Sabtu, 11 Jun 2016

Yang mana satu fitnah, yang mana satu gossip dan yang mana satu khabar angin dan akhirnya disimpulkan sebagai 'persepsi'.


Dalam media sosial, khasnya dalam isu politik. Semua orang berkata apa yang ditulis oleh penulis media sosial selalu ditakrifkan sebagai persepsi.. sehingga soal yang mana persepsi tidak pernah diberi tahu dan ada mengatakan itu sebagai fitnah.. maka persepsi dijawab dengan mengatakan itu fitnah.

Dalam ilmu media sosial politik tidak ada persepsi dan tidak ada 'fitnah' yang ada ialah gossip dan rumor atau khabar angin. Bila Ds Rosmah Mansor dikatakan memakai jet kerajaan dan kemudian membawa beg yang banyak, itu adalah serangan politik dan persepsi 'fitnah' walau pun ada bukti dengan video yang menunjukan beberapa orang membawa beg pakaian melalui tangga masuk penumpang.

Kepada saya itu 'bukan fitnah', juga 'bukan persepsi' itu hanya gosip yang dibawa dari mulut ke mulut dan kemudian diambil oleh Rafizi Ramli sebagai bahan serangan politik menyerang Ds Rosmah Mansor.

Jika begitu.. apakah itu?. Dia menjadi fitnah dan persepsi kerana silap pihak yang berkenaan tidak mengklarifikasi atau untuk menjustifakasi bila terbukti sebuah isu.

Saya mengambil kes Ds Rosmah Mansor yang diangkat naik oleh Rafizi Ramli ialah kerana dalam keadaan serangan rasmi dibuat oleh Rafizi Ramli itu hanya seorang pegawai Ds Rosmah Mansor sahaja yang menjawab ia ituRizal Mansor.

Tindakan Rizal Mansor respond kepada isu itu sabenarnya membuka jarak yang lebih luas perdebatan dan isu itu. Kerana serangan kepada Ds Rosmah Mansor adalah serangan kepada seorang Isteri seorang Perdana Menteri. Dan seorang isteri Perdana Menteri bukan sahaja menjalankan tugas sebagai seorang suri rumah tetapi juga pendamping Perdana Menteri dan jika dia bergiat dalam pertubuhan rasmi atau NGO, beliau berhak mendapat hak-hak protokol sebagai isteri seorang Ketua Kerajaan yang bergelar sebagai Perdana Menteri termasuk kemudahan yang perlu.

Maka yang perlu menjawabnya ialah jawabpan rasmi dari pejabat Perdana Menteri atau dari Kementerian Kewangan kerana isu pokoknya ialah Ds Rosmah Mansor menggunakan jet yang dibiayai oleh Kerajaan. dan persepsi wang Kerajaan adalah wang rakyat.

Itulah yang selalu berlaku di PMO atau JPM dalam berapa serangan mereka tidak akan menjawab secara rasmi Kerajaan. Malah Setiausaha Akbar juga ikut campur buat kenyataan yang tidak menyebut sebagai mewakili Perdana Menteri.

Mungkin ini boleh berlaku ialah kerana ketidakmampuan JPM atau PMO menangi isu dan Kedua kerana memang JPM dan Kerajaan mengabaikan isu yang beredar kerana tidak menganggap penting untok meresponsnya.

Pihak PMO dan Kerajaan sendiri kena diperingatkan saperti yang dikatakan Chase & Jones ia itu "an unsettled matter which is ready for dicision" atau pemahaman mudahnya isu muncul dan berkembang ketika ada perubahan atau ketidaksesuian antara masyarakat atau harapan rakyat terhadap kerajaan, Jika isu-isu saperti isu Ds Rosmah Mansor naik private jet ini di abaikan oleh saluran rasmi Kerajaan boleh menyebabkan keburukan kerajaan.

Dari pengamatan saya.. JPM dan PMO tidak mempunyai krisis centre dan menagement krisis bagi menangi isu-isu dalam media sosial kerana setiap kali isu beredar melibatkan Perdana Menteri dan Isteri menjelma menjadi krisis kepercayaan.

Jika isu Ds Rosmah Mansor dijawab secara rasmi oleh Jabatan Protokol JPM atau Kementerian Kewangan isu itu tidak menjadi perdebatan kerana Kerajaan mengambil tanggungjawab atas apa tuduhan kepada Ds Rosmah Mansor dan Rafizi Ramli boleh membangkitkan lagi isu itu dalam Parlimen.. semua nama Ds Rosmah Mansor dapat dibersihkan dari segi undang-undangnya.

Malangnya sebilangan besar pegawai PMO khasnya yang menjaga komunikasi dan media sosial macam 5 orang buta yang terjumpa gajah dan memegang dan mentafsirkan mengikut apa yang dia rasa.. sehingga telinga gajah disamakan dengan kipas.
Maka sahabat saya Datuk Shahlan Ismail tidak terasa apa yang saya tulis ini.. Dan bagaimana pun saya ucap tahniah kepada Rizal Mansor kerana memberikan pencerahan.

Bandar Sri Permaisuri
Jun 11, 2016.