Ahad, 31 Mac 2019

Bersalam Najib Razak dan salam Tun Razak


Maaflah jika saya komen. Saya perhatikan Najib Razak dalam livenya bila bersalam dengan orang ramai.. ada masanya tidak tengok wajah orang bersalam.. hanya bersalam biasa.
Saya pernah mengikuti lawatan Tun Razak Hussein bapa kepada Najib Razak dari bandar besar sampai ke desa dan kampong orang asli masa berkerja dulu untuk siaran Malaysia Dalam Seminggu.
Setiap kali Tun Razak Hussein bersalam dengan rakyat, dia bersalam dengan memandang muka orang yang bersalam. Ada masanya dia berhenti dengan orang yang berbaris menyambut beliau.. bertanya khabar. Bukan terus berjalan. Atau orang mengerumunnya. Memang akan berlaku dari berapa minit untuk beliau berkomunikasi dengan rakyat.. Itu bukan perkara yang Tun Razak Hussein buat-buat.. semula jadi dia begitu.
Maka orang yang dekat dengan Najib Razak , bagi maklum akan perkara ini. Salamlah dengan hati yang tulus ikhlas.. Awak bukan Perdana Menteri lagi macam dulu.. Dulu pun sama, tak kan hari ini nak sama.. Berubahlah.
Yang dahulu sudah tinggal kenangan. Jangan lupa ayat lama saya, 'bahu ketiak Tun Razak Hussein pun Najib Razak tidak ada.
Bandar Sri Permaisuri.
Mac 31, 2019

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.