Jumaat, 25 September 2020

Anwar Ibrahim bukan mahu jadi PM?..

Seorang bernama Anwar Ibrahim bekas Tim Perdana Menteri, seorang ahli politik berterusan sejak tahun 1981 dan juga seorang pensyarah jemputan beberapa Universiti terkemuka di United State, tak kan sebodoh itu bila buat kenyataan bahawa dia ada sokongan majoriti.

2. Apa dia majoriti?. Ada kelebihan. Maknanya Anwar Ibrahim ada kelebihan dari sokongan.  Tidak semesti sokongan itu membawa kepada bahawa dia akan di lantik kejawatan Perdana Menteri, walhal seorang Perdana Menteri masih ada saperti yang dikatakan oleh Muhyiddin Yasin di Sabah bahawa 'saya Perdana Menteri Malaysia'.

3. Bagaimana Anwar Ibrahim boleh jadi Perdana Menteri? Tuanku Agung tidak mempunyai bidang kuasa memecat Perdana Menteri tanpa perakuan dari Parlimen. Itu bentuk Raja Perlembagaan dalam amalan demokrasi Malaysia. Kuasa Raja tidak semuanya mutlak, ada fasalnya yang perlu dipatuhi mengikut Perlembagaan Persekutuan.

4. Maksud Anwar Ibrahim cukup jelas. Telah memaklumkan bahawa Kerajaan BN/Perikatan Nasional telah kekurangan kerusi di Parlimen. Dari segi Demokrasinya bahawa Kerajaan Mahyuddin Yasin telah kehilangan majoriti.  Maka terserah kepada Mahyuddin Yasin untuk menghadapinya. 

5. Kebiasaan bagi negara yang menghadapi masalah yang sama bila di umumkan oleh Ketua Pembangkang bahawa Pembangkang mempunyai kerusi yang lebih daripada Kerajaan berikut tindakan berapa orang penyokong Kerajaan 'menyeberang' ke pembangkang. Perdana Menteri yang sedia ada akan memanggil sidang Parlimen menentukan adakah tuduhan Ketua Pembangkang itu betul. 

6. Negara yang menghadapi keadaan politik dari sokongan Kerajaan berpindah kepada Pembangkang selalu berlaku dalam keadaan Kerajaan itu di istilahkan sebagai Kerajaan Campuran  dan tidak ada parti politik yang dominan dalam campuran itu. 

7. Kerajaan demikian daripada pandangan ilmuan politik adalah kerajaan yang lemah dan tidak stabil.

9. Berbalik kepada isu Anwar Ibrahim dalam kenyataannya. Kena di fahamkan bahawa tidak ada sepatah pun Anwar Ibrahim berkata dia akan mengadap Tuanku Agung dengan tujuan dia dilantik ke jawatan Perdana Menteri.

10. Apa sebenarnya ialah hendak menunjukkan bukti akan kenyataan dia ada asas dan kebenarannya.  Mungkin beliau mahu menjadi orang yang beradab dan menghurmati institusi Melayu Beraja. Mengadap Tuanku Agung sebagai sifat Ketua Negara tidak menjadi salah bagi seorang Ketua Pembangkang Parlimen.

11. Jika sudah dimaklumkan dan diberi tahu kepada Tuanku Agung. Terserah kepada Tuanku Agung bertindak mengikut Perlembagaan Persekutuan atas bidang kuasanya. Sudah pasti akan memanggil mengadap Perdana Menteri Muhyiddin Yasin dan menjelaskan apa bahan serahkan Anwar Ibrahim kepadanya.

12. Perdana Menteri hanya ada dua pilihan sahaja. Memanggil Parlimen untuk membincangkan soal hilang majoriti dan membawa usul percaya kepadanya. Dan kedua, dia meletakan jawatan untuk memberi laluan kepada Tuanku Agung melantik seorang Perdana Menteri atas bidang kuasa  Tuanku selaras perkara Perlembagaan Persekutuan tanpa memerlukan pendekatan saperti bulan Febuari 2020.

13. Maka kesimpulannya, dimana niat Anwar Ibrahim hendak mengadap Tuanku Agung supaya beliau dilantik sebagai Perdana Menteri? Selain daripada memaklumkan kebenaran kenyataannya. 

Kerana Tuanku Agung masih lagi mempunyai bidang kuasa menggunakan hak 'pada hemat' Tuanku Agung yang tertulis dalam Perlembagaan Persekutuan untuk Tuanku  melantik sesaorang menjadi Perdana Menteri. Dan keputusan itu tidak boleh dipertikaikan di Mahkamah kecuali Parlimen.

SangKelembai
September 25. 2020
Kuala Lumpur



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.