Sabtu, 25 Julai 2015

Bila Orang Bank Bercakap Politik


PM Najib membesar dalam komuniti politik.. dia menjadi pemimpin politik yang utama mentadbirkan negara. Adiknya nya Nazir Razak seorang ahli Bank dan bergantung kepada untong riba dlm perbankan.. Abangnya tidak mencari untong tetapi cuba menguntongkan rakyat supaya parti pemimpinnya boleh terus berkuasa..
Orang politik memimpin dia tidak boleh membetulkan yang tidak betul. Adiknya orang Bank.. jarang bank hendak membetulkan peniaga yang tidak betul.. Pada orang bank dia memberi pinjam.. dia mahu labanya.. Orang politik mahu rakyatnya ceria,sejahtera dan di untongkan dengan perancangan pembangunan prasarana dan ekonomi, dua kerjaya yang berbeza.. Jika bank tidak dapat laba atau keuntongannya dan peminjam tidak membayar modalnya yang di baginya. membetulkan perniagaan si penghutang tidak akan di lakunya...sebaliknya di saman dan akan bankrup.. hasil membankrupkan si pemiutang di kira bank sudah rugi. Dia tidak terkesan apa2..audit tak boleh menyalah sesiapa termasuk Nazri Razak sebagai pemilik majoriti di CIMB Bank..
Tetapi orang politik saperti abangnya Najib Razalk.. jika dia seorang yang berkuasa dan undang2 yang di buat di Parlimen bernama Akta membenarkan langkah2 pencegahan supaya tidak memudaratkan satu Kerajaan.. Undang2 tidak membenarkan Kerajaan membetulkannya, yang boleh di lakukan meng'aman'kan saperti mendiang Akta ISA.. malah menyaman rakyat pun tidak di benarkan kecuali perkara itu hal persendiriannya. Jika dia gagal dalam melaksanakan manifesto pilihanraya, partinya akan kalah dan hilang kuasa sebagai Perdana Menteri.
jika isu The Edge satu serangan peribadi kepada PM Najib.. The Edge mesti menyebut tulisan ini atas sifat atau kedudukan PM Najib sebagai peribadi.. tetapi yang jelas serangan The Edge adalah serangan kepada Ketua Kerajaan dengan berakhir kerajaan berparti itu akan kalah. Dengan berapa fakta dan konspirasi untuk membuat satu persepsi kebencian kepada karajaan, PM Najib cuba membetulkan dengan berbagai penerangan tetapi tetap di tolak..kerana persepsi yang di tulis oleh The Edge sudah men'mendaging' dalam otak dan badan rakyat, walau sudah di jawab dengan fakta dan buktinya.
Isu IMDB ialah isu bermula kepada RM42Bilion yang di pinjam kemudian gagal di bayar mengikut jadual.. bukan duit yang di ambil dari Perbendaharaan di beri kepada IMDB... Kesimpulannya pandangan seorang latar belakang politik yang di pilih rakyat dan seorang pemilik Bank yang pandai memutar angka tidak sama dalam menilai isu keselamatan dan ekonomi..

Sang Kelembai: Orang politik kena membetulkan jika rakyat di dapati salah dalam menerima dasar2 kerajaan atau serangan  dari pihak berkepentingan kepadanya melalui penerangan.. dengan penerangan itu.. itulah yang dikatakan membetulkan yang salah. Tak kan orang Bank tak tahu..
Bandar Sri Permaisuri
Julai 25,2015

Selasa, 1 Julai 2014

Apa itu jawatan kontrak seorang Profesor

Perihal seorang ahli akedemik bernama Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman yang juga Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM (UMcedel) yang di katakan di minta meletak jawatan sebagai Pengarah UMcedel secara paksa kerana kajiannya tidak berpihak kepada Barisan Nasional, dan tindakan itu khabarnya di sokong oleh seorang yang pernah menduduki Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan pernah menjadi Timbalan Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi, sebelum Kementerian itu di satukan atas nama Kementerian Pelajaran dengan meletakan jawatan sebagai 'fellow' Penyelidik Kanan dalam Univerisiti yang sama.

Dalam berita itu melaporkan juga yang Professor ini telah tidak di sambung kontraknya sebagai Dekan Fakulti Sains Sosial. Secara mudahnya senang di jawab bahawa jika jawatannya sebagai pegawai kontrak ditamatkan, maka semua jawatan tugasnya akan tamat secara serentak. Dari segi pentadbiran bukan satu perkara yang pelik dan menghairankan kerana itu adalah sistem pentadbiran yang berlaku. Ini memberi makna dengan jawatan sebagai Dekan, adalah sebagai hakiki, tugasnya sebagai Pengarah UMcedel adalah sebagai tanggung jawabnya. Jika jawatan hakikinya tidak ada, bagaimana dia boleh menjalankan tugas yang di tanggungjawab kepadanya.

Soal seorang pegawai kontrak dimana sahaja, tak kira sama ada di Universiti atau Jabatan Kerajaan, adalah progative Jabatan itu berdasarkan keperluannya. Biasa Ketua Jabatan akan memberikan perakuan kepada atasannya sehingga sampai ke peringkat yang menjaga kewangan, kebiasaanya yang menjaga Kewangan jika ianya satu agensi Kerajaan ialah Ketua Setiausaha. Di sini keputusan di buat atas sokongan bertulis dari pihak yang memerlukan pegawai itu, untuk tawaran baru atau penyambungan kontrak.

Jika di lihat dari kedudukan Profesor ini. Dia bawah bidang kuasa Naib Chenselor atau senat Universiti, merekalah yang membuat rokomendation atau sokongan.. Apa yang diputuskan itulah yang di ikut oleh Ketua Setiasuaha Kementerian Pelajaran kecuali ada arahan lain.

Maka adalah janggal bagi Kerajaan untuk menamatkan sseorang pegawai kontrak yang Profesionalisma jika dia tidak bercanggah dengan Undang2 Perkhidmatannya.. kerana setiap orang yang di bayar melalui wang peruntukan Parlimen masih terikat dengan terma-terma yang terkandong dalam Perkhidmatannya termasuk ayat lazim yang menyebut bahawa Jabatan mempunyai bidang kuasa untuk menyambung atau menamatkan kontrak perkhidmatan itu.

Bila pihak yang berkepentingan menulis dan mempertikai penamatan jawatan kontrak itu dan menuduh pihak Universiti atau Kementerian Pelajaran meminta Professor itu meletakan jawatan kerana alasan Professor ini telah membuat penyelidikan sekian lama tidak berpihak kepada Barisan Nasional sebagai penyebab dia di minta meletak jawatan secara paksa adalah tidak benar. Maka yang menulisnya termasuk bekas Timbalan Menteri yang memberikan simpati bukan seorang pentadbir yang memahami Perintah Am atau General Order yang mengikatkan seorang Pegawai Kerajaan sama ada dia berjawatan tetap, semantara dan kontrak adalah seorang buta huruf dalam mekanisma pentadbiran perkhidmatan awam di Malaysia.

Sebenarnya tidak ada kaitan langsung soal Professor itu selaku Pengarah UMcedel dia tidak d sambung kontrak dan diminta meletakan jawatan kerana sebab laporan-laporan yang di perbuat oleh UMcedel tidak berpihak kepada Barisan Nasional, sebabnya sebenarnya tidak di sambung perkhidmatannya yang mana di lantik ke jawatan Perkhidmatan Kontrak.

Laporan UMcedel yang mengatakan soal populariti kedua tokoh iaitu Najib Tun Razak dan Anwar Ibrahim sebagai perbandingannya yang mana Anwar Ibrahim lebih popular dari Najib Tun Razak yang menyebabkan dia buang, sebenarnya semua kajiannya dan laporan menguntongkan Barisan Nasional. Pihak pemikir dan strategi Barisan Nasional menerima baik akan soal selidik dan laporan itu. Dan Laporan Umcedel langsung tidak menyinggung Barisan Nasional sebaliknya dia memberikan panduan kepada Barisan Nasional untuk membetulkan segala yang dilakukan secara silap dalam masa menghadapi Pilihanrara.. Antara pandangan UMcedel yang di terima pakai ialah tidak ada lagi peruntukan dan pengistiharan secara terbuka akan bantuan kewangan dan projek kepada sekolah2 aliran Cina saperti yang pernah di lakukan selama ini dalam Pilihanraya Kecil. Bukankah itu salah satu daripada soal selidik UMcedel?

Pihak yang mengatakan Professor itu dibuang kerana laporan UMcedel tidak berpihak Barisan Nasional kurang tepat dan hanya sekadar mengambil peluang di air keruh. Kebebasan Akedemik telah pun di berikan sepenuhnya kepada Universiti, terserah kepada individu itu untuk mengarap idea dan pandangannya berdasarkan ilmuan yang ada padanya. Jika di katakan tidak ada kebebasan Akedemik.. bukan sahaja Profesdor itu ditamatkan kontrek.. semua Universiti termasuk para pensyarah adalah di larang menulis dan mengeluarkan kenyataan bidang ilmunya dan tidak pun seorang pensyarah yang pernah bercakap tidak berpihak kepada Barisan Nasional yang di ambil tindakan.

Kesimpulan isu penamatkan kontrek Professor Datuk Dr Redzuan menjadi keruh kerana penglibatan saorang bekas Timbalan Menteri yang berjuang untuk era politik baru tetapi tidak tahu apa-apa soal pentadbiran dan perjawatan dalam Perkhidmatan Awam, malah politik era baru yang di laungkan sudah di tolak dikawasan Pilihanraya sendiri dengan kekalahannya. Jika seorang bekas Timbalan Menteri ini tidak mencari udang dan ikan kecil dalam air yang keruh.. buaya-buaya tidak akan menjerit... kerana udang-udang dan ikan yang kecil jika berkerumun akan ada bangkai di situ kerana akan menjadi tukun untuk buaya senang mencari makan.

Sang Kelembai: Buat analisa dari keadaan yang nyata. Jika Anwar Ibrahim tidak menjanjikan Timbalan Perdana Menteri Kedua dari DAP.. Orang-orang Cina tidak bertukar hala.. Itu jelas

Ahad, 29 Jun 2014

Kabinet Malaysia sudah hampir ke Ali Baba dengan 40 Penyamun.

Pada hari rabu yang lalu Perdana Menteri Malaysia telah membuat kemasukan baru tiga orang menyertai kabinet 1Malaysianya yang menjadikan jumlah 35 orang ahli kabinet Malaysia ia itu kelebihan  5 orang dari seorang Menteri Kabinet menjaga 1 juta orang rakyat Malaysia.

Memang tidak di nafikan bahawa seorang Perdana Menteri mempunyai progative untuk melantik Menterinya, tetapi Perlembagaan Malaysia tidak memberikan progative kepada Perdana Menteri buat begitu kerana ada peruntukan Yang Di Pertuan Agong yang terlebih dahulu kena di perkenankan. Kesilapan berpuloh tahun ini kena di perbetulkan.

Di Malaysia ada dua ayat yang mempunyai perbezaan erti yang berlainan ia itu Kerajaan dan Pemerintah.. Kerajaan dan Pemerintah tidak sama didalam Perlembagaan Persekutuan.. Kerajaan adalah satu sistem pentadbiran menguruskan sebuah negara yang ada wilayah, ada rakyat dan memerlukan satu Kerajaan.. Maka Kerajaan di Malaysia adalah di pilih secara demokrasi atau pilihanraya.

Sebelum sebuah parti boleh menguruskan sebuah Wilayah dan membentuk Kerajaan.. Wilayah itu sudah ada pemerintahnya.. Bagi Malaysia pemerintahnya ialah Yang Di Pertuan Agong dan bagi Negeri-negeri dalam Persekutuan sama ada  Raja-Raja Melayu atau Yang di Pertua Negeri. 

Yang di Pertuan Agong adalah kuasa pemerintah bagi Persekutuan.. Bagi menunjukan kekuasaannya beliau adalah sebahagian Parlimen dan juga Ketua Tertinggi Angkatan Tentera, dia boleh bertindak sebagai Panlima Teringgi Angkatan Tentera janwatan bukan jawatan Kehormat, dia satu Jawatan Perlembagaan dan Panglima Angkatan Tentera kena memathui arahannya jika satu Kerajaan Awam tidak terbentuk saperti  dharurat  atau Kerajaan Awam itu di gulingkan oleh Parlimen.

Dari segi Perlembagaan juga.. Jika Parlimen tidak berfungsi.. Yang Di Pertuan Agong boleh melantik sesiapa sahaja menjadi Perdana Menteri dan Menteri. Maka kuasa progative sebenarnya tidak wujud dalam kuasa Perdana Menteri.. Tafsiran progative hanya sekadar apa yang seorang Presiden Parti atau Perdana Menteri hendak namakan sebagai Menteri, bagi mengesahkan progative terletak kepada tangan Yang Di Pertuan Agong, Jika beliau tidak bersetuju.. progative tidak menjadi paksaan kepada Yang Di Pertuan Agong untuk mematuhi walau pun Yang Di Pertuan Agong mengikut ayat Perlembagaan bertindak atas nasihat tetapi sebagai 'ruler' beliau adalah pemerintah dan boleh menolak nasihat Perdana Menteri dan membuat keputusannya sendiri. Dan kena di terima setuju atau tidak.

Bila Perdana Menteri menambah masuk  anggota kedua dewan ia itu Dewan Rakyat dan Dewan Negara saperti di benarkan oleh Perlembagaan.. dia hanya dilantik seorang Menteri, terkemudiannya barulah Yang Di Pertuan Agong menanda tangan tanggung jawabnya dengan porfolionya saperti mana kehendak Akta Tugas Menteri tahun 1961. Jika seorang Menteri yang tidak di wartakan porfolio melalu warta kerajaan  dia hanya sekadar Menteri dan sebagai Menteri yang tidak punya kuasa untuk melaksanakan dasar dan meluluskan apa.

Itu sebab menjadi persoalan orang yang memahami fungsi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.. maka bertanyalah orang ramai, Apakah fungsinya? sebab hanya sebilangan kecil orang yang tahu tugas-tugas Menteri yang di lantik di Jabatan Perdana Menteri, yang lain banyak yang tidak tahu, apa kerja di Jabatan Perdana Menteri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini..mula di perkenalkan oleh Tunku Abd Rahman Putra ia bermaksud untuk memberikan pejabat Menteri itu di kawasan Jabatan Perdana Menteri dan tugas-tugas membantu Perdana Menteri, itu sebab di panggil sebagai Menteri Tidak Berpotfolio.. tidak ada tugas rasmi. Tidak ada sama ada KSU atau Ketua Jabatan yang hendak melaporkan diri kepadanya.

Di Zaman Tun Abd Razak Hussein.. pemakaian nama itu di tukar kepada Menteri Tugas-Tugas Khas, antara Menteri yang pernah menyandang jawatan ini ialah Mohd  Asri Haji Muda, Mohd Ghazali Shafie dan Lim Keng Yaik. Masa itu tanggungjawab Menteri Tugas Khasnya ini amat jelas kerana kesemua Menteri ini membuat tugasan saperti mana arahan Perdana Menteri dan rakyat tahu pula tugasnya. Saperti Asri Haji Muda menjaga hal agama..Mohd Ghazali Shafie menjaga Penerangan dan Perpaduan Nasional dan Lim Kheng Yaik menjaga hal ehwal Cina dan Kampong Bharu.

Perdana Menteri yang mengubah nama jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ialah Tun Hussein Onn dan orang yang pertama memegang nama jawatan ini ialah Datuk Haji Mohamad Nasir bekas Menteri Besar Kelantan dan dari situlah hinggalah sekarang mana-mana Menteri yang tidak ada porfolio di panggil Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Sekarang khabarnya ada 9 orang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, persoalannya apakah tugas dan tanggung jawab yang di beri oleh Perdana Menteri? Adakah mereka yang dilantik ini akan melaksanakan dasar2 parti mereka yang mereka wakili dan bercakap soal  hal keturunanan dan etnik mereka? Jika berdasarkan kepada kenyataan apa yang tertulis, perlantikan mereka melengkapkan wakil2 dari berbagai keturunan dan etnik  penduduk Malaysia. Betulkah begitu?

Apa yang rakyat bimbang sekarang dengan terpalit dengan berbagai skandal rasuah bekas2 Menteri dan sehingga kini tertulis dalam blog dan media sosial akan perihal keluarga Menteri termasuk anak dan menantu Menteri, adakah anggota kabinet sekarang seorang yang bersih dari pada gajala rasuah dan penyelewengan dengan menggunakan kuasa mereka sebagai Menteri.

Rakyat mahu seorang Menteri mesti berpandangan kehadapan dan membawa rakyat mengejar cahaya kejayaan dan kegemilangan tetapi  apa yang rakyat nampak sebilangan besar Menteri tidak punya visi dan misi untuk meningkatkan taraf hidup rakyat bila dia bercakap sama ada ucapan dan juga sidang akbar, yang di tonton oleh rakyat terbanyak. Kesimpulan jangan sampai Kerajaan Barisan Nasional punya kabinet macam 'Ali Baba dengan 40 Penyamun' kerana jumlah anggota kabinetnya sudah hampir jumlah yang sama penyamun ali baba.

SANG KELEMBAI: Filem 'Ali Baba Bujang Lapok' telah mengkiaskan apa yang berlaku hari ini.. yang gelak sampai sekarang ialah 'lagi baik meniaga jual orang dari meniaga unta. Khabarnya Menteri yang keluarkan lesen kelulusan hamba abdi ini, setiap khamis sampai 300 orang nak berjumpa dengannya.. dan semua akan perihal meniaga orang/hamba abdi.

Selasa, 7 Januari 2014

Kerajan BN macam Kerajaan Anak-ku Sazali




Apa yang di rasai sekarang oleh rakyat dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan dengan tiba-tiba barang keperluan makanan dan perkhidmatan naik harga. Rakyat pun berparlimen di jalan raya membuat bantahan dan mendesak kerajaan membuat sesuatu yang boleh menurunkan harga. Tindakan rakyat itu kemudian bertukar rakyat pula  di tuduh  cuba menggulingkan kerajaan.

Bila di kenangkan apa yang kerajaan lakukan kepada rakyat, teringat akan filem melayu arahan P. Ramlee  pertengahan tahun 50an yang di cerita di beri tajuk "Anak-ku Sazali". Agaknya rakyat yang berparlimen di jalan raya akan berkata 'Kerajaan yang bersalah yang memanjakan rakyat membuta tuli'.

Sekian lama, rakyat di berikan dengan berbagai subsidi, untuk kepentingan politik dan kuasa. Rakyat di manjakan dengan berbagai bantuan, sehingga rakyat merasa segala bantuan menjadi haknya dan mesti ada setiap masa. Dan akhirnya kini rakyat menjadi sazali anak yang derhaka kepada bapanya.

Sebenarnya isu yang berlaku pada hari ini, bukan tidak berlaku di negara lain. Kerajaan tidak menyedari bahawa dalam era di abad 21 ini, perbelanjaan menguruskan negara dengan gaji dan elaun sudah menjadi terlalu mahal. Begitu juga pembiayaan subsidi berbagai keperluan kehidupan rakyat, semakin naik dan banyak menggunakan perbelanjaan dan wang. 

Atas kepentingan mahu terus berkuasa, Kerajaan memberi bantuan kepada rakyat sehingga tidak memikirkan bantuan itu akan menjadikan rakyat bertambah leka dan tidak berusaha dan akhirnya menjadi anak manja  yang tidak tahu berdikari.

Kini dengan tekanan hidup dan pendapatan gaji dari berkerja atau keuntongan dari berniaga menjadi tekanan kepada rakyat sehingga membuat mereka menderita dan sebagai mana anak yang dimanjakan pada umumnya, mereka selalu cenderung menyalahkan ibu bapanya, dan disini ibu bapa itu maksudnya ialah menyalahkan kerajaan.

Sebenarnya  masalah yang berlaku  kerana  kerajaan punya beban hutang yang tinggi, bagaimana juga sering berlaku dalam rumah tangga yang menanggung hutang, begitulah kerajaan. Akhirnya kerana hidup dengan berhutang luar dari kemampuan, akan berakibatkan bukan sahaja keluarga kucar kacir, satu kerajaan pun akan bermasalah dan boleh menyebabkan huru hara.

Keadaan sekarang terus bertambah parah, bila rendahnya kepercayaan rakyat pada pemimpin yang berkuasa. Maka bila rakyat memulakan pengunjingan  sedikit kepada pemimpin yang berkuasa akan dapat  menyebabkan rakyat berparlimen di jalan raya. Dan terus bertambah parah bila kesempatan itu digunakan oleh Parti Pembangkang untuk bersama mengambil peluang membakar perasaan rakyat dengan tindakan kerajaan yang kurang popular.

Apakah punca segala ini? Kerana kita punya sebuah kerajaan yang terbalik cara bertindaknya. Para pemimpin dunia yang waras fikirannya akan menggunakan masa di zaman keadaan krisis yang melanda rakyat dengan keperitan hidup akan mensubsidikan  rakyatnya dan merancang meningkatkan pengeluaran negara termasuk mengadakan projek-projek yang mampu menyerapkan banyak peluang tenaga kerja. Tetapi di Malaysia, kerajaannya mengurangkan subsidi dan juga mengecilkan projek yang sudah di rancang.

Mungkin Malaysia tidak boleh melakukan kerana kerajaan tidak mempunyai kewangan yang kuat. Maka perlulah ditanyakan, bukankah selalu dikatakan ekonomi dan kewangan kita kokoh dan kuat? Kenapa tidak boleh melakukan?. Dan memang tidak boleh melakukannya.. Itu sebab Kerajaan perlu merubah dasar ekonominya sekian lama yang diguna pakai saperti mana kata orang cerdik pandai. Sesat dihujung jalanm baliklah ke pangkal jalan.

Atau langkah yang terbaik gunakan pendekatan yang selalu digunakan kepada mereka yang berterusan sakit jika tulang yang patah sudah di rawat, mungkin kerana ada yang tersambung secara salah, cara mengubatnya adalah mematahkan kembali tulang itu dan menyambung nya secara betul melalui doctor-doctor yang pakar.

Oleh itu, perlu di perbetulkan dasar-dasar ekonomi kita terutama sikap Kerajaan yang selalu berpihak kepada kapitalis sehingga menyebabkan jurang kehidupan rakyat ternganga luas. Akhirnya yang ada ialah masyrakat klas yang kaya  dengan masyarakat klas yang miskin tanpa ada klas menengah. Sehingga tidak ada persaimbangan lagi dalam masyarakat Malaysia.

Antara cara terbaiknya  Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia mestilah meminda beberapa peraturan kesatuan sekerja untuk memberi lebih suara kepada kaum pekerja atas kebajikan mereka ditempat kerja bagi membolehkan pekerja-perkerja mendapat gaji yang setimpal dengan tenaganya yang berakhir akan menjana ekonomi negara. Selagi Kerajaan tidak memberikan perhatian kepada Kesatuan Sekerja sebaliknya memberikan tekanan kepada mereka, ekonomi negara dalam sektor pengeluaran dan perkhidmatan akan terus menurun dan akan berterusan terjadi gangguan ekonomi di tahun-tahun kedepan.

Kerajaan mesti mencari kelemahan dan musuh yang sebenar menyebabkan ekonomi Malaysia merosot dengan pendapatan negara dari segala cukai dan hasil tidak mencukupi mentadbirkan kerajaan.  Kerana musuh itu bukan berada di luar, sebaliknya di dalam tubuh kerajaan itu sendiri. Carilah.

