Ahad, 23 Jun 2019

Pakaian Tradisi Kerabat Raja.


Masa saya budak, memang saya rakyat Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan. Kemudian rakyat Raja sudah dihapuskan sebalik menjadi warganegara Malaysia. Bila seorang Raja berkata pakaian itu pakaian tradisi Kesultannya. Rakyat biasa sudah tidak ada kaitan.
Siapa pun boleh pakai. Macam dahulu, penduduk sekitar Seri Menanti, N Sembilan dilarang pakai warna kuning. Itu hanya untuk mereka yang bergelar Raja dan kerabatnya. Tetapi sekarang, siapa ambil peduli. pakailah warna kuning itu atau warna apa pun tiada undang-undang yang melarang.
Apa pun soal disiplin atau peraturan yang dipakai oleh Rakyat biasa atau bahasa istananya 'orang kebanyakan' yang serupa dengan Raja, tradisi atau tidak, hanya boleh dikenakan dikalangan mereka yang berkerja dengan Istana dan kaum kerabatnya.
Kepada saya YB Menteri Sallehuddin Ayub boleh pakai apa sahaja baju, walau serupa dengan Rajanya. Beliau hanya melanggar arahan surat pekeliling, jika berpakaikan serupa yang di pakai oleh Raja jika masuk ke Istana mengadap Raja.
Jika begitu, Majlis Raja-Raja boleh menulis kepada pemimpin PAS dan sayap pemudanya. Sehari dua ini tular akan gambar pemimpin PAS berpakaian saperti Raja. Sebab mereka berpakaian tengkolok atau destar dan juga ada memanggil setanjak. Kerana itu pakaian Raja, bukan pakaian orang kebanyakan. Kecuali orang bergelar bertugas di Istana atau dengan Raja.
Orang kebanyakan dalam adat istiadat Melayu boleh memakai tengkolok jika di anugerah oleh Raja. Ini tradisi Raja Melayu. sekarang sudah bertukar dengan anugerah Datuk dan sebagainya. Pakaian tradisi Melayu bagi orang kebanyakan hanya sekadar lilitan kepala atau semacam semutar yang dipakai oleh orang Kelantan.
Maka jangan megah sangat dengan tradisi. Raja sendiri banyak yang telah melanggar adat budaya dalam memperbudayakan tradisi Kesultanan Melayu. Raja dan kerabat Raja juga perlu muhasabah diri mereka. Jangan asyik rakyat sahaja yang salah.
Sang Kelembai
Bandar Sri Permaisuri
Jun 23, 2019.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.