Sabtu, 24 Ogos 2019

Dulu dikenali dengan MPAJA.. Hari ini RBA..


1.Pada tahun peperangan Jepun menyerang Malaya. Tidak ada pasukan tentera berbagai bangsa. Malaya hanya ada Askar Melayu sahaja.
2. Bila ada seorang pemimpin politik Kerajaan PH berkata bahawa datuk dia juga tentera melawan Jepun. Malah ada sayap wanita. Tidak pula dinyatakan apa regiment askar datuknya. Malah dianggap perjuangan Kemerdekaan juga.
3. Tentera bukan Melayu yang ada masa perang Jepun/Malaya ialah tentera MPAJA atau Pasukan Tentera Malaya Anti Jepun.. bukan Pasukan Rakyat Malaya Anti Askar Jepun. Dalam Bahasa Inggeris Malayan People Anti Japanese Army kecuali Gerakan Force 136 yang diwujudkan oleh British.
4. Hari ini Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkefli Zainal Abidin telah memberi kenyataan bahawa pengiktirafkan kepada askar atau sumbangan MPAJA masa Perang Jepun/Malaya sebagai pengkhianatan kepada negara.
3. Dalam buku Orang-Orang Cina di Tanah Melayu, diterbitkan dalam tahun 1948 oleh Oxford University Press di tulis oleh Victor Purcell dan diterjemahkan oleh Nik Hasnaa Nik Mahmood melalui penerbitan Universiti Teknoloji Malaysia Pada tahun 1997, anda baca muka surat 238. (buku ini boleh di Google) anda akan terjumpa tulisan ini yang dibuat 71 tahun dahulu.
'4. Kira-kira pertengan bulan September 1940, Parti Komunis Malaya menerima arahan dari Parti Komunis China di Hong Kong supaya melaksanakan perkara-perkara yang berikut.
4. 1. Kesemua Gerakan Anti British dan rusuhan pemogokan mestilah di berhentikan dengan sertamerta di Tanah Melayu dan Parti haruslah menumpukan perhatian untuk menyatupadukan gerakan anti Jepun.
4. 2. Dan menyokong Gerakan Kebebasan di Tanah Melayu dan tidak menentang Parti jika terdapat kempen yang dilakukan oleh komuniti Cina di Tanah Melayu membantu British.

5. Dari segi fakta Sejarah itu.. mana ada kebangkitan Parti Komunis Malaya berjuang dalam perang Jepun/Malaya untuk kepentingan mempertahankan Malaya? Tidak ada sesiapa menafikan bahawa MPAJA juga berperanan untuk menubuhkan satu Negara Komunis di Malaya.
6. Dan untuk merealisasikan Negara Komunis, bekas pemimpin dan askar MPAJA mengambil alih pentadbiran Malaya. Sehingga berlakunya pembunuhan orang tidak berdosa yang dituduh sebagai tali barut Jepun.. Peristiwa ini dikenali denga nama Perang 14 hari antara orang Melayu dan saki baki MPAJA yang kembali ke indentiti asalnya sebagai ahli Parti Komunis Malaya.
7. Maka kena bertanya dengan Ahli Parlimen DAP ini.. Salepas Perang 14 hari, Datuk dia ada terima tidak wang RM350. sebagai pampasan dan satu beg beras? Dan menyerahkan senjata.
8. Bagaimana niat PKM untuk mendirikan Repulik Komunis Malaya telah gagal.. bila berdasarkan Perang 14 hari.. UMNO di tubuhkan. Kini MPAJA sudah bertukar wajah dengan new branding bernama RBA@Red Bean Army..
Sang Kelembai
Bandar Sri Permaisuri
August 24, 2019.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.