Rabu, 24 Julai 2013

Kantin sekolah heboh sekampong. Wajar atau tidak?

Kisah beberapa murid yang pasti bukan islam telah ditempatkan makan waktu rihat pembelajarannya, pada mula dikatakan di dalam tandas dan kemudian di katakan bilik persalinan. Berbagai pandangan telah diberikan dlm facebook dan juga blog.

Saya juga melibatkan diri dalam isu ini, walau pun saya tidak ada anak yang bersekolah lagi. Tetapi sebagai seorang bapa, saya merasakan apa perasaan ibubapa yang mengetahui anaknya ditempatkan di satu bilik yang bukan kantin, tetapi bilik bertukar baju saperti yang terdapat di kolam mandi dan pusat senaman. 

Bagi seorang kanak2 yang berusia bawah 12 tahun, perkembangan mindanya perlu di awasi. Maka saya berpendapat adalah tidak sesuai bilik makan  murid ini di satu kawasan bilik yang enviroment@sekitarnya tidak menceriakan  dipandang waktu makan. Tidak boleh samakan dengan guru yang sudah dewasa makan dalam bilik itu, samada secara berterusan atau sekali sekala dengan murid-murid yang setiap hari waktu persekolahanya menggunakan bilik itu. Bagi seorang dewasa, mindset dia sudah bertukar boleh menerima hakikat sekitarnya begitu, tetapi tidak bagi seorang bernama budak.

Bagi seorang budak, bertambah pula budak di zaman sekarang, cara fikir mereka sudah berubah. Mereka akan makan secara berkawan dan berbual, suasana di bilik persalinan itu akan menyebabkan selera makan mereka akan berlainan jika makan di kantin dan kawasan lapang, maka dia memerlukan makan dengan cepat dan meninggalkan dengan cepat dan ini tidak boleh dipanggil makan sambil berihat.

Tidak timbul langsung isu perkauman dan juga agama, jangan kita cuba menyimpangkan masalah yang sebenarnya kerana semua pihak  menerima isu ini sebagai isu yang 'tidak wajar' murid ditempatkan di bilik persalinan oleh pihak sekolah. Mungkin isu hanya biasa-biasa jika tidak ada yang membuat aduan dan membangkitkan tetapi perkara ini telah menjadi isu kepentingan ibu bapa di sekolah berkenaan dan juga ibu bapa yang lain yang mempunyai perasaan yang sama dengan ibu bapa di sekolah itu, kerana mungkin berlaku juga di sekolah anak mereka juga, tidak hari ini mungkin  akan datang.

Bagi seorang bapa walau anak saya masa bersekolah rendah di sekolah swasta, saya terganggu emosi saya bila melihat murid-murid itu makan dalam bilik yang terkurong, yang tidak bertingkap untuk meninjau ke luar. Maka saya memberikan sokongan kepada isu ini supaya di ambil tindakan yang mana wajar. Mencari biang keladinya di peringkat sekolah itu.

Jika tindakan itu keputusan bersama PIBG dan Pengurusan Sekolah, maka tindakan itu boleh dipertahankan kerana bukan keputusan sekolah sebaliknya keputusan kedua pihak. Oleh itu kes ini di anggap sebagai kes tidak ada penjelasan dan pemberitahuan. Kelemahannya masa tindakan itu pihak pengurusan sekolah atau PIBG tidak menghantar pekeliling kepada ibu bapa akan pemindahan tempat makan waktu rihat itu. Jika ini di lakukan, kemungkinan risiko masalah tidak ada.

Oleh itu, janganlah salah sangka atau prejudis kepada mereka-mereka yang menulis sama menghentam atau mencaci mahu pun maki hamun dalam isu ini. Kenapa kita tidak membuat penilaian risiko dalam satu keputusan yang dilakukan? Betul, kita telah membersihkan bilik persalinan itu selayaknya tetapi kenapa tidak di kunci atau ditutup terus pintu bilik persalinan itu supaya murid murid yang nakal tidak akan 'buang air kecik' dlm bilik persalinan itu, supaya bilik itu seolah di pandang tidak ada kaitan lagi dengan bilik persalinan.

Itu sebabnya, bila kita melihat sesuatu isu-su 'kepentingan awam' yang di bangkitkan dalam media sosial saperti facebook, kita kena membebaskan fikiran kita dari segi sempadan politik, kaum dan agama. Isu Sekolah di Pristana ini hanya satu dari beratus isu sekolah yang perlu di tambah baik. bukan sahaja dari segi infrastuktur bangunan tetapi juga kerjasama dua team di sekolah ia itu Pengurusan Sekolah dan PIBG.

Jika salah satu dari itu berpisah.. maka akan banyak masalah yang datang.

Sang kelembai:  Saya akan tetap mempertahankan prinsip 'saya tidak rasis tetapi saya nasionalis' dan teringat sebuah filem melayu yang dialognya.. "hitam ker! cokelat ker! putih ker!  kita rakyat Malaysia" Isu kantin adalah satu perkara semua anak bangsa Malaysia..

1 ulasan:

  1. Tolong pautkan pada blog tuan dan sebarkan blog saya.. hattaalmukmin.blogspot.com

    BalasPadam

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian