Selasa, 10 September 2019

Apa itu kemiskinan?.

1. Anwar Ibrahim bersuara soal kemiskinan yang kian melanda Malaysia. Hasil berbagai dasar yang diperbuat oleh Dr Mahathir Mohamad tidak dapat dipetik buahnya salepas 15 tahun persaraan yang selalu dibanggakan oleh pengikut taksub kerana pernah menyandang 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

2. Kemiskinan dari semakan dan kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu keatas Malaysia sudah dikira berat. Kerajaan PH sepatutnya memperakui akan kemiskinan yang berterusan rakyat Malaysia, tetapi disanggah oleh Dr Mahathir Mohamad kerana jika dia bersetuju dengan kajian kemiskinan itu, maknanya dasarnya selama 22 tahun adalah dasar yang gagal.

3. Apa itu kemiskinan dari pandangan Dr Mahathir Mohamad dan PM menanti Anwar Ibrahim? Biar saya jelaskan apa itu kemiskinan dalam masyarakat yang tertindas.
4. Kemiskinan itu sangat mudah difahamkan. Jika sesaorang itu tidak ada kemampuan bagi memenuhi keperluan hidupnya. Soal pertama ialah untuk makan, Jika selalu kita semua makan tiga kali sehari. Sesaorang yang tidak mampu makan hanya dua kali sehari atau sekali. Orang ini sudah dikira orang miskin. Jangan pula samakan dengan orang yang boleh makan tiga kali sehari tetapi makan hanya dua kali sehari kerana hendak menjaga badan atau ikut program 'diet' walau pun dia mampu makan tiga kali sehari. Sebaliknya orang miskin juga teringin dan hendak makan tiga kali sehari tetapi tidak mampu.
5. Kata pakar kemiskinan, orang tidak mampu biasanya disebabkan oleh bermacam-macam penyebab. Di antaranya ialah faktor alam dan faktor bukan alam, atau gabungan keduanya. Faktor alam menjelaskan, orang tidak mampu kerana alam atau tempat tinggalnya. Dimana sekitarnya tidak dapat diolah menjadi makanan.
6. Itu sebab kerosakan alam atau eko sistem kawasan setempat memberi kesan bertambahnya orang miskin. Laut dan Sungai tidak lagi menyediakan ikan untuk dimakan kerana perbuatan tangan manusia. Tanah tidak lagi menyediakan lahan yang subur kerana perubahan cuaca untuk dijadikan sawah, saliran air kering kontang. Hutan yang menjadi alternatif untuk mencari sumber makanan sudah bertukar menjadi ladang. Maka tidak ada lagi pucuk dan ulaman dan binatang buruan.
7. Jika faktor alam berkaitan dengan mudahnya mendapat sumber makanan, sekarang sudah tidak ada. Faktor bukan kerana alam pula ialah berkaitan dengan kemampuan membeli bahan makanan. Pada setiap orang yang semua bahan makanannya disediakan oleh orang lain (bukan faktor alam) untuk mendapatkan makanan perlu ada wang. Maka harus membayar untuk membeli bahan makanan. Bahan makanan itu perlu dimodalkan oleh pengilang atau pembuat. Itu sebab harga berbeza setiap bahan makanan.
8. Jika penyebab pertama berkaitan dengan kemampuan alam mengekalkan pengeluaran makan semula jadi saperti ikan dilaut dan sungai. Bercucuk tanam di tanah subur. Penyebab kedua ialah berkaitan dengan wang yang ada. Wang tidak jatuh dari langit, tidak pula saperti daun-daun yang mudah dipetik dari pokok. Wang hanya diperolehi bila seseorng berkerja atau berusaha saperti berniaga. Wang adalah alat tukar. Maka untuk mendapatkan wang seseorang kena menukarkan kebolehan dirinya dengan orang lain. Saperti berkerja sebagai tukang rumah.. maka dia mendapat upah atau gaji.. maknanya dia menukar keahlian bertukang menjadi wang. Ringkasnya jika anda berkerja, memberikan tenaga, fikiran dan waktu yang anda miliki kepada pejabat dan perusahaan tempat anda berkerja. Semua itu akan dibayar yang telah menggunakan tenaga anda.
9.Dan selain bekerja makan gaji, cara lain mencari wang ialah membuat perniagaan. Menjual apa sahaja yang diperlukan oleh manusia lain.
10. Maka, kemiskinan dapat difahamkan sebagai ketidakmampuan dalam memenuhi keperluan dasar berupa makanan dan minum. Dan tentulah ukuran yang dibuat oleh PBB kemiskinan di Malaysia sebagai ramainya kurangnya pendapatan untuk memenuhi keperluan hidup yang pokok. Dan kemiskinan itu disebut 'kemiskinan mutlak' atau bahasa di Malaysia kemiskinan tegar.
10, Di Malaysia soal kemiskinan adalah disebabkan orang boleh miskin kerana tidak memiliki akses pada sumber pendapatan. Saperti mendapat kontrak kecil agak sukar jika tidak ada cable dan terlibat dalam parti politik. Kemiskinan yang merata ini dipanggil 'kemiskinan relatif'. Kemiskinan relatif merupakan suatu kategori perbandingan yang menunjuk pada ketidak merataan yang selalu ada dalam keterkaitan peluang ekonomi tetapi juga tidak kemerataan kesempatan dan peluang di segala bidang kehidupan.
Sang Kelambai
Bandar Sri Permaisuri
September 10, 2019.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.