Isnin, 10 Februari 2020

Pemahaman Perlembagaan UMNO dan kuasa Majlis Kerja Tertinggi UMNO dalam isu pemecatan keahlian UMNO..

Majlis Kerja Tertinggi UMNO menggunakan kuasa tanpa ada Fasal dalam Perlembagaan UMNO kuasa memecat keahlian Ahli UMNO tanpa melalui proses Lembaga Disiplin. Dimana kuasa memecat keahlian dalam bidang kuasa Ahli Lembaga Disiplin UMNO.
2. Kebanyakan pemimpin UMNO tidak tahu bahawa Perlembagaan UMNO juga ada fasal fasal saperti mana Perlembagaan Negara ia itu pengasingan kuasa. Yang terdiri dari Legislatif, Eksekutif dan Judisiari.
3. Perlembagaan UMNO juga meletakkan Legislatif di tangan Pengerusi Tetap Perhimpunan Agung UMNO.Eksekutif di tanggungjawab Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Judisiari di Lembaga Disiplin.
4. Dalam Perlembagaan UMNO fasal 10-Tanggungjawab Majlis Tertinggi tidak ada satu ayat pun ada menyebut kuasa MKT memecat keahlian UMNO. Melainkan satelah dirujuk kepada Lembaga Disiplin yang telah memutuskan seorang ahli UMNO itu dihukum dengan dipecat keahliannya, digantung atau di beri amaran.
5. Banyak ahli UMNO tersalah tafsir bidang kuasa Fasal 10.6 yang ada menyebut menggantung atau melucutkan keahlian sesaorang ahli UMNO.
6. Fasal 10.6 berkaitan dengan Fasal 5.7 yang memberi keputusan muktamad taraf pendaftaran keahlian seorang ahli yang tidak diambil tindakan disiplin saperti bertanding pilihanraya, menyertai parti lain atau ahli tidak aktif dan ahli meninggal dunia.
7. Fasal 10.9 bidang kuasa MKT melucutkan jawatan saorang ahli dalam Badan Perhubungan, UMNO Bahagian dan Cawangan jika seorang ahli itu melanggar Akta Pertubuhan, tidak siuman dan hukuman Mahkamah denda 2 ribu dan penjara tidak kurang satu tahun.
8. Kesimpulannya tidak ada satu peruntukan Fasal 10 dalam fasal tanggungjawab Majlis Kerja Tertinggi yang ada kuasa memecat keahlian dan melucutkan jawatan sesaorang ahli tanpa dirujuk kepada Lembaga Disiplin.
9. Jika digunakan Fasal 10.15 MKT boleh membuat keputusan parti bagi kesempurnaan perjalanan parti dalam keputusan memecat keahlian seorang ahli UMNO tidak terpakai.
10. Sebagai seorang yang memahami Perlembagaan UMNO, keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO saya kira sebagai ultra vires atau melampau kuasa Majlis Kerja Tinggi, dimana keputusan itu tidak bersandarkan kepada sebarang fasal dibawah Fasal 10, Majlis Kerja Tertinggi ada kuasa memecat keahlian UMNO tanpa melalui proses Fasal 20-Disiplin.
11. Majlis Kerja Tertinggi mesti memahami Asas dan Tujuan UMNO yang tertulis dibawah Fasal 3 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Malaysia yang terkandung Hak Asasi Rakyat Malaysia.
12. Agak pelik jika UMNO sendiri tidak mematuhi hak yang di jamin oleh Perlembagaan dalam pertubuhannya sendiri.
13. Apa yang dilihat orang anak muda dan orang diluar UMNO. Bahawa Majlis Kerja Tertinggi UMNO.. dia bertindak sebagai Pendakwa Raya. Juga bertindak sebagai Hakim. Dan menjatuhkan hukuman tanpa yang dijatuhkan hukuman tidak tahu apa tuduhan. Tidak hadir perbicaraan dan tidak pula disebut ada hak merayu.
14. Keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO sama saperti zaman Presiden Soekarno yang membungkam musuh politiknya melalui MAHMILUB@mahkamah militer luar biasa di mana menghukum orang yang kena tuduh tidak hadir dalam perbicaraan.
15.Apa pun MKT mesti berfikir waras dan melihat keputusan itu melalui komsep ROI@return of investment. Dimana untung dan rugi pemecatan Lokman Noor Adam.
16. Semoga tulisan 'menyekolahkan' Majlis Kerja Tertinggi akan membuka tempurung yang menutup kepala mereka untuk berfikir.
Di Tulis oleh Zaharin Mohd Yasin@Sang Kelembai.
Feb 10,2020

Ahad, 9 Februari 2020

Bola yang kempis, jangan ditendang.