Dasar pengswastaan yang diguna pakai sekarang adalah ditiru dari British bila mereka menghadapi ekonomi yang lemah bagi mengurangkan beban kewangan kerajaan tetapi hari ini dasar pengswastaan Kerajaan Barisan Nasional telah membebankan rakyat. Sepatutnya yang berlaku ialah pengswastaan akan membantu rakyat dan Kerajaan dapat hasilnya. Tetapi apa yang berlaku hari ini, Kerajaan bergantung kepada syarikat-syarikat pengswastaan saperti alat sokongan hayat. Maka rakyat menjadi bingung, maka bertanya  lagi rakyat. Adakah Kerajaan membuat perniagaan dengan rakyatnya?

Kesimpulannya apa yang berlaku hari ini.. bukan salah Rakyat, samada saperti yang berlaku kepada Anak-ku Sazali.. yang mula-mulanya sibapa  selalu menyebut.. anak-ku Sazali dan akhirnya menjadi penderhaka kerana dia dipelihara dengan dimanjakan. Bapa Sazali memanjakan Sazali kerana terlalu sayang akan anaknya.. Kerajaan BN memanjakan rakyat mahu kan sokongan.. Itu sahaja perbezaan.

Sang Kelambai: Teringat dialog Sazali: Sazali ada banyak pengikut dan mereka sanggup mati kerana Sazali. Siapa Sazali hari ini?




Ahad, 5 Januari 2014

Bila Menteri dah tua raikan hari jadi.




Rakyat Malaysia di kejutkan sebaik sahaja tamat perbahasan dan juga kelulusan Bajet@Belanjawan bagi tahun pentadbiran 2014 dengan pengumuman demi pengumumkan akan kenaikan beberapa harga perkhidmatan saperti tarif letrik, air dan tol dan juga kenaikan mendadak barang-barang keperluan hidup saperti gula dan makanan  lain termasuk makanan saperti ikan, ayam dan daging.

Kenyataan dan alasan yang diberikan oleh Kerajaan kerana kenaikan harga ialah setaraf melayan budak-budak seusia budak yang belum boleh berjalan atau dalam klas tadika. Maka rakyat yang sudah ditingkatkan  ilmu dan tidak ada lagi buta huruf menjadi marah. Marah bukan kerana harga barang naik atau harga perkhidmatan naik tetapi saperti di tipu hidup-hidup, tidak saindah slogan 'rakyat di dahulukan dan prestasi di utamakan.

Rakyat memang tahu dari segi pembacaan dan juga berita yang didengar bahawa ekonomi dunia tidaklah begitu baik dan pasti akan merebak ke Malaysia dan seterusnya menjejaskan ekonomi negara termasuk pendapatannya. Tetapi beberapa alasan itu saperti mempermainkan rakyat. Bagi satu kerajaan yang punya cerdik pandai dan khasnya orang politik yang berkuasa, sewajarnya memikirkan setiap patah ayat untuk disampaikan kepada rakyat, sebaliknya bila main sedap mulut. akhirnya Kerajaan Barisan Nasional pun di cemuh.

Sebenarnya tidak perlu untuk di umumkan langkah 11 perkara sebagai tanda prihatin kerajaan terhadap kenaikan harga. lagi pun semua potongan itu tidak akan membawa ke arah turunnya harga barang dan perkhidmatan sebaliknya menjadi bahan perdebatan antara rakyat dan kerajaan yang memerintah. Kenapa tidak, berapa sen sangatlah jumlah semua itu jika dipotong. Ada RM100juta? ada RM1Billion hanya dalam kadar tak lebih RM20juta.

Sepatutnya kerajaan banyakkan ucapan menasihatkan rakyat supaya bersedia berkorban dalam keadaan ekonomi tidak begitu kuat dan bersedia menghadapi dalam keadaan sementara. Bukanya membuat ucapan atau retorik yang menjadi rakyat marah. Dan yang terpenting ialah nasihatkan rakyat mulakan berjimat dan berbelanja hanya perlu.

Ayat yang paling mudah mempengaruhi fikiran rakyat dan rakyat akan menerima tindakan kerajaan dengan berlapang dada ialah nyatakan secara terus terang bahawa bajet atau belanjawan negara akan di potong dan akan di kecilkan.  Kita kena menerima realiti bahawa soal hutang luar negeri kita adalah antara penyebab kerajaan tidak lagi mampu memberi subsidi perkara-perkara perlu dan juga perdagangan kita yang agak kurang khasnya barang-barang utama kita.. saperti minyak kelapa sawit, getah kecuali minyak mentah dan sektor pembuatan untuk export.

Dan inilah  masa yang sesuai perkataan wasitiyah digunakan menggalakan rakyat supaya hidup sederhana. Jika saya seorang Menteri, saya akan membuat kenyataan satelah berunding dengan rakan-rakan kabinet yang lain mengumumkan  bahawa kami Menteri-Menteri dan juga Timbalan Menteri mencadangkan kepada Perdana Menteri bahawa kemudahan2 kami dengan sukarela di potong, termasuk beberapa elaun yang hak Menteri untuk perolehi dan tidak akan bercuti di luar negeri.

Tetapi apa yang berlaku? Beberapa Menteri dan keluarganya terus bercuti diluar negeri yang setiap Menteri  akan ditanggung tiket kapal terbang dan makan minum tidak kurang dibayar kerajaan hampir RM150ribu.. Jadi apa maknanya semua ini? pembohongan yang kita lakukan kepada rakyat dalam keadaan sedar.

Dan dalam keadaan rakyat miskin dan klas menengah mengalir alir mata, berdukacita atas kesengsaraan hidup tanpa wang tunai yang cukup di awal tahun dengan berbagai perbelanjaan yang kos hidup meningkat mendadak, ada Menteri yang buat hari jadi di hotel lima bintang.

Di dalam media sosial.. tersiar photo Menteri di raikan hari jadinya. Meraikan hari jadi memang tak salah tetapi amalan menyambut hari jadi biasanya  dikalangan budak-budak dan remaja atau orang muda dibawah usia 40tahun. Bagi mereka yang 40tahun keatas, kebiasaannya hari jadi hanya di raikan oleh kaum keluarga yang terdekat atau rakan-rakan di tempat kerja.  Kerana sambutan hari jadi memang dia akui akan mengiratkan keluarga dan juga persahabatan.

Hari ini menjelang tengah hari ini, ada seorang Menteri yang juga seorang Naib Presiden UMNO tertinggi akan menyambut hari jadi  atau Birthday yang mungkin ke 60 tahun. Memang tak salah juga meraikan hari jadi tetapi bila di buat di hotel mewah dalam keadaan sekarang, maka dia menjadi persoalannya ialah dimana wasitiyahnya atau kesederhanaan beliau sebagai seorang Menteri?

Mungkin ada alasan diberikan, bukan saya yang buat dan adakan majlis itu. Kawan-kawan saya yang buat dan adakan majlis hari jadi saya. Alasan itu itu hanya boleh diterima oleh mereka yang otaknya di kepala lutut. Bagi mereka yang otak dalam temporong kepala yang otaknya ada kiri dan kanan, mungkin sukar untuk menerimanya.

Pertama sebagai anggota pertadbiran awam, sewajarnya kita mengelak menerima sebarang jamuan yang diberikan oleh orang awam yang di panggil oleh Menteri itu 'sebagai kawan'. Dalam Akta SPRM pun ada ada menyebutkan soal rasuah ini termasuk memberikan jamuan. Kenalah kita berfikir kenapa 'tempua bersarang rendah'

Yang kedua.. adakah kawan kita melakukan setiap tahun sejak berpuluh tahun dulu macam Almarhum Tunku Abdullah kawan Mantan PM Dr Mahathir Mohemad yang mengadakan jamuan hari jadi kedua mereka sebelum PM Dr Mahathir Mohamad jadi Menteri dan Perdana Menteri. Jika sekarang Tunku Abdullah lakukan, SPRM tidak boleh mengatakan Tunku Abdullah memberi rasuah kepada PM Dr Mahathir Mohamad kerana jamuan meraikan itu sudah bertahun dilakukam.

Ketiga ialah kenapa buat di hotel.. kenapa tak buat di rumah?. Rumah Menteri itu bukannya saperti rumah pangsa PPR saperti yang terdapat di Parlimen Bandar Tun Razak. Pengalaman penulis sejak ada hubungan peribadi dengan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan tersenarai sebagai sahabat beliau seingat penulis sekian lama dan entah berapa kali majlis hari jadi beliau, semuanya buat di rumah termasuk di kediaman rasmi yang didahulukan sembahyang berjemaah.

Dan akhirnya keperluan apa untuk menyambut hari jadi dalam usia 60 tahun.. sebagai berlatar belakangkan pengetahuan agama, bukan kah setiap usia kita meningkat sebenarnya  usia semangkin tiada dan berkurangan. Bukankah lebih sesuai dari membazir wang jamuan dan beri makan kepada orang yang memang dah kenyang itu, kita adakan kunjungan kerumah anak-anak yatim dan membantu mereka yang miskin. Lagi berkah doa mereka kepada kita.

Oleh itu adakah kawan kawan kita yang berbelanja sampai berbelas dan berpuluh ribu RM untuk hari jadi kita hanya suka suka membuang wang begitu sahaja dan tidak mahu mendapat apa-apa balasan atau pernah mendapat balasan atau jasa kita.  wallahu'alam bissawab.

Sang Kelambai: Semangkin tua semangkin sedih mengenang untung nasib bangsaku.


Khamis, 2 Januari 2014

Perkataan Allah dilarang hanya di tulis.

Pagi ini saya nak menulis kepada yang lupa dari segi undang2nya dan bukan bererti saya tidak mempertahankan Islam. Masalahnya sekarang ialah Perlembagaan Persekutuan meletakan Islam agama bagi Persekutuan, dari segi moral Agama Islam adalah Agama Rasmi bagi Malaysia tetapi penguatkuasa Agama terletak didalam Negeri2 Melayu beraja dan bagi negeri tidak beraja dibawah bidang kuasa SPB YDP Agong.

Yang keduanya Rukun Negara adalah deklarasi negara dan dikira sebagai pedoman asas Malaysia bernegara. Kepercayaan Kepada Tuhan diletakan sebagai asas yang utama, bersesuaian dengan Perlembagaan Malaysia yang membenarkan kebebasan beragama.

Persoalannya bila Gereja menggunakan perkataan Allah bagi tujuan menyampaikan ajaran Kristian, tidak menjadi salah kerana dia dihadiri oleh penganut agama Kristian yang menggunakan injil. dan injil pula adalah antara 4(empat) kitab yang di akui oleh orang islam dan mestii dipercayai salepas taurat, zabur dan injil. kemudiannya kepada Al-Quran sebagai pelengkap wahyu Allah.

Maka penggunaan Allah didalam Gereja dengan tidak mempersendakan Allah yang esa sebagai tertulis dalam AlQuran dan diperbandingan, saya rasa tidak salah dan tidak bertambah salah jika dia tidak di ucapkan dikhalayak ramai khasnya kepada orang-orang Islam.

Maka kita mestilah melihat bukannya salah menggunakan perkataan 'Allah' oleh orang Kristian tetapi melihat bagaimana perkataan Allah itu di gunakan dalam ucapan. Itu sebab Mahkamah melarang penggunaan Allah dalam tulisan kerana jika ditulis dalam tulisan di mana sahaja dan bentuk apa saperti meletakan papan tanda di Gereja yang akan bertulis 'Rumah Allah' dan ini mestilah di larang dan salah.

Kesimpulaannya ialah kita mengharap pihak Gereja tidak menggunakan perkataan Allah didalam ceramah agamanya didalam Bahasa Melayu sebaliknya bagi melaksankan dan mematuhi 'Kepercayaan Kepada Tuhan' hendaklah ceramah dan pembelajaran agama Kristian digunakan dalam bahasa Inggeris sahaja.

Jika digunakan dalam Bahasa Melayu@Bahasa Kebangsaan, maka dia memberi pengertian bahawa Allah dari segi persepsinya bahawa Allah sebagai sebutan orang Islam kepada tuhannya sama saperti sifatnya pengertian Allah kepada agama kristian, kerana 100% orang islam di Malaysia diberikan kuliah, belajar agama dalam bahasa Melayu.

Sang Kelembai: Penggunaan perkataan Allah dalam tulisan tetap diperjuangkan di larang.

Rabu, 24 Julai 2013

Kantin sekolah heboh sekampong. Wajar atau tidak?

Kisah beberapa murid yang pasti bukan islam telah ditempatkan makan waktu rihat pembelajarannya, pada mula dikatakan di dalam tandas dan kemudian di katakan bilik persalinan. Berbagai pandangan telah diberikan dlm facebook dan juga blog.

Saya juga melibatkan diri dalam isu ini, walau pun saya tidak ada anak yang bersekolah lagi. Tetapi sebagai seorang bapa, saya merasakan apa perasaan ibubapa yang mengetahui anaknya ditempatkan di satu bilik yang bukan kantin, tetapi bilik bertukar baju saperti yang terdapat di kolam mandi dan pusat senaman. 

Bagi seorang kanak2 yang berusia bawah 12 tahun, perkembangan mindanya perlu di awasi. Maka saya berpendapat adalah tidak sesuai bilik makan  murid ini di satu kawasan bilik yang enviroment@sekitarnya tidak menceriakan  dipandang waktu makan. Tidak boleh samakan dengan guru yang sudah dewasa makan dalam bilik itu, samada secara berterusan atau sekali sekala dengan murid-murid yang setiap hari waktu persekolahanya menggunakan bilik itu. Bagi seorang dewasa, mindset dia sudah bertukar boleh menerima hakikat sekitarnya begitu, tetapi tidak bagi seorang bernama budak.

Bagi seorang budak, bertambah pula budak di zaman sekarang, cara fikir mereka sudah berubah. Mereka akan makan secara berkawan dan berbual, suasana di bilik persalinan itu akan menyebabkan selera makan mereka akan berlainan jika makan di kantin dan kawasan lapang, maka dia memerlukan makan dengan cepat dan meninggalkan dengan cepat dan ini tidak boleh dipanggil makan sambil berihat.

Tidak timbul langsung isu perkauman dan juga agama, jangan kita cuba menyimpangkan masalah yang sebenarnya kerana semua pihak  menerima isu ini sebagai isu yang 'tidak wajar' murid ditempatkan di bilik persalinan oleh pihak sekolah. Mungkin isu hanya biasa-biasa jika tidak ada yang membuat aduan dan membangkitkan tetapi perkara ini telah menjadi isu kepentingan ibu bapa di sekolah berkenaan dan juga ibu bapa yang lain yang mempunyai perasaan yang sama dengan ibu bapa di sekolah itu, kerana mungkin berlaku juga di sekolah anak mereka juga, tidak hari ini mungkin  akan datang.

Bagi seorang bapa walau anak saya masa bersekolah rendah di sekolah swasta, saya terganggu emosi saya bila melihat murid-murid itu makan dalam bilik yang terkurong, yang tidak bertingkap untuk meninjau ke luar. Maka saya memberikan sokongan kepada isu ini supaya di ambil tindakan yang mana wajar. Mencari biang keladinya di peringkat sekolah itu.

Jika tindakan itu keputusan bersama PIBG dan Pengurusan Sekolah, maka tindakan itu boleh dipertahankan kerana bukan keputusan sekolah sebaliknya keputusan kedua pihak. Oleh itu kes ini di anggap sebagai kes tidak ada penjelasan dan pemberitahuan. Kelemahannya masa tindakan itu pihak pengurusan sekolah atau PIBG tidak menghantar pekeliling kepada ibu bapa akan pemindahan tempat makan waktu rihat itu. Jika ini di lakukan, kemungkinan risiko masalah tidak ada.

Oleh itu, janganlah salah sangka atau prejudis kepada mereka-mereka yang menulis sama menghentam atau mencaci mahu pun maki hamun dalam isu ini. Kenapa kita tidak membuat penilaian risiko dalam satu keputusan yang dilakukan? Betul, kita telah membersihkan bilik persalinan itu selayaknya tetapi kenapa tidak di kunci atau ditutup terus pintu bilik persalinan itu supaya murid murid yang nakal tidak akan 'buang air kecik' dlm bilik persalinan itu, supaya bilik itu seolah di pandang tidak ada kaitan lagi dengan bilik persalinan.

Itu sebabnya, bila kita melihat sesuatu isu-su 'kepentingan awam' yang di bangkitkan dalam media sosial saperti facebook, kita kena membebaskan fikiran kita dari segi sempadan politik, kaum dan agama. Isu Sekolah di Pristana ini hanya satu dari beratus isu sekolah yang perlu di tambah baik. bukan sahaja dari segi infrastuktur bangunan tetapi juga kerjasama dua team di sekolah ia itu Pengurusan Sekolah dan PIBG.

Jika salah satu dari itu berpisah.. maka akan banyak masalah yang datang.

Sang kelembai:  Saya akan tetap mempertahankan prinsip 'saya tidak rasis tetapi saya nasionalis' dan teringat sebuah filem melayu yang dialognya.. "hitam ker! cokelat ker! putih ker!  kita rakyat Malaysia" Isu kantin adalah satu perkara semua anak bangsa Malaysia..

Ahad, 12 Ogos 2012

Tamrin Ghafar Cerai Tanpa Talak


Tamrin Abd Ghafar sudah umumkan menyertai PAS-Parti Islam Se-Malaysia. Tindakannya itu mungkin kerana surat ‘tunjuk sebab’ yang perlu dijawabnya dari UMNO kerana beberapa tindakannya yang dikatakan bertentangan  dengan Perlembahgaan UMNO dan merugikan UMNO. Tamrin Abd Ghafar  mengambil pilihan tidak menjawab  surat tunjuk sebab UMNO sebaliknya menyertai PAS.

Keputusan itu samalah saperti seorang suami yang keluar rumah dengan tidak menceraikan isteri. Soal suami nak bernikah lain.. itu haknya tetapi seorang suami ada tanggung jawab. Selesaikan cara baik, dan jika bercerai pun secara baik. Jika ada anak yang ditinggalkan perhubongan manusiawi masih ada.

Saya pun pernah bercerai kerana perkahwinan  tidak boleh dikekalkan kerana ada perbezaan pendapat dalam satu hal, bagaimana pun penceraian dengan seorang ibu kepada tiga orang anak saya secara baik. Kami tidak bermusuhan dan malah saya dan bekas isterinya memegang kod etika tidak menceritakan hal-hal rumahtangga kami kepada orang lain. Terutama kepada tiga orang anak saya. Beliau tidak pernah memburukan nama saya kepada anak-anak saya dan begitu juga saya. Maka akhirnya bila bekas isteri saya meninggal dunia, saya menguruskan semuanya dan anak-anak cukup menghormati saya sehingga kini.

Begitulah jika dibawa didalam politik bila kita menceraikan isteri kita yang kita tidur bersama bertahun-tahun, dapat anak-anak dan hinggakan dengan sokongannya kita boleh menikmati hidup yang baik. Itu sebab bila kita bercerai, bekas isteri kita boleh menuntut harta sepencarian walau pun dia hanya suri rumah.. kerana segalanya kita kongsi. Itu sebab namanya perkongsian hidup.

Perkongsian politik Tamrin Abd Ghafar dengan UMNO berakhir bila menyertai PAS. Dan tindakan politik nya itu bukanlah tidak dijangkakan malah sudah diduga. Hanya yang agaknya menarik ialah alasannya menyertai PAS dan menceraikan UMNO tanpa talak hanya kerana UMNO sudah keluar dari landasan perjuangannya. Biasanya jika keretapi keluar landasan, banyak yang cedera dan kemungkin mati pun ada. Jika itu alasannya kenapa tak bagi tahu kepada pemandu lokomotif (keretapi) supaya berhati-hati atau sendiri menunjukan mana landasan yang dah rosak dan perlu di baiki?
Jika itulah alasannya soalan yang hendak ditanya.. sekian lama berada dalam UMNO.. adakah UMNO tidak pernah berada dalam landasan yang betul?

Membangun dan membina demokrasi bukannya mudah.  Banyak halangan kena ditempoh dalam membangun secara sempurna sebuah iklim politik, khasnya sebuah demokratisasi satu bangsa, bukannya semudah membalik tangan, apalagi bilangan peserta demokrasi itu kurang memahami apa itu demokrasi.

Maka perlu kita bertanya dengan Tamrin Ghafar yang pernah menjadi Ahli Dewan Negeri dan juga ahli Parlimen di Melaka adakah beliau tahu ‘berpolitik’ itu adalah satu kata kerja dengan berbagai macam pandangan dan penilaian.

Rakyat melihat dan mengatakan berpolitik dan para ahli ‘politikus’ saperti Tamrin Abd Ghafar adalah menghalalkan cara untuk mencapai kepentingan atau menilai politik tidak lebih dari memperjuangan kepentingan peribadi. Kerana UMNO tidak ada salah kepada orang saperti Tamrin Abd Ghafar jika kehidupannya tidak saperti dulu. Berusahalah sendiri dan jika tidak dibantu oleh pemimpin UMNO jangan ada perasaan kecewa.

Saya perhatikan pemimpin politik ini hanya akan menampakan dia berjuang hanya bila tidak ada kuasa.. masa ada jawatan dan kuasa. Apa agaknya mereka lakukan? Adakah mereka bersuara sehingga akan berisiko?

Sang Kelambai: Saya cukup berhati-hati dalam tindakan politik saya. Biarlah saya kena pecat dalam UMNO dari saya nak keluar dari UMNO. Saya tidak mahu 40 tahun saya berjuang dalam UMNO dengan tiba-tiba menjadi Istana Pasir.

Selasa, 21 Jun 2011

Pejabat PM Najib yang perlu di tranformasikan dulu.




