Isnin, 16 Januari 2017

BRIM memberi kepada sasaran yang tepat



Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan buat pusingan 'U' atau pusingan berpatah balik atas serangan kepada BRIM sebelum ini yang mana dikatakan sebagai 'rasuah'. Saya selalu menasihatkan baca cara betul jika membacanya dan dengar cara betul jika mendengarnya. Apa yang sebenarnya Tun Dr Mahathir Mohamad kata soal Brim?

BRIM sudah diakui oleh Najib Razak hasil pemikiran ahli Ekonomi di Bank Negara Malaysia bukan satu usul atau perancangan atau keputusan parti politik. Semua orang tahu bahawa soal 'distributor' atau harafiah yang tepat ialah taburan atau pengedaran wang tunai adalah perlu bagi pergerakan wang tunai dimana-mana bagi menggerakan ekonomi setempat.

Maka tujuan BRIM pertama ialah untuk menaburkan wang tunai seluruh negara bagi edaran dan ada kuasa membeli dan ini pernah dilakukan oleh zaman Tun Dr Mahathir Mohamad memperkenal program atau projek kecil disemua kawasan parlimen untuk membolehkan kontrektor kecil mendapat peluang dan wang akan beredar.

Persoalannya Tun Dr Mahathir Mohemad dari sudut pandangnya BRIM adalah rasuah politik.. Itu pandangannya. Persoalannya kenapa beliau boleh berkata begitu? sebab BRIM tidak mencapai matlamat yang tepat bagi membantu rakyat yang memerlukan hanya melalui satu garis atau syarat sahaja bagi mendapatkannya ia itu dibawah pendapatan RM3ribu kebawah.

Maka disini isu yang patut dilihat bahawa BRIM digunakan untuk politik parti pemerintah. Adakah itu satu pandangan yang salah? Jawabnya tidak.
Pada Tun Dr Mahathir Mohemad, BRIM boleh diteruskan kerana masa parti beliau mengambil alih kerajaan sudah tentu akan memakan masa untuk memulihkan semula ekonomi dan peningkatan tinggi rakyat. Maka parti pembangkang jika dapat memerintah akan meneruskan skim BRIM. Adakah itu salah juga?.

Oleh itu dimana yang beliau U Turn.. selama ini, beliau tidak menyatakan bahawa BRIM akan dihapuskan atau dimansuhkan jika parti pembangkang memerintah, walau pun ada pertanyaan yang sedemikian.

Di Maksudkan oleh Tun Dr Mahathir Mohemad bahawa BRIM akan diteruskan dan akan diubah pemberian oleh pegawai Kerajaan, kemungkinan beliau merujuk bahawa penerima BRIM kena membuat permohunan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat saperti mana yang dilakukan olej Kerajaan lain dunia yang hendak membantu rakyatnya.

Mungkin masa pemerintah parti lain nanti BRIM akan diberikan dengan beberapa kategori yang agak lebih jelas dan telus dan bukannya kerana pendapata bawah RM3k. Mungkin kerana OKU@orang kelainan upaya. kerana OST@orang sudah tua melebih usia 60 tahun tidak ada pendapatan. OAT@orang ada tanggungan saperti ibu tunggal dan lelaki tunggal. Pelajar yang tidak ada pinjaman dan anak yatim. Kesimpulan penerima BRIM yang akan datang mesti ada sebabnya dibantu.. termasuk pendaftaran segera OTK@orang tidak ada kerja kerana baru diberhentikan kerja.

Maksud Tun Dr Mahathir Mohamad itu bahawa BRIM boleh diberikan kepada sesiapa dalam masa bila-bila masa sekurangnya 3 bulan dari pendaftaran atau permohunan.

Bukankah ini lebih baik.. dan kemungkinan akan berkurangan penerima BRIM yang tidak layak, jika ini berlaku boleh jadi akan menambahkan pemberian kepada rakyat.

