Khamis, 4 April 2019

Anwar Ibrahim dan Nelson Mandela keluar penjara.


Anwar Ibrahim tidak saperti mula keluar dari penjara dilihat sebagai hero. Keluar daripada Penjara Sungai Buluh dengan keluar dari Hospital Rehab Cheras sangat berbeza.
Mungkin beliau terlalu ghairah nak keluar penjara sebaik sahaja PH menguasai Kerajaan.. Agenda pertama Kerajaan PH mengampunkan Anwar Ibrahim. Dengan menerima pengampunan itu bererti dia mengaku melakukan kesalahannya. Dahulu dia berkata bahawa tidak akan membuat surat pengampunan, kerana meminta pengampunan bererti mengaku melakukan kesalahan yang diputuskan oleh Mahkamah sebagai orang yang bersalah.
Mungkin Anwar Ibrahim yang pernah menjadi Tokoh Membaca dan banyak buku tidak membaca buku Perjalanan Panjang Menuju Kebebasan dalam bahasa Inggerisnya 'Long Walk To Freedom' tulisan mantan Presiden South Africa Nelson Mandela.
Bila Nelson Mandella hendak dibebaskan dan diberi tahu sendiri oleh FW de Clerk akan dibebaskan esuk harinya pada Febuari 9, 1990 maknanya akan ada kenyataan ia akan dibebaskan pada Feb 10, dan akan keluar penjara pada Febuari 11, 1990 satelah 27 tahun dipenjara.
Nelson Mandela bukan menerima berita itu dengan gembira dan teruja mahu keluar penjara. Sebaliknya dia meminta tarikh itu ditunda seminggu lagi. Ini memberi erti yang beliau akan tinggal lagi dalam sel penjara seminggu lagi.
Nelson Mandela ada alasannya sendiri mahu pembebasan ditunda seminggu lagi.. Dalam catatannya dia berkata "Saya merasakan konflik antara darah dan otak. Saya ingin sekali meninggalkan penjara secepatnya, tetapi melakukan begitu mendadak bukanlah tindakan yang bijaksana".
Salepas penundaan tarikh pembebasan, timbul pula isu bahawa pembebasan itu kerana kepentingan politik FW de Klerk, Nelson Mandela menolak pula dibebaskan di Johannesburg. Dimana dia akan dibawa ke Johannesburg. Dimana akan ada upacara tidak rasmi di bebaskan.
Sebaliknya dia mahu dia dibebaskan dari penjara Victor Vester satelah 18 tahun di penjara Pulau Robben di Cape Town. Tempat akhir dia dipenjarakan.Dia sedar jika dibebaskan Johannesburg makna millage politik akan dapat kepada FW de Clerk. Dia tidak mahu dibebaskan kerana alasan politik, sebalik kebangkitan rakyat Afrika Selatan dan beberapa tahun kemudian dia terpilih menjadi Presiden South Africa.
Begitulah bijak Nelson Mandela dalam meraih sokongan rakyatnya. Dia tidak menggunakan Hospital sebagai tempat pembebasannya.
Jika Anwar Ibrahim semasa pengampunan merancang sama saperti Nelson Mandela.. balik semula ke Penjara Sungai Buluh dan keluar dari situ.. Dia adalah seorang yang boleh disamakan dengan Nelson Mandela.. seorang yang menggunakan Penjara mengatur itu dan ini sebagai seorang pengurus.
Maka satelah dia keluar.. Anwar Ibrahim hanya biasa-biasa sebagai orang biasa sahaja dan tidak saperti keluar dari penjara yang pertama.
Bandar Sri Permaisuri
April 3, 2019

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.