Ahad, 17 Januari 2010

UMNO dan Kucingnya

Umno satu parti politik Melayu. Umno sangat terkenal dengan sejarah perjuangannya. Dari “hidup melayu” bertukar ke “merdeka’ dari “Malayan Union” sampai ke “Malaysia”,UMNO sudah menabur baktinya. Orang Melayu yang menjadi ahli atau pun tidak, amat mengetahui apa yang UMNO lakukan kepada bangsanya.

Peranan UMNO bukan sahaja di kendalikan oleh pemimpin di Majlis Tertinggi tetapi oleh sayapnya yang bernama kaum ibu UMNO kemudian bertukar menjadi Wanita Umno dan Pergerakan Pemuda UMNOnya.

Kedua sayap ini melibatkan diri mencorakan hala tuju dan menjadi badan pengawas kepada kepimpinan UMNO. Pandangan dan kritikan kedua sayap ini tidak pernah dipandang sepi oleh pemimpin UMNO dizaman pimpinan Dato Onn, Tunku Abd Rahman, Tun Abd Razak, Datuk Hussein Onn dan Dato Seri Dr Mahathir Mohamed setakat di era Wanita UMNO di ketuai oleh Rafidah Aziz dan Pemuda UMNO di era Anwar Ibrahim dan Najib Tun Razak.

Hari ini bagaimana?. Di era UMNO dibawah pimpinan dahulunya Abdullah Hj Ahmad dan hari ini Dato Sri Mohd Najib Tun Abd Razak?


Mereka yang mengamati perjuangan Pemuda UMNO, sama ada menjadi saksi mata dan pelaku sudah pasti akan merasai kelainan yang amat sangat perbezaan dizaman mereka berada. Jika tidak keterlaluan era hari inilah nampaknya UMNO ke zaman gelap bila Pemuda UMNO langsung tidak berfungsi sebagai satu sayap didalam UMNO, malah saperti menjadi kucing parsi.. sedap mata memandang tetapi tidak ada pulangan.


Dimana silapnya? Agaknya samalah saperti simpulan bahasa yang terdapat dalam khazanah China yang berbunyi lebih kurang “shu shi yang mao” atau terjemahan bebasnya “tuan shu memelihara kucing”.

Apa yang diceritakan dalam khazanah China amat sesuai dibaca oleh orang-orang UMNO khasnya Ahli-ahli Pemuda UMNO Malaysia, cerita tidak terlalu panjang tetapi sangat menepati apa yang berlaku kepada Pemuda UMNO hari ini.

Bila Tuan Shu mendapati rumahnya dan gudang simpanan dagangannya dijadikan sarang tikus. Dia berusaha memusnahkan tikus tetapi gagal, akhirnya dia mengambil keputusan untuk memelihara kucing dengan harapan kuching itu akan memakan tikus.

Tekaan Tuan Shu betul, tikus dapat dihapuskan tetapi masalahnya ialah kucing yang dipelihara bukan berjumlah satu ekor pada asalnya, kerana dia jadikan hobi dan menyimpan koleksi kuching, jumlahnya sudah menjadi ratusan.
Kucing yang dipeliharanya adalah jenis yang tangkas dan tidak memberi ampun kepada tikus yang ditangkapnya tetapi satelah tikus sampai ketahap tidak berbenih lagi, maka makanan kuching tersebut perlu di ubah dengan membeli makanan daging.

Maka berubahlah kehidupan kucing peliharaan Tuan Shu, setiap kali lapar cukuplah dengan mengiau-ngiau. Maka makanan enak yang diberikankan itu menjadi kucing-kucing itu makan tidor sahaja dan jika lapar sekali lagi ngiai-ngiau dan seterusnya begitulah setiap hari.

Penghujungnya ialah anak cucu kucing pun jadi berlainan dari induk dan datuknya. Kucing yang diberikan bakat semula jadi menangkap tikus, hilang bakatnya kerana makanannya sudah disediakan dan lazat pula.

Dikisahkan pada satu hari , ada seorang keluarga Tuan Shu yang juga rumah kedatangan tikus. Maka tanpa berfikir panjang Tuan Shu memberikan dua tiga ekor anak kucing untuk dipelihara oleh keluarga Tan Shu dengan harapan supaya tikus dirumahnya boleh dihapuskan oleh kucing yang pernah berjasa keatas rumah dan gudangnya.

Apa yang terjadi kemudian, memang luar dugaaan. Satelah dipelihara dan kucing itu membesar, anak-anak kucing tersebut bukan menangkap tikus sebaliknya kucing itu merasa aneh ketika melihat tikus, dan bahkan merasa takut.

Kesudahan dari kisah Tuan Shu ialah bahawa keluarga yang diberikan kucing menanggung beban kerana kucing itu kena dilayan dengan makanan daging yang pernah diberikan oleh Tuan Shu.


Bagaimana dengan Pemuda UMNO hari ini? Adakah tidak persamaan dengan cerita kucing dan tikus itu?

Terserahlah kepada anda pembaca mentafsirkannya, saya boleh mengulas panjang tetapi saya biarkan anda menilai dan mentafsirkannya.

SangKelembai: Mendapat pendidikan politik dari “Singa UMNO” bukan sahaja ngaumnya kuat, cakarnya nya pun berbisa. Nasehat yang masih dipegang ialah”jangan menerkam orang dari belakang tetapi terkam dari depan” itu baru hero.

2 ulasan:

  1. pemuda umno mmg ibarat kucing parsi, gemuk gemuk.. bulu yang gebu hingga menyukarkan kita kenal pasti sama ada jantan atau betina.

    BalasPadam
  2. Nama Sdr Khairy sudah tercemar...RAKYAT sudah menolak beliau sejak dr awal lagi..DS Najib/TS Muhyiddin sepatutnya melakukan rombakan terhadap organisasi pemuda UMNO..jangan biarkan perkara ini berlanjutan sehingga ke PRu-13..Orang muda yg menolak Sdr Khairy akan menolak UMNO..

    Sdr Khairy perlu di letakkan sebagai senator atau tugas2 lain dlm kerjaan..

    Biarkanlah Sayap Pemuda diberi suntikan yg baru agar pemuda dapat berfungsi seperti yg sepatutnya dlm memperkukuhkan UMNO/BN..

    BalasPadam

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.