Maka pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad jangan cepat diserang sebaliknya kita memikirkan adakah tawaran Parti Pembangkang adakah lebih baik atau kita kekal dengan cara yang ada. Prinsip yang jelas bahawa wang itu adalah daripada wang tidak dibelanjakan untuk subsidi.. tetapi bukan wang membayar balik kerana menggunakan barangan yang sudah tidak bersubsidi.
Bandar Sri Permaisuri
Jan 16,2017 Isnin.
Jam 1.15 pagi.

Khamis, 12 Januari 2017

DALAM MAHKMAH TINGGI MALAYA DIKUALA LUMPUR: Guaman Sivil No WA 23NCvC-42-08/2016. Antrara Malaysian Resourrce Coprotion Berhad Dan Abd Zarin Bin Mohd Yasin. KENYATAAN PERMINTAAN MAAF ABD ZARIN BIN MOHD YASIN.



PERINTAH PERSETUJUAN
Permintaan Maaf
ABD ZARIN BIN MOHD YASIN
kepada
MALAYSIAN RESOURCE CORPROTION BERHAD

Mengikut Persetujuan Saya dari para 3 hingga 9 yang ditandatangan di Hadapan Hakim Noraini Binti Abd Rahman pada Januari 6, 2017.






Isnin, 9 Januari 2017

Orang Melayu tidak pernah belajar sejarah. Dari British, Jepun dan hari ini China.


Orang Melayu yang mendahulukan kedudukan dan pangkat, memang melupakan bangsanya. Hingga terlupa sejarah.. Bukankah Malaya di jajah dengan bermula kemasukan syarikat pelaburan Briish yang bernama Syarikat Hindia Timur Inggeris (Bahasa Inggeris: British East India Company) Bukankah syarikat itu membuat perhubungan dengan Sultan dan Raja-raja Melayu atas nama perdagangan.. Akhirnya Malaya tergadai dan terjajah dengan Britisih sejak kedatangan Francis Light ke Pulau Pinang 1786.

Malah serangan Jepun ke Tanah Melayu tahun 1941 pun bermula dengan membuat perniagaan bekalan pinggan mangkuk dan kain baju yang murah di kampong-kampong 20 tahun sebelumnya, sehingga permulaan Jepun menguasai Tanah Melalu.. orang Melayu bersorak sorai menerima kedatangannya.. dengan harapan Jepun menghalau Bristish, sebaliknya dia lebih teruk dari British.. Berapa tahun oang Melayu makan ubi kayu?.
Apa beza modus operandi syarikat dari China yang bernama China Communication Construction Company Ltd (CCCC) yang banyak diberikan projek tanpa tender terbuka di Malaysia, yang diberikan carpet merah oleh Najib Razak.
Bagaimana hendak menafikan kepada rakyat yang kedatangan syarikat itu secara saperti satu grand design menguasai Malaysia satu masa nanti. Syarikat ini bukan sahaja akan dilihat sebagai ancaman kepada orang Melayu.. tetapi juga kepada orang-orang Cina Malaysia.. Mereka ia itu orang Cina Malaysia pun tidak dapat apa-apa dari lebihan projek itu.. Saya ketemui beberapa pedagang Cina Malaysia dalam industri binaan , mereka pun mengeluh.. Banyak juga syarikat pembinaan Cina mencuba masuk tetapi gagal untuk dapat remah-remah projek itu. Kerana semua tender kepada syarikat China tidak ada perjanjian atau peruntukan yang mana patut dibeli dan diberi kepada orang Malaysia.
Maka jawab seorang kawan saya seorang peniaga Cina.. "kamu ingat itu Najib Razak bagi projek sama syarikat China, kami orang Cina ada peluang ker? Buat dia punya jamban.. dia sendiri buat"
Entahlah.. saya no komen.. Jari kamu sahaja yang boleh memutuskam hendak meneruskan atau tidak dasar bagi tender ke China tanpa tender. Sekian.. Selamat Malam.
Bandar Sri Permaisuri,
Januari 9,2017.
Jam 11.45.

Khamis, 5 Januari 2017

Najib Razak atau PMO pergi belajar dengan Presiden Jokowi.


