Selasa, 10 September 2019

Apa itu kemiskinan?.

1. Anwar Ibrahim bersuara soal kemiskinan yang kian melanda Malaysia. Hasil berbagai dasar yang diperbuat oleh Dr Mahathir Mohamad tidak dapat dipetik buahnya salepas 15 tahun persaraan yang selalu dibanggakan oleh pengikut taksub kerana pernah menyandang 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

2. Kemiskinan dari semakan dan kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu keatas Malaysia sudah dikira berat. Kerajaan PH sepatutnya memperakui akan kemiskinan yang berterusan rakyat Malaysia, tetapi disanggah oleh Dr Mahathir Mohamad kerana jika dia bersetuju dengan kajian kemiskinan itu, maknanya dasarnya selama 22 tahun adalah dasar yang gagal.

3. Apa itu kemiskinan dari pandangan Dr Mahathir Mohamad dan PM menanti Anwar Ibrahim? Biar saya jelaskan apa itu kemiskinan dalam masyarakat yang tertindas.
4. Kemiskinan itu sangat mudah difahamkan. Jika sesaorang itu tidak ada kemampuan bagi memenuhi keperluan hidupnya. Soal pertama ialah untuk makan, Jika selalu kita semua makan tiga kali sehari. Sesaorang yang tidak mampu makan hanya dua kali sehari atau sekali. Orang ini sudah dikira orang miskin. Jangan pula samakan dengan orang yang boleh makan tiga kali sehari tetapi makan hanya dua kali sehari kerana hendak menjaga badan atau ikut program 'diet' walau pun dia mampu makan tiga kali sehari. Sebaliknya orang miskin juga teringin dan hendak makan tiga kali sehari tetapi tidak mampu.
5. Kata pakar kemiskinan, orang tidak mampu biasanya disebabkan oleh bermacam-macam penyebab. Di antaranya ialah faktor alam dan faktor bukan alam, atau gabungan keduanya. Faktor alam menjelaskan, orang tidak mampu kerana alam atau tempat tinggalnya. Dimana sekitarnya tidak dapat diolah menjadi makanan.
6. Itu sebab kerosakan alam atau eko sistem kawasan setempat memberi kesan bertambahnya orang miskin. Laut dan Sungai tidak lagi menyediakan ikan untuk dimakan kerana perbuatan tangan manusia. Tanah tidak lagi menyediakan lahan yang subur kerana perubahan cuaca untuk dijadikan sawah, saliran air kering kontang. Hutan yang menjadi alternatif untuk mencari sumber makanan sudah bertukar menjadi ladang. Maka tidak ada lagi pucuk dan ulaman dan binatang buruan.
7. Jika faktor alam berkaitan dengan mudahnya mendapat sumber makanan, sekarang sudah tidak ada. Faktor bukan kerana alam pula ialah berkaitan dengan kemampuan membeli bahan makanan. Pada setiap orang yang semua bahan makanannya disediakan oleh orang lain (bukan faktor alam) untuk mendapatkan makanan perlu ada wang. Maka harus membayar untuk membeli bahan makanan. Bahan makanan itu perlu dimodalkan oleh pengilang atau pembuat. Itu sebab harga berbeza setiap bahan makanan.
8. Jika penyebab pertama berkaitan dengan kemampuan alam mengekalkan pengeluaran makan semula jadi saperti ikan dilaut dan sungai. Bercucuk tanam di tanah subur. Penyebab kedua ialah berkaitan dengan wang yang ada. Wang tidak jatuh dari langit, tidak pula saperti daun-daun yang mudah dipetik dari pokok. Wang hanya diperolehi bila seseorng berkerja atau berusaha saperti berniaga. Wang adalah alat tukar. Maka untuk mendapatkan wang seseorang kena menukarkan kebolehan dirinya dengan orang lain. Saperti berkerja sebagai tukang rumah.. maka dia mendapat upah atau gaji.. maknanya dia menukar keahlian bertukang menjadi wang. Ringkasnya jika anda berkerja, memberikan tenaga, fikiran dan waktu yang anda miliki kepada pejabat dan perusahaan tempat anda berkerja. Semua itu akan dibayar yang telah menggunakan tenaga anda.
9.Dan selain bekerja makan gaji, cara lain mencari wang ialah membuat perniagaan. Menjual apa sahaja yang diperlukan oleh manusia lain.
10. Maka, kemiskinan dapat difahamkan sebagai ketidakmampuan dalam memenuhi keperluan dasar berupa makanan dan minum. Dan tentulah ukuran yang dibuat oleh PBB kemiskinan di Malaysia sebagai ramainya kurangnya pendapatan untuk memenuhi keperluan hidup yang pokok. Dan kemiskinan itu disebut 'kemiskinan mutlak' atau bahasa di Malaysia kemiskinan tegar.
10, Di Malaysia soal kemiskinan adalah disebabkan orang boleh miskin kerana tidak memiliki akses pada sumber pendapatan. Saperti mendapat kontrak kecil agak sukar jika tidak ada cable dan terlibat dalam parti politik. Kemiskinan yang merata ini dipanggil 'kemiskinan relatif'. Kemiskinan relatif merupakan suatu kategori perbandingan yang menunjuk pada ketidak merataan yang selalu ada dalam keterkaitan peluang ekonomi tetapi juga tidak kemerataan kesempatan dan peluang di segala bidang kehidupan.
Sang Kelambai
Bandar Sri Permaisuri
September 10, 2019.

