Sabtu, 2 Januari 2010

Seribu Kenangan Dengan Tok Mat

Tok Mat@Mohamad Bin Rahmat telah meninggal dunia. Satu lagi putra bangsa yang berjasa dalam pasca kemerdekaan meninggalkan kita, membawa bersama khazanah sejarah yang dilalui sebagai saksi mata dan pelakunya.

Bagaimana pun beliau berkesempatan menulis sebuah buku ‘Akhirnya sebuah impian’ yang tulisannya terlalu mudah tetapi dapat menceritakan apa yang berlaku dari disudut hatinya yang akan menjadi kenangan-kenangan kepada pewaris bangsa.

Tok Mat kepada saya bukan sahaja seorang kawan yang rapat tetapi juga sebagai sebagai bapa yang memimpin anaknya. Saya merasa bangga sekurangnya masa 37tahun saya berrumah dalam politik, setengah darinya saya berguru dengan beliau dalam ilmuan politik dan komunikasi.

Saya mengenal Tok Mat bila saya berkerja di Filem Negara Malaysia di Jalan Utara, Petaling Jaya di tahun 1968, walau pun beliau sudah berhenti kerja di Filem Negara dan memegang jawatan sebagai Setiausaha Politik kepada Tan Sri Sardon Jubir, beliau selalu datang ke pejabat Filem Negara dan berbual di kantin, disitu saya berkenalan dengannya.

Kebetulan saya terlibat dalam Gerakan Belia 4B Malaysia di Selangor dan beliau salah seorang pemimpin belia 4B. Perhubongan kami terus bertambah rapat sehinggalah beliau dilantik menjadi Setiausaha Parlimen dan Timbalan Menteri.

Pada tahun 1973 saya sudah menduduki jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bangsar dan dipilih menyertai kursus di Pekan, Pahang secara kebetulan bersama dengan Tok Mat dalam kumpulan yang membuat kerja dermabakti.

Dari situlah saya dan dia berhubong, berbincang dan sebagainya tetapi dalam banyak soal politik saya dan dia selalu tidak sehaluan. Ini termasuk dalam isu Datuk Suhaimi Kamaruddin dalam soal Bangi Oh Bangi ia itu skandal kayu balak ditapak Universiti Kebangsaan sekarang.

Beliau meminta saya menyokungnya untuk menyingkirkan Haji Suhaimi bagi melawan jawatan Ketua sebaliknya saya hanya bersetuju beliau bertanding melawan jawatan Naik Ketua. Walau pun penat, akhirnya beliau bersetuju hanya bertanding jawatan tersebut.

Sehingga beliau menjadi Menteri Penerangan ditahun 1978 dan terlibat dalam kes Datuk Harun Idris, saya dan dia tetap berkawan walau pun beliau berpihak kepada tindakan Datuk Hussein Onn semasa itu sebagai Presiden dan Perdana Menteri memecat Datuk Harun Idris dari UMNO dan sebaliknya saya bermatian menyokung Datuk Harun Idris.
Sama ada dia menjadi Menteri atau tidak, dia tetap macam itu. Tok Mat hanya salepas dilantik jadi Menteri kali kedua baru tidak memakai bodyguard Polis, malah dia salah seorang Menteri yang saya pernah tengok sendiri selalu memandu kereta kepejabat di Angkasapuri.

Satu kelebihan Tok Mat dia pandai menghargai kawan-kawannya. Cara penghargaan bermacam-macam, ada yang diberi wang, ada yang diberi jawatan dan dalam menghargai saya sebagai kawannya ialah pada satu hari diawal tahun 90an. Beliau telah memanggil saya kepejabatnya di Bangunan UMNO dan meminta saya mengisi borang pingat Persekutuan untuk diberikan Ahli Mangku Negara.

Saya menolak pemberian itu sebaliknya saya mencadangkan pingat itu diberikan kepada Tengku Adnan Mansor yang juga majikan saya, dimana saya berkerja dengannya masa itu. Beliau bersetuju tetapi Tengku Adnan tidak mahu pula menerimanya kerana beliau akan di anugerah DIMP Sultan Pahang, sebaliknya jika KMN-Kastria Mangku Negara beliau bersetuju menerimanya kerana beliau masa itu Bendahari Pemuda UMNO.

Bila saya berjumpa semula dengan Tok Mat dan menyerahkan borang yang ditanda di petak KMN, dia memarahi saya kerana menanda petak KMN, salepas saya memberi hujah, maka dia bersetuju. Dan jika KMN di barisan pingat-pingat yang ada pada nama Tengku Adnan Bin Tengku Mansor yang 20tahun kemudian mengambil tempat Tok Mat sebagai Setiausaha Agong, begitulah bermulanya.
Saya hanya mempunya dua peristiwa besar dari seribu peristiwa yang akan menjadi ingatan dalam perhubungan dengan Tok Mat.

Pertama ialah pada tahun 1993 dimasa Anwar Ibrahim bercadang hendak melawan Ghafar Baba(allahyarham) dan kempen hendak bermula. Kerana Tok Mat amat tahu bahawa saya tidak akan menyokung Anwar Ibrahim jika ada pertandingan. Walau pun saya tiada apa-apa jawatan tetapi beliau juga tahu saya mempunyai pengetahuan dalam bidang yang lain itu bagaimana mengadakan propaganda hendak menjatuhkan sesaorang, saperti mana yang saya lakukan di Sabah dalam zaman menjatuhkan kerajaan Berjaya ditangan PBS-Parti Bersatu Sabah.