Ada dua berita yang menarik dalam berita satu TV Indonesia malam tadi yang saya tonton. Pertama hari Rabu, Presiden Jokowi juga mengadakan sidang kabinet pertama tahun 2017, siap dengan video mesyuarat itu yangd dihadiri oleh Menterinya.. Dia akhirkan dengan sidang media dan arah tuju Indonesia. Sepatut sidang Kabinet Malaysia membenarkan media Tv merakamkan dan kemudian PM Najib Razak buat kenyataan sikit kerana itu sidang kabinet pertama juga bagi Malaysia.. tapi pegawai media PMO makan tidur tidak ada cara fikir bagaimana nak membantu naikkan imej Najib Razak kecuali mengadakan program event yang boleh mereka masukkkkk dengan bajet no limit jika lawatan Najib Razak.

Kedua Presiden Jokowi juga mengumumkan akan pelancaran projek keretaapi laju Jakarta/Surabaya dimana kontrektor utamanya dari Jepun dan menggunakan pelbagai teknoloji berbagai negara. Mungkin Rakyat Indonesia tidak marah saperti Rakyat Malaysia marah dengan PM Najib Razak yang memberikan projek berbilion RM dengan China, kenapa?

'Sebabnya projek itu akan ditawarkan secara rasmi dengan kehadiran Perdana Menteri Jepun Shanto Abe ke Jakarta pada pertengahan bulan ini. PM Jepun akan menyaksikan serah terima projek itu. berbeza dengan Malaysia.. PM Malaysia terhegeh pergi ke China nak bagi projek berbilion RM kepada China.. Itu yang yang menyebabkan rakyat kata.. Beliau menjual negara ini kepada China..

Dua cara fikir penasihat pejabat orang berkuasa. Penasihat Jokowi memikirkan kepentingan negara dan bangsa Indonesia, Penasihat di pejabat PM Najib memikirkan kemasukan hasil.. Itu sebab menurunkannya imej Najib Razak di mata rakyat setiap hari saperti harga saham FGV yang merudum harga dalam bursa saham..

Kesimpulannya ada masanya Najib Razak kena memikirkan sendiri perancangan strategi imej dan politiknya, jangan bergantung sangat dengan pemikir PMO..sebabnya 100% dari Setiausaha Politik, membawa pegawai khasnya semua nak memikirkan mereka nak 'kaya' Jika PM Najib Razak tidak berkuasa.. apa ada hal!.. macam bekas pegawai Pak Lah dulu.. sekarang semua bekas pegawai sudah hidup senang lenang dan tidak ambil kisah hal poltiik. Penyokong yang siang malam dirumahnya pun sudah lari kepada yang berkuasa.

Kamu fikir sendiri Najib Razak.. saperti saya kata dengan kawan-kawan saya dan orang bertanya. Bagaimana dengan Najib Razak?, saya menjawab mudah.."dari 10 orang yang kamu tanya Najib Razak, politik masa depannya.. 11 orang akan berkata, "saya tidak sokong Najib Razak" dan mintalah dia berheni, maka sedarlah diri. Jika perlu berhenti sebelum PrU ke14.. bersiaplah untuk persiapan berhenti sebagai Perdana Menteri saperti cara pendahulu kamu. demi kepentingan UMNO.
Bandar Sri Permaisuri, Cheras.
Januari 5, 2017.

Ahad, 1 Januari 2017

Antara wang dan niat haji.. dua perkara berbeza


Saya bukan cerdik pandai Islam.. jauh sekali ulamak tetapi jika yang cerdik pandai pun pergi menjawab macam bukan ilmuan Islam.. saya pun naik hairan.
Dr Mahathir Mohamad berkata soal wang IMDB yang dibelanjakan untuk pemergian Haji. Dia ada menyebut akan perihal tidak dapat Haji mabrur. Pada saya itu tidak salah.. dia bukan pertikaikan soal orang yang pergi Haji.. Dia persoalkan wang, kos yang menanggung pemergian Haji.
Kerana pernah satu masa dikampong saya, dipersoalkan bagaimana wang orang kampong saya yang kerjanya menembak babi.. adakah wang hasil menembak babi yang kemudian itu dijual kepada orang bukan Islam digunakan untuk pergi menunai haji.. menjadi haram?.. Jawabnya tidak. kerana menembak babi bukan kerja yang diharamkan dalam Islam.
Isu Dr Mahathir Mohamad ialah asal wang itu.. Maka kena di jawab isu wang itu.. Apa salahnya dijawan bahawa wang itu dari Yayasan IMDB dan tidak kaitan dengan tuduhan mana-mana wang dicuri dari IMDB dan bukan menjawab saperti ini:-

