Sabtu, 6 April 2019

Jika tidak ditarik atau dibatalkan Status Rome.. Parlimen dan Dewan Undangan Negeri boleh dibubarkan oleh Yang DiPertuan Agung dan Raja Melayu.


Punca utama sistem Raja Berpelembagaan makin lama makin dilupakan ialah samada Kerajaan BN dan Kerajaan PH sama-sama menghapuskam tagline 'Urusan Seri Paduka Baginda' Masa dahulu semua sampul surat Kerajaan dan rasmi ada tertulis perkataan itu.
Dahulu, kami penjawat awam disedarkan dengan diberikan latihan dan pemahaman akan bentuk Kerajaan ini adalah Kerajaan Melayu Beraja. Yang Di Pertuan Agung diperingkat Persekutuan dan Raja Melayu diperingkat negeri dan wakil Yang Di Pertuan Agung diperingkat Negeri tidak beraja.
Kerajaan diserahkan kepada rakyat untuk memilih parti mana yang akan menjadi Kerajaan memawakili urusan Seri Paduka Baginda melalui satu pilihanraya yang bebas. Kerajaan masih abslute di uruskan oleh Raja Pemerintah.. dia bukan bergaji dan menerima elaun buta. beliau dalam Perlembagaan Persekutuan dan Negeri dikenali dengan nama Raja Pemerintah.
Segala yang berlaku dalam Persekutuan dan Negeri mesti di maklumkan kepadanya. Itu sebab adanya perjumpaan Perdana Menteri dengan Yang Di Pertuan Agung sebelum sidang kabinet dan begitu juga Menter Besar sebelum meyuarat Ecxo. Itu sebab ada larangan Yang Di Pertuan Agung dan Raja Negeri tidak boleh meninggalkan Malaysia dan negeri melebihi 14 hari.
Satelah begitu banyak Raja menjadi Yang Di Pertuan Agung. hanya Sultan Abdullah Ahmad Shah dari Pahang yang faham sistem pemerintahan Kerajaan Melayu Beraja. Sebagai Yang Di Pertuan Agung, Baginda dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan untuk meminta atau mengarahkan Perdana Menteri atau Menteri memberikan apa maklumat yang Baginda selaku Yang Di Pertuan Agung kehendaki..
Kerana Yang Di Pertuan Agung mesti bertanggung jawab dengan Majlis Raja-Raja dan kemudian bertindak membuat keputusan. Jika Baginda tidak menjalankan tugas bagi pihak Majlis Raja-Raja, beliau boleh disingkirkan untuk diarah meletakan jawatan.
Yang Di Pertuan Agung mempunyai dua kuasa dalam menjalankan tugasnya, bertindak dengan nasihat dan budibicaranya. Sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, Yang diPertuan Agung tidak terikat 'bertindak dengan nasihat atau budibicara' . Yang Di Pertuan Agung boleh menggunakan dekree (mohor) dalam membuat keputusan dalam soal Angkatan Tentera Malaysia. Malah jika bertindak sebagai Panglima Tertinggi Angkatan Tentera, Yang Di Pertuan Agung ada kuasa melantik seorang Perdana Menteri bukan kalangan ahli Parlimen sehingga satu pilihanraya umum.
Maka soal Pembubaran Perlimen dan Dewan Undangan Negeri adalah bidang kuasa Raja Pemerintah dan dibolehkan membubarkan tanpa permintaan dari Parti Politik yang memegang kuasa Kerajaan. (khabar ceritanya kedua ayat Perlembagaan ini di ceduk dari Perlembagaan Thailand)
Maka Baginda telah maklum bahawa Status Rome adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh 'kedaulatan, keistimewaan dan kebesaran' Raja-Raja Melayu saperti jaminan Perlembagaan Persekutuan termasuk pembesar luak di Negeri Sembilan yang dilakukan oleh Kerajaan PH.
Yang Di Pertuan Agung berhak membubarkan Perlimen kerana dalam Perlembagaan, Yang Di Pertuan Agung berhak untuk menolak pembubaran Parlimen kerana terletak dalam bidang kuasa budibicaranya tetapi Yang Di Pertuan Agung maka dengan itu Baginda ada hak membubarkannya dan bukan bertindak atas nasihat.
Oleh kerana itu jika Status Rome tidak ditarik atau dibatalkan oleh Kerajaan PH yang menyentuh soal kedaulatan, keistimewan dan kebesarannya Raja-Raja Melayu, Yang Di Pertuan Agung boleh membubarkan Parlimen atas alasan keputusan Kerajaan itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan dalam masa yang sama memecat Perdana Menteri.
Bandar Sri Permaisuri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.