Khamis, 4 Julai 2019

Islam agama dalam gua.


Apa merapunya Exco DAP Johore ini. PAS bukan badan autoriti soal Islam tetapi tidak menjadi salah jika PAS bercakap soal Islam. Kerana landasan perjuangannya berpegang kepada Islam.
PAS menolak pengistiharan harta berasaskan bahawa jaminan maklumat itu tidak akan disalah gunakan. Hujjah Islam menolak pengistiharan harta itu memang ada. Dalam Islam sesaorang yang hendak dilantik kejawatan tertentu perlu dia memberi tahu kepada orang yang melantik jumlah hartanya, Ini bertujuan jika ada fitnah datang kepada bawahannya. Ketua atau Perdana Menteri memahami benar atau tidak akan tuduhan itu dan perlu ditanya atau disiasat.
Dalam Islam memang tidak ada orang yang tidak bersebab nak istiharkan harta kepada orang yang tidak bersebab mengetahui saperti Ahli Parlimen. Untuk apa dia hendak mengistiharkan hartanya kerana dia bukan di lantik tetapi di pilih menjadi Ahli Parlimen atau DuN, yang hendak dilantik jadi Menteri dan sebagainya perlulah mengisytiharkan hartanya kepada ketuanya.
Dalam Islam juga ada privacy act, Keperluan orang islam ialah mengistiharkan tanpa rekord hartanya untuk zakat di Baitul Mal. Secara jujur kena istiharkan untuk jumlah perlu dibayar. Tetapi Baitul Mal tidak tanya dan mahu pengistiharan harta.
Maka jalan mudahnya mulai PrU ke 15, buat pindahaan mana-mana orang yang mahu bertanding menjadi ahli Parlimen atau DUN lampirkan sekali pengistiharan hartanya. Tak perlu nak menjadi usul dan undang-undang di Parlimen.
Kesimpulannya tidak menjadi salah, wacana dalam soal agama. Tidak kira siapa dia. Jika ikut anak Sheik ni penyokong DAP ini .. Islam ini agama dalam gua.. siapa yang masuk gua sahaja yang boleh bercakap soal Islam.
Antara kenyataan dangkal dalam berhujjah ialah "Sebagai contohnya, ada orang disiasat kerana rasuah. Apa akan terjadi jika PAS berkata tak payah siasat. Sekiranya, PAS dilihat sebagai badan yang berkuasa mutlak dalam soal Islam, maka, kita tidak perlu siasat. Saya percaya ini sangat bahaya," katanya
Orang cakap pengistiharan harta, dia cakap fasal rasuah.. Orang cakap fasal pemimpin gabungannya semburit.. dia cakap fasal orang berzina buang anak. Itu yang dinamakan merapu.
Sang Kelembai
Bandar Sri Permaisuri.
Julai 4, 2019

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.