Ahad, 8 September 2019

Bila Anwar Ibrahim menyerang Dr Mahathir Mohamad. Kedua mereka saperti tidak bersalah


1. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah menyediakan laporan bukan sahaja dari datanya tetapi wakilnya melihat sendiri suasana kemiskinan itu di Malaysia.
2. Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri menolak laporan itu. Sepatutnya sebagai seorang Perdana Menteri dalam Kerajaaan Pakatan Harapan beliau sewajar 'membenarkan' kenyataaan PBB itu. Kerana UMNO itu beliau yang mengetuai untuk ditumbangkan sebagai Kerajaan selama 64 tahun, Dua tahun sebelum merdeka dan 62 tahun salepasnya.
3. Sebab beliau menolak laporan itu? Kerana beliau tahu bahawa jeritan dan pekikan sebagai Perdana Menteri 22 tahun semasa dalam UMNO dan bersara pada tahun 2003, hasil dasar-dasar yang dilakukan termasuk dasar 'Pandang Ke Timur' membuahkan hasil kemiskinan yang berterusan di Malaysia, kerana kesemua orang tahu.. bahawa setiap dasar akan dinikmati hasil satu generasi mudah.. ia itu 20 tahun.
4. Bagi memberi ulasan itu termasuk bakal Perdana Menteri menanti Anwar Ibrahim telah mengatakan saperti di petik dalam portal berita Malaysiakini, 'Bimbang dengan laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) mengenai kadar kemiskinan negara baru-baru ini, Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengkaji semula dasar-dasar ekonomi yang gagal terhadap negara'.
5. Tanpa Anwar Ibrahim sedari.. bahawa dia juga berada dalam membuat polisi ekonomi yang salah kerana beliau dalam masa yang sama Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri (1981-1998) selama 19 tahun. Maka kita perlu bertanya dengan Perdana Menteri menanti ini.. Apa dia buat selaku Menteri dan kemudian Timbalan Perdana Menteri dalam masa yang sama Menteri Kewangan?.
6. Bila Anwar Ibrahim memberikan kenyataan bahawa yang menyebabkan kemiskinan di Malaysia kerana dasar-dasar ekonomi, tanpa beliau sedar semua dasar-dasar yang membuah hasilkan bertambah kemiskinan di Malaysia telah diperbuat 100% oleh mereka berdua.
7. Dasar Ekonomi Malaysia tidak boleh disalahkan atas Dasar Ekonomi Baru. DEB jelas hala tuju dasar ekonominya, ia itu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat Malaysia.
8. Membasmi kemiskinan memperbanyak peluang perkerjaan didalam bandar dan juga di kampong dan desa. DEB mencadangkan kilang juga perlu didirikan diluar bandar. Pertunjuk aktiviti ekonomi berdasarkan kaum dikurangkan.. Melayu dengan pertanian sekali kecil, menjadi penjawat awam atau makan gaji, Orang Cina dengan ekonomi dan perniagaannya dan Orang India dengan imej tenaga buruh dan pekerja estate.
9. Mengeluarkan ketiga imej aktiviti ekonomi tiga bangsa ini, bukan mudah. DEB yang tamat pada tahun 1990 diganti dengan DEPAN -Dasar Ekonomi Panjang sehingga tahun 2020 dengan tidak melupakan asas DEB.
10. Kesimpulannya kedua mereka sama Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim mestilah mengambil tanggungjawab akan kegagalan mereka melaksanakan misi DEB dan DEPAN. Jangan persalahkan dasar, yang salah orang yang melaksanakan orang. Antara sebab tidak berjaya membasmi kemiskinan dan menyusun masyarakat, disamping ideologi ekonomi kapitalis menjadi tunjang dasar Ekonomi di Malaysia, dasar itu akan memperkembangkan antara Pemimpin dan pelaksana dasar@polisi amalan KKN-Korupsi, Kroni dan Nepostima.
Sang Kelembai.
Bandar Sri Permaisuri.
September 8, 2019

zmy.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.