Ahad, 9 Februari 2020

Bola yang kempis, jangan ditendang.


Dalam tahun 1987, 33 tahun yang lalu Musa Hitam berkata di Dewan Merdeka, PWTC bahawa ‘bola yang kempis, jangan ditendang’. Ungkapan kata memberi makna, bahawa seorang yang kalah atau jatuh, tak perlu di sepak lagi.
2.Begitulah akan kisah Lokman Noor Adam, akan perihal dipecat menjadi ahli UMNO menyebabkan semua jawatan dan tugasnya dalam UMNO tidak berfungsi lagi. Tetapi serangan kepada dia satelah tidak ada kaitan dengan UMNO berterusan, saperti beliau menjadi musuh UMNO.
3.Inilah yang saya selalu sebut, Itulah UMNO!…
4.Perlembagaan UMNO hanya dibaca dipermukaan dan yang mana berkepentingan sahaja. Jelas dalam Perlembagaan UMNO diberikan hak tertentu kepada ahlinya, termasuk bercakap dan memberi pendapat.
5.Memang diperakui bahawa sebarang kebebasan itu boleh dilakukan termasuk bercakap dan menulis tetapi tidak salepas di cakap dan ditulis.
6.Hak sebagai manusia dan diakui secara sejagat, manusia itu punya maruah diri. Maruah diri manusia diberikan kepadanya jika dituduh atau mahu dihukum.. hak membela diri diberikan kepadanya bagi menyangkal atau menafikan tuduhan itu.. jika di nafikan hak yang patut dipunyainya. Sikap itu samalah mentaliti orang barbarian yang tidak bertamadun.
7.Saya dalam usia 25 tahun menjadi Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setapak. Jawatan itu memerlukan saya memahami sepenuhnya Perlembagaan UMNO. Walaupun Perlembagaan UMNO sudah dipinda beberapa kali.. asasnya tetap sama.
8.Dalam Perlembagaan UMNO hanya terdapat perkataan dibawah fasal 20.10 yang jelas menyatakan ‘(d) Di pecat daripada Parti satelah disahkan oleh Majlis Kerja Tertinggi’.
9.Persoalan Perlembagaan UMNO ialah adakah bidang kuasa Majlis Kerja Tertinggi boleh membuat keputusan pecat keahlian tanpa terlebih dahulu yang berkenan diberi tunjuk sebab dan hak membela diri atas tuduhan yang dikenakan oleh Lembaga Disiplin UMNO kepadanya?.
10.Jika isu pemecatan Anwar Ibrahim dijadikan precedent pemecatan Lokman Noor Adam, ini memberi erti yang membuat andaian ini adalah spesis orang lupa, kerana pemecatan Anwar Ibrahim satelah diberikan peluang dirinya sendiri membela diri atas pertuduhan salah laku moral.
11.Jika Lokman Noor Adam tidak hadir, keputusan boleh dibuat jika pertuduhan kepadanya sudah dihantar dan dia tidak menjawab surat pertuduhan. Jika beliau tidak hadir dalam Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan tidak tertulis dalam agenda mesyuarat kes Lokman Noor Adam dirujuk kepada Lembaga Disiplin UMNO untuk tindakan seterusnya.
12.Apa pun isu pemecatan Lokman Noor Adam menjadi pemerhatian anak muda yang tidak berpolitik dan baru berjinak dalam hal politik akan kisah dua parti UMNO dan PKR memenangi isu pemimpin Parti melawan Towkey atau Presiden.
Menendang atau menyepak bola yang kempis hanya dilakukan oleh mereka yang tidak pernah bermain dipadang yang rata atau padang bola yang sebenarnya.
Di Tulis oleh Zaharin Mohd Yasin
@Sang Kelembai.
Feb 9,2020.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.