Isnin, 21 September 2020

Politik Sabah tidak pernah berubah.

Selama lapan hari berada di Kota Kinabalu dan sekitarnya meninjau dan berjumpa semua pihak yang bertanding mewakili parti yang bertanding, inilah pandangan saya.

2. Politik Sabah masih mengamalkan demokrasi sistem demokrasi memilih orang dan Parti Politik melihat para pengundi saperti tinggal didalam gua. 

3. Beberapa  ceramah, berkisar orang itu, yang berkuasa memburukan yang lama.  Mereka berkuasa di Kerajaan Persekutuan juga ikut rentak yang sama memburukkan orang berkuasa di negeri. Mereka tidak diajar atau didik  menggunakan demokrasi memilih wakil rakyat yang ditunjuk oleh Parti sebagai satu pasukan pembangunan negeri.


4. Apa faedah untuk rakyat mendengar semua ceramah ini.  Calon yang bertanding mewakili kawasan mereka. Adakah mereka tahu akan apa yang berlaku dalam kawasan pilihanraya, masalah dan masa depan kawasan yang bakal dia mahu di panggil wakil rakyat?.

5. Adakah dia sedar apa yang menjadi masalah rakyat? Soal perumahan usang, isi rumah yang masih belum berkemampuan hidup sejahtera kerana tidak  adapencarian ekonomi setempat. Anak muda yang tidak dirancang masa depan.  Kerajinan tangan (kraftangan) yang tidak di pasarkan dan menjadi bahan ekonomi keluarga, adakah kah akan di ambil perhatian? Bila berkuasa sebagai wakil rakyat.

6. Jika kita perhatikan calon-calon dan tukang kempen yang berceramah.. ada atau tidak dia bangkitkan isu ini? Purata tidak ada.  Bagaimana dia menjadi seorang calon, semasa berkempen isu tempatan dalam kawasan pilihanraya dia bertanding, dia pun tidak tahu.

7. Mereka masih bercakap dengan perkara yang tidak kenyangkan perut rakyat. Apa rakyat peduli, jika kamu berkata pilih parti ini, maknanya anda sokong saya jadi Perdana Menteri.Kenyangkah perut rakyat di pendalaman Sabah yang mengundi kasi menang parti Perdana Menteri? Apa dia dapat.

8. Ini persoalan demokrasi. Demokrasi rakyat memilih, salepas dipilih, rakyat tidak ada hak bertanya lagi untuk mengetahui janji janji masa berkempen. Selalunya di lupakan, dan bertambah parah jika orangnya sudah  berganti. Adakah kena bertanya dengan partinya.

9. Kesimpulan mana calon yang bertanding, walau pun dia bukan wakil rakyat yang dulu. Tetapi parti yang sama. Pengundi perlu menolaknya. Kerana Parti itu telah gagal dan tidak menepati janji.

10. Berubahlah  pengundi di Sabah. Pada 25hb sebelum tidur, dan kemudian biarkan anak dan keluarga kamu tidur dulu.  Kamu renong sedalamnya akan mereka yang tidur itu. Adakah tempat tidurnya sudah berubah dari beralas lantai dan tilam nipis, berubah ke katil  dan tilam yang baik.  Adakah bilik tidurnya berhawa dingin atau sekurangnya ada kipas.

11. Jika anak-anak yang tidur tidak berbaju.. tengok perutnya. nampak tidak tulang belulangnya. Setebal mana kulit yang menutup badannya.. gemok, kurus dan nampak sihat dan sebagainya.

12 Mana yang belum berkahwin. Tengok kehidupan kita sejak lima tahun yang lalu, berubahkah kita. Atau kita berubah atas sebab usaha kita, bukan kerana kerajaan. Maka buat keputusan mengikut selera kita.

Saya mengharapkan berubah para pengundi Sabah. Sejak dahulu hanya kerana kesedapan sekejap. Dapat duit, orang datang dan jamuan sana sini.  Lepas 26hb September.. akan akan ditinggalkan. Dan anda akan meneruskan kehidupan seterus untuk lima tahun yang kedepan.

SANG KELEMBAI
Sept 21, 2020


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.