Rabu, 14 Ogos 2019

PKM mencari tapak semula tanpa rakyat sedar.


1. Apa salah mengaku Tentera kita makan dan tidur. Kerana kenikmatan negara aman dan tidak berlaku peperangan. Bagaimana pun tentera tetap berada dalam kewaspadaan menghadapi ancaman.
2. Yang menjadikan tentera tidak kesempatan untuk makan dan tidur jika ada talibarut anasir subversib dan komunis saperti Koon Yew Yin dan bangsa sewaktunya dengannya mempersendakan dan membangkitkan kemarahan.
3. Didalam ideologi komunis tidak menghalang sebarang pemegang ideologi menjadi kaya raya saperti yang berlaku di China dan Russia tetapi setiap mereka yang kaya kena menyumbang kepada parti Komunis.
4.Penyusupan komunis kedalam ideologi negara ini saperti 'time bomb'. Soal komunis bukan soal bangsa dan agama. Di Indonesia dalam masa kini, ada usaha untuk menghidupkan semula Parti Komunis Indonesia yang diharamkan oleh mereka yang beragama Islam dengan menggunakan beberapa wadah. Bagaimana pun Polri telah dapat memintas. Tetapi kebangkitan rakyat Indonesia menentang penyibaran kebangkitaa PKI menyebabkan berlaku pertumbahan darah.
5. Malaysia juga tidak terelak, satelah hampir 30 tahun perjanjian hatyai.. Dimana asasnya diterima atas dua dasar ia itu perletakan senjata dan pengganas, dimana PKM menerimanya tetapi tidak tertulis dalam perjanjian itu mereka bersetuju untuk menolak Ideologi Komunis marxis lenin. Ini memberi erti hanya mereka tidak berada didalam hutan sebagai pengganas, tetapi mereka berada di dalam bandar dan kampong.
6. Saya memiliki sebuah buku yang bertajuk 'Mao: The Unknown Story' yang telah dialih kebahasa Indonesia bertajuk 'Mao: Kisah-kisah yang tak diketahui. ditulis oleh Jung Chang dan Jon Halliday.
7. Buku itu cukup baik dibaca untuk memahami penyusupan ideologi Komunis. Maka dari sebutan kata, perbuatan mereka yang cuba membawa kembali ideologi komunis nampak sudah secara berterangan.
8. Antara cara yang mudah ialah membangkitkan permusuhan dikalangan rakyat dan akan datang penyelamatnya bernama Komunis. Kita di Malaysia sekarang mempunyai Mao Zedong. Yang memulakan dengan memberi keresahan kepada rakyat dalam berbagai isu, agama, bangsa dan juga ekonomi sehingga rakyat akan bangkit dan berlaku permusuhan.
9. Adakah teori yang sama cuba dilaksanakan di Malaysia?. Manifesto Komunis membawa minat Mao Zedong menyertai komunis. Jika kita baca pula buku Manifesto Komunis yang ditulis oleh Karl Marx.. Akan lebih kita memahami pemisahan dasar dan perlaksanaannya.
10. Maka jika orang Melayu/Islam tidak berwaspada, mereka akan menghadapi perkara yang sama disebuah negara Islam, satu-satunya yang punya Parti Komunis bernama Yaman Selatan, sehingga kini masih huruhara.
Sang Kelembai
Bandar Sri Permaisuri
August 14, 2019

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.