PM Najib berkata di dialog antarabangsa Langkawi yang sebilangan besar pesertanya dari Benua Afrika supaya jangan takut dengan melaksanakan tranformasi.
Melaksanakan tranformasi memang satu amalan yang baik. Tetapi dari mana hendak bermula? Satu jawabpan perlu diberi dahulu sebelum dilaksanakan.
Bagi sebuah negara yang sudah merdeka di gerbang 54 tahun, Sabenanya sudah berpuluh kali tranformasi dilakukan tetapi tidak sehebat hari ini. Semuanya hendak tranformasi, ayat itu digunakan dimana-mana.
Maka apakah tranformasi yang hendak dibawa oleh PM Najib, adakah satu dasar yang menyeluruh? Atau ada beberapa perkara sahaja yang di perlukan tranformasikan. Ambil dahulu dalam soal pentadbiran kerajaan itu sendiri, adakah sudah ditranformasikan.
Jika PM Najib terus bersetuju dengan seorang pegawai turus di perkhidmatan awam yang sudah menjangkau usia 58tahun, disambung lagi perkhidmatannya sebagai Ketua Setiausaha Negara sehingga usia 61 tahun dan seorang Gabenor Bank pusat yang sudah berusia 60 tahun disambung tugas sehingga 65 tahun adakah satu tranformasi? Adakah selama 50tahun ini kita gagal melahirkan ahli pentadbir yang bijak, ahli ekonomi yang terhandal? Atau kita tidak berjaya melahirkan modal insan.
Jika lonjakan ekonomi dimulakan mengambil tanah-tanah kerajaan dan diberikan kepada IMalaysia Develoment Berhad (1MDB) kemudian IMDB dengan tidak mengambil kira kepentingan negara dimasa depan. Akhirnya jangka panjang merugikan rakyat, bila mana 30 tahun kedepan kerajaaan masa itu terpaksa pula menggunakan akta pengambilan tanah-tanah milik rakyat bagi keperluan masa itu. Adakah itu maksud tranformasinya.
Kenapa tidak merancang bandar baru saperti yang dibuat oleh pemikir-pemikir perancang ekonomi tahun 60an yang tidak sehebat Zetty Aziz, hingga lahir Bandar Baru Bangi dan Shah Alam dan beberapa bandar baru. Kenapa tanah-tanah perladangan yang tamat tempoh pajakan tidak diambil semula oleh kerajaan dijadikan kawasan pembangunan baru, kenapa dipersetujui pertukaran status tanah dari pertanian ke perumahan dan komersial? Adakah itu bukan tranformasi tanah?
Akan ada beratus senarai yang akan ditulis yang memerlukan tranformasi jika benar kita mahu “tran” ia itu menyeluruh dalam reformasi kita. Belum masuk lagi perkara lain, Contuhnya kita mahu penjaja haram dan kakilima dihapuskan tetapi dalam masa yang sama kita keluarkan lesen penjaja. Kita suruh mereka berpindah tetapi foodcourt tidak dibina, jika ada pun dikawasan komplek atau mall, harga sewaan tidak termampu oleh penjaja dan peniaga kecil.
Akhirnya orang saperti saya yang terlibat dalam politik dan menjadi ahli Parti yang bernama UMNO akan bertanya adakah tranformasi ini akan dimulakan oleh UMNO sendiri ia itu melalui pemimpin-pemimpinnya khasnya PM Najib dan timbalannnya TPM Muhyiddin, belum termasuk Ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO yang sebilangan besarnya semasa hendak membuat pemilihan dahulu suara macam harimau dan bila terpilih saperti kucing meminta ikan.
Kepada saya UMNO yang perlu di tranformasikan, yang perlu diubah, bukan sahaja perlembagaannya tetapi perangai pemimpinnya.
UMNO sebenarnya tidak pernah belajar kenapa dengan tiba-tiba ditolak oleh rakyat pada pilihanraya umum 2008 dengan kekalahan di empat kerajaan negeri yang dikuasainya dan kekal tidak dapat menguasai Kerajaan Kelantan.
Segalanya bermula dengan pemimpin UMNO sendiri. Soal dasar dan sumbangan UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional tidak ada sesiapa hendak menafikan apa yang sudah dilakukan oleh UMNO ini selama 50tahun Merdeka.
Kenapa pada tahun 2007 menjelang Malaysia meraikan 50tahun kemerdekaannya tidak saperti Kerajaan Perikatan meraikan 10tahun kemerdekaan ditahun 1967. Dimana beberapa pamiran dan keraian dilakukan melibatkan rakyat berbagai kaum. Jika tidak kerana perayaan 10tahun itu, kemungkinan dipilihan raya tahun 1969 lagi parah keputusannya.
Berbalik semula ke dasar-dasar tranformasi yang sewajarnya dimulakan dalam batang tuboh UMNO.. adakah sudah dilakukan dengan dimulakan pemimpin UMNO ini berubah cara tingkah lakunya.
Pemimpin UMNO ini dalam istilah politiknya sudah menjadi gulongan ‘borjuis’ walau sebenarnya asal mereka juga dari kaki lima. Saya perhatikan sikap borjuis ini dikalangan pemimpin UMNO ini yang menyebabkan rakyat khasnya generasi baru dari berbagai kaum naik menyampah dengan pemimpin UMNO belum termasuk lagi gulungan yang berlagak aristokrat.
Jika dibandingkan majoriti rakyat hari ini.. mereka tidak termasuk dalam gulongan borjuis jauh sekali mereka aristokrat. Tetapi bagaimana rakyat dizaman 50an dan 60an boleh menerima gulongan aristokrat menjadi pemimpin mereka walhal mereka adalah proletariat dan petani.
Kenapa Dato Onn, Tunku, Tun Razak, Tun Ismail dan berderet lagi pemimpin UMNO dari gulongan aritokrat dan borjuis Melayu diterima oleh orang-orang Melayu, malah kematian mereka ditangisi. Jawabpannya mereka memang keturunan aristokrat dan datang dari gulongan borjuis tetapi mereka tidak pernah menunjukan diri mereka dari asal dari gulongan itu.
Mereka pemimpin melayu sejati, mereka terbuka untuk menerima pandangan pengikut dan penyokungnya, berdamping dengan rakyat dimana sahaja.
Berbeza hari ini.. pemimpin UMNO yang asal dari kakilima dan dapat sedikit pelajaran dan masuk universiti akhirnya dianggap intelek, mereka pula sekarang berlagak macam aristokrat dan berjouis besar.
Mereka yang memegang jawatan Menteri dan Menteri Besar satu perkara, yang hanya ahli Parlimen dan ahli Dewan Negeri satu perkara lain ditambah lagi dengan Ketua-ketua UMNO Bahagian yang sibuk menggunakan jawatan untuk mencari projek memperkayakan diri.
Satu perkara yang pemimpin ini terlupa bahawa mereka membesar didepan beribu pengundi dan pemilih dalam kawasan pilihanraya. Sebilangan besar pengundi tahu asal usulnya. Jika perubahan kehidupannya mendadak dan luar biasa. Maka disoal, mana punca dan datang kekayaan itu? Jika tidak menjual jawatan dan melacurkan pengundi dan ahli UMNO?
Kesimpulannya bahawa rakyat bukan mahu terlalu banyak tranformasi hanya hendak satu tranformasi sahaja ia itu pemimpinlah tranformasikan diri.
Dalam wall saya di facebook, saya katakan bahawa jika saya yang memberi tangan surat kepada PM Najib sendiri dan saya tahu bahawa PM Najib akan menyerahkan surat itu kepada pembantunya untuk mengambil tindakan susulan. Akhirnya tidak dapat sebarang jawabpan.. bukan surat itu minta sokungan projek tetapi membincangkan kepentingan rakyat tidak dilayan. Bagaimana dengan surat rakyat yang lain. Adakah itu salah PM Najib?
Itu sebabnya bagaimana pun yang lama juga di puji orang. Tun Dr Mahathir Mohamed semasa menjadi Perdana Menteri setiap surat yang dihantar akan dijawab sama ada oleh dirinya sendiri atau pegawainya. Itu sebab banyak orang menyimpan surat jawabpan Tun Dr Mahathir Mohamed sebagai satu kenangan dengan pemimpin.
Saya tidak salahkan PM Najib tetapi pembantunya. Kenapa pembantu tidak melayan surat yang berkepala surat lambang UMNO sendiri agaknya kerana saya siapa. Memang saya bukan siapa.. tetapi saya Setiausaha UMNO Bahagian satu UMNO Bahagian yang hanya berjumlah 191 sahaja. Bagi pembantunya yang bertaraf Setiausaha Sulit Kanan dan kiri, Setiausaha Politik dan juga Pegawai-pegawai Khas tolong jangan ambil kesempatan atas kelemahan PM Najib anak seorang aritokrat melayu itu. Jangan sibuk menukar cover proposal dan mencari komisyen dan membuat rumah banglow, dimata rakyat memandang.
Saya sudah melalui zaman Tun Razak,Tun Hussein, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya dizaman PM Abdullah dan PM Najib sahaja yang saya lihat banyak pegawai-pegawai di pejabat PM bergelar Datuk Seri dan Datuk, yang belum ada ialah gelaran Tan Sri kepada pegawai-pegawainya, saya rasa dizaman PM Najib nanti akan ada gelaran Tan Sri akan diberi kepada Pegawai Khasnya saperti Azlin Alias.
Ingatlah PM Najib pernah menang hanya dengan majoriti bawah 250 undi di Pekan, Jika beliau menang hanya di Pekan tanpa menang ditempat lain kalah, beliau tidak juga menjadi Perdana Menteri. Saya tidak akan mengeluarkan wang walau sesen pun untuk dapat berjumpa dengan PM Najib saperti mana saya dengar dan di beritahu bahawa ada orang disekeliling Pejabat PM Najib diberikan wang beribu-ribu dulu untuk dapat berjumpa dan potong que. kerana itu soal nak berjumpa itu, bukan kepentingan saya.
Kesimpulanya bertranformasikan sikap supaya jujur dan amanah.
Sang Kelembai: Ahmad Maslan hantar msg minta saya hantar semula surat yang dihantar. Konunnya nak bantu dapat temujanji. Saya sudah tidak berminat berjumpa lagi. dengan PM Najib. Jika saya telah mulakan mengangkat sauk dan layar berkembang, saya akan mulakan pelayaran saya. Biar sebesar mana gelombang dan gelora akan saya tempoh.

Ahad, 19 Jun 2011

Saya bukan Ronggolawe di Kerajaan Majapahit


Dalam sejarah Jawa sehingga terdiri kerajaan Majapahit ada seorang yang rapat dengan Raden Wijaya bernama Ronggolawe. Ia ikut serta membangun membina satu kawasan menjadi satu kerajaan yang akhirnya dinamakan Majapahit.


Ronggolawe atau ada juga yang memanggilnya Ranggalawe memang seorang yang suka membuat kritik, sehinggakan dia tidak sedar bahawa dia adalah sebahagian orang yang membina kerajaan itu.


Memang Ronggolawee tidak disukai, bukan kerana ia berbuat jahat atau berkhianat tetapi kerana keteguhannya dalam prinsipnya.


Akhirnya ia berhenti dengan tugas yang berkuasa itu, kerana tidak tahan lagi menghadapi masyarakat yang membesarkannya. Malah ia sudah tidak tertahan lagi bila dihadapkan pada perilaku “jilat menjilat” orang disekitar Raja yang ingin mendapat nama dengan cara mengadu domba, menfitnah dan antara lain menjelek-jeleknya.


Kerana muak dengan perangai Pembesar dan orang disekitar Pembesar Majapahit, akhirnya dia keluar dari lingkaran kekuasaan dan menjadi oposisi kepada rakan-rakan yang dahulunya bahu membahu berjuang mencapai cita-cita bersama.


Begitulah saya. Saya telah membina 40tahun UMNO ini. Saya tidak sama sekali menyesal menyertai dan melibatkan diri dalam perjuangan UMNO, malah tidak terkilan langsung tidak dapat apa-apa pengitirafkan sama ada diberi pingat, kata-kata perangsang atau pulangan mendapat projek.


Saya sudah mendiamkan diri selama tiga tahun salepas BN/UMNO hilang kerusi 2/3 di Parlimen dan kehilangan kuasa memerintah di empat negeri. Saya menyertai UMNO semula satelah saya dipecat secara tidak adil bila pemimpin masa itu menjadikan UMNO sebagai satu perusahaan peribadinya, main ikut suka.


Salepas saya menyertai UMNO dan pemimpin yang memecat itu tidak berkuasa lagi, baru saya dimaklumkan memang keputusan itu berlawanan dengan keputusan Lembaga Disiplin UMNO yang mengadili saya dengan 22 tudohan itu. Sebenarnya saya hanya “di beri amaran” sahaja kerana saya telah pun mempersiapkan surat “permintaan maaf dan aku janji tidak menulis kritikan lagi”.


Untuk tempoh tiga tahun saya tidak berbuat apa2 terhadap blog saya “Sang Kelembai” kecuali menulis perkara-perkara ringan sahaja. Kebetulan ada media baru bernama facebook.. maka facebooklah tempat saya menyampaikan kritikan dan pandangan saya tetapi dia hanya 50% dari sikap mengkritik saya yang sebenar.


Satelah memikirkan dengan aset peribadi dan pengalaman melalui pembelajaran dan terlibat dalam membentuk dasar di dalam UMNO tidak digunakan oleh Pembesar UMNO, saya rasa, saya perlu kembali ke habitat yang saya sebenarnya. Biar saya berurus terus dengan rakyat.


