Sabtu, 30 Mac 2019

Bolehkah non muslim menguruskan perbendaharaaan negara dan harta orang Islam dalam majoriti orang Islam dalam satu negara.


Tokoh dan ulama Islam menyikapi semua masalah kehidupan dengan dasar pertimbangan ketentuam agama yang tercantum di dalam Al-Quran dan hadis.
Selain itu juga mengikuti pandangan ulama-ulama terdahulu yang terhimpun dalam banyak kitab. Dalam menyikapi masalah boleh tidaknya seorang non Muslim menjadi pemimpin urusan termasuk harta orang Islam yang majoriti penduduknya adalah Muslim, tentu dasar pertimbangan adalah juga al-Quran dan Hadis.
Para ulama berbeza pandangan pendapat mengenai boleh tidaknya seorang Non Muslim menjadi Ketua termasuk menjadi Menteri menjaga urusan dan harta orang Islam. di negara majoriti orang Islam. Ada yang bersetuju dan membolehkan dan ada yang menolak (dimana yang menolak lebih banyak). Antara nama yang menolak antara lainnya adalah al Jashshash, Ibn Arabi, Ibn Katsir, al-Zamakhsyari, Sayyid Quthb, al-Mawardi, al-Juwaini. al-Maududi dan Hassan al-Banna.
Senarai yang dikatakan ulama yang membolehkan ialah beberapa Intelektual Muslim liberal yang tidak berlatar belakang ilmu syariah dan menawarkan ijtihad politik baru. Mereka antara lain saperti Mahmoud Muhammad Thaha, seorang asal berpendidikan jurutera berasal dari Sudan, Abdullah Ahmad al-Naim seorang ahli undang-undang juga berasal dari Sudan yang merupakan anak murid Mahmud Muhammad Thaha, seterusnya Thariq al-Bishri seorang pakar sejarah berasal dari Mesir dan seorang berasal dari India bernama Asghar Enggineer yang juga seorang jurutera dan seorang latar belakang undang-undang berasa dari Mesir yang aktif dalam gerakan Hak Asasi Manusia bernana Muhammad Saiid al-Ashmawi berasal dari Mesir.
Menurut Ibn Arabi.. ayat 28 surah Ali Amran merupakan ketentuan umum bahawa seorang Ketua Kerajaan yang mukmin tidak boleh mengambil orang non Muslim atau kafir sebagai pemimpinya, sekutunya melawan musuh Islam, menyerahkan suatu amana saperti menjaga Perbendarahaan atau menjaga harta orang Muslim sehingga menjadikan sebagai teman kepercayaan.
Malah ibn Katsir menyatakan ayat 28 surat Ali Amran merupakan larangan Allah kepada hambanya yang beriman, berteman akrab dengan orang kafir atau non muslim sehinga menjadikan sebagai pemimpinnya dengan meninggalkan orang-orang beriman.
Akhirnya Ibn Katsir memperingatkan bahawa siapa sahaja di antara umat Islam yang membangkang terhadap ketentuan Allah yang terkandung dalam al-Quran dengan mengasihi musuh-musuhnya dan juga memusuhi kekasihnya ia itu Nabi Muhammad S.a.w. akan mendapat siksanya..
Salam Jumaat
Bandar Sri Permaisuri
Mac 29, 2019

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan mestilah selari dengan isu yang di wacanakan, sebarang ulasan yang tidak sewajarnya dalam isu tidak akan disiarkan atau dipadamkan kemudian

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.