Isnin, 15 Julai 2019

Biduk lalu kiambang bertaut.


Apa yang orang lain kena belajar dengan Rizalman Mokhtar. Saya rasa satu tahun lamanya, saya menyerang beliau atas sebab politik. Sekali dia tidak pernah menjawab. menyerang dan bercakap dimana-mana kecuali sekali dia hantar msg whatsap kepada saya. Dia mengambil posisi diam.. tidak menjawab.
Saya kehilangan akal mencari jurus mana nak menyerang. Akhirnya saya menyerang secara lisan dalam live saya. Tetapi saya diberi tahu.. dia banyak berubah. Mengaji quran diteruskan. solatnya tidak tinggal. Maka saya juga ambil keputusan tidak ambil kisah dengan UMNO Bahagian dan sibuk urusan kehidupan saya.
Selaku Ketua UMNO Cawangan.. saya mesti hadir dalam mesyuarat perwakilan. Saya sudah berkira dari awal pagi untuk berucap dalam ucapan penangguhan. Saya nak pakai baju bushjacket Pemuda UMNO tetapi seorang kawan.. nasihatkan jangan. Disiplin pakaian kena dipatuhihui. Saya akur. Tetapi tetap berbaju putih bersamping merah.
Di Dewan yang sama 8 tahun dulu saya dihentam kiri dan kanan, sehingga saya diminta letak jawatan sebagai Setiausaha UMNO Bahagian.. UMNO Bahagian saya digantung.
Bila perarakan masuk perasmi UMNO Bahagian Dato Seri Diraja Adnan Yaakub, saya bersalam dengannya. Dibelakangnya Rizalman Mohktar juga menghulurkan tangan bersalam. Saya sambut salamnya.
Masa beliau berucap, saya mendengar secara penuh perhatian. Kemudian saperti digerakan saya memasang camera hp saya. Dan merakamkan waktu sampai ke beliau bercerita atau menyebut nama saya dan permintaan maafnya. Saya terasa panik, kerana ikut keadaan sebenarnya saya yang memohun maaf kepadanya.
Kerana Allah telah menentukan kita saperti ucapan perasmian Ds Diraja Adnan Yaakub. Saya mengambil keputusan berjumpa dan memohun maaf kepadanya walau pun saya tua darinya.
Inilah cara saya. Kami berpelukkan.. sabenarnya Isterinya adalah saperti anak saya juga.. membesar di Pekeliling Flat tahun 1980, Allahyarham bapa mentuanya sahabat saya dengan begitu bonda mentuannya.
Kesimpulannya kita tidak boleh melawan takdir..jika itu ketentuannya. Persaudaraan itu saperti 'Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga'
Sang Kelembai
Bandar Sri Permaisuri.
Julai 14, 2019

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.