Ahad, 7 Julai 2019

UMNO dan Komunis


Saya baca satu kenyatan NGO Patriot dikalangan bekas tentera yang bersara. Dia kata dia, tak nampak UMNO lawan Komunis. Macam mana agaknya dia dinaikan pangkat sampai Jenderal 1 Bintang?
UMNO dan melayu melawan Komunis sebaik sahaja berlakunya peristiwa 14 hari, Bintang Tiga (Parti Komunis Malaya) memerintah Malaya sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu salepas perang dunia kedua. Maka tertubuhnya UMNO tahun 1946 ia itu belum setahun Jepun menyerah kalah dengan Bristish melalui pasukan berikat yang diketuai oleh Amerika pada September 2, 1945.
UMNO salepas penubuhannya terus mengadakan beberapa siri tunjuk perasaan menentang komunis. Ahli-ahli UMNO masuk homeguard menjaga kampong dan melawan komunis.
Tahun 1948 Malaya diistiharkan dharurat. UMNO terus melawan dan menolak ideologi komunis dan sosialis berbilang kaum. Parti Kebangsaan Melayu Malaya memilih menyertai gabungan Parti Komunis Malaya dan berperang secara gerila dengan PKM.
1948 hingga Malaya merdeka tahun 1957 UMNO terus melawan Komunis secara politik. Malah UMNO menolak cadangan PKM untuk parti itu diiktiraf halal dalam sistem demokrasi di Malaya. Ini terbukti dalam rundingan Baling. Jika Malaya menerima Parti Komunis Malaya dalam sistem demokrasi, keadaan politik di Malaysia jauh beza dari keadaan sekarang.
Itu sebab saya menolak Lt Adnan sebagai pahlawan dan kesemua askar-askar yang mati sebelum Merdeka.. Mereka semua adalah askar-askar yang hanya bertaraf askar sepoi British sahaja untuk kepentingan British.
Lepas Merdeka, UMNO menjadi Kerajaan Malaya dan kemudian Malaysia telah terus melawan Komunis dengan menggunakan tenaga tentera dan polis dengan dasar melawan ditentukan oleh kuasa politik yang didominankan oleh UMNO.
Maka dimana dikatakan UMNO tidak melawan komunis. Jika tidak nampak dari segi sejarahnya Jenderal ini memang buta sejarah.
Kenyataan Jenderal 1 Bintang itu di andaikan tak bercakap tidak dapat bajet. Itu sahajalah. Apa akan jadi agaknya jika dia sampai ke Jenderal empat Bintang.
Sang Kelembai.
Bandar Sri Permaisuri.
Ahad. Julai 7, 2019.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.