Dalam tahun 1987, 33 tahun yang lalu Musa Hitam berkata di Dewan Merdeka, PWTC bahawa ‘bola yang kempis, jangan ditendang’. Ungkapan kata memberi makna, bahawa seorang yang kalah atau jatuh, tak perlu di sepak lagi.
2.Begitulah akan kisah Lokman Noor Adam, akan perihal dipecat menjadi ahli UMNO menyebabkan semua jawatan dan tugasnya dalam UMNO tidak berfungsi lagi. Tetapi serangan kepada dia satelah tidak ada kaitan dengan UMNO berterusan, saperti beliau menjadi musuh UMNO.
3.Inilah yang saya selalu sebut, Itulah UMNO!…
4.Perlembagaan UMNO hanya dibaca dipermukaan dan yang mana berkepentingan sahaja. Jelas dalam Perlembagaan UMNO diberikan hak tertentu kepada ahlinya, termasuk bercakap dan memberi pendapat.
5.Memang diperakui bahawa sebarang kebebasan itu boleh dilakukan termasuk bercakap dan menulis tetapi tidak salepas di cakap dan ditulis.
6.Hak sebagai manusia dan diakui secara sejagat, manusia itu punya maruah diri. Maruah diri manusia diberikan kepadanya jika dituduh atau mahu dihukum.. hak membela diri diberikan kepadanya bagi menyangkal atau menafikan tuduhan itu.. jika di nafikan hak yang patut dipunyainya. Sikap itu samalah mentaliti orang barbarian yang tidak bertamadun.
7.Saya dalam usia 25 tahun menjadi Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setapak. Jawatan itu memerlukan saya memahami sepenuhnya Perlembagaan UMNO. Walaupun Perlembagaan UMNO sudah dipinda beberapa kali.. asasnya tetap sama.
8.Dalam Perlembagaan UMNO hanya terdapat perkataan dibawah fasal 20.10 yang jelas menyatakan ‘(d) Di pecat daripada Parti satelah disahkan oleh Majlis Kerja Tertinggi’.
9.Persoalan Perlembagaan UMNO ialah adakah bidang kuasa Majlis Kerja Tertinggi boleh membuat keputusan pecat keahlian tanpa terlebih dahulu yang berkenan diberi tunjuk sebab dan hak membela diri atas tuduhan yang dikenakan oleh Lembaga Disiplin UMNO kepadanya?.
10.Jika isu pemecatan Anwar Ibrahim dijadikan precedent pemecatan Lokman Noor Adam, ini memberi erti yang membuat andaian ini adalah spesis orang lupa, kerana pemecatan Anwar Ibrahim satelah diberikan peluang dirinya sendiri membela diri atas pertuduhan salah laku moral.
11.Jika Lokman Noor Adam tidak hadir, keputusan boleh dibuat jika pertuduhan kepadanya sudah dihantar dan dia tidak menjawab surat pertuduhan. Jika beliau tidak hadir dalam Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan tidak tertulis dalam agenda mesyuarat kes Lokman Noor Adam dirujuk kepada Lembaga Disiplin UMNO untuk tindakan seterusnya.
12.Apa pun isu pemecatan Lokman Noor Adam menjadi pemerhatian anak muda yang tidak berpolitik dan baru berjinak dalam hal politik akan kisah dua parti UMNO dan PKR memenangi isu pemimpin Parti melawan Towkey atau Presiden.
Menendang atau menyepak bola yang kempis hanya dilakukan oleh mereka yang tidak pernah bermain dipadang yang rata atau padang bola yang sebenarnya.
Di Tulis oleh Zaharin Mohd Yasin
@Sang Kelembai.
Feb 9,2020.


Jumaat, 7 Februari 2020

Keputusan MT berpihak kepada Lokman Nur Adam.


Petang ini, demi maruah UMNO, akan berkeputusan UMNO akan tidak menjadikan kenyataan yang pipih datang melayang yang bulat datang bergolek kepada Dr Mahathir Mohamad.
2. Walau pun diketahui umum perundingan semua pihak yang terlibat berlaku dalam seminggu dua yang lalu melalui wakil parti yang berkenaan.
3. Keputusan menolak cadangan itu mungkin UMNO tidak mampu lakukan secara konsensus bila usul sama ada percaya atau tidak kepada Dr Mahathir Mohamad boleh dilakukan.
4. Jika mempersetuju atau tidak usul menyokong Dr Mahathkr Mohamad sebagai Perdana Menteri, tidak ada menunjukkan keuntongan laba jangka panjang, sebaliknya kerugian berpanjangan kepada UMNO.
5. Dr Mahathir Mohamad yang melihat polemik politik kununnya akan wujud Pakatan Nasional dimana UMNO dan PAS membentuk kerajaan baru dengan ketiadaan DAP dan PKR saperti rezeki datang melayang dalan keadaan imej dan pengaruh beliau sedang menurun di mata rakyat.
6. Jika berlaku sokongan UMNO kepada Dr Mahathir Mohamad. UMNO akan bermusuh dan kekal terus melawan DAP dan PKR. Dan Dr Mahathir Mohamad dapat menyelamatkan dari mati lemas yang berasal empangan yang dibina bersama DAP dan PKR dahulu dirobohkan oleh UMNO dan PAS.
7. Lokman Nur Adam tidak hadir sebab berada di luar negeri. Tanggungjawab beliau selaku Majlis Tertinggi sudah dilakukan lebih awal dan mendapat kecaman dari UMNO sendiri. Keputusan tanpa kehadirannya adalah satu kemenangannya kepadanya. Beliau telah memintas gagasan ini lebih awal.
8. Lokman Nur Adam bukan ahli MKT yang pertama memperkatakan soal kehendak dan keputusan Presiden UMNO.
9. Sejarah UMNO ramai ahli MKT yang bertentangan pendapat dengan Presiden UMNO. Dari Panglima Bukit Gantang, Jaafar Albar, Aziz Ishak, Sulaiman Palestine, Musa Hitam, Abd Manan Othman.Tengku Razaleigh Hamzah, adalah sederet nama yang pernah berlawanan dengan kehendak Presiden UMNO.
10. Tetapi tidak pernah berlaku ahli-ahli UMNO mencemuhkan mereka. Sebaliknya mereka kemudiannya dikatakan betul tindakan mereka menyerang Presiden UMNO.
11. Maka tanpa kehadiran Lokman Nur Adam, MKT akan menolak untuk bersama dengan Dr Mahathir Mohamad dalam penubuhan Kerajaan Baru dengan agenda terselindung bagi menghalang Anwar Ibrahim mengambil tugas Perdana Menteri salepas Dr Mahathir Mohamad, adalah kemenangan Ahli UMNO yang menolak UMNO melibatkan diri dalan kemelut di Parti Pakatan Harapan.
UMNO hanya boleh menghulurkan tangan dengan Dr Mahathir Mohamad, jika dia sendiri PPBM keluar dari Pakatan Harapan dan membawa sekutunya PAN, Warisan untuk bersama UMNO dan PAS termasuk GPS di Serawak membentuk Kerajaan Baru dan beliau boleh kekal menjadi Perdana Menteri selagi dia mahu.
Ditulis oleh: Zaharin Mohd Yasin@Sang Kelembai.
Feb 7, 202O


Khamis, 6 Februari 2020

Kenapa UMNO nak jadi penyibuk dalam urusan Anwar Ibrahim PMke8.

