Isnin, 14 Mac 2011

Kisah Doktor yang sakit berada dirumah



Mahathir Bin Mohamed Iskandar nama lahirnya tetapi hari ini orang kenal dia dengan nama Tun Dr Mahathir Mohamed sahaja. Kemana hilang Iskandar tidak ada sesiapa yang tahu, dalam buku yang ditulis sebagai memoirnya Dr Mahathir Mohamed hanya menyebut mengaku dia memang asal keturunan India sebelah bapanya atau yang tepatnya dia keturunan India Malbari. Bagaimana dia menutup akuannya itu dengan mengatakan dia bangga menjadi Melayu.
Banyak sudah pembaca bukunya memberi pandangan kepada buku memoirnya yang khabarnya akan memasuki cetakan kedua salepas 50ribu naskah pertama ‘sold out’. Pandangan mereka itu berdasarkan kepada kepentingan diri mereka. Jika ada budi Dr Mahathir Mohamed pujian mestilah tinggi melangit tetapi kepada mereka yang terkilan atau pernah tertekan dari segi politik dan ekonomi tentulah berbeza dengan yang memuji.
Begitulah kepada Tengku Razaleigh Hamzah yang pernah mendapat jolukan ‘putera raja berjiwa rakyat’ secara rasminya mengatakan Dr Mahathir Mohamed sebagai seorang ‘pembohong’ dimana pembohongnya tidak berapa jelas dalam kontek tulisan Dr Mahathir Mohamed itu.
Jika dikatakan Dr Mahathir Mohamed berbohong kerana tuduhan perbelanjaan wang telah digunakan oleh Tengku Razaleigh Hamzah berjumlah RM20juta(RM:Dua puloh juta sahaja) melawan beliau pada pemilihan jawatan Presiden UMNO di tahun 1987 itu atau lain fakta yang mana Tengku Razaleigh Hamzah menjadi saksi dan juga perlaku dalam sejarah UMNO yang ditulis olehnya, dimana Tengku Razaleigh Hamzah mengetahui kedudukan sebenar akan kisah itu. Maka Tengku Razaleigh Hamzah ada sebab mengatakan Dr Mahathir Mohamed seorang pembohong.
Jika maksud Tengku Razaleigh Hamzah fakta perbelanjaan itu sebagai salah dan kemudian memberi hukuman kepada Dr Mahathir Mohamed sebagai pembohong sebenar fakta itu bukan pembohongan Dr Mahathir Mohamed lebih kearah menipu ia itu menipu pembaca yang membaca memoirnya., kecuali Dr Mahathir Mohamed mengatakan dia menang dengan tidak berbuat apa-apa dan menyerahkan kepada perwakilan UMNO masa itu.
Dr Mahathir Mohamed tidak sehebat mana kerjaya sebagai orang politik, malah sebagai Doktor perubatan pun dia bukan tersenarai sebagai doktor pakar seperti doktor sezamannya di Singapura. Jika dilihat dari segi sejarah bidang perubatan bukan tumpuan sebenarnya Dr Mahathir Mohemed dia lebih mengutamakan dalam soal perniagaan yang memberi keuntongan.
Perhatikan sahaja dalam keadaan Malaya baru lepas merdeka, doktor melayu berkurangan dan orang melayu masih mengharapkan kesihatan yang baik dari serangan penyakit berjangkit, malaria dan kusta, beliau meletakan jawatanya sebagai seorang doktor kerajaan dan membiarkan isteri berkerja terus dengan perkhidmatan kesihatan yang juga seorang doktor.
Sikap mencari untung dan peluang perniagaan adalah niat Dr Mahathir Mohamed dari soal kepentingan bangsa adalah selepas itu. Itu sebab agaknya Tunku Abd Rahman Putra dalam bukunya ‘13Mei sebelum dan sesudahnya’ menulis bahawa punca perbalahan Dr Mahathir Mohamed dengannya ialah masalah perniagaan bagi membangunan tanah di Alor Star yang Dr Mahathir Mohamed berkongsi dengan orang Cina untuk mengambil tanah orang Melayu. Sehingga sekarang tulisan Tunku itu tidak pernah dijawab oleh Dr Mahathir Mohamed. Ya atau tidak.
Dr Mahathir Mohamed melonjak namanya ialah kerana masa ‘keadaan’ satelah beliau tewas di Pilihanraya Umum 1969 dan berlaku peristiwa 13Mei. Beliau menulis surat terbuka yang diedarkan kepada semua orang dan ditujukan kepada Tunku. Hanya kerana kekurangan penasihat politik Tunku menunjukan reaksi yang berlebihan ia itu memecat Dr Mahathir Mohamed dari UMNO bersama Musa Hitam.
Pemecatan itu telah membawa Dr Mahathir Mohamed sebagai ‘hero’ dikalangan orang UMNO kerana dizaman itu sikap orang Melayu masih lagi mengamalkan sistem bangsawan dan bertuan. Sesiapa yang berani melawan arus khasnya mereka dari kalangan orang melayu kebanyakan berani melawan masyarakat bangsawan, akan terkeluar dari budaya pak turut, akan menjadi lain daripada yang lain.
Bila mengenangkan Dr Mahathir Mohamed sejarah perjalanan politiknya. Dan apa yang dilakukan bagi penganalisa politik yang mempunyai pengetahuan sejarah, bukan satu yang menghairankan apa yang ditulis dalam memoirnya jika dia memperkecilkan orang lain.
Pada asalnya Dr Mahathir Mohamed menyertai semula UMNO dan namanya berada semula dalam politik masa itu satelah hilang selepas Peristiwa 13Mei ialah kerana bukunya ‘Malay Dilema’. Buku itu sebuah buku yang ditulis dalam bahasa Inggeris sama dengan bahasa dalam buku memoirnya. Pemuda UMNO Malaysia dibawah pimpinan Datuk Harun Idris mengadakan satu seminar pembangunan di Morib pada 25. Julai 1971 dan beliau diminta membentangkan kertas kerja.
Seminar itu memang diatur bagi tujuan tidak kelihatan adanya perjumpaan Dr Mahathir Mohamed dan Tun Razak Hussein bagi membincangkan kemasukan semula Dr Mahathir Mohamed didalam UMNO kerana Tun Razak Hussein tidak mahu dinampakan saperti dia terlibat dalam membawa masuk semula Dr Mahathir Mohamed untuk menjaga persahabatanya atau hubungannya dengan Tunku Abd Rahman Putra.
Perjumpaan di Morib itu membawa persetujuan Dr Mahathir Mohamed menyertai semula UMNO dan sahabat Dr Mahathir Mohamed, Tunku Abdullah Tunku Abd Rahman seorang kerabat diraja Negeri Sembilan yang juga Ahli Parlimen Rawang bersedia menerima kemasukan Dr Mahathir Mohamad menjadi ahli UMNO di Bahagiannya pada tahun 1972.
Dengan Datuk Harun Idris yang mempunyai hubungan yang rapat dengan Tunku Abd. Rahman dan Tunku Abdullah yang juga Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan terlibat dalam kemasukan Dr Mahathir Mohamed dalam UMNO dilihat oleh Tun Razak Hussein sebagai menyelamatkan hubungannya dengan Tunku Abd Rahman tetapi jika dibaca semula tulisan Tunku Abd. Rahman Putra dalam ‘looking back’ bahawa Tunku mengetahui muslihat itu dan semenjak itu hubungan Tunku/Tun Razak menjadi renggang.
Maka buku yang ditulis dengan tajuk Doktor Dirumah itu mengambarkan bahawa Doktor Mahathir Mahamed seorang yang memberikan khidmat sebagai seorang doktor komersial dari rumah kerumah sahaja yang mungkin boleh dilanggan khidmatnya oleh mereka yang mampu dan yang berduit atau dia berada dirumah untuk berehat dan sedang menahan sakitnya yang mana dia tidak percaya kepada doktor yang lain dan merawat dirinya sendiri kerana itulah perbuatannya dahulu semasa menjadi Perdana Menteri, saolah-olah dia seorang yang berkerja.
Bersambung lagi esuk.....
Sang Kelembai: Banyak misteri dan persoalan yang tidak terjawab dalam memoir yang ditulis oleh Dr Mahathir Mohamed.. Bagaimana komennya terhadap buku Tun Ghafar Baba, kenapa dia tidak mematuhi pesan Tun Hussein Onn, jika dia menjadi Perdana Menteri.. hendaklah melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Timbalannya.

