Selasa, 7 Januari 2014

Kerajan BN macam Kerajaan Anak-ku Sazali




Apa yang di rasai sekarang oleh rakyat dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan dengan tiba-tiba barang keperluan makanan dan perkhidmatan naik harga. Rakyat pun berparlimen di jalan raya membuat bantahan dan mendesak kerajaan membuat sesuatu yang boleh menurunkan harga. Tindakan rakyat itu kemudian bertukar rakyat pula  di tuduh  cuba menggulingkan kerajaan.

Bila di kenangkan apa yang kerajaan lakukan kepada rakyat, teringat akan filem melayu arahan P. Ramlee  pertengahan tahun 50an yang di cerita di beri tajuk "Anak-ku Sazali". Agaknya rakyat yang berparlimen di jalan raya akan berkata 'Kerajaan yang bersalah yang memanjakan rakyat membuta tuli'.

Sekian lama, rakyat di berikan dengan berbagai subsidi, untuk kepentingan politik dan kuasa. Rakyat di manjakan dengan berbagai bantuan, sehingga rakyat merasa segala bantuan menjadi haknya dan mesti ada setiap masa. Dan akhirnya kini rakyat menjadi sazali anak yang derhaka kepada bapanya.

Sebenarnya isu yang berlaku pada hari ini, bukan tidak berlaku di negara lain. Kerajaan tidak menyedari bahawa dalam era di abad 21 ini, perbelanjaan menguruskan negara dengan gaji dan elaun sudah menjadi terlalu mahal. Begitu juga pembiayaan subsidi berbagai keperluan kehidupan rakyat, semakin naik dan banyak menggunakan perbelanjaan dan wang. 

Atas kepentingan mahu terus berkuasa, Kerajaan memberi bantuan kepada rakyat sehingga tidak memikirkan bantuan itu akan menjadikan rakyat bertambah leka dan tidak berusaha dan akhirnya menjadi anak manja  yang tidak tahu berdikari.

Kini dengan tekanan hidup dan pendapatan gaji dari berkerja atau keuntongan dari berniaga menjadi tekanan kepada rakyat sehingga membuat mereka menderita dan sebagai mana anak yang dimanjakan pada umumnya, mereka selalu cenderung menyalahkan ibu bapanya, dan disini ibu bapa itu maksudnya ialah menyalahkan kerajaan.

Sebenarnya  masalah yang berlaku  kerana  kerajaan punya beban hutang yang tinggi, bagaimana juga sering berlaku dalam rumah tangga yang menanggung hutang, begitulah kerajaan. Akhirnya kerana hidup dengan berhutang luar dari kemampuan, akan berakibatkan bukan sahaja keluarga kucar kacir, satu kerajaan pun akan bermasalah dan boleh menyebabkan huru hara.

Keadaan sekarang terus bertambah parah, bila rendahnya kepercayaan rakyat pada pemimpin yang berkuasa. Maka bila rakyat memulakan pengunjingan  sedikit kepada pemimpin yang berkuasa akan dapat  menyebabkan rakyat berparlimen di jalan raya. Dan terus bertambah parah bila kesempatan itu digunakan oleh Parti Pembangkang untuk bersama mengambil peluang membakar perasaan rakyat dengan tindakan kerajaan yang kurang popular.

Apakah punca segala ini? Kerana kita punya sebuah kerajaan yang terbalik cara bertindaknya. Para pemimpin dunia yang waras fikirannya akan menggunakan masa di zaman keadaan krisis yang melanda rakyat dengan keperitan hidup akan mensubsidikan  rakyatnya dan merancang meningkatkan pengeluaran negara termasuk mengadakan projek-projek yang mampu menyerapkan banyak peluang tenaga kerja. Tetapi di Malaysia, kerajaannya mengurangkan subsidi dan juga mengecilkan projek yang sudah di rancang.

Mungkin Malaysia tidak boleh melakukan kerana kerajaan tidak mempunyai kewangan yang kuat. Maka perlulah ditanyakan, bukankah selalu dikatakan ekonomi dan kewangan kita kokoh dan kuat? Kenapa tidak boleh melakukan?. Dan memang tidak boleh melakukannya.. Itu sebab Kerajaan perlu merubah dasar ekonominya sekian lama yang diguna pakai saperti mana kata orang cerdik pandai. Sesat dihujung jalanm baliklah ke pangkal jalan.

Atau langkah yang terbaik gunakan pendekatan yang selalu digunakan kepada mereka yang berterusan sakit jika tulang yang patah sudah di rawat, mungkin kerana ada yang tersambung secara salah, cara mengubatnya adalah mematahkan kembali tulang itu dan menyambung nya secara betul melalui doctor-doctor yang pakar.

