Sabtu, 3 Ogos 2019

Mereka terperangkap dengan mainan politik Dr Mahathir Mohamad.


1. Sejak berminggu ini berapa isu selain isu video semburit yang khabarnya melibatkan seorang Menteri. Isu yang agak tertinggi dibincangkan ialah bila berhentinya Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri bagi digantikan oleh Anwar Ibrahim sapertimana yang dipersetujui secara konsensus dalam kontrak politik mereka mengadaka Pakatan Harapan sehingga bersetuju lambang PKR digunakan dalam PrU ke 14.
2. Hanya dalam kelompok Pro Anwar Ibrahim sahaja tidak memberikan sokongan terbuka akan Dr Mahathir Mohamad boleh meneruskan tugas sebagai Perdana Menteri. Selain Anwar Ibrahim berdolak dalik dalam kenyataannya isu perletakan jawatan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohemad bagi memberi laluan beliau pula menjadi Perdana Menteri untuk menghabiskan penggal Kerajaan PH.
3. Dr Mahathir Mohamad sendiri, tidak juga konsisten. Alasan yang diberikan untuk melaksanakan kontrak politik sama-sama pemimpin dan Ketua Parti dalam PH untuk meletakkan jawatan bagi laluan kepada Anwar Ibrahim berubah setiap masa, tanpa ketentuan masa yang tepat. Bila hendak meletakkan jawatan. Terakhir ialah bila negara sudah baik atau lancar pentadbiran programnya termasuk soal hutang dan kleptrokrasi IMDB. Maka semua tidak ada penanda arah soal lancar dan baik Kerajaa PH ini.
4. Selaku Parti Pembangkang saperti PAS dan UMNO tidak wajar memberikan sokongan supaya Dr Mahathir Mohamad menghabiskan tempoh jawatan Perdana Menteri sehingga pilihanraya yang tamat tempoh pada tahun 2023.
5. Apa yang patut yang di lakukan oleh PAS dan UMNO, sama-sama ikut mendesak Dr Mahathir Mohamad meletakan jawatan Perdana Menteri. Kerana Parti campuran dalam PH masih menguasai kelebihan kerusi di Parlimen,Maka pengantinya ialah Anwar Ibrahim yang mana telah dieprsetuju penganti Dr Mahathir Mohamd. Sebab yang pasti ialah Dr Mahathir Mohamad tidak sepopular saperti tahun yang lalu. Beliau mula ditolak oleh rakyat dan pengundinya sendiri.
6. Jika UMNO dan PAS sama-sama mendesak beliau meletakan jawatan Perdana Menteri, PAS dan UMNO mengikut arus rakyat terbanyak tetapi sebaliknya PAS dan UMNO menjadikan rakyat bertanya sama sendiri apa permainan PAS dan UMNO ini dan rasionalnya? Jika PAS dan UMNO sudah menyokong Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri empat tahun kedepan baik PAS dan UMNO memohun saya menjadi sebahagian Parti dalam Pakatan Harapan.
7. Dr Mahathir Mohamad tahu adat resam orang Melayu dalam keputusan politiknya dari segi pengalaman beliau dalam UMNO. Dia sedar, dirinya tidak popular. Jika hari ini beliau menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim, beliau ada keyakinan Anwar Ibrahim akan mengalami nasib yang sama dengannya berkisar dengan berbagai isu janji kontrak politik yang perkatakan olehnya dengan bukti video-videonya yang tular. Lagi merudum populariti Kerajaan PH.
8. Maka Dr Mahathir Mohamad mungkin bercadang akan meletakan jawatan enam bulan dari tempoh PrU ke 15. Maka jika berlaku pilihanraya umum 2023, rakyat akan ghairah untuk menyokong Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri yang baru walau banyak kebusukan dan taik yang ditinggalkan oleh Dr Mahathir Mohamad..
9. BN dan UMNO dan PAS akan kecundang, bertambah pula jika calon Perdana Menteri berdasarkan pemilihan UMNO 2021 sesaorang yang ditolak rakyat. Maka pemimpin PAS dan UMNO berfikirlah semula dalam kenyataan menyokong Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri sehingga habis penggal kerana buruk lebih banyak dari baik kepada UMNO dan PAS.
Sang Kelembai.
Bandar Sri Permaisuri
Ogos 3, 2019.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.