5 ulasan:

  1. Tuan Zaharin. Panjang lagi ke kisah Tuan ini? Kalau panjang, elok dibukukan. Setahu saya, banyak perkara yang Tuan tahu tetapi masih berdiam diri.

    Tuan bekerja dimana sekarang?

    Harap kebenaran mendapat restu ALLAH SWT dalam apa saja yang Tuan buat dimana banyak sangat yang karut disanjung manusia sekarang. Mungkin khiamat dah dekat kut! Wallahualam.

    Salam.

    BalasPadam
  2. Tun dapat masuk UM Singapura mengambil kursus perubatan dengan kelulusan 3A sedangkan semua yang masuk dengan kelulusan 6A. Tun Mahathir akui dia dapat masuk kerana diberi sedikit keistimewaan. Saya baca baru sampai page 173 belum sampai parti yang Ku Li kata dia bohong.

    Banyak perkara yang Mahathir tulis mengikut pandangannya bukan mengikut pandangan orang lain. Untuk bersikap adil, seseorang mesti tulis mengenai Dr Mahathir mengikut pandangannya. barangkali Ku Li boleh minta Kamal amir menulis atau sesiapa sahaja.

    Buku Dr Mahathir banyak sindiran. Dia menyindir TS Ghazali Shafie walau tak sebut namanya kerana katanya sebelum dia dilantik jadi PM, Setiusaha politik Nasharudin Ghouse dan pegawai-pegawainya seperti Abdullah Kok Lanas dan Abdullah Majid ditangkap atas tuduhan kominis...Dr Mahathir nak beritahu bahawa Ghazali cuba sabotaj beliau.

    banyak lagi sindiran yang akan saya beritahu...

    BalasPadam
  3. TDM seorang insan yg tidak lupa kpd orang2 yg buat jasa kpdnya. tunku abdullah pernah melancong/melencong ke israel tanpa kerumitan yg besar. melewar group of companies mewah mendapat habuan perniagaan semasa era TDM. kerana apa? kerana 'berjasanya' tunku abdullah kpd TDM!!! TDM kata TR guna wang utk challengenya sbg Presiden UMNO sehingga tertubuhnya UMNO Baru.....hahahaha gelinya hati saya mendengar seloka ini. sdra sangkelembai maha mengetahui tentang berapa jumlah wang yg perwakilan2 dapat dari kedua-dua belah pihak.

    BalasPadam
  4. ZMY Orang lama,
    Dulu kini dan selama-lamanya itu pegangannya,
    Biar hidup macam hama,
    Asalkan rakyat mengingati perjuangannya.

    Kalau ada cerita menarik sila bongkarkannya.

    BalasPadam

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian