Isnin, 14 Mac 2011

Balik ke habitatku.. penulis blog.

Selepas saya diterima balik menjadi ahli UMNO dengan keputusan Majlis Tertinggi UMNO membatalkan pemecatan keahlian UMNO yang diperbuat oleh bekas Presiden UMNO Abdullah Hj Ahmad kerana menulis dalam blog Sang Kelembai, saya tidak mahu aktif lagi dan sekadar hendak membantu UMNO menghadapi pilihanraya umum ke 13.
Kerana keahlian dipulihkan saya kekal dalam Cawangan UMNO saya yang lama di Cawangan Sungai Besi Pekan. Parlimen di Bandar Tun Razak. Berbeza dengan kemasukan saya dalam UMNO semula ditahun 1998 salepas dipecat tahun 1996. Saya kena menjadi ahli di cawangan baru.. saya memilih Cawangan Jalan Kemunting, Bahagian Titiwangsa dan meninggalkan Cawangan saya yang lama di Bukit Keramat, juga dalam Bahagian Titiwangsa.
Tidak ada dalam fikiran saya atau mahu bercita cita untuk memegang jawatan dalam UMNO di peringkat UMNO Bahagian. Kepada saya menjadi Setiausaha UMNO Bahagian sudah mencukupi berada dipuncak kejayaan saya sebagai orang politik dan berada dalam UMNO.
Tetapi saperti mana kehendak tuhan dan juga pengertian kun faya kun, jika Allah hendak jadikan.. maka akan jadilah dia tanpa siapa yang boleh menghalang. Takdir telah menentukan saya kembali semula ke jawatan lama saya sebagai Setiausaha UMNO Bahagian.
Bila saya menerima jawatan ini pada 12 Jun 2010 bererti saya telah menjadikan diri saya tidak sebebas dulu. Saya kena patuh dan setia dengan Perlembagaan UMNO. Kebebasan bersuara dan menulis saya terbatas, malah pergerakan saya juga terpaksa dikawal kerana saya sudah menjadi pemimpin masyarakat.
Sebagai orang yang berpengelaman sedikit dalam soal pentadbiran organisasi, saya mulakan tugas dengan menyelesaikan masalah yang bukan berasal dari saya atau dari Pemangku Ketua. Masalah ini adalah masalah hasil dari permilihan jawatan kepemimpinan UMNO Bahagian semenjak tahun 2008.
Pemilihan jawatan yang agak sengit dan poliitik wang menyebabkan beberapa orang di adu kepada Lembaga Disiplin UMNO dengan berakhir seorang Ketua Wanita Bahagian yang menang dan Ketua UMNO Bahagian yang menang dilucutkan jawatan kerana didapati bersalah dalam politik wang dan salahguna kuasa.
Pemangku Ketua UMNO Bahagian bukan pemimpin politik, dia seorang yang dibesarkan dalam kepemimpinan belia. Sebagai seorang pemimpin belia ditahun 70an..Saya mengetahui bahawa pemimpin belia diberikan kursus kepimpinan yang berbeza dengan pemimpinan politik. Seorang pemimpin belia ditanamkan perasaan pekerjaan ‘sukarela’ dan menjadi sukarelawan dalam kepentingan belia atau orang muda. Dalam masyarakat belia tidak ada perasaan dengki dan khianat, perasaaan yang disemai ialah perasaan persaudaraan dan semangat gotong royong.
Berbeza dengan semangat kepimpinan politik. Mereka didik atau diasuh setiap masa mencari kuasa supaya segala cita-cita dan impian anutan politik dapat dilaksanakan. Pemimpinan politik jika mencapai kejayaan kerjaya kemungkinan akan mendapat imbuhan dan peluang dalam mencari kehidupan dan juga menjadi orang terpandang dalam masyarakat.
Maka sebab itu. Pemangku Ketua UMNO Bahagian UMNO Bahagian Bandar Tun Razak menghadapi sedikit masalah bagaimana mentadbir parti politik bertambah pula bagaimana mentadbir orang-orang politik yang keseluruhannya tidak ada pengetahuan dan terdidik dalam ilmu kepemimpinan dalam belia dan organisasi yang besar dalam pertubohan bukan kerajaan. Jika ada pun hanya berlatar belakang kemahiran kepada pertubuhan agama, persatuan penduduk atau juga pertubohan mencari keuntungan saperti persatuan ekonomi dan kontrektor binaan.
Saya menghadapi semua masalah dengan tindakan strategi bermula dengan kes pemulauan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian yang melibatkan tidak kurang 18 Ketua UMNO Cawangan dan beberapa orang ahli jawatankuasa UMNO Bahagian. Kerana memorandum sudah dihantar kepada PM Najib dan beberapa pemimpin UMNO saya tidak mengambil tindakan apa-apa melainkan diamkan sahaja sehingga keputusan diperbuat oleh atasan UMNO.
Selama enam bulan isu memorandum itu tidak dapat diberikan keputusan oleh Majlis Tertinggi atau Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan tuntutan mereka-mereka untuk mengadakan semua pemilihan UMNO Bahagian. Kerana tidak ada satu sejarah pun dalam UMNO pemilihan semula UMNO boleh diadakan semula hanya berdasarkan kepada tuntutan memorandum melainkan dua peraturan yang jelas dalam Perlembagaan UMNO, ia itu meletakan jawatannya kesemua Jawatankuasa UMNO Bahagian dan Mesyuarat Perwakilan Khas yang dimulakan dengan Mesyuarat Khas Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dengan satu agenda untuk mengadakan semula bagi pemilihan jawatan dalam UMNO Bahagian.
Maka saya tidak mahu buang masa.. Masa yang ada akan di gunakan untuk menghadapi dan membuat persiapan Pilihanraya Umum ke 13 yang mungkin akan diadakan kurang dari satu tahun dari tarikh ini.
Tulisan ini adalah ‘try run’ atau permulaan saya untuk begerak aktif dalam bidang penulis blog yang saya tinggalkan. Saya akan menulis semula berdasar sudut pandang saya sebagai seorang yang membesar dalam masyarakat politik. Tidak ada istilah ketakutan bila saya menulis dan TIDAK semestinya saya menulis hanya UMNO dan pemimpinnya sahaja yang betul.