Walau pun hari ini saya masih kekal sebagai Setiausaha UMNO Bahagian di P124 Bandar Tun Razak, satu jawatan yang mempunyai hampir 99% kuasa Ketua UMNO Bahagian, yang memisahkan ialah perkara-perkara dasar yang hak Ketua UMNO Bahagian memutuskan dan juga kuasa-kuasa yang perlu dirujukan kepadanya, lain daripada itu Setiausaha UMNO Bahagian yang membuat keputusan.

Saya hendak memulakan semula cara saya membina UMNO dengan menulis bagi memberi cadangan dan mengkritik Pembesar UMNO yang hari demi hari sudah melupakan tsunami politik yang berlaku di tahun 2008. Bagaimana pun tumpuan saya kepada Parti saingan UMNO saperti PAS, PKR dan DAP.


Memanglah didalam organisasi politik saperti UMNO, melancarkan kritik dan bertindak saperti oposisi adalah satu yang dilihat dalam masyarakat Melayu khasnya UMNO, satu perbuatan dilarang. Saya pun sedar, jika saya menulis soal serangan saya kepada UMNO, bererti saya juga menyerang diri saya.


Apa pun pandangan saya tindakan itu tidak sama saperti menepuk air di dulang atau meludah di tempayan sendiri, kerana lebih baik kita menepuk air di dulang, walau pun terpecik kemuka sendiri dan meludah didalam tempayan sendiri tempat air minuman tersimpan


Kerana air terpecik bukan saya seorang sahaja yang terkena tetapi siapa yang berada disekeling dulang, jika air tempayan sudah diludah oleh saya, bukan sahaja saya seorang yang minum, orang lain pun minum.


Kesimpulannya Pembesar UMNO yang duduk di Majlis Tertinggi UMNO kena berwaspada dan menjaga air di dulang jangan ditepuk dan jangan ada yang meludah di tempayan dikalangan ahli-ahli sendiri kerana meluat dengan pembesar UMNO ini.


Janji saya hanya satu.. saya tidak akan menjadi duri dalam daging, lagi pun jika saya menjadi duri jika tercucuk daging, akan tidak menjadikan daging itu bernanah.


Saya di bentuk sebagai kader politik, Saya tidak akan bertindak saperti Ronggolawe dalam sejarah Majapahit yang kemudian keluar sebagai pembangkang. Saya tetap memilih UMNO sebagai “rumah politik” saya, jauh sekali hendak mengwujudkan dan menyertai parti BSH-Barisan Sakit Hati.


Satelah di desak oleh Sdra Datuk Kamal Amir, Ketua Pengarang Media Rakyat, satu satu kawan saya yang selalu mendukung penulisan saya meminta saya menulis semula secara agresif, satelah memikiran ‘keadaan masa ini’ maka saya akan memulakannya.


Rencana yang saya tulis ini hanya sebagai permulaan menerangkan kenapa saya menulis semula, jika saya sudah memulakan secara serius.. saya tidak akan memandang kebelakang lagi.

Sang Kelembai: Dua penulis yang menjadi mentor saya menjadi oposisi dengan tidak mendapat keuntungan ialah di Indonesia Mocktar Lubis dan Pramoedya Ananta Toer. Di Malaysia Pak Sako dan Bung Boestaman adalah bentara guru saya dalam memahami kiri dan kanan.




Ahad, 1 Mei 2011

Eliot Spitzer lagi Islam dari Anwar Ibrahim

Soal gambar porno atau lucah termasuk filem atau videonya mula muncul di internet sama masanya dengan kelahiran internet itu sendiri. Maka bukanlah satu perkara luar biasa bila internet mengeluarkan gambar dan video pornografi, dan boleh dilihat sama ada secara percuma atau sedikit bayaran kepada website yang seolah olah bertindak macam pawagam(panggung wayang gambar).
Bukan beribu lagi, malah berjuta gambar gambar dan video pornografi dalam internet tetapi tidak menjadi huruhara kerana aksesnya kepada individu dan tidak secara kumpulan dan yang menonton tidak ada kepentingan apa apa.
Tetapi kenapa video yang satu ini atau video pornografi ini menjadi isu? Ia itu satu video rakaman kamera tertutup saperti filem bisu zaman Charlie Chaplin yang perlaku dalam gambar itu sama saperti wajah seorang Ahli Parlimen yang berasal dari kawasan pilihanraya Permatang Pauh.
Kita jangan membincangkan soal perlaku itu seorang Islam kerana tertulis dalam agama Islam melakukan zina adalah perbuatan terlarang. Kerana kita tidak tahu perlaku itu adakah ia seorang Islam atau tidak kerana jika dia seorang Islam yang baik, sudah pasti tidak akan melakukan zina atau melanggan pelacur. Berbeza dengan Chua Sok Lek, seorang yang bukan Islam dan seorang pemegang jawatan kanan dalam parti politik dan seorang Menteri Kerajaan Malaysia yang mengaku video pornografi itu perlakunya adalah dia. Satu sikap terpuji tetapi pengakuan tidak boleh diambil tindakan undang undang moral, malah dia menghukum diri sendiri dengan meletakan jawatan. Isu dan failnya pun ditutup.
Katanya perlaku dalam video pornografi itu Anwar Ibrahim, tuduhan itu bukan dibuat oleh orang yang menonton atau orang awam ditepi jalan, dikedai kopi malah dari coffee house hotel lima bintang, sebaliknya dari seorang yang berada sama dalam bilik itu. Video pornografi itu sebenarnya bukan dirakam oleh yang mengaku ada bersama tetapi kebetulannya beliau terjumpa alat rakaman, termasuk cakera padat rakaman itu.
Bagi seorang ahli politik berkemahiran tinggi, isu video pernografi ini adalah soal individu dan bukan soal politik. Dia akan menjadi soal politik bila video pornografi itu boleh memberi kesan kepada kepentingan imej kerajaan dan soal keselamatan. Malah yang tak pornografi jika boleh menjadi isu keselamatan dan kepentingan awam saperti video lingam menjadi kepentingan rakyat perlu dicari kebenarannya.
Kerana yang kena tuduh hanya ketua pembangkang didalam Dewan Rakyat dan bukan anggota kerajaan yang memerintah. Soal video pornografi itu lebih menjurus kepada soal moral individu itu, berbeza dengan masa beliau dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri atas tuduhan meliwat satelah mempertahankan pendiriannya tuduhan itu tidak benar dan paksaan beliau meletakan jawatan Timbalan Presiden UMNO.
Dunia kepimpinan kerajaan dan politik didunia ini.. sudah ada berpuluh kes rujukan akan terlibatnya pemimpin kerajaan dan politik yang terlibat dengan skandal seks termasuk gambar dan video pornografinya. 99% darinya mengambil pendekatan meletakan jawatan dalam Kerajaan dan Parti dan tidak kurang pula yang dilucutkan jawatannya.
Pemimpin politik dunia saperti Adolf Hitler, Mao Tse Tung, Soekarno. Malah J.F. Kennedy dan Bill Clinton dari Amerika pun tidak terlepas dari masalah skandal perlakuan seks, ada yang masa hidupnya terbongkar atau sesudah mati maklumat skandal itu didedahkan.
Kes rujukan yang terbaik dalam skandal ini adalah Mantan Gebenor New York, Eliot Spitzer yang dikehendaki meletakan jawatan sebagai Gebenor NYC, perletakan jawatannya ialah bukan kerana ada rakaman dari kemera sulit atau cctc sebaliknya hanya pengakuan dua orang.. ia itu emak ayam yang menghantar perempuan lacur dan pengakuan pelacur itu sendiri.
Khabarnya pelacur yang melayan kehendak seksuil Gabenor New York.. salepas pendedahan itu telah menjadi jutawan, bukan sahaja dia dilanggan menjadi harga tinggi sebaliknya dijadikan model.
Kenapa Eliot Spitzer letak jawatan? Malah dia boleh menafikannya kerana tidak ada bukti, hanya berdasarkan rakaman talipon percakapan antara dia dengan emak ayam, dan tidak diketahui siapa yang merakam perbualan itu, dan beliau boleh menuduh tindakan pengakuan pelacur itu adalah satu konspirasi peringkat tinggi lawan politiknya kerana beliau diketahui umum adalah antara orang yang menyokong Hillary Clinton sebagai calun Presiden Amerika Syarikat.
Jawabpannya Eliot Spitzer ada integriti apa yang di ucapkan. Beliau dikenali sebagai Gebanor bercakap menentang rasuah dalam pentadbiran dan juga soal moral pemimpin termasuk dirinya.
Berbalik ke video rakaman cctv atau kamera tertutup yang melibatkan seorang yang di kenali umum malah antara bangsa. Kenapa beliau tidak boleh menjadi saperti Eliot Spitzer ahli politik dari Parti Demokrat dan Gebenor New York untuk meletakan jawatan satelah ada pengakuan dari emak ayam dan pelacur harga mahal itu? Malah ironis dia memohon maaf kepada isteri dan anak anaknya dan berazam membetulkan dirinya.
Baiklah.. kita menerima kenyataan dari Anwar Ibrahim bahawa lelaki itu bukan dirinya, hanya rupa sama.. jalan pun sama.. wajah pun sama tapi tak sama dengan Anwar Ibrahim yang menjadi Ahli Dewan Rakyat kawasan Permatang Pauh dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat yang sekali gus meletakan beliau sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia.
Bagaimana pula dengan pengakuan bapak ayam yang membawa pelacur itu yang bernama Datuk Shazryl Eskay Abdullah? dan datuk itu sudah pun membuat pengakuan bersumpah didalam masjid akan lelaki dalam video pornografi itu adalah Anwar Ibrahim.
Mungkin tidak sama saperti Eliot Spitzer yang pernah dijuluki Mr Clean itu yang mengundurkan diri karena skandal melanggan pelacur dan dapat menghadapi berbagai tuduhan jenayah sebelumnya. Begitulah Anwar Ibrahim dia akan dapat mempertahankan dirinya sekali lagi, selagi ada dokongan dari orang ramai khasnya orang Islam yang taksub dengan imej dan ucapan yang menggegarkan untuk reformasi.
Ini masalah orang Melayu, selalu berada dalam keadaan tidak sedar, sama ada bersedia untuk ditipu, digunakan. Dan bagaimana lagi hendak dibuat jika Syed Hussein Ali, bekas Timbalan Presiden PKR. seorang bekas pensyarah dan penulis thesis soal melayu pun ikut terikat dengan keputusan untuk berbohong ‘itu bukan Anwar Ibrahim’ kerana kebencian dengan orang Melayu UMNO sehingga minda intelektual dia pun dibuang ke bakul sampah. Belum lagi para ulamak yang ada didalam PAS saperti Nik Aziz Nik Mat, apa hendak diharap lagi dengan atau kepada orang orang dan ahli ahli PKR dan PAS yang tak tahu apa apa.

Sang Kelembai: Isu Video perlakuan seks itu adalah soal moral. balik semula kepada isu asal. Jika itu bukankah Anwar Ibrahim.. maka Anwar Ibrahim kena mendiamkan diri.. tak perlu untuk menjadikan isu itu sebagai isu minta simpati dan sokongan. Kepada saya jika Eliot Spitzer dan Anwar Ibrahim bertanding menjadi Perdana Menteri Malaysia, saya akan memberikan undi kepada Eliot Spitzer kerana mengenal musuh yang kita kenal lebih baik dari mengenal malaikat yang kita tidak kenal.

