLDM.. Adakah isu ini tidak ada 'politik mileage' Kementerian Pertahanan TLDM tidak ambil kisah dan meminta pembekal buat aduan polis?
next - pembongkaran akan perihal bekalan TLDM di Pengkalan TLDM , di kuasai oleh mereka-mereka sahaja yanga ada hubungan dengan Pegawai TLDM.
Sila share.
Bandar Sri Permaisuri.
Mei 30, 2019

Sabtu, 25 Mei 2019

Siapa yang bahagia? dia dan keluarganya.


Sabenarnya keduanya sama.. Najib Razak tak hadir dalam Program Nothing To Hide. Sekarang sudah jadi mantan kerana masa itu dia Perdana Menteri. Lim Kit Siang selalu berpolitik dengan berkata-kata. Kini Partinya Kerajaan memerintah. Tidak mahu berdebat dengan memberi alasan komen dari penyokongnya. Sebab dia tahu akibatnya jika berdebat, soal menang atau kalah tidak ada dalam debat.
Seorang wartawan bertanya dengan saya akan perihal Lim Kit Siang mengatakan bahawa penulis media pro UMNO menyerang DAP.
Saya berkata apa yang dilakukan oleh penulis media pro UMNO adalah satu tektikal serangan psikologi Perang Psikologi banyak digunakan sejak perang dingin Amerika vs USSR yang berasaskan antara dua kubu komunis dan kapitalis tetapi masih relevan digunakan sekarang. UMNO perlu mengerang DAP bukan kerana perkauman, DAP sendiri yang menunjukan Parti Perkauman, Maka UMNO untuk mengurangkan orang Melayu menyokong parti Melayu, perlua menyerang DAP.. Tak guna menyerang Parti PPBM dan Amanah.. mereka rakan kongsi 30% sahaja.. saham majoriti ada pada DAP.
Pendekatan Lim Kit Siang yang didukung oleh Dr Mahathir Mohamad sama caranya dengan Amerika sebelum menyerang Irak.. Acuan cukup sama ia itu memburukkan personaliti Saddam Hussein sehingga rakyat Irak sendiri ikut sama menentang Saddam Hussein kerana alasan yang diberikan oleh Amerika dan Sekutunya ialah untuk membebaskan bangsa Irak dan merealisasikan demokrasi di Irak.. Apa sudah jadi dengan Irak.
Bagi mereka yang punya ilmu perang psikologi cara tentera atau militer. Akan tahu apa sebabnya Lim Kit Siang dengan tiba-tiba menarik diri dari berdebat. Sebabnya isu dahulu sudah tidak relaven lagi untuk didebatkan.. kerana Najib Razak sudah di tuduh dan dalam Mahkamah dan jika tentera sudah menang dalam perang.. Adakah negara yang di jajah itu saperti Irak sudah lebih baik dari sebelumnya.
Maka persoalannya jika Kerajaan PH sudah dapat menumbangkan Barisan Nasional adakah rakyat lebih senang hidup selepas BN? Adakah dengan tertangkap dan dituduh mereka yang rasuah.. Rakyat sudah kenyang.. ekonomi sudah baik?
Maka kita mesti belajar dengan Irak dan dengan Libya adakah negara itu sudah makmur salepas Saddam Hussein dan Muarmar Ghadafi dibunuh? Begitu juga satelah Najib Razak sudah tidak berada di Putrajaya.. PH menang Rakyat senang?
Siapa yang senang? Perdana Menteri, Menteri dan penyokong mereka kerana sedang membahagikan harta Ghimah.. Rakyat dapat apa? Maka saya teringat dialog dalam filem Ringgit Kesurga.. Siapa yang bahagia?.. Dia dan keluarganya.
Bandar Sri Permaisuri.
Mei 25, 2019

Khamis, 23 Mei 2019

50 tahun dalam UMNO, aku cukup kenal mentaliti pemimpin UMNO. Dulu, kini dan selamanya.