Kenapa UMNO nak jadi penyibuk dalam urusan Anwar Ibrahim PMke8.
Berapa orang pemimpin besar dan kecil dalam UMNO menulis isu terbaharu dalam UMNO ia itu memberikan sokongan kepada Dr Mahathir Mohamad atas alasan DAP dan Anwar Ibrahim.
2. Dua tulisan telah dikesan. Seorang yang berada dalam Majlis Tertinggi UMNO bernama Razlan Rafie dan diluar bernama Mohd Khir Toyo.
3. Seorang menulis mempertahankan Presiden UMNO dan mengatakan Lokman Nur Adam sebagai biadap dan tidak berhati perut. Tetapi dalam masa yang sama memperakui ada pelawaan dari siapa tidak pula disebutkan, sudah pasti dari Dr Mahathir Mohamad.
4. Dan memperakui juga akan keengganan Dr Mahathir Mohamad menyerah kuasa kepada Anwar Ibrahim yang kununnya didokong kuat oleh DAP.
5. Agak berbelit juga akan tulisan ahli MT lantikan ini.Memperakui Dr Mahathir Mohamad gagal menjaga kepentingan Melayu. Saperti Soal agama, soal kualiti hidup para petani, nelayan dan perternak..
6. Jika sudah tahu Dr Mahathir Mohamad dan Kerajaan PH gagal? Kenapa perlu UMNO menubuhkan Kerajaan bersama seorang yang gagal? Juga gagal menjaga kepentingan melayu.
7. Ini bukan soal pintu depan atau pintu belakang atau ada pintu baru tetapi sebenar Dr Mahathir Mohamad membuat pintu dalam rumah yang tidak pernah berpintu. Walau pintu akan dibuat.. untuk UMNO masuk. Tetapi pemilik dan kelengkapan rumah masih sama.
8. UMNO hendak dijemput masuk hanya kerana akan rumah itu bertukar tangan. Dan pemilik itu mahu tinggal selamanya. Walau pun perjanjian mendiami dalam rumah hanya dua tahun. Dia cuba menghalang ketua kongsi yang baru menjadi tuan rumah.

9. Dia hendak menendang dua rakan kongsi untuk jalan keluar. Apa kena mengena dengan UMNO? Mohamad Khir Toyo pula bimbang jika UMNO tidak bersama dalam rumah itu, UMNO tidak lagi menjadi Ketua Pembangkang dalam Parlimen.
10. Anih sungguh pemikiran bekas banduan ini. Dia merasakan jika pemimpin UMNO melompat ke Pakatan ciptaan Dr Mahathir Mohmad, UMNO akan berkubur dalam GE15, kerana salah seorang bekas ahli UMNO dilantik menjadi Menteri, dan orang UMNO yang mengikut Ahli Parlimen itu dilantik ke jawatan berbagai saperti Ketua Kampong, ahli Majlis Daerah. UMNO akan tutup kedai.. katanya dalam percakapan talipon saya dan dia malam tadi.

11. Penulisan kedua orang ini. nampaknya dari sudut pandang mereka ialah meremehan semangat juang ahli-ahli UMNO di akar umbi.UMNO tidak boleh digunakan untuk nafsu serakah Dr Mahathir Mohamad. Jika PAS mahu membaling pelampong penyelamat kepada Dr Mahathir Mohamad dalam hampir lemas dalam timbul tenggalamnya. PAS boleh teruskan, jangan babitkan UMNO.
12. Suka dijelaskan kami ahli UMNO yang tidak punya
banglo mewah harga jutaan ringgit, pernah dapat konsesi pasir di Wilayah Persekutuan untuk dijadikan emas, menolak tulisan kedua mereka ini.

13. Soal Anwar Ibrahim hendak dihalang jadi PM ke8, bukan urusan kami. Begitu juga soal DAP berkuasa penuh di Kementerian Kewangan juga bukan urusan kami di akar umbi. Itu mesti diambil penuh tanggungjawab oleh Dr Mahathir dengan cara desakan UMNO meminta
beliau meletakan jawatan dan bukan bergabung dengannya untuk mencuci segala busuk yang dibuat.

UMNO bukan penyapu membersihkan kekotoran yang dibuat sendiri oleh Dr Mahathir Mohamad..
Di tulis oleh:
Zaharin Mohd Yasin@
Sang Kelembai
Feb 6, 2020.