Isnin, 9 September 2019

Catatan Perjuangan Aku..


1.Aku menyertai Pemuda UMNO dari usia 18 (1970) tahun dan tamat dalam usia 43 (1995) tahun. Dalam masa 23 tahun, Jawatan dalam Pemuda UMNO tidaklah Exco Pemuda.. tetapi menduduk beberapa jawatankuasa Biro Pemuda UMNO Malaysia. 
2. Sumbangan aku terbesar ialah menyiapkan kertas kerja untuk mengharamkan orang Islam masuk Kasino di Genting, Pahang.Di bawa oleh Biro Buruh dan Undang-undang dan Biro Agama dan Kebajikan Pemuda UMNO pada tahun 1984, bersesuaian dengan usul Mesyuarat Pemuda UMNO Malaysia mengharamkan semua bentuk perjudian. Dan keputusan Kerajaaan bersetuju Loteri Kebajikan dimansuhkan. 
3. Sebelum itu di tahun 1978 menyelesaikan isu pemogokan Cabin Creww di Malaysia Airline dan operasi ni dikenali Operasi Jayapuri. Kerana bilik gerakan di Hotel Jayapuri (sekarang Hilton Hotel Petaling Jaya.. Satelah dapat berunding dengan wakil pekerja. Tindakan seterusnya di lakukan oleh Cawangan Khas PDRM.
4. Semasa krisis Sabah tahun 1985/1986. ketegangan agama berlaku di Sabah. Gerakan pemisah agak tinggi. Penyerahan Labuan menjadi Wilayah Persekutuan satu isu panas. . Saya memainkan peranan dengan Joseph Pairin Kitingan menubuhkan Parti Bersatu Sabah. Dan membuat ikatan perjanjian dengan USNO menghadapi PrN tahun 1985. Dan Berjaya dapat ditumbangkan.
5. Berunding dengan pemimpin Pertubuhan Pembebasan Bersatu Patani atau PULO untuk diberikan perlindungan di Malaysia. ditahun 1987/88 Kerana Kerajaan Thailand tidak senang dengan tindakan Malaysia melindungi pejuang PULO. Dan mendesak suspek pemimpin PULO ditangkap dan diserahkan kepada Thailnad. Satelah dapat dibawa ke meja perundingan pihak berkepenti ngan tugas seterusnya diambil alih oleh Cawangan Khas, saya yang merintis jalan supaya mereka tidak bimbang dengan perjumpaan itu.. Perundingan timbal balas itu, yang mungkin menyebabkan Kerajaan Thailand mempengaruhi PKM membuat perjanjian damai 1989.
6. Jadi aku sembang hebat dalam perjuangan aku.. Aku ada bukti. Banyak saksi masih hidup. Fail aku di Cawangan Khas, Bukit Aman, aku rasa sudah masuk jilid ke 7. Jika setakat berkokok tidak ada apa sumbangan jangan lah terasa hebat. Hanya setakat jadi guard untuk pemimpin. Aku jadi guard untuk UMNO, Bangsa Melayu dan Islam.
Bandar Sri Permaisuri
September 9, 2019