Aku sudah 50 tahun jadi ahli UMNO sejak tahun 1970. Usia 21 tahun dilantik dalam Jawatankuasa UMNO Bahagian.. 1978 menjadi Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Bahagian dalam usia 25 tahun . Usia 31 tahun duduk balik ajk UMNO Bahagian.. Usia 49 tahun jadi Setiausaha UMNO Bahagian. Usia 61 tahun baru aku nak pegang jawatan Ketua UMNO Cawangan.
Dua kali kena pecat dalam UMNO. Aku tak lari pun dari UMNO. Selama itu, aku tidak pernah buat meniaga. Aku hanya bekerja makan gaji. Kawan-kawan aku semua Menteri, aku jarang sekali melangok kepejabat Menteri minta projek, kecuali urusan rakyat. Maka aku tidak boleh dikira sebagai penyamun dalam UMNO. merompak jauh sekali.
Petang tadi ada seorang yang baru nak up dalam UMNO.. nasihat aku jangan hentam UMNO. Aku gelak-gelak aja. Kata dia, jika ada apa masalah jumpa sahaja pemimpin. Aku lagi gelak, sebab aku ingat dia baru kenal pemimpin UMNO.
Sejarah aku 50 tahun dalam UMNO, jika kamu tidak ada jawatan tinggi dalam UMNO saperti Ketua UMNO Bahagian atau apa Ketua.. Tidak ada siapa peduli kau.. Itu sebab UMNO tidak ada roh.
Aku tak serang UMNO.. tetapi aku tegur UMNO.. Macam sebelum UMNO tersungkur. Aku sampai mencarut nak sampai message akan perihal UMNO ni.. Tidak ada siapa pun panggil untuk nak minta maklumat dan bertanya. Akhirnya apa aku kata. berkesudahan UMNO tersungkur..puncanya sikap ego dikalangan pemimpin UMNO, sebab dia sahaja pandai kerana dia Menteri dan memandang sebelah mata pandangan akar umbi.
Sekarang siapa2 yang melompat? aku selalu kata monyet-monyet dalam UMNO ini akan melompat sebelum dahan patah. Aku kenal monyet-monyet ini, yang melompat semuanya dapat nikmat masa dalam UMNO. Maka yang tinggal ialah soldadu yang bertempur. Walau pun luka dan cedera. Tetap bersama UMNO.
Terima Kasih atas nasihat. Persoalan adakah yang aku tegur akan merosakkan parti? Parti rosak kerana orang dan bukan Parti.. Jika Parti nak kuat, kita mesti terima pemimpin yang boleh ditegur. Jika masih berkelakuan macam masih jadi Kerajaan. Parti UMNO ini hantar sahaja kekubur kerana lubang kuburnya digali oleh pemimpinnya sendiri.
Bandar Sri Permaisuri.
Mei 23, 2019

Selasa, 14 Mei 2019

Masih adakah penyusupan anasir dan ideologi Komunis dalam Parti Politik di Malaysia


