Ahad, 7 April 2019

Ayah, Anak, dan Keldai



Akan kisah cerita klasik seorang ayah, anak dan keldai banyak orang yang telah membacanya.
Kisah sangat mudah. Kisah seorang ayah yang mahu anaknya ikut sama dalam kehidupan seharian. Maka satu hari, sang ayah hendak membawa anaknya kesatu tempat bagi mencari rezeki. Supaya anaknya tahu bagaimana susah mencari rezeki yang akan memberi pendidikan kepada anaknya dalam dua perkara.. susah mencari rezeki dan anak menyedari bagaimana ayahnya membesarkannya.

Kerana anak seorang anak remaja belasan tahun, kepada fikiran ayahnya biarlah dia menuntun keldai itu dan anaknya diatas menunggang kuda. Bagaimana pun bila dia melalui sebatang jalan. Orang tua sebaya ayahnya menegur si anak yang dilihat tidak berakal. anak menunggang keldai.. ayah menarik tali keldai. Di dengar oleh si anak, maka dia turunlah dari keldai digantikan oleh ayahnya.. dan dia menuntun tali keldai itu.

Setelah berapa lama dia berjalan.. Sikap si anak yang menghurmati ayah yang tua menunggang keldai itu ditegur lagi  oleh orang disabuah kampong. Dengan berkata.. mana akal siayah dipanas terik ini, anaknya menarik keldai dan siayah senang-senang duduk atas keldai. Percakapan itu didengar oleh siayah. Maka siayah pun menyuruh anaknya bersama naik keldai yang kurus itu dan membawa barang-barang keperluan sang ayah dan anak. Mereka pun meneruskan perjalanan.

Apabila hampir sampai sebuah kota, satu rombongan lain yang melepasi kedua beranak yang menunggang keldai ini.. Maka antara ahli rombongan itu berkata "sungguh manusia ini jahat dan tidak berakal hingga tidak punya perasaan. Keldai yang sekecil ini dan kurus pula ditunggang oleh dua orang yang berbadan tegap.. memang jelas manusia tidak punya perasaan kasihan sedikit pun"

Mendengar kata orang yang berselisih tadi.. Keduanya, ayah dan anak jadi binggung. Serba salah. Begini salah, begitu salah. Akhirnya keduanya membuat keputusan berjalan beriringan dengan keldai dengan manarik tali keldai  untuk meneruskan perjalanan.

Dalam perjalanan sekali lagi mereka menemui rombongan lain, sebaik sahaja dia melintas dengan rombongan itu. Rombongan itu ketawa terbahak-bahak dan ada antara mereka berkata, "Bapak dan anak, kedua mereka gila, ada keldai tidak dinaiki, malah dituntut dan berjalan beriring. Jika begitu, baik keldai itu didukung saja? Betullah dalam dunia memang ada orang bodoh, sungguh mereka jauh dan lebih bodoh dari si keldai".

Satelah mendengar kata ahli rombongan itu, tanpa berlengah lagi siayah dinaikan anaknya kepunggung keldai. Sebelum anak hendak bercakap atau protes. Si ayah mengeluarkan dialog atau percakapan ini, dan inilah panduan kita semua untuk punya pendirian dalam kehidupan seharian termasuk dalam hal politik.

Dalam kehidupan kita, kita harus punya punya pendirian. Telinga memang fungsinya mendengar apa sahaja. Tetapi otak kita yang ada akal didalamnya bertugas menyaring atau menapis semua yang tertangkap oleh pacaindera kita mata dan hidung, termasuk pendengaran kita.

Sementara hati kita punya tugas menimbang, merasakan mana yang tepat dan benar, mana yang tidak. Dari awal kita telah melakukan kekeliruan, hanya mengguna telinga untuk mendengar. Namun kita membiarkan otak dan hati kita diam tidak berfungsi.

Kita membiarkan diri kita dipermainkan keadaan yang datang dari luar diri kita. Itu tidak boleh terjadi lagi anakku. Kita harus bersikap, punya pendirian dan berani mempertahakan pendirian kita dengan segala konsekuensi atau akibatnya.

Kata ayah kepada anak seterusnya.. 'kamulah masih kecil, kamulah yang lebih layak menaiki keldai. Saat ayah  sudah tua.. giliran kamu menjaga ayah.. itulah kehidupan.

Kesimpulan  dalam kehidupan termasuk kehidupan politik.. harus memilih, bersikap dan punya prinsip dan pendirian. Sudut pandang orang amatlah beragam, berbeza-beza dan bahkan acap kali bertentangan. Tiada yang mutlak benar, tiada  yang mutlak salah. Mengikut semua pendapat akan menyesatkan jika tidak disaring oleh otak dan hati. Satelah disaring, muktamadkan keputusan kita.

Memilih salah satu, belum tentu benar. Tetapi itulah risiko. Orang besar, pemimpin harus berani mengambil risiko. Tentu dengan pertimbangan dan pertimbangan yang matang. Ingatlah dimana ada hitam disitu akan putih.. dan begitulah sebalik dalam meneruskan kehidupan didunia ini.

Bandar Sri Permaisuri.
April 7, 2019.




1 ulasan:

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.