Saya dipanggil ke pejabatnya di Pejabat UMNO, sebaik sahaja saya masuk saya telah ternampak sebuah beg macam briefcase di atas meja sofa. Belum sempat saya berkata apa-apa. Tok Mat terus bercakap dengan nada keras. “zaharin dalam beg tu ada duit sebanyak 100 ribu.. kamu ambil.. kamu uruskan passport dan kamu belajar di Indonesia nanti akan uruskan universiti mana kamu belajar dan passport kamu aku pegang”

Saya pun bertanya. Fasal apa, Saya nak ke Indonesia?, ayat jawabpan Tok Mat ialah “jangan kamu kacau anwar nak lawan encik ghafar”. Saya terpegun. Saya menjawab. “Tok Mat. Dulu masa pilihanraya Sabah. Tok tak bagi saya pergi tolong PBS, tok tak bagi saya satu sen pun, saya ikut. Bukan saya takut dengan Megat Junid yang ugut saya, jika saya ke Sabah saya di tangkap” jadi kau tak nak duit ni? Soalan Tok Mat kepada saya. “Saya tak hendak, saya nak sokung Ghafar’, jawab saya.

Akhirnya dalam pertengkaran itu.. sebelum saya meningalkan pejabatnya saya minta kat dia 100 ringgit, walau pun marah. Dia tetap bagi dari dompetnya. Dan saya terus menyokung Encik Ghafar Baba, walau pun dia akhirnya meletakan jawatan dalam kerajaan dan parti.

Peristiwa Kedua: Banyak orang yang tidak tahu, bahawa soal prinsip adalah soal prinsip bukan soal berkawan. Isu inilah yang menyebabkan saya tidak bertegur sapa dengannya hampir setahun. Ia itu saya sendiri membuat aduan BPR akan kes rasuah di Kementerian Penerangan yang melibatkan Tok Mat.

Isu itu ialah saya diberi maklumat akan beberpa penyelewengan filem iklan di Tv. Dimana terdapat hanya satu syarikat iklan yang monopoli siaran iklan rokok. Jika pembuat syarikat iklan lain membuat iklan oleh syarkat pembuat rokok, iklan tidak disiarkan.

Saya tidak berniat aduan itu dibuat bagi merosakan nama baik Tok Mat tetapi saya amat marah bila Tok Mat tidak mahu bertindak dengan Ketua Setiausaha yang banyak terlibat dengan kes rasuah bukan sahaja filem iklan tetapi juga pembekal filem. Bagaimana pun saya di fahamkan bahawa hasil siasatan sedikit sebanyak melibatkan Tok Mat.

Akhirnya disuatu hari beliau meminta seorang kawan membawa berjumpa dengannya. Saya bersedia berjumpa. Dalam perjumpaan itu beliau meminta saya membantu jika boleh menarik balik laporan BPR itu kerana dengan itu siasatan kes itu boleh ditutup.

Tok Mat seorang kawan saya.. dia antara orang yang saya hurmati, saya merasa sedih bila dia bercakap berkali-kali, “maafkan aku zaharin” kerana dia bukan sehaja kerana lebih tua dari saya tetapi saya juga tidak nafikan bahawa dia banyak membantu kewangan saya.

Walau pun saya sedia berkorban kerana dia dalam isu melawan Dr Mahathir Mohamed dan sanggup di pecat dalam UMNO, kerana takut kedudukannya terjejas, wal hal bukan kesalahan saya masa itu, jika dibaca surat-surat saya sebenarnya saya telah meramalkan bahawa Anwar Ibrahim akan melawan Dr Mahathir Mohemad pada tahun 1995 lagi, yang kenyataannya berlaku pada tahun 1998.

Akhirnya saya bersetuju menarik balik laporan itu dan setahun kemudian beliau digugurkan menjadi Menteri.

Sebagai kata akhir kepada mu Allah sampaikan kataku ini kepadanya “maafkan saya Tok Mat, saya mohon pemberian, makan minum di halalkan, saya juga memaafkan Tok Mat dunia dan akhirat”. Selamat Jalan Tok Mat.. bersemadilah dengan tenang, saya akan tetap ingat pesan2 Tok Mat dalam soal ‘Melayu’-Alfatiha
Sang Kelambai: Tok Mat tetap tidak ada duanya dalam hidupku dan UMNO terlalu sukar mencari gantinya-Al Fatihah.

3 ulasan:

  1. tahniah sang kelembai,

    posting yg panjang dan menarik..semoga jadi iktibar kepada pembaca sekarang.

    salam MO

    BalasPadam
  2. AlFatihah untuk Tok Mat bapa "SEMARAK". Saya dibesarkan dalam umno bermula dengan "SEMARAK". Memang Tok Mat adalah SUA UMNO terbaik sebagaimana terbaiknya PM bernama MAHATHIR.

    BalasPadam
  3. Saudara,
    saya rasa menceritakan keburukan orang samada yang masih hidup mahupun yang dah mati itu adalah satu amalan yang kurang baik. seelok2nya, gunakanlah pengetahuan dan pengalaman luas saudara itu utk membangunkan agama, bangsa dan negara. klu asyik membangkitkan nostalgia lama bagi mencari kepuasan hati, saya rasa amatlah tidak bersesuaian. namun maafkan saya krn blog ini blog saudara dan saudara berhak meluahkan apa saja dari hati saudara. tapi fikir2kanlah kesan yg akan ditinggalkan kpd generasi muda dlm membentuk persepsi mrk dimasa akan datang. Insya Allah.

    Salam ikhlas dari,
    - hantu siber -

    BalasPadam

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.