Oleh itu, perlu di perbetulkan dasar-dasar ekonomi kita terutama sikap Kerajaan yang selalu berpihak kepada kapitalis sehingga menyebabkan jurang kehidupan rakyat ternganga luas. Akhirnya yang ada ialah masyrakat klas yang kaya  dengan masyarakat klas yang miskin tanpa ada klas menengah. Sehingga tidak ada persaimbangan lagi dalam masyarakat Malaysia.

Antara cara terbaiknya  Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia mestilah meminda beberapa peraturan kesatuan sekerja untuk memberi lebih suara kepada kaum pekerja atas kebajikan mereka ditempat kerja bagi membolehkan pekerja-perkerja mendapat gaji yang setimpal dengan tenaganya yang berakhir akan menjana ekonomi negara. Selagi Kerajaan tidak memberikan perhatian kepada Kesatuan Sekerja sebaliknya memberikan tekanan kepada mereka, ekonomi negara dalam sektor pengeluaran dan perkhidmatan akan terus menurun dan akan berterusan terjadi gangguan ekonomi di tahun-tahun kedepan.

Kerajaan mesti mencari kelemahan dan musuh yang sebenar menyebabkan ekonomi Malaysia merosot dengan pendapatan negara dari segala cukai dan hasil tidak mencukupi mentadbirkan kerajaan.  Kerana musuh itu bukan berada di luar, sebaliknya di dalam tubuh kerajaan itu sendiri. Carilah.

Dasar pengswastaan yang diguna pakai sekarang adalah ditiru dari British bila mereka menghadapi ekonomi yang lemah bagi mengurangkan beban kewangan kerajaan tetapi hari ini dasar pengswastaan Kerajaan Barisan Nasional telah membebankan rakyat. Sepatutnya yang berlaku ialah pengswastaan akan membantu rakyat dan Kerajaan dapat hasilnya. Tetapi apa yang berlaku hari ini, Kerajaan bergantung kepada syarikat-syarikat pengswastaan saperti alat sokongan hayat. Maka rakyat menjadi bingung, maka bertanya  lagi rakyat. Adakah Kerajaan membuat perniagaan dengan rakyatnya?

Kesimpulannya apa yang berlaku hari ini.. bukan salah Rakyat, samada saperti yang berlaku kepada Anak-ku Sazali.. yang mula-mulanya sibapa  selalu menyebut.. anak-ku Sazali dan akhirnya menjadi penderhaka kerana dia dipelihara dengan dimanjakan. Bapa Sazali memanjakan Sazali kerana terlalu sayang akan anaknya.. Kerajaan BN memanjakan rakyat mahu kan sokongan.. Itu sahaja perbezaan.

Sang Kelambai: Teringat dialog Sazali: Sazali ada banyak pengikut dan mereka sanggup mati kerana Sazali. Siapa Sazali hari ini?




Ahad, 5 Januari 2014

Bila Menteri dah tua raikan hari jadi.




Rakyat Malaysia di kejutkan sebaik sahaja tamat perbahasan dan juga kelulusan Bajet@Belanjawan bagi tahun pentadbiran 2014 dengan pengumuman demi pengumumkan akan kenaikan beberapa harga perkhidmatan saperti tarif letrik, air dan tol dan juga kenaikan mendadak barang-barang keperluan hidup saperti gula dan makanan  lain termasuk makanan saperti ikan, ayam dan daging.

Kenyataan dan alasan yang diberikan oleh Kerajaan kerana kenaikan harga ialah setaraf melayan budak-budak seusia budak yang belum boleh berjalan atau dalam klas tadika. Maka rakyat yang sudah ditingkatkan  ilmu dan tidak ada lagi buta huruf menjadi marah. Marah bukan kerana harga barang naik atau harga perkhidmatan naik tetapi saperti di tipu hidup-hidup, tidak saindah slogan 'rakyat di dahulukan dan prestasi di utamakan.

Rakyat memang tahu dari segi pembacaan dan juga berita yang didengar bahawa ekonomi dunia tidaklah begitu baik dan pasti akan merebak ke Malaysia dan seterusnya menjejaskan ekonomi negara termasuk pendapatannya. Tetapi beberapa alasan itu saperti mempermainkan rakyat. Bagi satu kerajaan yang punya cerdik pandai dan khasnya orang politik yang berkuasa, sewajarnya memikirkan setiap patah ayat untuk disampaikan kepada rakyat, sebaliknya bila main sedap mulut. akhirnya Kerajaan Barisan Nasional pun di cemuh.

