Sabtu, 17 Ogos 2019

Untungkah orang Melayu jika ada Pilihanraya Kerajaan Tempatan?.


1.Saya rasa dia tidak habis belajar sejarah Tanah Melayu pra dan pasca kemerdekaan Malaya. Sebab beliau dilahirkan dan membesar di Singapura. Itu sebab beliau mahu membangkitkan semula perancangan Inggeris yang memasukkan soal Kerajaan Tempatan dalam Perlembagaan Persekutuan 1948 dan Perlembagaan 1957.
2. Kemasukan ayat Kerajaan Tempatan dalam Perlembaaan Persekutuan ada ditiru melalui sistem Wesminter British. Dimana sejak dulu, cara British mentadbirkan kawasan Bandar melalui sistem local goverment yang berbentuk bukan kuasa politik sebaliknya orang persaorangan yang dilihat boleh memimpin pentadbiran sesuatu bandar atau bandaraya. Kerana Kerajaan tidak mahu mengeluarkan perbelanjaan pengurusan bandar dan campur tangan dalam membuat keputusan.
3. Muslihat British mengadakan pilihanraya bandaran ialah menguji sejauh mana sistem demokrasi diterima pakai oleh rakyat Malaya dan pengesan tali barut komunis dan soal kesetiaan orang bukan melayu terhadap Malaya.
4. Pilihanraya Perbandaran di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur secara ringkas untuk menguji perlu atau tidak Malaya diberikan kemerdekaan berkerajaan sendiri. Kerana di Parlimen Westminster, perdebatan isu kesetiaan orang bukan Melayu khasnya Cina berpanjangan, khasnya antara ahli-ahli Parlimen yang bertugas di Malaya.
5. Dimana ahli-ahli Parlimen Briitish meragukan dan tidak percaya dengan orang Cina (Ini boleh dirujuk dengan hansard perbahasan Parlimen British tahun 1948 hingga 1952.
6. Sekarang Kerajaan PH sedang berusaha untuk mengadakan Pilihanraya Perbandaran. Untuk apa tujuannya? selain dari Parti Politik akan menguasai Majlis Perbandaran.
7. Apa mereka boleh lakukan jika Majlis Perbandaran termasuk Bandaraya Kuala Lumpur di kuasai dengan satu kaum sahaja? Kamu sebagai pembaca jawablah sendiri. kerana majoriti penduduk bandar besar saperti Kuala Lumpur tidak saimbang. Mereka boleh buat apa yang mereka suka.
8. Maka orang Melayu akan terus terpinggir dengan arus pembangunan satu bandar dalam arus perdana untuk jangka panjang. Polarisasi dan diskriminasi kaum akan tetap berlaku.
9. Fikirkan-fikirkan lah orang Melayu dan Parti Politik Melayu. Ini satu perjuangan untuk menahan Grand Design musuh-musuh Melayu.. yang tidak nampak dimata kasar.
10. Berdasarkan hujjah Menteri ini.. banyak kelemahannya kerana beliau buta sejarah.
Sila share
SangKelembai
Bandar Sri Permaisuri, Cheras
August 17, 2019
8.30 pm.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.