Selasa, 29 November 2016

Perjalanan Kehidupanku


Saya berpegang kepada prinsip saya yang asal. Melawan adalah menjaga maruah diri dan jati diri. Masa sekolah rendah dan menengah, saya dikenali murid yang suka melawan samada dengan rakan sekolah atau Cikgu. Dengan melawan saya ada keberanian. Itu sebab masa zaman budak dan muda saya.. jika soal nak bertumbuk, tidak ada masalah. Padang Selangor Club banyak menjadi saksi di jadikan gelanggang lawan bertumbuk dan bergusti secara gentleman.
Tetapi sekarang ada orang yang berani melalak dan menjerit bila ramai.. Bila di cabar.. menikus.. masuk dalam guni beras. Apa klas? dan apa barang. Jika membuli orang tak berdaya dan wanita tua. Siapa pun berani.
Sdr Abd Rahim Omar Khan seorang anggota Polis masa itu. pernah melihat saya memukul orang asing dengan besi penghalang didepan Concorde dan sampai kini saya masih ada rekord memukul seorang bekas Wartawan kanan Utusan Allahyarham A.R. Kamarudin dengan kayu beluti di depan pawagam Odeon dan dihukum berkelakuan baik.. Dan saya juga pernah memukul Pengarah Perumahan DBKL dan dihukum jaminan diri.. Jika saya bawah usia 40 tahun, saya sendiri menawarkan diri masuk dalam 'ring'. Dah tua malaslah.
Jangan ingat saya tak ada rekord memukul orang.. dua kali saya ke Mahkamah.. Dan bukan semua orang tahu, hari ini saya nak bagi tahu.. Saya pernah dihantar ke Sekolah Henry Gurney. Melaka kerana didapati salah mencederakan seorang peniaga ditepi Sungai Klang pada tahun 1967.. tetapi dikeluarkan satu bulan kemudian kerana pengadu menarik balik report kerana dia yang bersalah.. kerana saya sudah bayar makanan.. dia kata, saya tak bayar. Saya tumbuk dan saya cederakan dia dengan kerusi kayu. Rosak gerai roda tiga dia saya kerjakan.
Umur saya 7 ke 15 tahun.. saya sudah boleh mencari wang sendiri. Saya pernah menjadi penjaga kereta bersama Allahyarham Zainuddin Zimbo dan penyanyi M. Sani dikawasan letak kereta Stadium Merdeka, Saya pernah berkerja dengan towkey Cina penjual durian waktu cuti sekolah. Malah saya pernah menjual sayur kangkong yang saya kutip dekat airport TUDM Sungai Besi dan dijual di Pasar Kenanga off Jalan Shaw. Malah saya banyak kali menjadi pembantu gerai yang di bayar dengan diberi makan dan duit hanya RM2.00.
Yang saya tidak pernah saya lakukan ialah mencuri dan merompak. dan sejak muda.. saya tak hisap rokok, dadah dan minum minuman keras. Di zaman muda saya.. saya bergaul dengan semua gengster Kuala Lumpur.. baik dia Cina, India dan Melayu. Berapa gengster Melayu adalah kawan-kawan rapat saya.
Kesimpulannya saya jarang hendak menceritakan sejarah silam saya. Hanya saya nak peringatkan perjalanan kehidupan saya melalui proses hitam dan putih.
Cikgu saya ibu kepada Roslan Md Ali semasa beliau menjadi wakil rakyat dan bergerak aktif dalam Umno.. setiap kali berjumpa dia akan berkata..'bagaimana kamu zaharin, boleh jadi manusia?, kamulah polong yang saya ingat sampai ke mati'.. itu kejahatan saya di sekolah tahun 1966/67.
Yang menjadikan saya manusia ialah bila saya berkerja awal satelah lari sekolah di SAB. Kemudian berkerja dengan King Ghaz satelah dikeluarkan dari Kementerian Penerangan salepas saya melawan dan bergaduh dengan Allahyarham Sharif Ahmad, masa itu Setiausaha Parlimen. Beliau yang banyak mengajar saya. Bermula sebagai seorang opis boy dan kemudian saperti anaknya.. Saya membesar dalam politik.
Nama-nama saperti Allahyarham Tan Sri Senu Abd Rahman, Dato Seri Harun Idris, Tan Sri Mohamad Rahmat, Sulaiman Palestine. Tun Mustapha Datuk Harun, Tan Sri Mohd Said Keruak, Datuk Raja Nong Chik Raja ishak, Datuk Haji Idris Ibrahim dan Tun Musa Hitam. dan berapa nama lagi telah banyak mengubah cara kehidupan saya.. Al Fatihah kepada mereka yang telah meninggal dunia.
Inilah catatan peribadi saya yang tidak pernah saya tulis dimana-mana. Dan saya akan tetap menghargai dan berterima kasih kepada sekejap Ketua saya, sekejap kawan saya dan sekejap saperti abang saya Tengku Adnan Tengku Mansor.. dimana saya telah bekerja dengannya sejak tahun 1984. Apa gila pun saya.. dia tetap memahami saya. Saya bersyukur dapat seorang ketua yang hatinya ikhlas. Saya juga memohon maaf kepadanya..kerana selalu menyusahkan dan menjadi dia serbasalah kerana kelakuan dan tindakan saya.
Maka generasi muda UMNO.. masuklah berpolitik dengan niat yang ikhlas untuk agama, bangsa dan tanah air. Insyaallah akan ada balasan rezeki tetapi jangan ambil yang bukan hak kamu.. Itu nasihat saya.
Selamat Bersidang
Bandar Sri Permaisuri.
Nov, 29.2016.
SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen