Rabu, 14 Ogos 2019

Antara Palestine dan Kashmir mentaliti orang Islam di Malaysia.


1. Dua pemimpin Melayu/Islam, Rais Yatim dan Syed Saddiq menyokong Zakir Naik dihantar pulang ke India. Tiga orang India dari DAP gesa dihalau keluar. Kisah tiga India DAP beragama hindu bertindak kerana dia beragama hindu. Itu tidak menjadi masalah. Yang dua orang beragama islam ini, apa pula masalahnya?.
2. Nak kata tak reti basa.. tentu seorang masih Menteri, seorang bekas Menteri tentu yang terbaik dari semua Melayu yang ada. Bukan Dr Mahathir Mohamad dengan terang sudah berkata.. jika Zakir Naik dihantar balik India, mungkin dia akan dibunuh.
3. Kenapa Dr Mahathir Mohamad berkata begitu, kerana isu ini bukan isu diplomatik India dan Malaysia. Ia adalah soal undang-undang India. Soal extradisi, adalah soal konvensyen PBB@Bangsa-bangsa Bersatu. India tidak mahu menjadikan isu ini sebagai isu diplomatik, kerana India pun tahu. dimana-mana negara dalam dunia, boleh menerima mana-mana pesalah untuk mendapat perlindungan dalam satu negara yang menerimanya. Saperti adanya orang Malaysia lari ke Sweden dan Australia yang dalam perbicaraan atau tuduhan.
4. Jika kerana pendidikan Islam agak kurang kedua mereka, saya rasa tidak juga, hanya mungkin kerana tidak faham akan pengertian setiap orang Islam itu bersaudara, walau pun berlainan emak bapak dan tidak dikenali. Orang Islan itu di jadikan bersaudara kerana bersyahadat yang sama.. Allah tuhannya, Nabi Muhamad s.a. w. nabinya. Dan dalam islam menerima semuanya manusia berasal dari Adam dan kemudian didatangkan hawa. melahirkan keturunan dan kemudian berkembang biak, menjadi suku bangsa.
5. Itu sebab orang Islam hanya sibuk di Palestine.. dimana ada Masjid Al-Aqsa. Kiblat pertama orang Islam. Tetapi berapa orang mengambil kisah penindasan Kerajaan India dikawasan orang Islam di Kashmir dan Jaipur? Mereka tidak ambil kisah. Sebab di sana tidak ada masjid Al-Aqsa, maka menyuarakan penindasan Kerajaan Hindu India kepada umat Islam di Kashmir mungkin tidak dapat pahala sama saperti menyuarakan masalah orang Islam di Palestine.
6. Maka tindakan Dr Mahathir Mohamad memberi alasan Zakir Naik akan dibunuh jika dihantar ke India tidak langsung ada dalam penilaian kedua orang Melayu/Islam yang bersetuju Zakir Naik dihantar pulang.. Maknanya mereka berdua lebih rela seorang pendahwah Islam mungkin juga sudah bertaraf ulama mati dibunuh.. Itulah mentaliiti mereka.
7. Semoga Allah melindungi Ustaz Zakir Naik dan memberikan kekuatan konsisten Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu ini. Tidak akan dihantar pulang.

Sang Kelembai.
Bandar Sri Permaisuri.
August 14, 2019.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.