Pagi ini saya hendak sekolahkan Menteri dan Timbalan Menteri UMNO, Ikutan dari ucapan PM Najib, yang beliau merombak kabinet bukan mahu para Menteri jadi pak turut atau 'yes man' kepadanya, dan juga minta Menteri jangan 'No Sir' pula.
Seorang Menteri dari UMNO kena memahami polisi tugas seorang Menteri ialah dia perlu melaksanakan semua dasar-dasar yang dipersetujui oleh Parti UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO.. dasar-dasar itu selalunya di panggil 'Usul' kebiasaanya melalui tiga asas penting perjuangan UMNO.. pertama Agamanya Islam, kedua ialah Ekonomi bangsanya dan ketiga Pelajaran atau pendidikan. Bagaimana pun terdapat juga usul-usul selain daripada tiga perkara itu.. saperti soal keselamatan.
Sejak merdeka dan juga wujudnya UMNO sudah beratus jika tidak beribu usul-usul di bawa oleh UMNO melalui UMNO Cawangan, Bahagian dan juga Perhimpunan Agung UMNO.. Persoalan berapa banyak usul itu sudah menjadi dasar dan polisi Kerajaan? jawabnya tidak ada data yang jelas usul-usul itu menjadi kenyataan atas dasar parti menguasai kerajaan.
Saya masih teringat dan usul Pemuda di zaman Anwar Ibrahim yang mendesak Kerajaan supaya mengharamkan semua bentuk perjudian di tahun 1984.. sudah melepasi usia 31 tahun..Usul itu tidak pernah menjadi kenyataan sebaliknya perjudian di 'halalkan' dengan perlesenan baru terus bertambah.
Maka seorang ahli UMNO yang menduduki kedua Dewan.. Dewan Rakyat dan Dewan Negara kata Perlembagaan Persekutuan boleh di lantik menjadi Menteri dan Timbalan Menteri dan dahulunya ada jawatan Setiausaha Parlimen oleh Perdana Menteri dengan perkenan YDP Agong. Malah jika tidak menjadi ahli UMNO boleh dilantik sebarang jawatan sebagai anggota pentadbiran awam, saperti Musa Mohamad yang pernah di lantik menjadi Menteri di era Dr Mahathir Mohamed sebagai Menteri Pelajaran tanpa seorang ahli UMNO.
Apakah tugas seorang Menteri?. Tugas seorang Menteri ditentukan oleh Perdana Menteri salepas di lantik menjadi Menteri.. Masa dia dipersetujui oleh YDP Agong.. hanya namanya sahaja dimasukan tanpa tugas. Salepas perkenan YDP Agong, sekali lagi dihantar senarai nama dengan tugasnya berdasarkan kehendak Akta Tugas Menteri 1969.. barulah terlaksana kehendak Perlembagaan Persekutuan yang mana YDP Agong mewakilkan kuasanya kepada Menteri dan Menteri hendak bertindak dengan memberi nasihat dan juga laporan kepada YDP Agong, samada di minta olehnya atau memohun persetujuan Tuanku.
Seorang Menteri disamping melaksanakan dasar-dasar partinya kerana sistem pemerintahan Malaysia melalui demokrasi berparlimen. Dimana orang persaorangan yang bertanding atas simbol parti yang dia menjadi ahlinya berhak bergabung sehingga menjadi majoriti didalam Parlimen bagi membentuk kerajaan.. Seorang ahli Parlimen di Dewan Rakyat..kedudukannya didalam Dewan Rakyat bukan atas partinya tetapi atas namanya dirinya, Parti itu adalah terkemudian, kerana dia bertanding atas namanya dahulu kemudian parti politiknya adalah lambang bagi memangkah atau mengundinya.
Itu sebab di Malaysia.. seorang ahli Dewan Rakyat yang berhenti atau meninggal dunia tidak boleh di ganti oleh partinya.. sebaliknya kena diserahkan semula kepada pengundi didalam kawasan yang diwakilinya. Maka perlu ada pilihanraya kecil bawah 36 bulan dan selebih dari itu terserah kepada Speaker Dewan Rakyat memutuskan.
Bila seorang Menteri masuk kepejabatnya yang portfolio telah ditentukan.. JIka bernama Kementerian.. dia akan di bantu oleh seorang Ketua Setiausaha yang bertindak sebagai CEO.. dan juga Ketua Pengawal Kewangan dalam Kementeriannya. Mengikut prosedur Ketua Setiausaha adalah penasihat kepada Menteri kepada sistem perlaksanaan dasar2 yang hendak di buat oleh Menteri tetapi tidak boleh mengambil peranan aktif dalam perkara-perkara pentadbiran dan juga soal kewangan.
Selaku Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Setiausaha adalah pegawai yang dipanggil untuk memberi nasihat kepada Menteri dan seorang Ketua Setiausaha sudah dikira menyelesaikan tugasnya dalam memberi nasihat samaada secara lisan dan bertulis.. Bagaimana pun Menteri boleh menolak nasihat Ketua Setiausaha itu selagi tidak bercanggah dengan undang-undang dan peraturan.. Jika sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang, Ketua Setiausaha boleh mendiamkan keputusan itu dengan tidak mengambil sebarang tindakan.. dan kebiasaannya seorang Ketua Setiausaha akan melaporkan kepada atasannya bernama Ketua Setiausaha Negara.. yang punya kuasa dan ases memberi nasihat atau melaporkan kepada Perdana Menteri akan sebarang tindakan Menteri dalam Kementeriannya dikira salahlaku dan bertentangan dengan amalan pentadbiran dan undang-undang.
Dalam amalan melaksanakan dasar yang dipersetujui Perhimpunan Agung partinya yang di kenali 'dasar parti menguasai kerajaan'. Seorang Menteri sama ada akan merujuk kepada Perdana Menteri atau Mesyuarat peringkat tinggi partinya. Jika sudah dilalui proses itu.. barulah Menteri mengarahkan satu kertas Kabinet di perbuat untuk di bincangkan dalam mesyuarat mingguan Kabinet..samada di tolak dan diterima secara konsensus ia itu 'sebulat suara'. Jika terdapat di kalangan Menteri Kabinet tidak bersetuju.. kertas Kabinet itu di kira telah tidak di persetujui oleh Kabinet untuk menjadi dasar.
Bagaimana pun mana-mana isu yang menyentuh dasar-dasar dan tugas yang di Pertuan Agong saperti hak-hak bumiputra di bawah fasal 153 Perlembagaan Persekutuan hendaklah Perdana Menteri merujuk kepada YDP Agong samada dibawa masuk dalam sidang Kabinet atau salepas persetujuan Kabinet untuk perkenan Yang Di Pertuan Agong. Jika ada keperluan persetujuan Majlis Raja-raja, persetujuan Majlis Raja-Raja adalah di perlukan.
Walau pun tidak tertulis didalam peraturan mana-mana pekeliling atau Akta.. Tugas seorang Timbalan Menteri ialajh membantu seorang Menteri..kebiasaanya seorang Menteri yang baik dan berkerja secara teamwork akan memberikan seorang Timbalan Menteri tugas khusus.. dan dia mempunyai kuasa yang di wakilkan saperti seorang Menteri berdasarkan tidak bercanggah dengan Akta yang dibawah kawalan Kementeriannya.
Seorang Timbaan Menteri yang berMenterikan bukan sama partinya dengannya.. selain membantu tugas Menteri.. Dia juga perlu memantau dan memberikan pandangan kepada Menteri..jika perbuatan Menteri itu tidak selaras dengan dasar-dasar partinya. Tugasnya ialah memberikan input kepada partinya dan tindakan ini bukan bererti dia melanggar Akta Rahasia Rasmi kerana perkara itu akan di bawa oleh pemimpin partinya yang juga seorang Menteri dalam sidang kabinet untuk di bahaskan samada bersetuju atau tidak.
Kesimpulannya seorang Menteri dan Timbalan Menteri yang di kenali sebagai seorang 'anggota pentadbiran awam'.. Dia mempunyai kuasa tertinggi dalam membuat 'keputusan'. Jika sorang Menteri berkata dia tidak ada 'kuasa' dalam Kementeriannya.. maka dia perlu masuk sekolah 'Bagaimana Menjadi Menteri' Kepada saya seorang Menteri yang berkata dia tidak punya kuasa..adalah seorang Menteri yang tidak tahu tugasnya atau seorang Menteri yang suka berbohung kepada rakyatnya. Dan Menteri saperti ini masih ada dalam Kebinet 1Malaysia pimpinan PM Najib.
Sang Kelembai: Saya jarang nak pergi jumpa Menteri di pejabatnya.. sebabnya tapisan nak berjumpa dia terlalu banyak.. Mula2 guard.. guard talipon PAR di pejabat Menteri.. PAR tanya Pegawai Khas.. Pegawai Khas tanya Setpol jika dia orang politik.. Setpol kena tanya S.u.S.. S.u.S kena tanya S.U.K... S.u.K kena tanya P.A. Menteri.. P.A. kena tanya Menteri.. itu sahaja sudah memakan masa 1 jam. Baiklah kita berkawan sahaja.. Macam saya nak jumpa YB Dseri Shafie Afdal.. sebelum raya lagi, dah cakap bukan minta duit raya atau minta projek..lepas raya ingatkan lagi.. Lepas kena pecat tak payah lah jumpa lagi.
Sang Kelembai: Saya jarang nak pergi jumpa Menteri di pejabatnya.. sebabnya tapisan nak berjumpa dia terlalu banyak.. Mula2 guard.. guard talipon PAR di pejabat Menteri.. PAR tanya Pegawai Khas.. Pegawai Khas tanya Setpol jika dia orang politik.. Setpol kena tanya S.u.S.. S.u.S kena tanya S.U.K... S.u.K kena tanya P.A. Menteri.. P.A. kena tanya Menteri.. itu sahaja sudah memakan masa 1 jam. Baiklah kita berkawan sahaja.. Macam saya nak jumpa YB Dseri Shafie Afdal.. sebelum raya lagi, dah cakap bukan minta duit raya atau minta projek..lepas raya ingatkan lagi.. Lepas kena pecat tak payah lah jumpa lagi.
Bandar Sri Permaisuri,
Ogos 3,2015
Ogos 3,2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.