Sang Kelembai: Saya menulis saperti mana saya pernah katakan berulang kali.. saya hendak kembali balik ke kloni dan habitat saya sebagai saorang pengkritik sosial dan politik. Jawatan Setiausaha UMNO Bahagian bukan satu jawatan yang saya hendak miliki sebalik jawatan yang diamanahkan kepada saya. Satu hari saya perlu melepaskannya.. tetapi menulis saya punya keduanya.. memiliki dan amanah.

4 ulasan:

  1. selamat kembali.. rindu untuk membaca blog tuan

    BalasPadam
  2. As-salam sdra sangkelembai,
    saya amat teruja dgn hasil tulisan blog dan analisa kritikal politik sdra! sepertimana yg selalu sdra luahkan.....'aku puashati kalau tulisan dlm blog aku dibaca oleh sekurang-kurangnya 3 orang.....1)aku sendiri pastinya sebagai penulis, 2) sb, & 3) seorang mamat lain. saya tergolong dlm kumpulan 3. hahahaha..... selamat berjuang!

    BalasPadam
  3. Salam Hormat pada Sang kelembai @ Saudara Zaharin....

    Jawarriors ingin mengucapkan sekalung tahniah atas keberanian tulisan saudara dalam Blog Sang Kelembai ini..... sebagai insan yang sentiasa mengikuti tulisan saudara....saya merasakan memang tepat tindakan saudara meneruskan perjuangan dengan pena tinta dalam arena maya ini .... Saya Jawarriors selalu menghormati saudara sebagai Abang dalam gelanggang Politik...dan Jawarriors adalh insan yang selalu akan merujuk kepada Sang Kelembai dalam menangani isu politik Bangsa Melayu terutama di Wilayah Persekutuan.....kerana kita sentiasa dekat walaupun berjauhan serta berjiran walaupun bersempadan...

    Salam Perjuangan
    Jawarriors

    BalasPadam
  4. Tahniah Tuan. Mungkin sikap YES BOSS tidak wujud dalam diri tuan dan menjadikan tuan adalah seorang yang ikhlas dan jujur dalam perjuangan.

    BalasPadam

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.