Khamis, 2 Januari 2014

Perkataan Allah dilarang hanya di tulis.

Pagi ini saya nak menulis kepada yang lupa dari segi undang2nya dan bukan bererti saya tidak mempertahankan Islam. Masalahnya sekarang ialah Perlembagaan Persekutuan meletakan Islam agama bagi Persekutuan, dari segi moral Agama Islam adalah Agama Rasmi bagi Malaysia tetapi penguatkuasa Agama terletak didalam Negeri2 Melayu beraja dan bagi negeri tidak beraja dibawah bidang kuasa SPB YDP Agong.

Yang keduanya Rukun Negara adalah deklarasi negara dan dikira sebagai pedoman asas Malaysia bernegara. Kepercayaan Kepada Tuhan diletakan sebagai asas yang utama, bersesuaian dengan Perlembagaan Malaysia yang membenarkan kebebasan beragama.

Persoalannya bila Gereja menggunakan perkataan Allah bagi tujuan menyampaikan ajaran Kristian, tidak menjadi salah kerana dia dihadiri oleh penganut agama Kristian yang menggunakan injil. dan injil pula adalah antara 4(empat) kitab yang di akui oleh orang islam dan mestii dipercayai salepas taurat, zabur dan injil. kemudiannya kepada Al-Quran sebagai pelengkap wahyu Allah.

Maka penggunaan Allah didalam Gereja dengan tidak mempersendakan Allah yang esa sebagai tertulis dalam AlQuran dan diperbandingan, saya rasa tidak salah dan tidak bertambah salah jika dia tidak di ucapkan dikhalayak ramai khasnya kepada orang-orang Islam.

Maka kita mestilah melihat bukannya salah menggunakan perkataan 'Allah' oleh orang Kristian tetapi melihat bagaimana perkataan Allah itu di gunakan dalam ucapan. Itu sebab Mahkamah melarang penggunaan Allah dalam tulisan kerana jika ditulis dalam tulisan di mana sahaja dan bentuk apa saperti meletakan papan tanda di Gereja yang akan bertulis 'Rumah Allah' dan ini mestilah di larang dan salah.

Kesimpulaannya ialah kita mengharap pihak Gereja tidak menggunakan perkataan Allah didalam ceramah agamanya didalam Bahasa Melayu sebaliknya bagi melaksankan dan mematuhi 'Kepercayaan Kepada Tuhan' hendaklah ceramah dan pembelajaran agama Kristian digunakan dalam bahasa Inggeris sahaja.

Jika digunakan dalam Bahasa Melayu@Bahasa Kebangsaan, maka dia memberi pengertian bahawa Allah dari segi persepsinya bahawa Allah sebagai sebutan orang Islam kepada tuhannya sama saperti sifatnya pengertian Allah kepada agama kristian, kerana 100% orang islam di Malaysia diberikan kuliah, belajar agama dalam bahasa Melayu.

Sang Kelembai: Penggunaan perkataan Allah dalam tulisan tetap diperjuangkan di larang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian