Sempena muktamar PAS dan kemudian UMNO. Kedua pihak yang telah membuat pendirian kesatuan bangsa dan bukan sekadar perpaduan ummah dalam keperluan menterjermahkan dari kata-kata ke perbuatan memerlukan satu blue print yang difahami oleh ahli kedua pihak dan rakyat.
Garis besar perjuangan Islam mestilah melalui strategi vertical dan horizontal. Garis Islam sangat jelas. Melalui perjuangan amal-amal salih diatas jalan-jalan yang telah ditentukan melalui keredaan Allah.
Strategi vertical mungkin tidak ada masalah kepada ahli-ahli PAS dan orang islam yang lain, jika mengamalkan pembangunan jiwa atau pembinaan keperibadian Islam. Tetapi kerana UMNO perjuangannya yang bermula dengan kemerdekaan dan pembangunan negara, menjadikan sikap diri ahlinya saperti mengamalkan sekularisma. Maka kebanyakan ahli UMNO tidak membangunkan jiwa sesaorang muslim tetapi banyak kepada Melayunya.. satu sikap kebangsaan yang perlu juga diperjuangkan dan dipertahankan. Maka pembentukan jiwa Islam mesti bersama antara UMNO dan PAS yang dikenali dengan nama ‘hablum-minallah’.
Kemudian baru ke strategi horizontal. Sasaran anggota masyarakat yang membuat pilihan waktu pilihanraya. Disini horizontal bertindak membangunkan masyarakat dalam kehidupan bersama. Hubungan manusia dalam hubungan sosial ekonomi dan politik. Garis ekonomi mestilah dijelaskan.. komsep ekonomi yang lahir dari otak manusia mesti diubah kepada wahyu Allah, al-quran, hadis dan sunnah. Dan ini namanya ‘hablum-minannas’.
Strategi menggunakan hablum minallah dan hablum minannas perlu di mulakan sekarang dalam Perjuangan UMNO/PAS dalam kesatuan bangsa dan agama untuk negara tercinta Malaysia.
Persoalannya sudah bersedia ahli-ahli UMNO menerima strategi vertical bernama hablum-minallah dalam pembangunan jiwa mereka? Bolehkah dimulakan dengan keperibadian pembinaan jiwa takwa. Hanya ketakwaan sesorang kepada Allah akan menentukan kualiti perjuangan dalam bentuk strategi horizontal dalam menghadapi masyarakat pengundi yang bersifat komplek.
Ahli PAS dan UMNO perlu memperbaiki syahadatain.. sebagai ikrar seorang Islam dengan mengesakan Allah dengan tidak berjuang kerana orang, tokoh dan pimpinan pujaan. Syadatain ada ikrar berpegang tegug kepada al-Quran, Hadis dan Sunnah Rasullah s.a.w.
Sang Kelembai
Bandar Sri Permaisuri.
Jun 22, 2019.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.