Isnin, 29 Julai 2019

Malaysia Dalam Bahaya


Kini seorang yang pernah bangga dengan Perjanjian Damai HadYai.. agak sudah terlupa.. Perjanjian itu hanya menamatkan pemberontakan PKM dan hanya 'perletakan senjata' tetapi ideologi komunis masih diteruskan..
Dengan kader Komunis yang menyusup dalam Parti Politik.. Malaysia terdedah menerima ideologi komunis yang berlindung dibawah ism liberal, dimana orang Melayu Islam sudah menerima secara terbuka. Malaysia Dalam Bahaya.
Sebagai Faktanya perjuangan saki baki pemimpin dan anggota ahli PKM mahu menjadikan Parti Komunis Malaya sebagai pejuang Kemerdekaan dan dimasukan dalam sejarah kemungkinan akan berlaku.
Sejak dahulu, saya memperingatkan UMNO.. Jangan terjerit dan melolong dengan sebutan UMNO ditubuhkan kerana Malayan Union. Fakta sejarah tidak ditubuhkan kerana Malayan Union tetapi kerana pemerintahan Kerajaan 14 Hari Bintang Tiga salepas Jepun menyerah kalah, British belum masuk mentadbir lagi. Malayan Union datang kemudian.
Kerana perang 'parang panjang' di Batu Pahat dalam pemerintahan Komunis 14 hari.. Dato Onn Jaafar muncul menyatukan pertubuhan Melayu.. Bermula dari peristiwa parang panjang di Batu Pahat dan Peristiwa Sungai Manik, Padang Lebar dan Batui Kikir tertubuh UMNO pada bulan Mac 1946,.
UMNO mesti perlu membetulkan sajarah ini.. Masa sudah berubah. Jika Komunis meminta mereka diberikan pengitirafan perjuangan Mereka.. Melayu perlu membangkitkan semula isu Kerajaan 14 Hari itu, bila PKM yang bergabung dalam Bintang Tiga mengambil alih Malaya dan membunuh orang-orang Melayu yang tidak berdosa dan orang Cina yang berkerjasama dengan Jepun. Sebenarnya selama 14 hari itu Kerajaan Komunis China telah menaluki Malaya.
Jika Kerajaan PH tidak waspada terhadap ancaman ini. Perdana Menteri lebih menumpukan dendam kesumatnya.. Malaysia Dalam Bahaya akan bertukar sistemnya. Bertambah pula berduyun orang Melayu memberikan sokonga tanpa memikirkan lebih jauh hanya kerana kepentingan hari ini atau sekarang.
Semoga Allah rahmati roh Allahyarham Kyai Salleh, beliau adalah Panglima Melayu salepas Hang Tuah yang menyelamatkan Malaya dengan Tentera Salendang Merah di Batu Pahat dan Muar. Kepada yang terkorban dalam peritiwa 14 hari komunis berkuasa di Tanah Melayu kita sedekahan Al Fatihah. Kyai Salleh meninggal dunia pada April 21, 1959.
SILA SHARE UNTUK ORANG LAIN TAHU APA SEBENAR SEJARAH MALAYA YANG DI SURUK OLEH UMNO KERANA HENDAK MENJAGA PERPADUAN KAUM. TETAPI MEREKA TIDAK MENGHARGAINYA.
Tulisan ini, bukan perkauman atau rasis.. Hanya meluruskan sejarah yang tersembunyi.
Sang Kelembai
Bandar Sri Permaisuri
Julai 29, 2019

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.