“Siapa dia hendak mempersoalkan ibadat orang lain? Tidak wajar Dr. Mahathir cuba mainkan peranan Tuhan selepas mendapat pelbagai nikmat dan rezeki daripada Allah SWT.

“Jika Rasulullah SAW pun tidak tahu tentang hal ibadat individu lain, apatah lagi orang biasa. Apa yang penting, individu yang melaksanakannya benar-benar ikhlas dan tahu apa yang dilakukan,” katanya seperti dilapor Mingguan Malaysia.

Maka sesuatu wang yang haram.. memang tidak memberi manafaat dalam apa ibadat pun, apa lagi menunaikan haji. Maka salah apa cakap Dr Mahathir Mohamad jika mengatakan mereka yang pergi Haji dengan wang IMDB tidak mendapat Haji Mabrur..
Maka saya minta Ustaz yang juga anak kenalan saya yang pernah jadi SetPol Dr Mahathir Mohamad.. memberi penjelasan isu wang itu.. semoga dengan pencerahan dari yang pandai islam ini.. akan menjernihkan suasana. s.k. Dato' Seri Jamil Khir dan Asyraf Wajdi Dusuki.
Bandar Sri Permaisuri, Cheras.
Januari 1, 2017.
Jam-9.50mlm

UMNO masih TIDAK berubah, walau sudah setahun saya menulisnya.

JANGAN KAMU JUAL MELAYU DAN UMNO
Malam tadi saya tak meraikan perayaan tahun baru, kecuali isteri yang melayan anak remaja saya. Saya ada dirumah dan tidur awal.

