Jumaat, 18 Mac 2011

Tangga Propaganda seorang doktor

Sebagai seorang pelajar dalam bidang pemasaran politik, satu subjek perlu diambil ialah propaganda politik. Dari mendengar kuliah dan diskusi antara pelajar sehingga membuat kajian kes memahami apa itu propaganda politik mematangkan saya sebagai seorang penggiat politik.
Dr Mahathir Mohamed yang menulis memoirnya dan kemudian di ulas oleh berapa orang dan bila dibaca beberapa ulasan yang tertulis dari sudut pandang saya mereka yang membuat komen sudah dikira termakan satu propaganda yang dibuat oleh Dr Mahathir Mohamed dalam mencitra dirinya sebagai sorang yang berjasa besar kepada orang Melayu.
Kejayaan Dr Mahathir Mohamed dalam propaganda melukiskan dirinya berjaya menjadikan rakyat, khasnya orang Melayu dan orang ramai menerima distorsi realiti atau memutarkan belitkan satu fakta dengan menampakkan secara jernih yang dia tidak disalahkan apa yang berlaku kepada orang Melayu hari ini satelah beliau diberikan peluang menjadi orang yang berkuasa selama hampir 30 tahun (1974-2003).
Propaganda yang dilakukan oleh Dr Mahathir Mohamed sama ada oleh dirinya sendiri atau pembantu-pembantunya semasa memegang jawatan Perdana Menteri adalah saperti satu mekanisma pembingkaian realiti (framing) yang satu bagian dari realiti dibuat terlihat dengan jelas (visible), sementara satu bagian realiti lainnya dibuat tersembunyi (invisible) sama-samar, kabur atau tertutup sama sekali.
Dengan menggunakan beberapa penekanan propaganda, Dr Mahathir Mohamed berjaya medifinasikan realiti serta dapat mempengaruhi masyarakat ramai khusus ahli UMNO dan orang Melayu bahawa Dr Mahathir Mohamed tidak ada dua dalam zaman abad ke20. Dengan sistematik Dr Mahathir Mohamed mempermainkan ide-ide ketertutupan dan keterbukaan, ketelusan dan kekaburan dan keterlihatan dan ketersembunyian sehingga menjadi sebuah “pengetahuan” yang seolah-olah mengandungi kebenaran sejati.
Membincangkan propaganda ini, mestilah difahamkan dahulu pandangan Karl Marx dan Lenin yang mengatakan kekuasaan (power) merupakan hasil dari penguasaan terhadap alat-alat produksi dan negara, sementara Gramsci berpendapat bahawa menguasai negara dan membangun dan mempertahankan kekuasaan didalam masyarakat kapitalis modern memerlukan penguasaan terhadap budaya masyarakat yang bersangkutan.
Hanya bermodalkan surat yang dilayangkan bagi menghentam pentadbiran Tunku Abd Rahman masa ‘Peristiwa 13Mei 69’. Dr Mahathir Mohamed dapat membina imejnya sebagai antara orang ultra malay atau pelampau melayu yang asalnya dikatakan oleh Lee Kuan Yew kepada Syed Jaafar Albar, dimana Lee Kuan Yew berucap di Parlimen menudoh Syed Jaafar Albar sebagai ‘ultra malay” kerana prinsip perjuangan menentang keputusan Tunku dalam isu Singapura dengan meletakan jawatan sebagai Menteri Muda (sekarang Timbalan Menteri) Kementerian Penerangan.
Dr Mahathir Mohamed pada sudut pandang Tun Razak Hussein mestilah berada didalam UMNO daripada diluar UMNO kerana Tun Razak Hussein memang amat mengatahui akan kesannya jika Dr Mahathir Mohamed berterusan diluar UMNO dengan imej malay ultranya.
Dr Mahathir Mohamed bertanding di Parlimen Kubang Pasu satelah tewas dalam PrU 1969. Sebelum itu beliau dilantik Ahli Dewan Negara dan menjadi Pengerusi FIMA.
Kebinet 100% Tun Razak Hussein hanya berlaku dalam PrU 1974, semenjak mengambil alih jawatan Perdana Menteri 1970, Tun Razak Hussein mengekalkan beberapa orang yang dikira orang Tunku Abd Rahman Putra tetapi secara perlahan beliau memindahkan orang saperti Khir Johari, Sardon Jubir menjadi Duta dan tindakan itu tidak berapa diendahkan oleh sesiapa kerana dalam masa yang sama Senu Abd Rahman penyokung dan orang yang dikira rapat dengan Tunku Abd Rahman Putra dan kemudian bertanding di Kuala Kedah menggantikan Tunku yang mengkosungkan kerusi itu diberikan jawatan Setiausaha Agong UMNO.
Perlantikan atau pemberian jawatan Menteri Pelajaran kepada Dr Mahathir Mohamed disambut baik oleh semua orang, kerana salepas Abd Rahman Yaakub yang mempunyai imej kebangsaan Melayu, Kementerian Pelajaran menjadi sepi bila di ketuai oleh Mohamed Yaakub dan Hussein Onn sendiri.
Pada tahun 1975 berlaku pemilihan kedua jawatan tertinggi dalam UMNO salepas pindaan perlembagaan di tahun 1972, dimana jawatan dalam UMNO dipilih setiap tiga tahun.
Pada pemilihan tahun itulah, saya antara yang dipanggil oleh Hamzah Abu Samah dalam satu perjumpaan dirumah beliau yang sekarang menjadi ibu pejabat ISIS. Hamzah Abu Samah menceritakan bahawa dalam Mesyuarat Tertinggi UMNO yang diadakan sebelumnya bahawa Majlis Tertinggi UMNO tidak bersetuju ucapan Dasar Presiden UMNO menyebut tiga nama ia itu Tengku Razaleigh Hamzah, Abd Ghafar Baba dan Dr Mahathir Mohamed kerana tidak adil kepada empat orang lagi yang bertanding termasuk Hamzah Abu Samah bagi jawatan Naib Presiden UMNO.
Memang masa itu dan ditiadakan lagi oleh Dr Mahathir Mohamed dan seterus Presiden UMNO selepasnya, ucapan Presiden UMNO di Perhimpunan Agung UMNO perlu dibentangkan bagi kelulusan Majlis Tertinggi UMNO.
Kenapa agaknya Dr Mahathir Mohamed tersenarai dalam antara tiga Naib Presiden yang disebut oleh Tun Razak Hussein, walau pun sebenarnya beliau gagal mengatasi kebangkitan pelajar-pelajar Universiti anti kerajaan termasuk isu ‘demontrasi Baling’ yang dikatakan ada penduduk mati kebuluran kerana kemiskinan. Dimana isu itu, dapat diselesaikan secara aman oleh Musa Hitam yang masa itu menjadi Menteri Perusahaan Utama.
Sebabnya Tun Razak Hussein hendak menghalang ‘akan menang’ Harun Idris, yang masa itu Menteri Besar Selangor dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang berpengaruh, yang juga turut bertanding jawatan Naib Presiden walau pun kedudukannya sebagai Ketua Pemuda sudah setaraf jawatan Naib Presiden UMNO.
Harun Idris yang begitu lantang dalam soal kepentingan melayu, dikira oleh Tun Razak Hussein akan memberikan ancaman kepada gagasan Barisan Nasional yang baru diwujudkannya dimana terdapat berbagai parti perkauman menyertainya dan ini akan menyebabkan UMNO akan terus bertambah sukar untuk mendapat sokungan daripada kaum yang lain jika Datuk Harun Idris dan Dr Mahathir Mohamed berada sama sebagai Naib Presiden yang dikira pelampau Melayu masa itu.
Sebagai komprominya dimana kedua-dua mereka itu dan mereka berdua perlu berada barisan kepimpinan UMNO untuk masa depan, Tun Razak Hussein mencadangkan Datuk Harus Idris pergi menjadi Duta ke Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi meredakan berapa isu bukan sahaja soal rasuahnya tetapi tekanan parti-parti bukan melayu atas kelantangan Harun Idris.
Bagaimana pun Tun Razak Hussein selaku Perdana Menteri dan masa itu Badan Pencegah Rasuah (BPR) memang sebagai agensi yang bebas, beliau telah diberi taklimat terperinci akan siasatan BPR secara senyap akan lebih 60 kes yang boleh dipertuduhkan kepada Harus Idris. Jika Harun Idris didakwa dalam keadaan dia memegang jawatan kanan dalam UMNO.. soal salah atau tidak UMNO akan tercemar.
Kesimpulannya kenaikan permulaan politik Dr Mahathir Mohamed ditangga politik UMNO ialah pencaturan politik dalaman UMNO yang dislogankan dengan perkataan ‘saya tidak penting tetapi UMNO itu penting’ oleh Hussein Onn yang menyudahkan kerja Tun Razak Hussein bagi menjaga imej UMNO selaku parti payung orang Melayu, mendakwa Harun Idris.
Bersambung lagi…
Sang Kelembai: Kenapa Dr Mahathir Mohemad saperti seorang yang ‘bodoh’ semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri. Kenapa kawan2 seangkatannya menjadi mangsa politiknya. Harun Idris, Tengku Razaleigh dan yang mengangkatnya saperti Musa Hitam, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim. Ada dia tulis dalam memoirnya?

1 ulasan:

  1. Setelah buat sikit reference dgn ostad google ttg apa menatangnya ‘memoir’ tu, saya tertarik dgn ayat2 berikutnya - 1) memoirs can never be wholly true, since they cannot include every conceivable circumstance of what happened. The novel can do that, 2) therapeutic experience for the memoirist, especially when the memoir is of the crisis or survival type of memoir, 3) but remember, a memoir is supposed to be true, so be careful not to exaggerate or embellish the truth.

    Saya simpulkan begini, penulis memoir akan menulis dari pandangan kanta matanya di mana watak utamanya samaada antagonis atau protagonis adalah dirinya sendiri! Perkara sebegini boleh berlaku kerana penulis sesuatu memoir itu amat2 berharap akan dirinya sentiasa dikenangi legasinya oleh orang2 lain utk masa yg panjang.

    BalasPadam

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.