1, Apa pun dari segi politiknya penyusupan puak kiri dalam kesatuan sekerja dan parti politik sehingga tertubuhnya dua parti DAP dan Gerakan (pada awalnya) telah menjayakan cita-cita Komunis. Peristiwa Mei 13, 1969 adalah kelanjutan perjuangan menjadikan Malaya sebuah negara komunis. Satelah Malaysia menamatkan Dharurat Komunis pada tahun 1960.
2. Komunis hari bergerak dalam bentuk caranya yang lama ia itu 'komrad bertopeng'. Mereka menggunakan demokrasi dalam meneruskan cita-cita mereka. Setiap tahun mereka melahirkan kader-kader komunis yang cukup terlatih yang menyusup dalam parti-parti politik, dan mereka bercakap dalam sistem demokrasi.
3. Ideologi Komunis bukan sahaja didukung oleh orang Cina, satu kesalahan jika sinonim Komunis dikaitkan dengan orang Cina. Komunis satu ideologi bagi mereka yang percaya akan samaratan klas dalam masyaraakat. Pemimpin Komunis terdiri dari berbagai rupa. Malah negara Islam saperti Yamen pun ada Parti Komunis. Saperti perpecahan Kesatuan Soviet disebabkan pemimpinnya Komunis Soviet khasnya berkuasa hidup dalam kekayaan. Maka ini tidak menunjukan pendukung ideologi Komunis menolak pemimpin mereka yang kaya raya kecuali mereka kekal dalam kemiskinan.
4. Peristiwa Mei 13, 1969 adalah satu peristiwa yang dicuba oleh Komunis untuk menguji kekuatan kader politiknya. Itu sebab dalam laporan rasmi Mei 13, 1969 dinyatakan berlaku pertemporan beberapa kumpulan orang Cina yang bersenjata dengan orang Melayu di Kuala Lumpur. Mustahil orang-orang Cina dan India yang terlibat mahu menyerahkan nyawa mereka kerana satu perjuangan perkauman dan mati sia-sia.
5. Kini sudah berlalu 50 tahun. Tidak ada perayaan Jublee Emas untuk meraikan. Sepatutnya boleh di adakan oleh Parti Pemerintah Kerajaan PH dengan nama 50 tahun Majlis Muhibbah. Kerana Majlis Muhibbah Negara ditubuhkan pada tahun 1969 salepas peristiwa Mei 13, 1969.
6. Berdasarkan tulisan media sempena 50 tahun, menunjukkan isu perkauman dibangkitkan lagi. Kebanyakkan cerita individu yang terlibat. Dan banyak hanya direka dan berat sebelah.Di pihak Pemimpin Kerajaan tidak mahu memberi komen sempena 50 tahun peristiwa yang hampir meruntuhkan asas kukuh pembinaan bangsa.
7. Apa pun penyusupan Komunis dalam Parti Politik masih lagi berterusan.. Berapa isu dinyalakan api semula, dimana pernah digunakan oleh Komunis bagi menarik yang percaya perjuangannya, digunakan secara terbuka. Isu Raja Melayu, hak orang melayu, diskriminasi kaum adalah satu senjata ampuh bagi propaganda Komunis menarik minat gulongan muda menyertai.
8. Rakyat Malaysia berbagai kaum, tidak kira apa bangsa dan keturunnya mesti bijak menilai setiap langkah parti politik yang akan memerangkap anda dalam satu perjuangan Komunis. Bagaimana pun hanya jauhari yang kenal manikam. Jangan lupa bahawa masakan tempua bersarang rendah.
9. Sama sama kita beringat akankata dalam dialog Filem Madu Tiga.. 'baik ada maknanya tu'. Waspadalah bangsaku dan yang lain jangan terjerumus dalam lubang yang sama.
Bandar Sri Permaisuri
Mei 14, 2019

Isnin, 13 Mei 2019

Mei 13, 50 tahun berlalu. Menjadi pengajaran atau menjadi cabaran?


1. Pada pagi ini tarikh Mei 13, 1969 saya masuk pejabat awal satelah balik dari Kuala Trengganu pada malam Mei 11, 1969 dan sampai Kuala Lumpur pada jam 8 pagi Mei 12, 1969. Satelah mengambalikan dan menyimpan peralatan kamera. Berbual di kantin dengan semua rakan sekerja yang balik dari berbagai negeri bagi merakamkan dan membuat liputan Pilihanraya Umum 1969 pada Mei 10, 1969.
2. Pada pagi itu.. banyak bercerita akan kisah sambutan kemenangan parti politik khasnya DAP di Selangor dan Perak dan juga kisah perarakan mayat seorang anasir subversif yang berlaku disepanjang Jalan Petaling yang menjadi isu sebelum saya ke Kuala Trengganu.
3. Di Kuala Lumpur sudah ada berbagai rumour atau khabar angin akan permasalahan orang Melayu dengan orang Cina. Cerita mulut ke mulut penyokong parti lawan Perikatan saperti DAP dan Gerakan melakukan perarakan kemenangan dengan mengejek-ngejek orang Melayu dikawasan orang Melayu saperti Kampong Bharu.
4. Sebelum balik kami semua dipanggil di bilik tayangan 2, Ketua Pengarah Tuan Zain Hussein memberi taklimat salepas beliau mengadakan mesyuarat khas di Angkasapuri. Menteri Penerangan masa itu Senu Abd Rahman sudah kalah dalam kawasan Pilihanrayanya. Ketua Pengarah memberi tahu semua crew kena standby. Dan kena buat liputan akan perarakan kemenangan PrU 1969. Saya sekali dimasukan kedalam crew yang berlainan. Saya diminta ikut Cameraman Haji Hamid dan pemandunya Mazlan Rejab menunggu di Rumah Datuk Harun Idris di Kampong Bharu kerana khabarnya petang ini ada perhimpunan orang Melayu disana.
5. Saya sampai ke Rumah Menteri Besar Selangor itu jam 4.00ptg.. Orang belum ada lagi.. sebab hari itu hari berkerja. Dalam jam 5.00 baru nampak orang ramai, khasnya orang Melayu datang dari berbagai arah.. Dari Circular Road (Jalan Pekeliling) kemungkinan datang dari Gombak dan Setapak. Dari Jalan Gurney kemungkinan dari Datuk Keramat atau Kampong Pandan dan dari Princes Road (Jalan Raja Muda Abd Aziz) dari Kampong Bharu dan Batu Road (Jalan Tuanku Abd Rahman) orang ramai berjalan kaki. Satelah berpusing dan meronda jalan-jalan itu untuk merakamkan kehadiran orang Melayu. Kami balik semula ke Rumah Menteri Besar Selangor.
6. Pada jam lebih kurang 6 petang. Bermula episod berdarah dan hitam negara. Dato Harun Idris balik dari mengadap Sultan Selangor. Bila masa Bas Sri Jaya berada dilaman rumah Dato Harun Idris saya tidak tahu, sebab masa kami datang dan keluar balik..Bas itu tidak ada. Maka atas atap Bas itulah digunakan oleh Dato Harun Idrin yang naik melalui tangga kecemasan Bas. (dahulu Bas atas tangga kebumbungnya) yang boleh digunakan untuk penumpang turun dari belakang atau menyimpan barang atas bumbung.
7. Di atas bumbung itu Dato Harun Berucap. Ucapan tidak ada yang menghasut kepada orang ramai yang hadir.. Hanya dia mengumumkan bahawa Kerajaan Perikatan Selangor sudah boleh dibentuk. Dan majlis angkat sumpah mungkin esuknya Mei, 14.1969.
8. Bagaimana pun mereka yang dibawah ia itu yang hadir terpekik dan menjerit dengan kata-kata berbau perkauman. Antara yang saya dengar ialah 'Datuk izinkan kami mandikan darah Kuala Lumpur ini'.. 'Melayu sudah dihina Datuk' Ucapan Dato Harun idris timbul tenggelam dengan jerit pekik dan takbir 'Allah Akbar..
9. Masa itu Princes Road tidak ditutup walau orang sudah melimpah dari laman rumah Menteri Besar Selangor. Inilah kelemahan Polis Kuala Lumpur masa itu.. jam hampir maghrib. Mereka membuat keputusan untuk berarak juga malam ini ke Chow Kit Road dan Batu Road.
10. Entah apa silapnya, saya sendiri melihat sebuah kereta Mercedes melanggar motor budak melayu.. Berlaku pertengkaran, kerana menjawab agaknya maka sesaorang telah memukul lelaki Cina itu dan orang ramai mula jadi histeria menyerang kereta dan motorsikal yang lain. Disitulah saya pembunuhan pertama yang saya tengok.. Maka berarak mereka ke arah Chow Kit.. Dan kami mengikut sahaja dan merakamkan aksi-aksi membakar rumah kedai dan kereta.
11. Jam 9 malam keadaan sudah menjadi kelam kabut.. Askar mula masuk ke Kuala Lumpur dengan topi besinya dan berkemah di semua bulatan.. termasuk didepan IMR. Haji Hamid arahkan kita ke Balai Polis High Street disamping berlindung ialah untuk mandapat maklumat terkini.
12. Masa saya sampai di IPK Selangor, High Street pihak Polis tidak membenarkan kami masuk termasuk beberapa wartawan yang menunggu. Jam 10. malam berapa pegawai kanan polis baru kelihatan masuk ke perkarangan IPK Selangor termasuk yang saya kenal Tan Sri Salleh Ismail yang masa itu Ketua Polis Negara.
13. Dan kami diberitahu akan Perdana Menteri Tunku Abd Rahman akan datang. Kami semua menunggu. Satelah campur tangan Jabatan Penerangan dengan Polis.. semua wartawan surat khabar dan Tv termasuk Filem Negara dibenarkan masuk ke Bilik Gerakan Polis IPK Selangor. Berdasarkan perhubungan radio Polis dalam Bilik Gerakan itu.. beberapa panggilan kecemasan diterima termasuk serangan di merata tempat di Kuala Lumpur.
14. Kemudian satu sidang akbar diadakan oleh Ketua Polis Selangor bersama Ketua Polis Kuala Lumpur ia itu Ketua Polis Cambell Road. Polis menyatakan bahawa telah berlaku rusuhan kaum Kuala Lumpur dan Polis akan cuba mengawal keadaan dengan mengadakan sekatan masuk ke Kuala Lumpur yang mana road block juga akan dibuat oleh Askar.
15. Saya masa itu berusia 17 tahun dapat melihat kejadian-kejadian rusuhan itu sehigga pengistiharan dharurat Mei 15, 1969.
Bandar Sri Permaisuri 
Mei 13, 2019.

Isnin, 6 Mei 2019

Tidak ada Pakar Perlembagaan Persekutuan/Malaysia. Pentafsiran dibawah kuasa Mahkamah yang membicarakan isu Perlembagaan.


1. Bahawa Malaysia mengamalkan Separation of Powers" merupakan satu doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan dalam negara kepada tiga cabang utama Pemerintah (Eksekutif), Perundangan (Legislatif) dan Kehakiman (Judisiari).
2. Tidak ada sesiapa boleh memberi tafsiran soal Perlembagaan berdasarkan ilmunya, walaupun ilmu melangit dalam undang2 dan punya berpuluh Doctor Phd. Jika ada perkara yang ragu dan penjelasan yang tidak sepadan.. Negara-negara Perlembagaan akan merujuk kepada Mahkamah Perlembagaan saperti Indonesia dan Singapura, dan juga Thailand.
3. Tetapi di Malaysia kita tidak mengwujudkan Mahkamah Perlembagaan sebalik perkara itu di putuskan dalam Mahkamah Tinggi. Dari itu sebarang kenyataan yang mengatakan dia pakar tidak akan terpakai selagi isu tidak ditafsirkan dan di putuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi.
4. Dr Shad Saleem Faruqi siapa dia ini yang di panggil Pakar Perlembagaan?.. siapa yang bagi gelaran dia sebagai pakar? Seorang yang berasal dari India.. mendapat warganegara Malaysia kerana berkahwin dengan orang Malaysia.. kini mempersendakan raja-raja Melayu.. sebab dia ada kepentingan dalam sebagai Ahli Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman. Bolehkah pandangannya dalam Statut Rome diterima?
5. Pentafsiran akan Mahkamah yang membicarakan isu Perlembagaan sangat mudah difahami.. menyatakan bahwa Mahkamah pada hakikatnya adalah court of justice‟ sedangkan
Mahkamah Perlembagaan adalah court of law‟ Yang satu mengadili ketidakadilan untuk mewujudkan keadilan, sedangkan yang kedua mengadili sistem perundangan dan sistem keadilan itu sendiri.

6. Dari itu jika soal Rome Statut di tafsiran secara tulisan dan buku termasuk percakapan rujukan tidak boleh diterima kerana yang mengsahihkan tafsiran ialah Mahkamah yang menjadi court of law.. Dr Shad Saleem bukan asal warganegara Malaysia.. dia lahir di India.. Adakah sehingga kini tidak ada anak Malaysia sebagai Pakar Perlembagaan, Seorang Pakar Perlembagaan hanya sekadar seorang yang menterjermahkan isu tetapi bukan mentafsir Perlembagaan itu sendiri dan pandangan menjadi satu keputusan bahawa dia benar.
Bandar Sri Permaisuri
Mei 6, 2019

Ahad, 5 Mei 2019

Sistem Kerajaan Melayu Beraja tidak boleh dihapuskan..


Semasa saya live.. saya telah ditanya. Adakah sistem Kerajaan Melayu Beraja boleh dihapuskan?.
Saya menjawab tidak boleh, kerana ada kekangan di Perlembagaan. Raja tidak boleh dibuang dengan apa cara pun. Peluang saperti rakyat Indonesia membuang Raja, dimana peluang itu sudah lama terlepas. Raja-raja Persekutuan Tanah Melayu sudah mula cuba dihapuskan oleh British dengan cadangan Malayan Union.
Berbeza di Indonesia dengan penyusupan Parti Komunis Indonesia mereka berjaya membumi hanguskan Kerajaan Melayu Beraja di Indonesia yang berpecah dan terasing satu sama lain. Kecuali yang didapat dipertahankan hanya Satu Kerajaan Beraja di Jogjakarta. Itu pun kerana dipertahankan oleh orang Jawa yang islam dan hindu.. Kerana sistem beraja Jogjakarta berlainan dengan Raja-Raja Melayu dilain daerah di Indonesia.
Di Malaysia.. kesemua Raja mempunya wilayahnya ia itu Negeri, ada Rakyatnya dan Kerajaan. Jika Parlimen membuat keputusan untuk membuang Raja.. Perlembagaan menghalang berbuat demikian. Maka cara terbaik untuk Raja-Raja Melayu mempertahan takta dan sistem Kerajaan Melayu Beraja ialah Negeri-negeri beraja di Persekutuan Tanah Melayu yang mempunya 9 Raja membawa usul di Parlimen untuk membubarkan Persekutuan Malaysia.
Adakah cukup ahli Parlimen hendak membubarkan Persekutuan Malaysia?. Jika ditolak ahli Parlimen Pulau Pinang dan Melaka. Mencukupi 1/3. Bertambah pula jika ahli Parlimen Sabah dan Serawak menyokong kerana keputusan itu akan menjadikan negeri mereka bebas dan Merdeka.
Oleh itu isu untuk menghapuskan Raja-raja Melayu sama dengan cerita Mat Jenin. Angan-angan bolehlah. Kerajaan Melayu Beraja akan tetap kekal selagi ada matahari dan bulan. Kecuali Raja Melayu mengkhianat perjanjian atau wadat antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun yang mewakili orang Melayu.
Bandar Sri Permaisuri.
Mei 5, 2019

Khamis, 2 Mei 2019

Antara Garis Kiri dan Kanan Perjuangan Anak Muda Zaman Kini


Dua pihak seorang Pemuda UMNO dan kumpulan anak muda DAP, sedang mempertahankan apa?.. perjuangan? ideologi? perkauman@Racist atau mereka yang benar dalam agenda memperkasakan bumiputra@Melayu. UMNO parti politik, DAP parti politik. UMNO berjuang untuk melayu. Orang melayu yang perlu pembelaan kerana tertinggal. DAP berjuang untuk pelbagai kaum. Mereka berbagai kaum dikira sebagai masyarakat tertindas.
Pemuda UMNO kata.. DAP 'biadab' kepada orang Melayu.. Anak muda Melayu di DAP kata UMNO, ini menjadikan orang Melayu sebagai ternakan, digemukan dan disembelih. Keduanya ada kebenaran.
Bung Mokhtar@Pengerusi Felcra yang berdepan dengan kes siasatan SPRM juga mencelah.. mengatakan budak Melayu di DAP, gila jadi Pemimpin. Ini satu kenyataan seorang jiwa kacau.. Kerana setiap orang dimana pertubuhan yang dia menjadi ahli bercita-cita hendak menjadi pemimpin, itu tidak salah. Dan urusan di angkat menjadi pemimpin terserah kepada pengikutnya Kesimpulan dia seorang kosong dalam isu ini.
Seorang insan jika Melayu, tidak hilang Melayu dan Islam dimana dia berada.. Kena terima sebagai realiti. Sejarah membuktikan.. Rashid Mydin dan pemimpin Melayu yang lain menyertai Komunis, Parti Komunis Malaya, bagi mengurangkan keyakinan orang Melayu.. British dan propagandanya mengatakan Komunis anti Islam.. Orang Melayu terima propaganda itu. Itu dulu.. masa surat khabar dapat di kawal dan media terlalu terhad.. Tetapi bukan sekarang.
Selepas PKM mengadakan rundingan damai 1989 dan memberhentikan tindakan pengganas, baru diketahui.. bahawa semua ahli Komunis itu orang Islam, bersembahyang dan menunaikan rukun Islam.. Dan akhirnya Rashid Mydin dan berapa orang dari mereka di tanggung oleh Kerajaan pergi mengerjakan Haji.
Berbalik kepada cara menyerang dan berperang kedua blok politik.. Satu UMNO yang mempertahankan sistem kapitalis terbuka dengan satu pihak DAP yang menganjurkan perjuangan berdasarkan sistem sosialis demokratik. Tetapi kedua yang berperang tidak memahami garis perjuangan kiri kanan.. Dan terperangkap isu perkauman yang sempit.
Jika saya seorang ada dalam forum itu.. Saya tidak bercakap soal perkauman walau pun tajuknya Politik Malaysia ke mana Melayu. Saya akan bercakap Melayu bagaimana yang terus kekal dalam politik dan perjuangannya.
Melayu didalam UMNO masih berada dalam zaman ilusinya lagi.. dengan kata-kata lazim. 'Ini Tanah Melayu'. Tanpa memahami Sejarah Melayu lengkapnya. Tanah Melayu hari ini dimana kita hendak memisahkannya sejarahnya.. dari zaman batunya hingga ke zaman politik.. dimana Malaya dari segi georafi politiknya yang berumur tak lebih 300 tahun..
Sebenarnya telah tiba masanya UMNO mengenepikan soal perkauman jika mahu survival politik ada kesinambungannya, dalam keadaan sekarang satu tranformasi minda dikalangan pemisahan antara dua generasi pasca merdeka yang bila2 masa menjadi tarikh luput dalam pasaran dan generasi merdeka sedang berlalu peralihan tanpa sedar oleh orang UMNO.. megah UMNO masih kuat, tanpa menerima hakikat UMNO kuat kerana dia masih memerintah.. Jika tidak akan menerima nasib yang sama.. dengan USNO di Sabah di tahun 70an dulu..
Kena diperingatan UMNO lahir pada Mei 1946 dan diilhamkan oleh orang bangsawan dan nasionalis Melayu.. berpaksi mempertahankan sistem feodal dan monarki. Dalam masa yang sama PKMM dan Pertubuhan kiri menyokong Malayan Union. Maknanya sejak selepas perang dunia kedua politik orang Melayu bertembong antara istana dan kampong, antara kiri dan kanan.. dan bukannya antara Melayu dan Cina..
Maka jika mengatakan DAP biadap kepada Melayu.. Jadi apa kehendak UMNO.. minta dihurmati? Jika UMNO macam ternakan menggemukkan orang. Ini bererti UMNO sudah berjaya, jika tidak melayu.. sekurang ahli2 UMNO sudah digemukan.. Tetapi kenapa banyak berita akan kisah orang-orang atau ahli UMNO masih kurus kering dan pakai baju copang camping? di kampong dan bandar?
Kesimpulannya anak Melayu DAP pun tidak tahu apa2 dalam sebab mereka menyertai DAP.. selain mereka dipinggirkan dan menganggap DAP merealisasiskan cita-cita mereka berjuang untuk kepentingan Melayu.. satelah mereka melihat UMNO asyik menggemukan ahli dan orang Melayu dan disembelih dengan GST. Disini kurang ilmunya menyerang politik oleh UMNO..
Apa pun dari segi perjuangan politik. Sejarah DAP kena lihat bukan sekarang tetapi masa lalunya.. Antara sebab Perikatan kehilangan kuasa di Perak pada tahun 1969.. kerana orang Melayu marah dengan pemimpin Perikatan masa itu.. Akhirnya orang Melayu Perak.. memberikan sokongan kepada calon Melayu dalam DAP.. dan kekurangan kerusi itu..
Dari itu perjuangan kiri dan kanan.. secara tanpa sedar sedang bergerak dalam politik Malaysia masa kini.. Sentimen perkauman sudah berlalu zamannya.
Bandar Sri Permaisuri, Cheras 
September 1, 2016..