Kenapa? Saya tidak menipu orang atau bersikap haipokrit, berpura-pura. Di tulisan saya dalam facebook, saya sampaikan perasaan simpati yang mendalam dengan keadaan rakyat yang menderita dengan kenaikan kos hidup yang tiba-tiba mendadak naik dalam alam kehidupan mereka, tanpa persediaan dan juga bertambah pendapatan.
Bagi mereka yang tidak buat kerja sosial saperti saya, mungkin tidak sampai kelubuk hati penderitaan rakyat ‘kelas rendah’ ini. Saya pekerja sosial dan tempat mereka mengadu, samada berjumpa, menalipon dan pesanan dalam whatsap. Kesemua meminta pertolongan bukan sahaja kewangan tetapi perkara lain, saperti mohon sewa rumahnya dilepaskan dari di sita. sokongan untuk hajatnya dengan jabatan kerajaan.
Kesemua ini berlaku ialah pendapatan mereka lebih rendah dari perbelanjaan hidup. Sama saperti kata pendahulu ibu bapa kita.. besar periuk, besarlah keraknya.. Maka jika saya punya gaji berangka belas ribu pun, sejumlah 60% dari pendapatan di belanjakan bagi menguruskan kehidupan bulanan. Sewa rumah, bayaran ansuran dua kereta, letrik, air, astro,unifi, pembantu rumah dan bayaran lain, bagaimana yang mempunyai pendapatan bawah RM3ribu sebulan dan tinggal di rumah pangsa?
Itu sebab penderitaan rakyat ini.. menjadikan jiwa saya ‘memberontak’ dan tidak boleh menjadi seorang yang pura-pura kerana penderitaan rakyat ini, saya pernah melalui di zaman saya susah dahulu, tinggal dirumah pangsa membesar tiga anak. Hanya saya tidak menangis bila ditemui oleh mereka sama ada mengadu atau bercerita akan kesusahannya.
Itu sebab jugalah saya membuat status menegur seorang Ketua UMNO Bahagian yang berselfie atau bersuka ria diluar negeri atas alasan berbulan madu. Ini bukannya cara seorang pemimpin rakyat, itu pendapat saya. Jika kita tidak boleh membantu rakyat yang kita pimpin, jangan kita sakiti mereka dengan gambar atau photo kemewahan kita. Kerana kesan terlalu kuat untuk rakyat menolak parti dan kerajaan kita. Walau pun itu kita merasakan diri kita berhak untuk berbuat demikian, bercuti dan bergembira diluar negeri.
Tetapi jangan lupa, masa menyiapkan diri untuk menjadi pemimpin belia dahulu, saya diperingatkan bahawa jika saya telah melibatkan dalam aktiviti perkerja sosial dan juga pemimpin belia, politik dan sebagai dalam pertubuhan bukan kerajaan. Kamu sudah jadi dimiliki oleh masyarakat.. setiap gerakan kehidupan milik mereka.. masyarakat yang berada di sekeliling kehidupan kamu.. Maka berjaga dan waspada apa yang kamu hendak lakukan hal-hal persendirian kamu.
Hari ini, khasnya pemimpin politik, menganggap kedudukannya dalam jawatan dalam politik dan juga kerajaan saperti sebagai kejayaan peribadinya dan tidak terikat dengan rakyat dan masyarakat.. Maka dia tidak ambil peduli kelakuan dan perbuatan dikhalayak ramai.
Wahai pemimpin politik.. Misi kita masuk politik ialah untuk bersama menjayakan cita-cita politik untuk kebaikan bersama dan bukannya hanya hanya sagelintir diantara kita.
Sudah banyak Negara tumbang.. baik Negara komunis, demokrasi atau monarki sejak berabad dulu.. Bacalah secara sejarah mereka. Banyak alasan dan sebab diberikan oleh sejarah tetapi kurang yang menulis antara sebab kebangkitan rakyat ialah ‘lifestyle’ atau gaya hidup pembesar dan keluarga yang berkuasa.
Bagaimana kejatuhan Shah Pahlevi yang mempunyai kekuatan tentera, akhirnya tumbang. Bagaimana Ferdinand Marcos ditumbangkan dan lari dan mati diluar negeri, sehingga pihak Tentera berpaling tadah. Bagaimana Soeharto, hilang jawatan Presidennya satelah berkuasa sekian tahun lamanya.
Masa saya diberi latihan di Libya pada tahun 1989, dalam siri lawatan kerumah Muamar Ghadafi yang konun menjadi simbol simpati rakyat menganggap Ghadafi sebagai pejuang rakyat Libya..Rumah itu ialah rumah isteri kedua.. dengan katil yang mahal.. dengan pembuka air paipnya di bilik airnya bersalut emas. Saya katakan kepada kawan-kawan saya yang sama kursus.. Jika semua ini terdedah kepada rakyat yang ditipunya.. Ghadafi akan mati di kakilima. Begitulah kesudahannya Muamar Ghadafi dipijak oleh rakyatnya sendiri? Kerana hidup dalam kepuraan menjadi pemimpin rakyat.
Maka kesimpulannya saya menyeru kepada pemimpin UMNO.. simpan sikit kebodohan itu dengan mengumpulkan harta dan kekayaan dengan airmata rakyat. Saya kenal dengan beberapa orang yang berasal saperti saya.. hanya hidup biasa-biasa. Bila masuk politik, pegang jawatan tinggi sikit kemudian hidup berubah.. dan kemudian pandai bercakap soal survival melayu. UMNO dan Melayu hanya alat untuk memuaskan nafsu serakah sahaja.
Itu sebab dalam isu ‘Melayu’ saya tidak mahu melibatkan diri, bukan saya tak sayang bangsa saya.. Kerana sayanglah yang kadang kala status yang saya upload dalam fb saperti saya berada di parti pembangkang.
Terserah kepada yang membacanya, yang penting selama 45 tahun saya tidak menjual UMNO dan Melayu untuk kepentingan diri saya.
Januari 1, 2016
Bandar Sri Permaisuri,
Kuala Lumpur.