Ahad, 1 Mei 2011

Eliot Spitzer lagi Islam dari Anwar Ibrahim

Soal gambar porno atau lucah termasuk filem atau videonya mula muncul di internet sama masanya dengan kelahiran internet itu sendiri. Maka bukanlah satu perkara luar biasa bila internet mengeluarkan gambar dan video pornografi, dan boleh dilihat sama ada secara percuma atau sedikit bayaran kepada website yang seolah olah bertindak macam pawagam(panggung wayang gambar).
Bukan beribu lagi, malah berjuta gambar gambar dan video pornografi dalam internet tetapi tidak menjadi huruhara kerana aksesnya kepada individu dan tidak secara kumpulan dan yang menonton tidak ada kepentingan apa apa.
Tetapi kenapa video yang satu ini atau video pornografi ini menjadi isu? Ia itu satu video rakaman kamera tertutup saperti filem bisu zaman Charlie Chaplin yang perlaku dalam gambar itu sama saperti wajah seorang Ahli Parlimen yang berasal dari kawasan pilihanraya Permatang Pauh.
Kita jangan membincangkan soal perlaku itu seorang Islam kerana tertulis dalam agama Islam melakukan zina adalah perbuatan terlarang. Kerana kita tidak tahu perlaku itu adakah ia seorang Islam atau tidak kerana jika dia seorang Islam yang baik, sudah pasti tidak akan melakukan zina atau melanggan pelacur. Berbeza dengan Chua Sok Lek, seorang yang bukan Islam dan seorang pemegang jawatan kanan dalam parti politik dan seorang Menteri Kerajaan Malaysia yang mengaku video pornografi itu perlakunya adalah dia. Satu sikap terpuji tetapi pengakuan tidak boleh diambil tindakan undang undang moral, malah dia menghukum diri sendiri dengan meletakan jawatan. Isu dan failnya pun ditutup.
Katanya perlaku dalam video pornografi itu Anwar Ibrahim, tuduhan itu bukan dibuat oleh orang yang menonton atau orang awam ditepi jalan, dikedai kopi malah dari coffee house hotel lima bintang, sebaliknya dari seorang yang berada sama dalam bilik itu. Video pornografi itu sebenarnya bukan dirakam oleh yang mengaku ada bersama tetapi kebetulannya beliau terjumpa alat rakaman, termasuk cakera padat rakaman itu.
Bagi seorang ahli politik berkemahiran tinggi, isu video pernografi ini adalah soal individu dan bukan soal politik. Dia akan menjadi soal politik bila video pornografi itu boleh memberi kesan kepada kepentingan imej kerajaan dan soal keselamatan. Malah yang tak pornografi jika boleh menjadi isu keselamatan dan kepentingan awam saperti video lingam menjadi kepentingan rakyat perlu dicari kebenarannya.
Kerana yang kena tuduh hanya ketua pembangkang didalam Dewan Rakyat dan bukan anggota kerajaan yang memerintah. Soal video pornografi itu lebih menjurus kepada soal moral individu itu, berbeza dengan masa beliau dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri atas tuduhan meliwat satelah mempertahankan pendiriannya tuduhan itu tidak benar dan paksaan beliau meletakan jawatan Timbalan Presiden UMNO.
Dunia kepimpinan kerajaan dan politik didunia ini.. sudah ada berpuluh kes rujukan akan terlibatnya pemimpin kerajaan dan politik yang terlibat dengan skandal seks termasuk gambar dan video pornografinya. 99% darinya mengambil pendekatan meletakan jawatan dalam Kerajaan dan Parti dan tidak kurang pula yang dilucutkan jawatannya.
Pemimpin politik dunia saperti Adolf Hitler, Mao Tse Tung, Soekarno. Malah J.F. Kennedy dan Bill Clinton dari Amerika pun tidak terlepas dari masalah skandal perlakuan seks, ada yang masa hidupnya terbongkar atau sesudah mati maklumat skandal itu didedahkan.
