Seorang Peguam Negara dilantik dengan satu syarat nyata oleh Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 145. Peguam Negara.
(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri, melantik seorang yang layak menjadi hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara bagi Persekutuan.
Maka seorang Peguam Negara terikat dengan skim perkhidmatan seorang Hakim.
Perkara 125 (1) memperuntukkan bahawa:
“125. (1) Tertakluk kepada peruntukan Fasal (2) hingga (5), seseorang hakim Mahkamah Persekutuan hendaklah memegang jawatan sehingga dia mencapai umur enam puluh enam tahun atau sehingga suatu masa kemudiannya yang diluluskan oleh Yang di-Pertuan Agong, tetapi masa itu tidak boleh kemudian daripada enam bulan selepas dia mencapai umur enam puluh enam tahun.
Dalam pencarian dalam google di lahirkan pada tahun 7hb September 1963.. Tetapi dalam pencarian lain.. dia lahir tahun 1952. Tiada maklumat tepat. Bagaimana pun mengikut biografinya beliau. Dia memperoleh ijazah undang-undang di Universiti Manchester pada tahun 1972 dan menjadi seorang peguam. Jika tahun 1972 beliau baru berusia 9 tahun jika lahir tahun 1963.. Dan berusia 20 tahun, jika lahir tahun 1952 masa mendapat kelulusan undang-undang dan layak menjadi peguam.
Jika berdasarkan lahir tahun 1952. Maka perkhidmatan akan tamat secara automatik pada penghujung Jun 2018 ia itu 66 tahun 6bulan. . Bagaimana pun adakah Peguam Negara dikecualikan dari Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan? Ia itu jika hakim bersara wajib 66 tahun.. untuk tempoh enam bulan lagi perlu lanjutan dari Yang Di Pertuan Agung.
Maka kita bertanya, jika pelantikan sedemikan dibenarkan, ia itu tidak ada pengumuman Peguam Negara telah dilanjutkan perkhidmatan enam bulan lagi, apa yang akan terjadi kepada fungsi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Majlis Raja-Raja?
Maka terkilanlah Tommy Thomas hendak beraksi dalam kes perbicaraan Najib Razak.
Bandar Sri Permaisuri
April 7, 2019
April 7, 2019
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.