Jumaat, 28 Ogos 2015

Vincent Tan dan Melayu 'Bangsat' dari sudut pandang UKAS


Masa saya berkuasa untuk menandatangan pinjaman TEKUN, ramai rakyat dan peniaga minta sokongan. Semuanya saya sokong selepas saya menemuduga mudah, bagaimana pun saya memberi tahu kepada pegawai TEKUN, surat sokongan saya bukan mutlak kelulusan dari UMNO sebaliknya TEKUN kena memutuskan secara adil dan profesional, jika ada di tolak berikan 'sebabnya'. Biasanya saya terima jawapan TEKUN kenapa di tolak permohonan sokongan saya.
Begitu juga sepatutnya berlaku dalam agensi Kerajaan khasnya UKAS@unit kerjasama awam dan swasta, walau pun ada seseorang penender masuk tender kerajaan dan ada hubungan rapat dengan Perdana Menteri meminta surat sokongan Perdana Menteri, apa ayat sekali di tulis dalam minit itu, sepatutnya UKAS bertindak Profesional dan ketelusan.
Dalam kes tender Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.. Vincent Tan dari Berjaya Group minta sokongan PM Najib dan PM Najib membuat surat dan minit sokongan.. Dan itu perkara biasa seorang Perdana Menteri memberikan sokongan atau minit kepada Menterinya, Jabatan dan Agensi Kerajaan.. Tidak menjadi salah.
Yang menjadi salah ialah bila minit Perdana Menteri digunakan sebagai alasan itu memberi tender itu walau pun tidak mengikut prosedur tender.. Saperti yang berlaku dengan Berjaya Group. Tidak hadir dalam taklimat Tender yang di berikan oleh UKAS tetapi boleh masuk Tender dan berdasarkan surat dan minit Perdana Menteri, syarikat Vincent Tan dari Berjaya Group di tawarkan tender itu dengan harga yang tinggi dari syarikat bumiputra. Maka keputusan itu menjadikan UKAS yang rata-rata pegawainya orang Melayu tidak peka dan prihatin kepada kepentingan syarikat-syarikat bumiputra.. Saya rasa jika di tawarkan kepada Vincent Tan atas sebab harganya murah dari syarikat bumiputra. Saya angkat tangan dan bersetuju. Di sini masalahnya.. Bila prosedur di langgar.. Harga tinggi dan bukan syarikat bumiputra. maka rakyat bertanya.kelebihan harga tinggi yang melepasi RM100 juta dari yang terendah.. Siapa makan?.
Saya tidak menyalah UKAS sahaja tetapi KSN@Ketua Setiausaha Negara perlu disalahkan. kenapa berlakunya dua kastam.. Kastam pertama di EPU dan kastam di UKAS. Sepatutnya sebagai KSN yang beliau pernah menjadi Ketua Pengarah mesti memahami apa fungsinya UKAS, meletakan Ketua Pengarah yang tepat dan terlatih.
Sekarang rakyat memerhatikan apa keputusan UKAS dan Kerjaaan pembinaan Terminal Bas Pantai Timur dan Utara.. Adakah syarikat yang sama membina TBS?
Akhirnya... kerajaan mesti memberhentikan sistem syarikat 'DUTA' saperti GAMUDA dan MMC.. Semua projek diberikan kepadanya dan syarikat itu untong diatas angin kerana syarikat itu macam bertindak saperti DUTA@ambassador kepada MRT yang dikendalikan oleh Syarikat milik kerajaan Pasarana Sendrian Berhad yang terletak di bawah Kementerian Kewangan di Perbadanan.
Sang Kelembai: Perkataan bangsat terletak kepada pengguna ayat .. Orang Kedah sudah biasa bangsat di negara orang ia itu satu yg positif untuk berpindah atau berhijrah. Orang Negeri Sembilan.. Panggilan bangsat kepada kawan-kawan yang rapat tanda rapat bersahabat.. Jika orang Pahang gunakan perkataan 'bangsat' memberi makna menghina dan merendahkan seseorang atau satu kumpulan orang. maka siapakah yang mem'bangsat'kan orang Melayu sehingga Melayu di anggap tidak boleh dan tidak cekap mengendalikan dan melaksanakan projek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.