Kes rujukan yang terbaik dalam skandal ini adalah Mantan Gebenor New York, Eliot Spitzer yang dikehendaki meletakan jawatan sebagai Gebenor NYC, perletakan jawatannya ialah bukan kerana ada rakaman dari kemera sulit atau cctc sebaliknya hanya pengakuan dua orang.. ia itu emak ayam yang menghantar perempuan lacur dan pengakuan pelacur itu sendiri.
Khabarnya pelacur yang melayan kehendak seksuil Gabenor New York.. salepas pendedahan itu telah menjadi jutawan, bukan sahaja dia dilanggan menjadi harga tinggi sebaliknya dijadikan model.
Kenapa Eliot Spitzer letak jawatan? Malah dia boleh menafikannya kerana tidak ada bukti, hanya berdasarkan rakaman talipon percakapan antara dia dengan emak ayam, dan tidak diketahui siapa yang merakam perbualan itu, dan beliau boleh menuduh tindakan pengakuan pelacur itu adalah satu konspirasi peringkat tinggi lawan politiknya kerana beliau diketahui umum adalah antara orang yang menyokong Hillary Clinton sebagai calun Presiden Amerika Syarikat.
Jawabpannya Eliot Spitzer ada integriti apa yang di ucapkan. Beliau dikenali sebagai Gebanor bercakap menentang rasuah dalam pentadbiran dan juga soal moral pemimpin termasuk dirinya.
Berbalik ke video rakaman cctv atau kamera tertutup yang melibatkan seorang yang di kenali umum malah antara bangsa. Kenapa beliau tidak boleh menjadi saperti Eliot Spitzer ahli politik dari Parti Demokrat dan Gebenor New York untuk meletakan jawatan satelah ada pengakuan dari emak ayam dan pelacur harga mahal itu? Malah ironis dia memohon maaf kepada isteri dan anak anaknya dan berazam membetulkan dirinya.
Baiklah.. kita menerima kenyataan dari Anwar Ibrahim bahawa lelaki itu bukan dirinya, hanya rupa sama.. jalan pun sama.. wajah pun sama tapi tak sama dengan Anwar Ibrahim yang menjadi Ahli Dewan Rakyat kawasan Permatang Pauh dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat yang sekali gus meletakan beliau sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia.
Bagaimana pula dengan pengakuan bapak ayam yang membawa pelacur itu yang bernama Datuk Shazryl Eskay Abdullah? dan datuk itu sudah pun membuat pengakuan bersumpah didalam masjid akan lelaki dalam video pornografi itu adalah Anwar Ibrahim.
Mungkin tidak sama saperti Eliot Spitzer yang pernah dijuluki Mr Clean itu yang mengundurkan diri karena skandal melanggan pelacur dan dapat menghadapi berbagai tuduhan jenayah sebelumnya. Begitulah Anwar Ibrahim dia akan dapat mempertahankan dirinya sekali lagi, selagi ada dokongan dari orang ramai khasnya orang Islam yang taksub dengan imej dan ucapan yang menggegarkan untuk reformasi.
Ini masalah orang Melayu, selalu berada dalam keadaan tidak sedar, sama ada bersedia untuk ditipu, digunakan. Dan bagaimana lagi hendak dibuat jika Syed Hussein Ali, bekas Timbalan Presiden PKR. seorang bekas pensyarah dan penulis thesis soal melayu pun ikut terikat dengan keputusan untuk berbohong ‘itu bukan Anwar Ibrahim’ kerana kebencian dengan orang Melayu UMNO sehingga minda intelektual dia pun dibuang ke bakul sampah. Belum lagi para ulamak yang ada didalam PAS saperti Nik Aziz Nik Mat, apa hendak diharap lagi dengan atau kepada orang orang dan ahli ahli PKR dan PAS yang tak tahu apa apa.

Sang Kelembai: Isu Video perlakuan seks itu adalah soal moral. balik semula kepada isu asal. Jika itu bukankah Anwar Ibrahim.. maka Anwar Ibrahim kena mendiamkan diri.. tak perlu untuk menjadikan isu itu sebagai isu minta simpati dan sokongan. Kepada saya jika Eliot Spitzer dan Anwar Ibrahim bertanding menjadi Perdana Menteri Malaysia, saya akan memberikan undi kepada Eliot Spitzer kerana mengenal musuh yang kita kenal lebih baik dari mengenal malaikat yang kita tidak kenal.