Jumaat, 18 Mac 2011

Tangga Propaganda seorang doktor

Sebagai seorang pelajar dalam bidang pemasaran politik, satu subjek perlu diambil ialah propaganda politik. Dari mendengar kuliah dan diskusi antara pelajar sehingga membuat kajian kes memahami apa itu propaganda politik mematangkan saya sebagai seorang penggiat politik.
Dr Mahathir Mohamed yang menulis memoirnya dan kemudian di ulas oleh berapa orang dan bila dibaca beberapa ulasan yang tertulis dari sudut pandang saya mereka yang membuat komen sudah dikira termakan satu propaganda yang dibuat oleh Dr Mahathir Mohamed dalam mencitra dirinya sebagai sorang yang berjasa besar kepada orang Melayu.
Kejayaan Dr Mahathir Mohamed dalam propaganda melukiskan dirinya berjaya menjadikan rakyat, khasnya orang Melayu dan orang ramai menerima distorsi realiti atau memutarkan belitkan satu fakta dengan menampakkan secara jernih yang dia tidak disalahkan apa yang berlaku kepada orang Melayu hari ini satelah beliau diberikan peluang menjadi orang yang berkuasa selama hampir 30 tahun (1974-2003).
Propaganda yang dilakukan oleh Dr Mahathir Mohamed sama ada oleh dirinya sendiri atau pembantu-pembantunya semasa memegang jawatan Perdana Menteri adalah saperti satu mekanisma pembingkaian realiti (framing) yang satu bagian dari realiti dibuat terlihat dengan jelas (visible), sementara satu bagian realiti lainnya dibuat tersembunyi (invisible) sama-samar, kabur atau tertutup sama sekali.
Dengan menggunakan beberapa penekanan propaganda, Dr Mahathir Mohamed berjaya medifinasikan realiti serta dapat mempengaruhi masyarakat ramai khusus ahli UMNO dan orang Melayu bahawa Dr Mahathir Mohamed tidak ada dua dalam zaman abad ke20. Dengan sistematik Dr Mahathir Mohamed mempermainkan ide-ide ketertutupan dan keterbukaan, ketelusan dan kekaburan dan keterlihatan dan ketersembunyian sehingga menjadi sebuah “pengetahuan” yang seolah-olah mengandungi kebenaran sejati.
Membincangkan propaganda ini, mestilah difahamkan dahulu pandangan Karl Marx dan Lenin yang mengatakan kekuasaan (power) merupakan hasil dari penguasaan terhadap alat-alat produksi dan negara, sementara Gramsci berpendapat bahawa menguasai negara dan membangun dan mempertahankan kekuasaan didalam masyarakat kapitalis modern memerlukan penguasaan terhadap budaya masyarakat yang bersangkutan.
Hanya bermodalkan surat yang dilayangkan bagi menghentam pentadbiran Tunku Abd Rahman masa ‘Peristiwa 13Mei 69’. Dr Mahathir Mohamed dapat membina imejnya sebagai antara orang ultra malay atau pelampau melayu yang asalnya dikatakan oleh Lee Kuan Yew kepada Syed Jaafar Albar, dimana Lee Kuan Yew berucap di Parlimen menudoh Syed Jaafar Albar sebagai ‘ultra malay” kerana prinsip perjuangan menentang keputusan Tunku dalam isu Singapura dengan meletakan jawatan sebagai Menteri Muda (sekarang Timbalan Menteri) Kementerian Penerangan.
Dr Mahathir Mohamed pada sudut pandang Tun Razak Hussein mestilah berada didalam UMNO daripada diluar UMNO kerana Tun Razak Hussein memang amat mengatahui akan kesannya jika Dr Mahathir Mohamed berterusan diluar UMNO dengan imej malay ultranya.
Dr Mahathir Mohamed bertanding di Parlimen Kubang Pasu satelah tewas dalam PrU 1969. Sebelum itu beliau dilantik Ahli Dewan Negara dan menjadi Pengerusi FIMA.
Kebinet 100% Tun Razak Hussein hanya berlaku dalam PrU 1974, semenjak mengambil alih jawatan Perdana Menteri 1970, Tun Razak Hussein mengekalkan beberapa orang yang dikira orang Tunku Abd Rahman Putra tetapi secara perlahan beliau memindahkan orang saperti Khir Johari, Sardon Jubir menjadi Duta dan tindakan itu tidak berapa diendahkan oleh sesiapa kerana dalam masa yang sama Senu Abd Rahman penyokung dan orang yang dikira rapat dengan Tunku Abd Rahman Putra dan kemudian bertanding di Kuala Kedah menggantikan Tunku yang mengkosungkan kerusi itu diberikan jawatan Setiausaha Agong UMNO.
Perlantikan atau pemberian jawatan Menteri Pelajaran kepada Dr Mahathir Mohamed disambut baik oleh semua orang, kerana salepas Abd Rahman Yaakub yang mempunyai imej kebangsaan Melayu, Kementerian Pelajaran menjadi sepi bila di ketuai oleh Mohamed Yaakub dan Hussein Onn sendiri.
Pada tahun 1975 berlaku pemilihan kedua jawatan tertinggi dalam UMNO salepas pindaan perlembagaan di tahun 1972, dimana jawatan dalam UMNO dipilih setiap tiga tahun.
Pada pemilihan tahun itulah, saya antara yang dipanggil oleh Hamzah Abu Samah dalam satu perjumpaan dirumah beliau yang sekarang menjadi ibu pejabat ISIS. Hamzah Abu Samah menceritakan bahawa dalam Mesyuarat Tertinggi UMNO yang diadakan sebelumnya bahawa Majlis Tertinggi UMNO tidak bersetuju ucapan Dasar Presiden UMNO menyebut tiga nama ia itu Tengku Razaleigh Hamzah, Abd Ghafar Baba dan Dr Mahathir Mohamed kerana tidak adil kepada empat orang lagi yang bertanding termasuk Hamzah Abu Samah bagi jawatan Naib Presiden UMNO.
Memang masa itu dan ditiadakan lagi oleh Dr Mahathir Mohamed dan seterus Presiden UMNO selepasnya, ucapan Presiden UMNO di Perhimpunan Agung UMNO perlu dibentangkan bagi kelulusan Majlis Tertinggi UMNO.
Kenapa agaknya Dr Mahathir Mohamed tersenarai dalam antara tiga Naib Presiden yang disebut oleh Tun Razak Hussein, walau pun sebenarnya beliau gagal mengatasi kebangkitan pelajar-pelajar Universiti anti kerajaan termasuk isu ‘demontrasi Baling’ yang dikatakan ada penduduk mati kebuluran kerana kemiskinan. Dimana isu itu, dapat diselesaikan secara aman oleh Musa Hitam yang masa itu menjadi Menteri Perusahaan Utama.
Sebabnya Tun Razak Hussein hendak menghalang ‘akan menang’ Harun Idris, yang masa itu Menteri Besar Selangor dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang berpengaruh, yang juga turut bertanding jawatan Naib Presiden walau pun kedudukannya sebagai Ketua Pemuda sudah setaraf jawatan Naib Presiden UMNO.
Harun Idris yang begitu lantang dalam soal kepentingan melayu, dikira oleh Tun Razak Hussein akan memberikan ancaman kepada gagasan Barisan Nasional yang baru diwujudkannya dimana terdapat berbagai parti perkauman menyertainya dan ini akan menyebabkan UMNO akan terus bertambah sukar untuk mendapat sokungan daripada kaum yang lain jika Datuk Harun Idris dan Dr Mahathir Mohamed berada sama sebagai Naib Presiden yang dikira pelampau Melayu masa itu.
Sebagai komprominya dimana kedua-dua mereka itu dan mereka berdua perlu berada barisan kepimpinan UMNO untuk masa depan, Tun Razak Hussein mencadangkan Datuk Harus Idris pergi menjadi Duta ke Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi meredakan berapa isu bukan sahaja soal rasuahnya tetapi tekanan parti-parti bukan melayu atas kelantangan Harun Idris.
Bagaimana pun Tun Razak Hussein selaku Perdana Menteri dan masa itu Badan Pencegah Rasuah (BPR) memang sebagai agensi yang bebas, beliau telah diberi taklimat terperinci akan siasatan BPR secara senyap akan lebih 60 kes yang boleh dipertuduhkan kepada Harus Idris. Jika Harun Idris didakwa dalam keadaan dia memegang jawatan kanan dalam UMNO.. soal salah atau tidak UMNO akan tercemar.
Kesimpulannya kenaikan permulaan politik Dr Mahathir Mohamed ditangga politik UMNO ialah pencaturan politik dalaman UMNO yang dislogankan dengan perkataan ‘saya tidak penting tetapi UMNO itu penting’ oleh Hussein Onn yang menyudahkan kerja Tun Razak Hussein bagi menjaga imej UMNO selaku parti payung orang Melayu, mendakwa Harun Idris.
Bersambung lagi…
Sang Kelembai: Kenapa Dr Mahathir Mohemad saperti seorang yang ‘bodoh’ semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri. Kenapa kawan2 seangkatannya menjadi mangsa politiknya. Harun Idris, Tengku Razaleigh dan yang mengangkatnya saperti Musa Hitam, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim. Ada dia tulis dalam memoirnya?