Ahad, 8 September 2019

Bila Anwar Ibrahim menyerang Dr Mahathir Mohamad. Kedua mereka saperti tidak bersalah


1. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah menyediakan laporan bukan sahaja dari datanya tetapi wakilnya melihat sendiri suasana kemiskinan itu di Malaysia.
2. Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri menolak laporan itu. Sepatutnya sebagai seorang Perdana Menteri dalam Kerajaaan Pakatan Harapan beliau sewajar 'membenarkan' kenyataaan PBB itu. Kerana UMNO itu beliau yang mengetuai untuk ditumbangkan sebagai Kerajaan selama 64 tahun, Dua tahun sebelum merdeka dan 62 tahun salepasnya.
3. Sebab beliau menolak laporan itu? Kerana beliau tahu bahawa jeritan dan pekikan sebagai Perdana Menteri 22 tahun semasa dalam UMNO dan bersara pada tahun 2003, hasil dasar-dasar yang dilakukan termasuk dasar 'Pandang Ke Timur' membuahkan hasil kemiskinan yang berterusan di Malaysia, kerana kesemua orang tahu.. bahawa setiap dasar akan dinikmati hasil satu generasi mudah.. ia itu 20 tahun.
4. Bagi memberi ulasan itu termasuk bakal Perdana Menteri menanti Anwar Ibrahim telah mengatakan saperti di petik dalam portal berita Malaysiakini, 'Bimbang dengan laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) mengenai kadar kemiskinan negara baru-baru ini, Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengkaji semula dasar-dasar ekonomi yang gagal terhadap negara'.
5. Tanpa Anwar Ibrahim sedari.. bahawa dia juga berada dalam membuat polisi ekonomi yang salah kerana beliau dalam masa yang sama Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri (1981-1998) selama 19 tahun. Maka kita perlu bertanya dengan Perdana Menteri menanti ini.. Apa dia buat selaku Menteri dan kemudian Timbalan Perdana Menteri dalam masa yang sama Menteri Kewangan?.
6. Bila Anwar Ibrahim memberikan kenyataan bahawa yang menyebabkan kemiskinan di Malaysia kerana dasar-dasar ekonomi, tanpa beliau sedar semua dasar-dasar yang membuah hasilkan bertambah kemiskinan di Malaysia telah diperbuat 100% oleh mereka berdua.
7. Dasar Ekonomi Malaysia tidak boleh disalahkan atas Dasar Ekonomi Baru. DEB jelas hala tuju dasar ekonominya, ia itu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat Malaysia.
8. Membasmi kemiskinan memperbanyak peluang perkerjaan didalam bandar dan juga di kampong dan desa. DEB mencadangkan kilang juga perlu didirikan diluar bandar. Pertunjuk aktiviti ekonomi berdasarkan kaum dikurangkan.. Melayu dengan pertanian sekali kecil, menjadi penjawat awam atau makan gaji, Orang Cina dengan ekonomi dan perniagaannya dan Orang India dengan imej tenaga buruh dan pekerja estate.
9. Mengeluarkan ketiga imej aktiviti ekonomi tiga bangsa ini, bukan mudah. DEB yang tamat pada tahun 1990 diganti dengan DEPAN -Dasar Ekonomi Panjang sehingga tahun 2020 dengan tidak melupakan asas DEB.
10. Kesimpulannya kedua mereka sama Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim mestilah mengambil tanggungjawab akan kegagalan mereka melaksanakan misi DEB dan DEPAN. Jangan persalahkan dasar, yang salah orang yang melaksanakan orang. Antara sebab tidak berjaya membasmi kemiskinan dan menyusun masyarakat, disamping ideologi ekonomi kapitalis menjadi tunjang dasar Ekonomi di Malaysia, dasar itu akan memperkembangkan antara Pemimpin dan pelaksana dasar@polisi amalan KKN-Korupsi, Kroni dan Nepostima.
Sang Kelembai.
Bandar Sri Permaisuri.
September 8, 2019

zmy.