Sebenarnya tidak perlu untuk di umumkan langkah 11 perkara sebagai tanda prihatin kerajaan terhadap kenaikan harga. lagi pun semua potongan itu tidak akan membawa ke arah turunnya harga barang dan perkhidmatan sebaliknya menjadi bahan perdebatan antara rakyat dan kerajaan yang memerintah. Kenapa tidak, berapa sen sangatlah jumlah semua itu jika dipotong. Ada RM100juta? ada RM1Billion hanya dalam kadar tak lebih RM20juta.

Sepatutnya kerajaan banyakkan ucapan menasihatkan rakyat supaya bersedia berkorban dalam keadaan ekonomi tidak begitu kuat dan bersedia menghadapi dalam keadaan sementara. Bukanya membuat ucapan atau retorik yang menjadi rakyat marah. Dan yang terpenting ialah nasihatkan rakyat mulakan berjimat dan berbelanja hanya perlu.

Ayat yang paling mudah mempengaruhi fikiran rakyat dan rakyat akan menerima tindakan kerajaan dengan berlapang dada ialah nyatakan secara terus terang bahawa bajet atau belanjawan negara akan di potong dan akan di kecilkan.  Kita kena menerima realiti bahawa soal hutang luar negeri kita adalah antara penyebab kerajaan tidak lagi mampu memberi subsidi perkara-perkara perlu dan juga perdagangan kita yang agak kurang khasnya barang-barang utama kita.. saperti minyak kelapa sawit, getah kecuali minyak mentah dan sektor pembuatan untuk export.

Dan inilah  masa yang sesuai perkataan wasitiyah digunakan menggalakan rakyat supaya hidup sederhana. Jika saya seorang Menteri, saya akan membuat kenyataan satelah berunding dengan rakan-rakan kabinet yang lain mengumumkan  bahawa kami Menteri-Menteri dan juga Timbalan Menteri mencadangkan kepada Perdana Menteri bahawa kemudahan2 kami dengan sukarela di potong, termasuk beberapa elaun yang hak Menteri untuk perolehi dan tidak akan bercuti di luar negeri.

Tetapi apa yang berlaku? Beberapa Menteri dan keluarganya terus bercuti diluar negeri yang setiap Menteri  akan ditanggung tiket kapal terbang dan makan minum tidak kurang dibayar kerajaan hampir RM150ribu.. Jadi apa maknanya semua ini? pembohongan yang kita lakukan kepada rakyat dalam keadaan sedar.

Dan dalam keadaan rakyat miskin dan klas menengah mengalir alir mata, berdukacita atas kesengsaraan hidup tanpa wang tunai yang cukup di awal tahun dengan berbagai perbelanjaan yang kos hidup meningkat mendadak, ada Menteri yang buat hari jadi di hotel lima bintang.

Di dalam media sosial.. tersiar photo Menteri di raikan hari jadinya. Meraikan hari jadi memang tak salah tetapi amalan menyambut hari jadi biasanya  dikalangan budak-budak dan remaja atau orang muda dibawah usia 40tahun. Bagi mereka yang 40tahun keatas, kebiasaannya hari jadi hanya di raikan oleh kaum keluarga yang terdekat atau rakan-rakan di tempat kerja.  Kerana sambutan hari jadi memang dia akui akan mengiratkan keluarga dan juga persahabatan.

Hari ini menjelang tengah hari ini, ada seorang Menteri yang juga seorang Naib Presiden UMNO tertinggi akan menyambut hari jadi  atau Birthday yang mungkin ke 60 tahun. Memang tak salah juga meraikan hari jadi tetapi bila di buat di hotel mewah dalam keadaan sekarang, maka dia menjadi persoalannya ialah dimana wasitiyahnya atau kesederhanaan beliau sebagai seorang Menteri?

Mungkin ada alasan diberikan, bukan saya yang buat dan adakan majlis itu. Kawan-kawan saya yang buat dan adakan majlis hari jadi saya. Alasan itu itu hanya boleh diterima oleh mereka yang otaknya di kepala lutut. Bagi mereka yang otak dalam temporong kepala yang otaknya ada kiri dan kanan, mungkin sukar untuk menerimanya.

Pertama sebagai anggota pertadbiran awam, sewajarnya kita mengelak menerima sebarang jamuan yang diberikan oleh orang awam yang di panggil oleh Menteri itu 'sebagai kawan'. Dalam Akta SPRM pun ada ada menyebutkan soal rasuah ini termasuk memberikan jamuan. Kenalah kita berfikir kenapa 'tempua bersarang rendah'

Yang kedua.. adakah kawan kita melakukan setiap tahun sejak berpuluh tahun dulu macam Almarhum Tunku Abdullah kawan Mantan PM Dr Mahathir Mohemad yang mengadakan jamuan hari jadi kedua mereka sebelum PM Dr Mahathir Mohamad jadi Menteri dan Perdana Menteri. Jika sekarang Tunku Abdullah lakukan, SPRM tidak boleh mengatakan Tunku Abdullah memberi rasuah kepada PM Dr Mahathir Mohamad kerana jamuan meraikan itu sudah bertahun dilakukam.

Ketiga ialah kenapa buat di hotel.. kenapa tak buat di rumah?. Rumah Menteri itu bukannya saperti rumah pangsa PPR saperti yang terdapat di Parlimen Bandar Tun Razak. Pengalaman penulis sejak ada hubungan peribadi dengan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan tersenarai sebagai sahabat beliau seingat penulis sekian lama dan entah berapa kali majlis hari jadi beliau, semuanya buat di rumah termasuk di kediaman rasmi yang didahulukan sembahyang berjemaah.

Dan akhirnya keperluan apa untuk menyambut hari jadi dalam usia 60 tahun.. sebagai berlatar belakangkan pengetahuan agama, bukan kah setiap usia kita meningkat sebenarnya  usia semangkin tiada dan berkurangan. Bukankah lebih sesuai dari membazir wang jamuan dan beri makan kepada orang yang memang dah kenyang itu, kita adakan kunjungan kerumah anak-anak yatim dan membantu mereka yang miskin. Lagi berkah doa mereka kepada kita.

Oleh itu adakah kawan kawan kita yang berbelanja sampai berbelas dan berpuluh ribu RM untuk hari jadi kita hanya suka suka membuang wang begitu sahaja dan tidak mahu mendapat apa-apa balasan atau pernah mendapat balasan atau jasa kita.  wallahu'alam bissawab.

Sang Kelambai: Semangkin tua semangkin sedih mengenang untung nasib bangsaku.


Khamis, 2 Januari 2014

Perkataan Allah dilarang hanya di tulis.

Pagi ini saya nak menulis kepada yang lupa dari segi undang2nya dan bukan bererti saya tidak mempertahankan Islam. Masalahnya sekarang ialah Perlembagaan Persekutuan meletakan Islam agama bagi Persekutuan, dari segi moral Agama Islam adalah Agama Rasmi bagi Malaysia tetapi penguatkuasa Agama terletak didalam Negeri2 Melayu beraja dan bagi negeri tidak beraja dibawah bidang kuasa SPB YDP Agong.

Yang keduanya Rukun Negara adalah deklarasi negara dan dikira sebagai pedoman asas Malaysia bernegara. Kepercayaan Kepada Tuhan diletakan sebagai asas yang utama, bersesuaian dengan Perlembagaan Malaysia yang membenarkan kebebasan beragama.

Persoalannya bila Gereja menggunakan perkataan Allah bagi tujuan menyampaikan ajaran Kristian, tidak menjadi salah kerana dia dihadiri oleh penganut agama Kristian yang menggunakan injil. dan injil pula adalah antara 4(empat) kitab yang di akui oleh orang islam dan mestii dipercayai salepas taurat, zabur dan injil. kemudiannya kepada Al-Quran sebagai pelengkap wahyu Allah.

Maka penggunaan Allah didalam Gereja dengan tidak mempersendakan Allah yang esa sebagai tertulis dalam AlQuran dan diperbandingan, saya rasa tidak salah dan tidak bertambah salah jika dia tidak di ucapkan dikhalayak ramai khasnya kepada orang-orang Islam.

Maka kita mestilah melihat bukannya salah menggunakan perkataan 'Allah' oleh orang Kristian tetapi melihat bagaimana perkataan Allah itu di gunakan dalam ucapan. Itu sebab Mahkamah melarang penggunaan Allah dalam tulisan kerana jika ditulis dalam tulisan di mana sahaja dan bentuk apa saperti meletakan papan tanda di Gereja yang akan bertulis 'Rumah Allah' dan ini mestilah di larang dan salah.

Kesimpulaannya ialah kita mengharap pihak Gereja tidak menggunakan perkataan Allah didalam ceramah agamanya didalam Bahasa Melayu sebaliknya bagi melaksankan dan mematuhi 'Kepercayaan Kepada Tuhan' hendaklah ceramah dan pembelajaran agama Kristian digunakan dalam bahasa Inggeris sahaja.

Jika digunakan dalam Bahasa Melayu@Bahasa Kebangsaan, maka dia memberi pengertian bahawa Allah dari segi persepsinya bahawa Allah sebagai sebutan orang Islam kepada tuhannya sama saperti sifatnya pengertian Allah kepada agama kristian, kerana 100% orang islam di Malaysia diberikan kuliah, belajar agama dalam bahasa Melayu.

Sang Kelembai: Penggunaan perkataan Allah dalam tulisan tetap diperjuangkan di larang.