Isnin, 14 Mac 2011

Kisah Doktor yang sakit berada dirumah



Mahathir Bin Mohamed Iskandar nama lahirnya tetapi hari ini orang kenal dia dengan nama Tun Dr Mahathir Mohamed sahaja. Kemana hilang Iskandar tidak ada sesiapa yang tahu, dalam buku yang ditulis sebagai memoirnya Dr Mahathir Mohamed hanya menyebut mengaku dia memang asal keturunan India sebelah bapanya atau yang tepatnya dia keturunan India Malbari. Bagaimana dia menutup akuannya itu dengan mengatakan dia bangga menjadi Melayu.
Banyak sudah pembaca bukunya memberi pandangan kepada buku memoirnya yang khabarnya akan memasuki cetakan kedua salepas 50ribu naskah pertama ‘sold out’. Pandangan mereka itu berdasarkan kepada kepentingan diri mereka. Jika ada budi Dr Mahathir Mohamed pujian mestilah tinggi melangit tetapi kepada mereka yang terkilan atau pernah tertekan dari segi politik dan ekonomi tentulah berbeza dengan yang memuji.
Begitulah kepada Tengku Razaleigh Hamzah yang pernah mendapat jolukan ‘putera raja berjiwa rakyat’ secara rasminya mengatakan Dr Mahathir Mohamed sebagai seorang ‘pembohong’ dimana pembohongnya tidak berapa jelas dalam kontek tulisan Dr Mahathir Mohamed itu.
Jika dikatakan Dr Mahathir Mohamed berbohong kerana tuduhan perbelanjaan wang telah digunakan oleh Tengku Razaleigh Hamzah berjumlah RM20juta(RM:Dua puloh juta sahaja) melawan beliau pada pemilihan jawatan Presiden UMNO di tahun 1987 itu atau lain fakta yang mana Tengku Razaleigh Hamzah menjadi saksi dan juga perlaku dalam sejarah UMNO yang ditulis olehnya, dimana Tengku Razaleigh Hamzah mengetahui kedudukan sebenar akan kisah itu. Maka Tengku Razaleigh Hamzah ada sebab mengatakan Dr Mahathir Mohamed seorang pembohong.
Jika maksud Tengku Razaleigh Hamzah fakta perbelanjaan itu sebagai salah dan kemudian memberi hukuman kepada Dr Mahathir Mohamed sebagai pembohong sebenar fakta itu bukan pembohongan Dr Mahathir Mohamed lebih kearah menipu ia itu menipu pembaca yang membaca memoirnya., kecuali Dr Mahathir Mohamed mengatakan dia menang dengan tidak berbuat apa-apa dan menyerahkan kepada perwakilan UMNO masa itu.
Dr Mahathir Mohamed tidak sehebat mana kerjaya sebagai orang politik, malah sebagai Doktor perubatan pun dia bukan tersenarai sebagai doktor pakar seperti doktor sezamannya di Singapura. Jika dilihat dari segi sejarah bidang perubatan bukan tumpuan sebenarnya Dr Mahathir Mohemed dia lebih mengutamakan dalam soal perniagaan yang memberi keuntongan.
Perhatikan sahaja dalam keadaan Malaya baru lepas merdeka, doktor melayu berkurangan dan orang melayu masih mengharapkan kesihatan yang baik dari serangan penyakit berjangkit, malaria dan kusta, beliau meletakan jawatanya sebagai seorang doktor kerajaan dan membiarkan isteri berkerja terus dengan perkhidmatan kesihatan yang juga seorang doktor.
Sikap mencari untung dan peluang perniagaan adalah niat Dr Mahathir Mohamed dari soal kepentingan bangsa adalah selepas itu. Itu sebab agaknya Tunku Abd Rahman Putra dalam bukunya ‘13Mei sebelum dan sesudahnya’ menulis bahawa punca perbalahan Dr Mahathir Mohamed dengannya ialah masalah perniagaan bagi membangunan tanah di Alor Star yang Dr Mahathir Mohamed berkongsi dengan orang Cina untuk mengambil tanah orang Melayu. Sehingga sekarang tulisan Tunku itu tidak pernah dijawab oleh Dr Mahathir Mohamed. Ya atau tidak.
Dr Mahathir Mohamed melonjak namanya ialah kerana masa ‘keadaan’ satelah beliau tewas di Pilihanraya Umum 1969 dan berlaku peristiwa 13Mei. Beliau menulis surat terbuka yang diedarkan kepada semua orang dan ditujukan kepada Tunku. Hanya kerana kekurangan penasihat politik Tunku menunjukan reaksi yang berlebihan ia itu memecat Dr Mahathir Mohamed dari UMNO bersama Musa Hitam.
Pemecatan itu telah membawa Dr Mahathir Mohamed sebagai ‘hero’ dikalangan orang UMNO kerana dizaman itu sikap orang Melayu masih lagi mengamalkan sistem bangsawan dan bertuan. Sesiapa yang berani melawan arus khasnya mereka dari kalangan orang melayu kebanyakan berani melawan masyarakat bangsawan, akan terkeluar dari budaya pak turut, akan menjadi lain daripada yang lain.
Bila mengenangkan Dr Mahathir Mohamed sejarah perjalanan politiknya. Dan apa yang dilakukan bagi penganalisa politik yang mempunyai pengetahuan sejarah, bukan satu yang menghairankan apa yang ditulis dalam memoirnya jika dia memperkecilkan orang lain.
Pada asalnya Dr Mahathir Mohamed menyertai semula UMNO dan namanya berada semula dalam politik masa itu satelah hilang selepas Peristiwa 13Mei ialah kerana bukunya ‘Malay Dilema’. Buku itu sebuah buku yang ditulis dalam bahasa Inggeris sama dengan bahasa dalam buku memoirnya. Pemuda UMNO Malaysia dibawah pimpinan Datuk Harun Idris mengadakan satu seminar pembangunan di Morib pada 25. Julai 1971 dan beliau diminta membentangkan kertas kerja.
Seminar itu memang diatur bagi tujuan tidak kelihatan adanya perjumpaan Dr Mahathir Mohamed dan Tun Razak Hussein bagi membincangkan kemasukan semula Dr Mahathir Mohamed didalam UMNO kerana Tun Razak Hussein tidak mahu dinampakan saperti dia terlibat dalam membawa masuk semula Dr Mahathir Mohamed untuk menjaga persahabatanya atau hubungannya dengan Tunku Abd Rahman Putra.
Perjumpaan di Morib itu membawa persetujuan Dr Mahathir Mohamed menyertai semula UMNO dan sahabat Dr Mahathir Mohamed, Tunku Abdullah Tunku Abd Rahman seorang kerabat diraja Negeri Sembilan yang juga Ahli Parlimen Rawang bersedia menerima kemasukan Dr Mahathir Mohamad menjadi ahli UMNO di Bahagiannya pada tahun 1972.
Dengan Datuk Harun Idris yang mempunyai hubungan yang rapat dengan Tunku Abd. Rahman dan Tunku Abdullah yang juga Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan terlibat dalam kemasukan Dr Mahathir Mohamed dalam UMNO dilihat oleh Tun Razak Hussein sebagai menyelamatkan hubungannya dengan Tunku Abd Rahman tetapi jika dibaca semula tulisan Tunku Abd. Rahman Putra dalam ‘looking back’ bahawa Tunku mengetahui muslihat itu dan semenjak itu hubungan Tunku/Tun Razak menjadi renggang.
Maka buku yang ditulis dengan tajuk Doktor Dirumah itu mengambarkan bahawa Doktor Mahathir Mahamed seorang yang memberikan khidmat sebagai seorang doktor komersial dari rumah kerumah sahaja yang mungkin boleh dilanggan khidmatnya oleh mereka yang mampu dan yang berduit atau dia berada dirumah untuk berehat dan sedang menahan sakitnya yang mana dia tidak percaya kepada doktor yang lain dan merawat dirinya sendiri kerana itulah perbuatannya dahulu semasa menjadi Perdana Menteri, saolah-olah dia seorang yang berkerja.
Bersambung lagi esuk.....
Sang Kelembai: Banyak misteri dan persoalan yang tidak terjawab dalam memoir yang ditulis oleh Dr Mahathir Mohamed.. Bagaimana komennya terhadap buku Tun Ghafar Baba, kenapa dia tidak mematuhi pesan Tun Hussein Onn, jika dia menjadi Perdana Menteri.. hendaklah melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Timbalannya.

Balik ke habitatku.. penulis blog.

Selepas saya diterima balik menjadi ahli UMNO dengan keputusan Majlis Tertinggi UMNO membatalkan pemecatan keahlian UMNO yang diperbuat oleh bekas Presiden UMNO Abdullah Hj Ahmad kerana menulis dalam blog Sang Kelembai, saya tidak mahu aktif lagi dan sekadar hendak membantu UMNO menghadapi pilihanraya umum ke 13.
Kerana keahlian dipulihkan saya kekal dalam Cawangan UMNO saya yang lama di Cawangan Sungai Besi Pekan. Parlimen di Bandar Tun Razak. Berbeza dengan kemasukan saya dalam UMNO semula ditahun 1998 salepas dipecat tahun 1996. Saya kena menjadi ahli di cawangan baru.. saya memilih Cawangan Jalan Kemunting, Bahagian Titiwangsa dan meninggalkan Cawangan saya yang lama di Bukit Keramat, juga dalam Bahagian Titiwangsa.
Tidak ada dalam fikiran saya atau mahu bercita cita untuk memegang jawatan dalam UMNO di peringkat UMNO Bahagian. Kepada saya menjadi Setiausaha UMNO Bahagian sudah mencukupi berada dipuncak kejayaan saya sebagai orang politik dan berada dalam UMNO.
Tetapi saperti mana kehendak tuhan dan juga pengertian kun faya kun, jika Allah hendak jadikan.. maka akan jadilah dia tanpa siapa yang boleh menghalang. Takdir telah menentukan saya kembali semula ke jawatan lama saya sebagai Setiausaha UMNO Bahagian.
Bila saya menerima jawatan ini pada 12 Jun 2010 bererti saya telah menjadikan diri saya tidak sebebas dulu. Saya kena patuh dan setia dengan Perlembagaan UMNO. Kebebasan bersuara dan menulis saya terbatas, malah pergerakan saya juga terpaksa dikawal kerana saya sudah menjadi pemimpin masyarakat.
Sebagai orang yang berpengelaman sedikit dalam soal pentadbiran organisasi, saya mulakan tugas dengan menyelesaikan masalah yang bukan berasal dari saya atau dari Pemangku Ketua. Masalah ini adalah masalah hasil dari permilihan jawatan kepemimpinan UMNO Bahagian semenjak tahun 2008.
Pemilihan jawatan yang agak sengit dan poliitik wang menyebabkan beberapa orang di adu kepada Lembaga Disiplin UMNO dengan berakhir seorang Ketua Wanita Bahagian yang menang dan Ketua UMNO Bahagian yang menang dilucutkan jawatan kerana didapati bersalah dalam politik wang dan salahguna kuasa.
Pemangku Ketua UMNO Bahagian bukan pemimpin politik, dia seorang yang dibesarkan dalam kepemimpinan belia. Sebagai seorang pemimpin belia ditahun 70an..Saya mengetahui bahawa pemimpin belia diberikan kursus kepimpinan yang berbeza dengan pemimpinan politik. Seorang pemimpin belia ditanamkan perasaan pekerjaan ‘sukarela’ dan menjadi sukarelawan dalam kepentingan belia atau orang muda. Dalam masyarakat belia tidak ada perasaan dengki dan khianat, perasaaan yang disemai ialah perasaan persaudaraan dan semangat gotong royong.
Berbeza dengan semangat kepimpinan politik. Mereka didik atau diasuh setiap masa mencari kuasa supaya segala cita-cita dan impian anutan politik dapat dilaksanakan. Pemimpinan politik jika mencapai kejayaan kerjaya kemungkinan akan mendapat imbuhan dan peluang dalam mencari kehidupan dan juga menjadi orang terpandang dalam masyarakat.
Maka sebab itu. Pemangku Ketua UMNO Bahagian UMNO Bahagian Bandar Tun Razak menghadapi sedikit masalah bagaimana mentadbir parti politik bertambah pula bagaimana mentadbir orang-orang politik yang keseluruhannya tidak ada pengetahuan dan terdidik dalam ilmu kepemimpinan dalam belia dan organisasi yang besar dalam pertubohan bukan kerajaan. Jika ada pun hanya berlatar belakang kemahiran kepada pertubuhan agama, persatuan penduduk atau juga pertubohan mencari keuntungan saperti persatuan ekonomi dan kontrektor binaan.
Saya menghadapi semua masalah dengan tindakan strategi bermula dengan kes pemulauan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian yang melibatkan tidak kurang 18 Ketua UMNO Cawangan dan beberapa orang ahli jawatankuasa UMNO Bahagian. Kerana memorandum sudah dihantar kepada PM Najib dan beberapa pemimpin UMNO saya tidak mengambil tindakan apa-apa melainkan diamkan sahaja sehingga keputusan diperbuat oleh atasan UMNO.
Selama enam bulan isu memorandum itu tidak dapat diberikan keputusan oleh Majlis Tertinggi atau Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan tuntutan mereka-mereka untuk mengadakan semua pemilihan UMNO Bahagian. Kerana tidak ada satu sejarah pun dalam UMNO pemilihan semula UMNO boleh diadakan semula hanya berdasarkan kepada tuntutan memorandum melainkan dua peraturan yang jelas dalam Perlembagaan UMNO, ia itu meletakan jawatannya kesemua Jawatankuasa UMNO Bahagian dan Mesyuarat Perwakilan Khas yang dimulakan dengan Mesyuarat Khas Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dengan satu agenda untuk mengadakan semula bagi pemilihan jawatan dalam UMNO Bahagian.
Maka saya tidak mahu buang masa.. Masa yang ada akan di gunakan untuk menghadapi dan membuat persiapan Pilihanraya Umum ke 13 yang mungkin akan diadakan kurang dari satu tahun dari tarikh ini.
Tulisan ini adalah ‘try run’ atau permulaan saya untuk begerak aktif dalam bidang penulis blog yang saya tinggalkan. Saya akan menulis semula berdasar sudut pandang saya sebagai seorang yang membesar dalam masyarakat politik. Tidak ada istilah ketakutan bila saya menulis dan TIDAK semestinya saya menulis hanya UMNO dan pemimpinnya sahaja yang betul.

Sang Kelembai: Saya menulis saperti mana saya pernah katakan berulang kali.. saya hendak kembali balik ke kloni dan habitat saya sebagai saorang pengkritik sosial dan politik. Jawatan Setiausaha UMNO Bahagian bukan satu jawatan yang saya hendak miliki sebalik jawatan yang diamanahkan kepada saya. Satu hari saya perlu melepaskannya.. tetapi menulis saya punya keduanya.. memiliki dan amanah.