PM Najib berkata di dialog antarabangsa Langkawi yang sebilangan besar pesertanya dari Benua Afrika supaya jangan takut dengan melaksanakan tranformasi.
Melaksanakan tranformasi memang satu amalan yang baik. Tetapi dari mana hendak bermula? Satu jawabpan perlu diberi dahulu sebelum dilaksanakan.
Bagi sebuah negara yang sudah merdeka di gerbang 54 tahun, Sabenanya sudah berpuluh kali tranformasi dilakukan tetapi tidak sehebat hari ini. Semuanya hendak tranformasi, ayat itu digunakan dimana-mana.
Maka apakah tranformasi yang hendak dibawa oleh PM Najib, adakah satu dasar yang menyeluruh? Atau ada beberapa perkara sahaja yang di perlukan tranformasikan. Ambil dahulu dalam soal pentadbiran kerajaan itu sendiri, adakah sudah ditranformasikan.
Jika PM Najib terus bersetuju dengan seorang pegawai turus di perkhidmatan awam yang sudah menjangkau usia 58tahun, disambung lagi perkhidmatannya sebagai Ketua Setiausaha Negara sehingga usia 61 tahun dan seorang Gabenor Bank pusat yang sudah berusia 60 tahun disambung tugas sehingga 65 tahun adakah satu tranformasi? Adakah selama 50tahun ini kita gagal melahirkan ahli pentadbir yang bijak, ahli ekonomi yang terhandal? Atau kita tidak berjaya melahirkan modal insan.
Jika lonjakan ekonomi dimulakan mengambil tanah-tanah kerajaan dan diberikan kepada IMalaysia Develoment Berhad (1MDB) kemudian IMDB dengan tidak mengambil kira kepentingan negara dimasa depan. Akhirnya jangka panjang merugikan rakyat, bila mana 30 tahun kedepan kerajaaan masa itu terpaksa pula menggunakan akta pengambilan tanah-tanah milik rakyat bagi keperluan masa itu. Adakah itu maksud tranformasinya.
Kenapa tidak merancang bandar baru saperti yang dibuat oleh pemikir-pemikir perancang ekonomi tahun 60an yang tidak sehebat Zetty Aziz, hingga lahir Bandar Baru Bangi dan Shah Alam dan beberapa bandar baru. Kenapa tanah-tanah perladangan yang tamat tempoh pajakan tidak diambil semula oleh kerajaan dijadikan kawasan pembangunan baru, kenapa dipersetujui pertukaran status tanah dari pertanian ke perumahan dan komersial? Adakah itu bukan tranformasi tanah?
Akan ada beratus senarai yang akan ditulis yang memerlukan tranformasi jika benar kita mahu “tran” ia itu menyeluruh dalam reformasi kita. Belum masuk lagi perkara lain, Contuhnya kita mahu penjaja haram dan kakilima dihapuskan tetapi dalam masa yang sama kita keluarkan lesen penjaja. Kita suruh mereka berpindah tetapi foodcourt tidak dibina, jika ada pun dikawasan komplek atau mall, harga sewaan tidak termampu oleh penjaja dan peniaga kecil.
Akhirnya orang saperti saya yang terlibat dalam politik dan menjadi ahli Parti yang bernama UMNO akan bertanya adakah tranformasi ini akan dimulakan oleh UMNO sendiri ia itu melalui pemimpin-pemimpinnya khasnya PM Najib dan timbalannnya TPM Muhyiddin, belum termasuk Ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO yang sebilangan besarnya semasa hendak membuat pemilihan dahulu suara macam harimau dan bila terpilih saperti kucing meminta ikan.
Kepada saya UMNO yang perlu di tranformasikan, yang perlu diubah, bukan sahaja perlembagaannya tetapi perangai pemimpinnya.
UMNO sebenarnya tidak pernah belajar kenapa dengan tiba-tiba ditolak oleh rakyat pada pilihanraya umum 2008 dengan kekalahan di empat kerajaan negeri yang dikuasainya dan kekal tidak dapat menguasai Kerajaan Kelantan.
Segalanya bermula dengan pemimpin UMNO sendiri. Soal dasar dan sumbangan UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional tidak ada sesiapa hendak menafikan apa yang sudah dilakukan oleh UMNO ini selama 50tahun Merdeka.
Kenapa pada tahun 2007 menjelang Malaysia meraikan 50tahun kemerdekaannya tidak saperti Kerajaan Perikatan meraikan 10tahun kemerdekaan ditahun 1967. Dimana beberapa pamiran dan keraian dilakukan melibatkan rakyat berbagai kaum. Jika tidak kerana perayaan 10tahun itu, kemungkinan dipilihan raya tahun 1969 lagi parah keputusannya.
Berbalik semula ke dasar-dasar tranformasi yang sewajarnya dimulakan dalam batang tuboh UMNO.. adakah sudah dilakukan dengan dimulakan pemimpin UMNO ini berubah cara tingkah lakunya.
Pemimpin UMNO ini dalam istilah politiknya sudah menjadi gulongan ‘borjuis’ walau sebenarnya asal mereka juga dari kaki lima. Saya perhatikan sikap borjuis ini dikalangan pemimpin UMNO ini yang menyebabkan rakyat khasnya generasi baru dari berbagai kaum naik menyampah dengan pemimpin UMNO belum termasuk lagi gulungan yang berlagak aristokrat.
Jika dibandingkan majoriti rakyat hari ini.. mereka tidak termasuk dalam gulongan borjuis jauh sekali mereka aristokrat. Tetapi bagaimana rakyat dizaman 50an dan 60an boleh menerima gulongan aristokrat menjadi pemimpin mereka walhal mereka adalah proletariat dan petani.
Kenapa Dato Onn, Tunku, Tun Razak, Tun Ismail dan berderet lagi pemimpin UMNO dari gulongan aritokrat dan borjuis Melayu diterima oleh orang-orang Melayu, malah kematian mereka ditangisi. Jawabpannya mereka memang keturunan aristokrat dan datang dari gulongan borjuis tetapi mereka tidak pernah menunjukan diri mereka dari asal dari gulongan itu.
Mereka pemimpin melayu sejati, mereka terbuka untuk menerima pandangan pengikut dan penyokungnya, berdamping dengan rakyat dimana sahaja.
Berbeza hari ini.. pemimpin UMNO yang asal dari kakilima dan dapat sedikit pelajaran dan masuk universiti akhirnya dianggap intelek, mereka pula sekarang berlagak macam aristokrat dan berjouis besar.
Mereka yang memegang jawatan Menteri dan Menteri Besar satu perkara, yang hanya ahli Parlimen dan ahli Dewan Negeri satu perkara lain ditambah lagi dengan Ketua-ketua UMNO Bahagian yang sibuk menggunakan jawatan untuk mencari projek memperkayakan diri.
Satu perkara yang pemimpin ini terlupa bahawa mereka membesar didepan beribu pengundi dan pemilih dalam kawasan pilihanraya. Sebilangan besar pengundi tahu asal usulnya. Jika perubahan kehidupannya mendadak dan luar biasa. Maka disoal, mana punca dan datang kekayaan itu? Jika tidak menjual jawatan dan melacurkan pengundi dan ahli UMNO?
Kesimpulannya bahawa rakyat bukan mahu terlalu banyak tranformasi hanya hendak satu tranformasi sahaja ia itu pemimpinlah tranformasikan diri.
Dalam wall saya di facebook, saya katakan bahawa jika saya yang memberi tangan surat kepada PM Najib sendiri dan saya tahu bahawa PM Najib akan menyerahkan surat itu kepada pembantunya untuk mengambil tindakan susulan. Akhirnya tidak dapat sebarang jawabpan.. bukan surat itu minta sokungan projek tetapi membincangkan kepentingan rakyat tidak dilayan. Bagaimana dengan surat rakyat yang lain. Adakah itu salah PM Najib?
Itu sebabnya bagaimana pun yang lama juga di puji orang. Tun Dr Mahathir Mohamed semasa menjadi Perdana Menteri setiap surat yang dihantar akan dijawab sama ada oleh dirinya sendiri atau pegawainya. Itu sebab banyak orang menyimpan surat jawabpan Tun Dr Mahathir Mohamed sebagai satu kenangan dengan pemimpin.
Saya tidak salahkan PM Najib tetapi pembantunya. Kenapa pembantu tidak melayan surat yang berkepala surat lambang UMNO sendiri agaknya kerana saya siapa. Memang saya bukan siapa.. tetapi saya Setiausaha UMNO Bahagian satu UMNO Bahagian yang hanya berjumlah 191 sahaja. Bagi pembantunya yang bertaraf Setiausaha Sulit Kanan dan kiri, Setiausaha Politik dan juga Pegawai-pegawai Khas tolong jangan ambil kesempatan atas kelemahan PM Najib anak seorang aritokrat melayu itu. Jangan sibuk menukar cover proposal dan mencari komisyen dan membuat rumah banglow, dimata rakyat memandang.
Saya sudah melalui zaman Tun Razak,Tun Hussein, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya dizaman PM Abdullah dan PM Najib sahaja yang saya lihat banyak pegawai-pegawai di pejabat PM bergelar Datuk Seri dan Datuk, yang belum ada ialah gelaran Tan Sri kepada pegawai-pegawainya, saya rasa dizaman PM Najib nanti akan ada gelaran Tan Sri akan diberi kepada Pegawai Khasnya saperti Azlin Alias.
Ingatlah PM Najib pernah menang hanya dengan majoriti bawah 250 undi di Pekan, Jika beliau menang hanya di Pekan tanpa menang ditempat lain kalah, beliau tidak juga menjadi Perdana Menteri. Saya tidak akan mengeluarkan wang walau sesen pun untuk dapat berjumpa dengan PM Najib saperti mana saya dengar dan di beritahu bahawa ada orang disekeliling Pejabat PM Najib diberikan wang beribu-ribu dulu untuk dapat berjumpa dan potong que. kerana itu soal nak berjumpa itu, bukan kepentingan saya.
Kesimpulanya bertranformasikan sikap supaya jujur dan amanah.
Sang Kelembai: Ahmad Maslan hantar msg minta saya hantar semula surat yang dihantar. Konunnya nak bantu dapat temujanji. Saya sudah tidak berminat berjumpa lagi. dengan PM Najib. Jika saya telah mulakan mengangkat sauk dan layar berkembang, saya akan mulakan pelayaran saya. Biar sebesar mana gelombang dan gelora akan saya tempoh.
Sdr. Memang jadi buah mulut karenah para pegawai @pemabntu Khas DS Najib berlagak lebih sudu dari kuah. Malah ada yg berkata, keadaan lebih teruk berbanding zaman Tun Abdullah. bukan itu sahaja, para pegawai2 menteri2 lain pun sama, pegawai Km atau MBpun sama. Rupanya ada kesepakatan berbuat demikian. Rakyat biasa bukan utama. Jangan harap,rakyat biasa yg tiada kabel dapat layanan.
BalasPadamSaya setuju, Tuan sayangkan UMNO bukanya Pemimpin UMNO. Teruskan perjuangan krn itulah sebaiknya, krn tahap kesabaran ada hadnya.
BalasPadamTuan, Ini adalah penyakit kronik UMNO di semua peringkat dari pejabat PM sehinggalah ke cawangan.Jiwa untuk lihat orang melayu maju telah tiada. yang ada adalah jiwa untuk poket kembong sahaja. Untuk merubah perkara ini dari dalam adalah hampir mustahil walaupun pemimpin dah tukar tetapi cerita yang sama juga dimainkan.Untuk memulihkan sakit yang parah ni hanya satu ja... tumbangkan mereka, ganti dengan yang baru.Biar generasi UMNO akan datang bermula semula sebagaimana masa sebelum merdeka. Semai kembali jiwa berkorban untuk bangsa dan agama. tq
BalasPadamSalam Bang Sang Kelembai, segala kekurangan dan kelemahan yg diceritakan didalam isu kali ini akan tetap sama dan terus berlaku kepada sesiapa jua yg menduduki tempat itu,selagi mana hati-hati mereka yg memegang jawatan itu tidak takut pada Allah dan merasakan dirinya adalah hamba Allah. Walau atas tiket apa sekalipun,atas label apa pun. Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa,kaum,peribadi seseorang itu melainkan mereka mengubah apa yg ada didalam diri mereka sendiri. Sikap cinta dunia yg tebal serta takut mati itulah yg mendorong mereka utk bersikap tamak dan pecah amanah. Janganlah nanti apabila Allah telah mendatangkan sesuatu azab, malapetaka atau bala, maka barulah kita hendak koreksi diri dan bersatu hati. Secara peribadi, saya melihat perkembangan politik mutakhir ini semakin parah dan kudis dan nanahnya sendiri telah pun menjangkit keatas partai-partai yg berlabelkan Islam juga. Slogan dan motto yg mendakwa hendak membela rakyat, tidak menjadi kenyataan, sebaliknya tembolok dan periuk nasi mereka yg penuh dan melimpah!. Wallahualam
BalasPadamSaya amat bersetuju dengan sikap tuan yang menyamai sikap saya sendiri. Boleh saya 'bergurukan' tuan? Blog saya http://wanmalekwannoh-abelekrm.blogspot.com/ dan emel wanmalekwannoh@yahoo.com. Terima kasih Drp Wan Malek Wan Noh Pasir Puteh Kelantan.
BalasPadamPandangan Peribadi untuk ahli-ahli UMNO Pasir Puteh
BalasPadam1)Persidangan Tahunan UMNO tahun ini tiada pemilihan disemua peringkat disebabkan pilihanraya umum yang sudah hampir. Oleh itu, AJK Bahagian akan terus kekal sepertimana yang dipilih pada 8/11/2008. Begitu juga AJK Cawangan.
Walau bagaimanan pun, cakap-cakap kedai kopi tidak terkecuali daripada tajuk pemilihan parti selepas pilihanraya umum walaupun tajuk popular ialah tentang pilihanraya umum terutama siapa calon-calonnya nanti.
Di sini saya ingin menyentuh hanya tentang pemilihan parti yang akan datang kerana bagi saya itulah sebenarnya yang lebih penting dibicarakan berbanding dengan pilihanraya. Saya katakan ianya lebih penting kerana kesan dan prestasi pilihanraya banyak bergantung kepada siapa yang menerajui sesuatu Bahagian itu. Kemampuan dan kebijaksanaan kepimpinan diperingkat Bahagian akan menentukan hala tuju sebenar parti samada menuju ke arah kemenangan atau kekalahan.
Tempuh berparti lebih panjang daripada tempuh pilihanraya. Peranan sesebuah parti memakan masa bertahun-tahun menyusun gerakerja sedangkan tempuh pilihanraya hanya beberapa hari sahaja. Kalau dicontohkan, samalah dengan seorang pelajar yang belajar selama beberapa tahun untuk menduduki peperiksaan yang hanya memakan masa beberapa hari sahaja.
Sebab itulah, saya berpendapat bahawa kepimpinan parti sebenarnya lebih penting daripada pilihanraya. Bukan kerja dimusim pilihanraya yang penting tetapi kerja semasa seseorang itu memegang jawatan dalam partilah yang penting untuk dinilai. Kalau seseorang pemimpin parti itu telah memulakan kerja dari peringkat awal-awal lagi dengan satu tujuan iaitu supaya parti yang dipimpinnya menang dalam pilihanraya, saya yakin itulah kerja yang betul. Tetapi kalau seseorang pemimpin parti itu sentiasa asyik dengan kerja-kerja sampingan lain dan kerja itu hanya boleh dilakukan hanya dengan menggunakan kuasa kepimpinan yang ada, saya rasa itu tidak betul.
Dalam konteks ini, saya melihat UMNO Bahagian Pasir Puteh agak lewat melakukan kerja-kerja persiapan pilihanraya berbanding dengan parti PAS. Oleh kerana lewat, banyaklah kerja-kerja terpaksa dibuat dengan tergesa-gesa dan sudah tentulah sesuatu kerja yang dibuat secara tergesa-gesa itu akan mengakibatkan kerja itu banyak mengalami kesilapan bahkan kegagalan.
2)Politik adalah kerja bercakap. Tidak ada dalam dunia pemimpin politik yang tidak bercakap kecuali bisu tetapi orang bisu tidak ada yang menjadi pemimpin politik. Sebab itu hari-hari Perdana Menteri bercakap dan berucap. Baik surat khabar atau television atau radio, tiap-tiap hari kita membaca atau mendengar pemimpin politik bercakap dan berucap. Kerja bercakap adalah kerja yang paling mahal dan paling bernilai dalam dunia. Sebab itulah juga kerja dakwah ialah bercakap kerana semua nabi dan rasul bercakap dan berucap untuk menyampaikan ajaran agama. Sebab itulah juga maka tiadalah kerja lain yang lebih tinggi martabatnya melainkan kerja bercakap dan berucap kerana itu adalah kerja para nabi dan para rasul. Menulis kemudiannya menjadi kerja kedua paling mahal dan bernilai kerana apa yang diucapkan akan ditulis untuk dibaca oleh orang-orang lain atau kemudian yang tidak dapat mendengar. Al-Quran ditulis dan terhasil selepas wahyu Allah diucapkan.
Sayangnya, pemimpin parti di Pasir Puteh tidak pernah mahu menjaga dengan rapi apa yang hendak dipercakapkan atau diperucapkan. Mungkin disebabkan keadaan tergesa-gesa seperti yang telah saya sebutkan tadi, maka banyaklah kesilapan-kesilapan yang terjadi. Walaupun silap sesetengah ahli parti tidak pula mahu mengakui kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin parti itu kadang-kadang disebabkan terlalu ghairah berpolitik. Mereka tidak kisah asalkan kenyataan yang dibuat pemimpin itu berunsur asakan yang boleh menghasilkan sorakan.
Disediakan oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh,
T-29, Taman Jaya,
16700 Cherang Ruku,
Pasir Puteh,
Kelantan.
No. Ahli UMNO 03924693
Tel. 019-937 5226
Email : wanmalekwannoh@yahoo.com
Orang-orang di peringkat Bahagian terutamanya Ketua Bahagian sendiri berkemungkinan berfikir bahawa mereka sahajalah yang berhak membuat penilaian. Selama ini pun, merekalah yang sentiasa menilai dan membuat justifikasi terhadap orang perseorangan. Mereka menilai seseorang mengikut kriteria mereka sendiri apabila didapati orang itu cuba melakukan sesuatu kerja atau usaha politik secara berasingan. Jika orang itu ialah orang yang berada didalam saf kepimpinan parti seperti AJK Bahagian, mereka mendapat penilaian tertinggi disisi mereka. Jika orang itu bukan dalam saf itu, secara otomatik orang itu dinilai dengan serendah-rendah nilai bahkan ada yang dilabelkan sebagai penentang kepada pucuk kepimpinan parti.
BalasPadamSikap ketidakterbukaan pucuk kepimpinan parti inilah sebenarnya yang telah selama ini merosakkan parti dengan tidak disedari mereka sendiri. Mereka bersikap bahawa mereka sahajalah yang berhak mengatur dan menggerakkan kerja-kerja parti. Mereka tidak tahu bahawa semua orang di luar Bahagian tahu dan faham bahawa sememangnyalah kerja-kerja parti hanya orang-orang Bahagianlah yang berhak mengatur dan menggerakkannya kerana mereka telah diberikan mandat oleh ahli-ahli parti untuk tujuan itu. Selain daripada mereka, tiadalah yang lebih berhak.
Yang menjadi persoalannya ialah apakah kerja-kerja yang dibuat oleh mereka yang di luar barisan kepimpinan parti itu dianggap juga sebagai kerja parti? Apakah apabila orang-orang seperti Cikgu Azmi dan Kapt (B) Wan Marzudi JP melakukan kerja-kerja ziarah dan membantu orang-orang susah di kampong-kampong dianggap sebagai kerja parti yang hanya berhak dibuat oleh orang-orang Bahagian sahaja? Apakah mereka dianggap menentang kepimpinan parti hanya kerana mereka tidak melibatkan orang-orang Bahagian terutamanya Ketua Bahagian sendiri?
Saya membawa persoalan ini kerana suasana kolot seperti ini masih membelenggu UMNO Bahagian Pasir Puteh. Mereka beria-ria dan teruja-uja hendak membawa perubahan kepada UMNO Bahagian sewaktu mereka mula-mula memenangi jawatan masing-masing dulu tetapi sampai sekarang perubahan tidak pun berlaku juga. Mereka hanya berkata ingin membuat perubahan tetapi sikap mereka sendiri pun masih tidak berubah. Mereka berkata bahawa polisi yang dibawa oleh kepimpinan terdahulu merugikan parti dan tidak boleh lagi dijadikan contoh tetapi sampai sekarang pun, polisi baru tidak juga dilahir-lahirkan dan dipraktikkan.
Saya menyentuh perkara ini dengan agak tajam sedikit kerana saya sendiri pun telah dinilai akhir-akhir ini oleh Ketua Bahagian dengan gred terendah iaitu dengan gred purata kosong. Beliau berkata bahawa saya tiada apa-apa nilai baginya. Beliau tidak tahu bahawa saya sedikit pun tidak mengharapkan beliau membuat sebarang peniliaian keatas diri saya kerana saya telah awal-awal berkata bahawa saya sememangnya bukan penting tetapi tulisan-tulisan saya itulah yang penting. Saya telah seterusnya berkata bahawa beliau sendiri pun tidak penting juga tetapi kerjanya sebagai Ketua UMNO Bahagian itulah yang penting. Sebab itulah saya tidak pernah sekali pun menyentuh peribadinya dalam tulisan-tulisan saya kecuali mengkritik kepimpinan politiknya sahaja.
Apakah itu salah disisi Perlembagaan Parti? Adakah ada disebut di dalamnya bahawa seseorang ahli biasa tidak boleh mengkritik Ketua UMNO Bahagian? Jika tidak ada, itu bermakna tiadalah larangan. Tiadalah juga makanya larangan untuk saya terus Menulis dan Menulis…. Dan jika beliau tidak mahu menerima teguran, itu bermakna pula bahawa beliau tidak mahu mencontohi kepimpinan Saidina Umar al-Khattab yang sanggup menerima teguran dari seorang rakyat biasa walaupun dengan mata pedang yang tajam terhunus.
Dalam ertikata sekarang dengan ‘mata pena yang tajam’….
Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No. Ahli UMNO 03924693
18 Jun 2011 Semerak.
ASM tuan,Saya tidak pernah berurusan dgn PM Najib dan pernah berurusan dengan Yb Ahmad Maslan.Saya hantar msg kepada dia pada pukul 3:00 pagi sabtu dan dia balas pada pukul 5:30 pagi tersebut dan dpt jumpa dia pada hari isnin berikutnya.Kalau semua YB boleh bekerja mcm dia senang rakyat.Pengalaman ini saya lalui sendiri selama 2 kali.
BalasPadamxguna kalau transformasi kalau puak2 PR asyik duk fitnah je...bukan sama2 nak majukan negara
BalasPadamBang Zarin tulih ni memang botor,terlampau banyak bonar retorik pemimpin ari ini,kojo tak jalan yo!Nak jumpo pun nak kono jolok,hampeh...Kito pukol gondang porang bang,bukan nak rusak an UMNO,kito ajar little2 napoleon tu...porlu askar...tel 012 6332158 wankocik.
BalasPadamSy suka cara tuan berfikir dan berpandangan..
BalasPadamSyabas tuan..!