Sabtu, 17 Ogos 2019

Jangan sampai luka lama berdarah kembali.


1. Pada 12hb Ogos 1945. Soekarno seorang pejuang nasionalis dan kemerdekaan Indonesia singgah di Taiping dalam perjalanan balik dari Saigon (Ho Chin Min City) salepas berunding dengan pembesar Tentera Jepun soal kemerdekakan Indonesia.
2. Beliau telah disambut oleh pemimpin Parti Kebangsaan Melayu Malaya bernama Ibrahim Yaakob (Iskandar Kamel) dan jajaran pemimpin parti itu, seorang pejuang nasionalis dan kemerdekaan Malaya sebelum perang dunia kedua.
3. Dalam perjumpaan itu, yang juga diturut oleh beberapa Pegawai Tertinggi Tentera Jepun telah dipersetujui bahawa Malaya dan Indonesia akan digabungkan dengan nama Negara Indonesia Raya. Pihak Jepun yang merasakan akan kalah dalam Peperangan itu kerana kesilapan menyerang Pearl Harbour di Hawai yang mana menghadapi serangan balas Amerika dengan melepas bom atom di Hiroshima dan Nagasaki. Jepun yang menjajah secara menakluk dalam peperangan dengan Imperialis barat British dan Belanda dikedua buah negara itu berhak memberikan Kemerdekaan.
4. Perjanjian itu ditandatangan oleh Soekarno dari Parti Nasional Indonesia (PNI) dan Ibrahim Yaakob dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM-Pekemam) (dua parti yang ada di Malaya masa itu selain dari Parti Komunis Malaya).
5. Pada selang berapa hari kemudian tepat pada Ogos 15, 1945 dengan rasmi Maharaja Jepun membuat pengakuan kalah dan menamatkan perang. Dalam keadaan kelam kabut itu, sementara menunggu secara rasmi penamatan perang. Soekarno yang telah mendapat kebenaran Jepun untuk memerdekakan Indonesia telah mengistiharkan (Prolamirkan) Kemerdekaan Indonesia dengan pemasyuran secara tulisan tangan dan kemudian disusul perbincangan cara perlaksanaan dan sistem pentadbiran Indonesia merdeka.
6. Tidaklah diketahui kenapa masa itu Soekarno tidak memasukan Indonesia dan Malaya dalam proklamirkan Kemerdekaan. Kemungkinan Soekarno mahu diuruskan Kemerdekaan Indonesia dahulu dan kemudian baru memasukan Malaya dalam wilayah Indonesia yang ke 25.
7. Bagaimana pun rancangan itu tidak terjadi dan menjadi kenyataan. Sebaik sahaja Indonesia Merdeka pada 17hb Ogos 1945, pihak Britsih mengarahkan secara sulit MPAJA-Malayan People Anti Japan Army yang didukung oleh British melalu Parti Komunis Malaya membuat hura-hara selama 14hari sebelum Jepun dan British mengadakan upacara menyerah diri pada September 2, 1945. Jika terjadi apa yang dirancang. Mungkin semua pendatang ini dihalau keluar dari bumi Malaya, saperti dilakukan oleh Soekarno kepada bangsa Cina di Indonesia,kecuali yang telah berakar umbi ratusan tahun.
6. Maka antara 15hb Ogos 1945 hingga 31 Ogos 1945. Askar2 MPAJA yang didominasi oleh ahli Parti Komunis Malaya dikenali Bintang Tiga yang dibantu oleh British melawan Jepun telah mengambil alih pemerintahan di Tanah Melayu dengan cara membunuh sesuka hati orang-orang Cina yang bersubahat dengan Jepun dan juga orang Melayu yang dituduh menjadi pengintip Jepun. Di setengah tempat kepala-kepala orang Melayu yang dipancung dipamirkan disimpang jalan.
7. Peritiwa itu dikenali dengan nama Perang 14 hari. Bagaimana salepas British masuk semula ke Tanah Melayu.. Pergaduhan kaum masih lagi tidak dapat di aman. Pertempuran Melayu/Cina berterusan sekitar bulan Ogos 1945. Perang itu mula tercetus di Batu Pahat (Johor), Kuala Pilah (Negeri Sembilan) November 1945, Parit dan Teluk Intan (Perak) 24 Disember 1945, Batu Malim (Pahang) 11 Februari 1946 dan Kuala Kangsar (Pe­rak) 6 Mac 1946.
8. Ini yang sebenarnya punca tertubuh UMNO.. ia itu pemerintahan 14 hari Bintang Tiga. Bukan kerana penentangan Malayan Union saperti dikompang dan war warkan oleh pemimpin UMNO sejak dulu, bagi tujuan menjaga hati dan perasaan orang Cina. Ahli sejarah juga ikut diam bagi membangkitkan isu sebenarnya penubuhan UMNO. Tetapi faktanya begitulah bagaimana UMNO ditubuhkan kerana menjaga kepentngan orang Melayu yang telah cuba dinafikan hak dalam perang 14 hari.
9. Kesimpulannya kepada Koo Yew Yin dan semua orang-orang Cina yang rasis dan chauvanist. Jangan kamu menyentuh orang Melayu.. Jika dibangkitkan sejarah hitam yang berlaku dalam perang 14 hari Cina dan Melayu. Luka lama akan berdarah kembali. Negara akan hancur dan musnah. Hiduplah secara damai sebagai Bangsa Malaysia dengan berbagai kaum didalam nya.
Selamat Hari Proklamir Kemerdekaan Indonesia ke 74 Tahun.
Sang Kelembai
Bandar Sri Permaisuri
Ogos 17, 2019

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.